Friday, December 31, 2010

The Overtime release single baru!

Haaa... sebelum ni aku pernah buat review pasal band The Overtime ni. Ada yang pernah baca tu, terima kasih banyak-banyak. Lagi berterima kasih kalau korang support mereka. Aku ni cuma maskot je tau! Bukan bandmates pun. Kawan rapat dengan budak-budak The Overtime ni.
Kalau korang suka dengan lagu diorang, korang kena dengar lagu baru diorang ni okay! Tajuk lagu baru diorang ni, "Benci". Bawah ni aku ada buat link ke page FB diorang, korang dengar, kasi layan dalam kepala tu, jangan lupa support diorang!

The Overtime 's page
Lirik 'Benci'

So korang layan la puas-puas okay ;) 

Tak semua orang salah

Salam semua.

Baru-baru ni kawan aku sorang ni ada share satu masalah dia dengan girlfriend dia. Girlfriend dia pun kawan aku gak. Mungkin salah dia sebab selalu buat kesalahan yang sama. Disebabkan kesalahan yang sama ni la, girlfriend dia macam give up habis dengan kawan aku ni. Dan dari kesalahan kawan aku ni, dia meletakkan kesalahan tu pada setiap orang yang dekat dengan dia, lebih-lebih lagi lelaki.

Semua tu buat aku teringat perkara yang pernah terjadi kat aku. Dulu ikatan keluarga aku pernah longgar, disebabkan seorang perempuan yang bergelar janda. Dari masa tu, aku anti habis dengan golongan janda ni. Aku tau, tak semua janda perangai macam tu. Bila kes tu dah hampir dua tahun terjadi, aku mula fikir, kenapa aku marah sangat kat semua janda padahal yang buat hal tu cuma SEORANG janda? Dari persoalan tu, aku mula reda. Alhamdulillah, keluarga aku sekarang dah okay. Janda tu pun entah gi mana pun aku tak tau. Harap dia tak kacau keluarga aku lagi.

Satu lagi perkara, pasal lelaki. Aku dulu macam tak berapa nak percaya dengan lelaki. Mungkin takut, mungkin give up sebab terlalu banyak benda dah jadi kat aku sebelum ni. Tapi aku still layan kawan-kawan lelaki aku dengan okay. Cuma bila masuk bab hati, aku mula rasa menyampah habis! Sampai ramai orang ingat aku lesbian.. ingat aku pengkid. Masa mula Zedren datang dalam hidup aku, aku layan jela macam kawan-kawan lain. Sampai satu masa, aku macam dah malas nak layan golongan lelaki ni disebabkan BEBERAPA orang lelaki yang buat hal dengan aku. Tiba-tiba je Yan cakap, "Ala.. kalau yang tu buat hal, Ojex kan ada." Siap senyum lagi kat aku, sengal nya Yan. Hati aku lak fikir, "Ojex? Please! Dia cuma kawan je, okay?" Sekarang tengok! Kawan lagi ke Hani oi?

Kesimpulannya, jangan letak kesalahan seseorang kat diri orang lain. Mungkin nanti kita akan terasa macam kita berada dalam golongan yang kita tak suka tu, silap-silap kita sendiri yang terkena balik. So kepada kawan-kawan aku tu, fikir yang terbaik la ye. Korang tu dah merancang lama, aku pun suka tengok korang. Jangan sebab masalah sikit, korang jadi gelabah biawak, okay? 


Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia!

Sekarang korang percaya tak Malaysia ni sebenarnya hebat? Haa... Piala AFF Suzuki dah pun Malaysia julang. Walaupun kalah dengan Indonesia 2-1, tapi Malaysia tetap menang dengan agregat 3-0. So total semua, Malaysia 4-2 Indonesia (hoyeah!).
So... korang agak Malaysia dengan Spain ada persamaan tak? Diorang sama-sama team bola, sama-sama underdog, baru first time masuk final, tapi diorang gempak! Terbaik kan?

Kenapa nak minta maaf pulak?

Salam semua!

Sepatutnya aku tak perlu post entri ni tapi aku rasa bersalah pulak dengan beberapa orang. Mungkin aku banyak menyusahkan dia.. mungkin gak aku terlalu sibuk sampai tak nampak semua orang.. dan mungkin juga aku ni jenis cakap main lepas. Aku minta maaf sangat kat orang yang mungkin tergolong dalam kategori di atas.

Banyak menyusahkan dia.. siapa? Sepatutnya dia yang minta maaf, macam dia cakap kat aku la malam hari tu sebelum aku nak tidur. Dia minta maaf atas semua perkara yang mungkin dia tak mampu buat untuk aku. Aku tau tu salah dia sebab dia tak lengkapkan hubungan ni dengan semua perkara tu, tapi untuk apa dia minta maaf kalau aku selesa dengan semua tu? Pasal duit? Transport? Aku tak kisah semua tu. Mungkin sekarang dia tak mampu, tapi mana la tau rezeki dia nanti ke apa kan. Harap dia okay dengan aku.

Pasal yang aku sibuk ni.. aku nak minta maaf kat parents dan family aku. Aku pun dah jarang balik Kajang sekarang. Mungkin semua tak terasa sangat, tapi Mama.. aku kesian kat Mama. Setiap minggu tanya aku balik ke tak. Paling aku terasa kalau dia cakap dia tunggu aku balik, nak masak sedap-sedap untuk aku. Terima kasih banyak-banyak Mama! Tau.. dia bosan duduk rumah tu sorang-sorang.
Aku ni cakap main lepas je ke kalau marah? Sedikit sebanyak aku setuju dengan statement ni. Tak yah nak tunggu kawan kolej la.. tengok jela kawan satu rumah aku ni. Dah berapa orang kena tibai dengan aku? Kadang-kadang kesalahan korang kecik je tapi marah aku macam benda tu perkara besar, kan? Entah la.. semenjak orang mula pijak kepala aku, tak jaga hati aku bila aku buat baik, aku mula meluat dengan korang semua. Tak ada la semua orang aku meluat, tapi bila perkara sama berulang, aku jadi meluat sangat. Bila dah meluat, mula la nak marah. Maaf la kat semua kalau aku marah tu buat korang touching setahun dengan aku. Tapi korang jangan la buat lagi apa yang orang tak suka. Fikir la jugak apa yang orang akan rasa kalau korang buat macam tu kan. Lebih-lebih lagi dah satu rumah, hari-hari jumpa. *Barang tu jangan buat harta pusaka pulak!*

Entah la.. bila difikir balik, aku perlu minta maaf kat semua orang. Dah la banyak susahkan dia, buat Mama tertanya-tanya pasal aku, lepas tu marah-marah kawan sendiri. Kenapa eh? Terasa something wrong dengan aku sekarang ni..

P/S: Korang pernah tak beli sos cili, tak pernah guna! Tapi bila korang nak guna, sos cili tu tinggal suku je, yakni cukup-cukup untuk kita guna je? Tak pernah kan? Aku amat bersimpati kat ko Eva..

Monday, December 27, 2010

Rock The World 10 @ Bukit Jalil

Salam semua!

Semalam aku gi ke Bukit Jalil, ada Rock The World 10 (RTW10). Awal gak la sampai sana sebab aku gerak dengan 'abang-abang' aku; Ann, Ammar, Ejal, dan Ojex.
dari siang ke malam

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selain support band lain, aku of course la support band Ojex gak. Dah la kena jadi opening band. Erm... aku tak bawa vidcam so aku tak ada video la untuk kali ni. Nak guna kamera handphone macam tak best je kan. So just enjoy the groove je la.
Grey Sky Morning at the Indie Stage

Lama gak la lepak kat sana. Sebab nak balik awal pun tak boleh. Kereta kena block dengan motor orang yang datang nak tengok bola. So nak tak nak kena hold dulu sampai orang alih motor tu dulu.
thanks kat Akmal sebab tanpa dia, aku tak dapat tiket free ni

copek Ojex nya tag hehe!

Papahal, memang had fun sangat RTW 10 kali walaupun macam tak havoc macam sebelum-sebelum ni. Jumpa Akmal dengan Faeez masa sebelah petang. Terserempak dengan kawan-kawan lama walaupun diorang macam ingat-ingat lupa.
dengan Ojex kat Main Stage. 

P/S: Tahniah kat skuad Malaysia yang menentang skuad Indonesia semalam di Bukit Jalil; 3-0. Harap skuad Malaysia dapat buat terbaik dalam perlawanan seterusnya! Selamat berjuang! 

Thursday, December 23, 2010

Part 9 : Happy Study (Intro)

Salam semua!

Lama sangat aku tinggal masterpiece ni kan! Banyak sangat melalut sampai lupa ada episod tergantung dalam blog aku ni, hehe! Kalo ni kita buka cerita pasal study pulak, okay?

Aku ni bukanlah seorang yang pandai mana pun. Siapa yang pernah satu sekolah dengan aku, lebih-lebih lagi yang satu kelas dengan aku sure akan cakap, "Hani ni cukup-cukup makan je study dia, kelas pun ada skip, kelas je pure science 1 tapi still ada paper failed.. bla bla bla.."

Tapi alhamdulillah SPM aku semua subjek kredit. Lepas tu, aku ada la juga sambung study selepas puas kerja. Mula-mula ingat nak amek jalan mudah, masuk Form 6. Leh amek degree cepat sikit kan.. tapi kalau niat tak betul tu, semua tak menjadi. Aku rasa macam aku tak boleh bawa subjek Form 6. So aku pun keluar dari Form 6 selepas dua minggu jadi budak sekolah kembali.

Lepas tu, mula perjalanan study aku yang tak tentu hala. Masuk Politeknik Arau, UniMAP, Unisel... macam-macam la! Semuanya kursus yang hampir sama. Kalau tak grafik, mesti multimedia. Aku minat subjek yang aku dapat tu.. tapi suasana belajar tu tak memuaskan hati aku. So aku pun keluar masuk universiti dan kolej di sekitar Malaysia ni. Bukan memilih, tapi kalau kita silap pilih suasana pun tak best.

Lepas aku dah habiskan banyak duit Abah, depa dok marah aku la. Macam main-main je, tak nak belajar je kan. Last-last dapat surat dari Kolej PTPL. "Haish.. bila masa aku apply menatang ni?" Pelik gak la sebab kursus yang depa tawarkan kat aku tu Diploma Teknologi Multimedia. Macam tau je kan. Mula-mula was-was gak. Tapi biarlah apa orang nak cakap pun kan! Masuk saja. Mama Abah marah mula-mula tu.

Sekarang ni, alhamdulillah... Mama Abah pun dah okay. Lagi diorang bangga ada la! Siap bagi support lagi. Kira aku tak salah pilih tempat, walaupun tempat ni cikai je kan. Aku pun setakat ni, alhamdulillah, untuk setiap semester aku dapat dean's list. Terima kasih gak kat semua lecturers yang pernah tolong, pernah mengajar, dan mungkin mendoakan aku dari jauh.
So, kat korang semua yang nak sambung belajar tu, fikir-fikir la okay? Jangan fikir tempat tu dipanggil 'kolej' korang anggap tempat camtu pencacai sangat. Tak semestinya taraf universiti tu semua bagus. Walaupun aku cakap camni, aku still teringin nak sambung belajar kat mana-mana universiti. Tak kisah kalau dapat IPTS, tapi kalau leh nak masuk IPTA. Insya-ALLAH..

P/S: NEXT! Sambungan dari story kali ni.. macam mana keadaan aku bila dah masuk Kolej PTPL Shah Alam? Kawan-kawan baru apa cerita? Macam mana dengan study aku? Rumah sewa? Korang tunggu jela okay!

Monday, December 20, 2010

Konsema Jamm Season KL

Salam semua!

Hari ni aku gi One Cafe KL untuk attend satu event ni, Konsema Jamm Season KL
Aku gi dengan Aan, Ejal, Ammar, dan Ojex. Agak chaos gak dalam kereta sebab Ammar dan Ojex jadi radio rosak kami satu kereta ni. Haish.. penat gelak! Macam-macam lagu diorang nyanyi. Tapi have fun sangat! Cuma penat jela.. sampai lelah jap gelak banyak sangat tadi. 

Gig kali ni tak ramai orang. Macam Ejal cakap, banyak sangat event hari ni. Sini event, sana event. So orang tak tau nak gi mana. Show pun buat biasa-biasa jela tadi. Aku lak dah lama sangat tak turun event gig camni. Rasa macam kekok sikit la. 

Papahal, event tadi aku just boleh cakap 'just okay' la. Just suka time lepak sama dengan mereka je. Gelak-gelak.. bagai nak gila. Mengutuk orang tu pasti, semua orang macam tu. Hmm.. nak tengok video curi yang aku rakam tak? Video Ojex dan Ammar jadi radio rosak. Ada dua video tapi aku upload satu jela. Banyak-banyak buat apa kan. Layan okay? 


Kawan-kawan saya memang begitu. Jangan lah pelik, okay?

Saturday, December 18, 2010

Selamat Bertunang Kak Lisa!

Tarikh: 18hb Disember 2010.
Tempat: Taman Sri Kenari, Kajang.

Aku semalam balik rumah Kajang punya kelam kabut! Sampai ke la ni, aku tak tidur lagi. Hmm.. penat, mengantuk! Tapi untuk Kak Lisa, aku sanggup buat apa je. Yela.. Kak Lisa banyak tolong aku selama ni. Aku nak gi mana-mana je dia hantar. Terima kasih banyak-banyak!
Kami adik beradik, pakai baju kontra. 

Adik sepupu aku ni penat tolong memasak kat belakang. 

Hantaran dari pihak perempuan, 7 dulang. 


Tahniah Kak Lisa! 


Hantaran dari pihak lelaki, 5 dulang. 

So hari ni, aku kena tolong Kak Lisa pulak! So... tahniah la. Lepas ni aku tunggu kenduri kahwin Kak Lisa lak! Yummy! Makan banyak-banyak lagi!
Gambar baru satu famili - 18hb Disember 2010 

Friday, December 17, 2010

Hari sharing sedunia ke apa?

Salam semua!

Tadi aku ada alumni SISE kat kolej aku. Agak membosankan tapi not bad la. Dapat share pengalaman senior dengan kami yang baru nak bergelar senior ni.

Lepas habis je alumni tu, aku dengan kawan-kawan pun lepak la kat Sajazz. Dok tengah lepak-lepak, sembang-sembang, Zedren call aku. So aku call la dia balik. Aku rasa terkilan sikit la sebab tak dapat nak tolong dia kali ni. Tak apa.. Ahad ni, insya-ALLAH, aku ada dengan dia, harap sangat dapat tolong dia.

Masa tengah on-call dengan Zedren, aku duduk jauh sikit dari kawan-kawan aku. Tempat kami lepak tu agak bising dengan bunyi radio. Dengan orang dok memasak, hentak-hentak kuali. So aku lari keluar ke depan, duduk kat meja luar.

Aku ingat meja tu kosong, selamba jela kan. Sekali tengah bersembang tu, ada uncle datang kata ni tempat dia minum. So aku pun ingat nak blah la lepas habis on-call. Sekali uncle tu tanya aku belajar kat mana. Dan selepas tu, kami terus berbual. Dia tanya, aku jawab. Lepas tu start la satu perkongsian pengalaman. Menarik sangat!

Uncle tu cerita tentang metabolisme badan kita terhadap penerimaan ilmu. Lepas tu bagitau fakta tentang orang Melayu sekarang. Aku tau tentang tu sebab aku pernah baca satu artikel di website. Tapi apa yang uncle tu cerita, buat aku buka minda aku luas-luas! Uncle tu gak cerita tentang pemakanan dan kehidupan yang membezakan orang Melayu dulu dan sekarang. Pro and contra between these two generations. Awesome! 
Yang aku paling salute kat uncle ni, dia cuma seorang driver. Tapi tahap pemikiran dia terlalu luas! He speaks in English so fluently. Dia gak ada gitau aku pasal family dia. Anak-anak dia semua further study sekarang. Cool gila!

So jangan pandang rendah kat orang macam uncle tu. Memang dia kerja driver, tapi... driver tu cuma satu pekerjaan. Cuma tahap pemikiran kita yang menilai diri kita ni bagus ke tak. So, korang fikir diri korang tu bagus ke tak? Terus terang aku cakap, diri aku tak cukup bagus lagi. Sebab aku masih lagi bengap tentang kehidupan sekeliling kita ni. Tapi dengan kehadiran Uncle Roslan tadi, sedikit-sebanyak buat aku buka minda aku seluas dan sejauh yang mungkin! Terima kasih Uncle Roslan!

Beban Kepala Otak!

Salam semua!

Hari ni aku tak berapa nak sihat la. Sakit sangat kepala ni. Pening gila! Rasa macam ada benda dok hentak-hentak kat kepala aku ni. Tekak lak rasa loya. Tapi aku tetap makan banyak. Koman-koman kalau nak termuntah pun still ada benda nak dikeluarkan. Rasa macam nak demam pun ada tapi aku try aktif kan diri aku ni. Tak nak la makin teruk.
Dengan sakit macam ni, aku still leh gelak-gelak lagi dengan housemates aku semua. Tak nak diorang risau. Dulu masa aku sakit teruk, sampai tak nak keluar bilik tu pun diorang punya risau tahap gaban. So tak nak la tambah risau diorang tu lagi.

Pastu dengan kerja final project aku lagi. Hari ni aku tak sentuh langsung kerja tu. Sakitnya.. memang rasa perit! Tambah lagi dengan alumni untuk budak-budak final project esok kat kolej! Aduh... sepatutnya aku kena balik ke Kajang sok. Tapi dah benda ni potong program aku, aku tak tau la aku dapat balik Kajang ke tak. Aku lak dah janji dengan Kak Lisa, nak jadi cameragirl dia Sabtu ni. Dia nak bertunang.

Hmmm.. papahal, kita tunggu jela. Mampu ke tak aku balik ke Kajang, ON-TIME, aku pun tak tau. Alumni bangang tu pun aku tak tau pukul berapa habis. Kalau lewat, memang tak dapat la balik on-time. Sure kena tibai dengan famili aku ni, sure punya!

Tuesday, December 14, 2010

Final Projek | Part 2

Salam semua!

Dah sebulan aku dalam mood final project. Kerja aku secara keseluruhan, aku estimate dalam 15% je baru siap. Banyak kena settle kan. Design background, characters, games, navigation, programming lagi.. leceh kan? Tapi benda kalau dah minat semua jadi punya, insya-Allah.

Setiap hari nak kena bangun awal pagi dalam pukul 8 atau 9 pagi, on laptop, buat kerja ni selagi termampu. Kadang-kadang kalau dah penat sangat, pukul 6 dah off laptop. Datang sugar-rush aku ni, pukul 9 malam tak tentu off laptop lagi, hahah! Pastu tengah-tengah pagi buta pukul 1 pagi, start balik buat kerja. Gila kan!?
Gila berterabur Desktop aku.. clean-up masuk dalam satu folder, Hani!!

Nak tak nak, suka tak suka, kena buat sampai habis gak. Aku nye progression table dengan apa yang buat sekarang ni memang dah lari jauh sangat! Patutnya minggu ni aku kena design lain, aku buat lain. Hmm.. slow-slow, Hani.

Sunday, December 05, 2010

Movie Review: Aku Tak Bodoh

Semalam aku gi Jaya Jusco Bukit Raja dengan sahabat aku; Yan dan Zura. Layan cerita 'Aku Tak Bodoh'. Gila best story-line movie ni! Memang tak rugi siapa yang tengok. Dari awal cerita, sampai habis, gelak je. Tapi ada gak la diselit dengan adegan yang menyentuh hati. Takkan la nak gelak je memanjang kan.
Overall, cerita ni punch-line dia banyak pada dialog secara tak sedar. Korang kena concentrate, dengar dialog dia betul-betul, baru korang akan gelak kaw-kaw punya!

Aku suggest kan, sesiapa yang nak tengok movie ni, ajak la satu famili korang, kalau leh bawak satu kampung, jiran tetangga tu sekali. Elok untuk seisi keluarga tau movie ni. Lebih-lebih lagi kepada famili yang asyik dok busy kerja je. Pastu lagi elok kalau parents yang jenis tau nak marah anak je kerjanya tanpa tanya masalah anak-anak tu.

Nak tau lebih, layan la website movie ni: http://www.akutakbodoh.com/

Jangan lupa, layan tau movie ni. Support movie macam ni. Jangan layan sangat movie merapu.

Melodisaster: Winner of ROTTW Soundstage 2010

The ROTTW Soundstage 2010 was happening yesterday. I didn't come to that event coz got things to do. But last night, I sign in to my Twitter account and I've found out that my friend's band, Melodisaster, won the competition!
I know this band thru my MySpace about two or three years ago. Congratulations to them! As a friend to them, I want to promote them more by using my blog here. Once again, congratulations!
Picture taken from Dill's album on Facebook. 

Here some briefing for the band for those who don't know them yet. 

Kuala Lumpur-based Melodisaster launceh Hyper Music and the progressive Rock movement into the underground scene. 

Band Members:
Dill Azahar (Vocal & Guitar)
Hizam Yusri (Bass & Vocal)
Chris Daniel (Drums & Percussion).

Genre:
Alternative, Rock

Don't ask me why!

Since I'm with him, people keep asking me, 'Why I choose him? Why don't you choose others, which they are richer or more handsome?' 

For the first time they asked me, I just answer the question. 'He is not just like others. They didn't attract me at all, but him. He tried everything to reach me. Even though he knew that there will be an obstacle ahead.'

That was at the first time. But after a few times, I was getting bored, and it will be getting bored after someone asked me more, 'Why you choose him? Is that because of his fame? Or maybe you just wanted to be fame too?' 

I don't know if he was joking or not, but it really stressed me up!

But last night, he asked me the same question just like all that people asked me before. The same questions! Maybe I don't deserve to him.. that is why he asked me like that. Or maybe I did so many mistakes, so that he thinks he didn't have any functions in this relationship. Or maybe I put so much secrets within me. Or maybe I'm too annoying to him?

I don't want to think much. If I really was a big mistakes to him, just tell me.

For the answers for your questions, I choose you because I know you sincere with your feelings. I don't care who you are. At the first time, I don't really care or love you, but why I do really love you now? Coz I saw everything in you after some time we met before! And don't you ever think that I love you because of what you are! If I really love you because of what you are, I will become as psycho as your fans right now! But why I still remain calm? Coz I understand of your situations.
I cried when writing this entry. I hope I can stand of this matter. I know, I have secrets that I never tell you yet. It may take time for me. Not all things I should tell coz I'm not ready of what will I'm saying.

Friday, December 03, 2010

Projek Akhir | Part 1

Salam!

Siang tadi, aku and the geng dah pun selesai buat satu presentation kertas cadangan projek akhir. Memang banyak persoalan ditanya, banyak idea tambahan diberi, dan... mengantuk serta lapar. Haha! Tu aku sorang jela kot yang rasa sebab aku agak kuat makan dalam kelas tu.

Sepatutnya aku kena bentang kertas cadangan tu pada pukul 2.40 petang. Tapi ramai yang tersangkut sebab kena tanya kaw-kaw dari lecturers, so giliran aku start pukul 3.15 petang. Tapi alhamdulillah, aku cuma ambil masa untuk bentangkan kertas projek tu dalam masa kurang 10 minit je! Macam tak adil kan.. tu pun sebab lecturers tak sempat nak tanya, aku dah jawab dulu. Aku main explain je apa yang aku nak buat untuk projek akhir kali ni.

Dengar cerita aku ni macam aku ni seorang yang confident je kan! Tapi dalam hati nervous nya macam kambing nak kena sembelih! Risau kalau lecturers tak berkenan dengan apa yang aku present tu.
Dengan Syed sebelum present. 

So, my next step! Design the background for the application and the buttons for the links. Should I use an animation button for my application? Erm.. yup! ;)

Thursday, December 02, 2010

Presentation Tension

Salam semua!

Aku sekarang ni kat kolej PTPL Shah Alam, dalam hall A317 untuk presentation proposal final project. Pergh dari pukul 10 pagi kat dalam hall ni, rasa sejuk gila! Ni yang online jap. Bagi warm up sikit badan ni kan hahah!

Aku punya turn lambat lagi. Kalau ikut jadual, turn aku pukul 2.40 petang. Ni kalau balik tidur dulu sedap ni! Hmm.. tak tahu nak buat apa kat dalam ni. Tengok diorang present sampai turn aku sampai. Layan online sementara tunggu turn. Haish mengantuk la camni!
Saja nak promote diri sebelum presentation. 

Penampilan aku untuk presentation kali ni. Sempoi sudah! 

P/S: Masih menunggu giliran untuk presentation. Semakin mengantuk! 

Wednesday, November 24, 2010

Makan Kuat!

Salam!

Hmm.. biasa la perempuan. Biasa cakap pasal kuat makan ni, mesti fikir gemuk. Tapi aku rasa tak patut fikir macam tu. Cuma aku sekarang ni kuat makan sangat! Yan cakap aku tengah happy. Yela.. mesti la happy. Mungkin gak stress dengan final project aku ni.
Hari ni je dah dua kali tambah nasi. Jajan jangan ditanya dah berapa banyak aku telan! Gula-gula? Dah berapa ketul masuk perut ni. Kuaci pun paket besar tu dah separuh aku makan. Entah apa saka yang masuk dalam badan aku yang buat aku kuat makan pun aku tak tau.

Tapi yang paling aku rasa heaven sekali, kunyah satu kerepek ni. Memang pelik! Tapi sedap usah ditanya la. Terima kasih la kat Sera sebab kenalkan aku dengan kerepek ni. Namanya popia milo. Pergh! Aku dah la gila coklat! Memang aku fikir nak makan habis je menatang tu! Tapi tak elok lak makan makanan orang sampai habis, so sebelum benda tu habis, aku stop. Kang tak leh stop aku gak susah hati haha!
Tapi memang aku kuat makan dalam dua tiga hari ni. Takkan la sebab aku dah kurang......... erm biar jela! Happy kot :)

Sunday, November 21, 2010

Band Expose: The Overtime


Syahir - Vocalist / Rhythm Guitarist
Boo - Vocalist / Lead Guitaris 
Faeez - Bassist 
Degawan - Drummer 
Shahrin - Keyboardist
*click to visit to their pages*


Genre 
Pop Rock 


Location
Kajang

Songs
Dansa Hati
Pincang
Pencerita Cinta
*click to download mp3*


The Overtime at Battle of the Band at Metropoint Kajang on 21st February 2010.

Saturday, November 20, 2010

Bersosial tanpa batasan!

Salam!

Aku dengan Yan ke Timesquare tadi. Hmm.. shopping. Macam tak percaya sebab aku jenis yang tak reti bershopping. Tapi aku akan jadi lemah sikit kalau ternampak baju printing yang RM10 tu.. tak pun hoodie sweater. Pergh memang habis la aku belek, sampai promoter tu jadi annoying gila dengan aku, haha!
Tapi sebelum tu, kami lunch dulu kat Kitaro Bukit Bintang. Our favorite place to eat, yeah! Aku makan maggi goreng dengan teh ais je mampu. Dah settle makan, kami pun berjalan la ke Timesquare. Bukan jauh pun kan. So it's time to shopping, baby!
Dah puas shopping, kami rehat sat kat bangku. Tiba-tiba ada satu famili ni lepak sama kat bangku yang kami duduk. Anak diorang comel!!
Nak colek tak sampai hati.. so ambil gambar jela. 

Dah habis rehat, kami tengok wayang. Cerita Unstoppable. Nice movie! Aku rating movie... 4 over 5 stars! Cerita ni senang je nak faham. Tak terlalu kompleks. Senang cerita, korang tengok la sendiri! Aku tak tau nak ulas macam mana.
Habis je wayang, kami terus shoot balik Shah Alam. Hmm... aku sebenarnya penat gila sebab hampir dua hari tak tidur. I mean... tak cukup tidur. Ingat nak qada' tidur malam ni. Hmm.. berjaya ke nak qada' tidur tu? Tengok jela malam ni kan.

Thursday, November 18, 2010

Bertunang tanpa sedar? Macam mana tu?

Salam!

Baru-baru ni aku ada la terbaca satu notes di Facebook ni. Tentang satu perkara yang melibat couple la kan. Tanpa kita sedar, kita boleh jadi tunangan orang tanpa kita sedar! Pergh bahaya tapi bagus jugak macam tu. Meh baca sama-sama.

Percaya atau tak, kita boleh ber"tunang" tanpa sedar! Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila-bila"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
Lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa-apa yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan satu bas, bawa barang-barang pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
 Persoalan ialah bila ibu bapa tak ada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu tak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tak baligh lagi (baru Darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh (tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.
 Haaa, adakah anda ternganga bila tiba-tiba tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe. 

Haha semua ni aku tak tau la betul ke tak. Aku cuma share saja. Kalau menurut notes tersebut, dia ambil petikan ni dari  blog seseorang. Aku ada gak try usha blog tersebut tapi entri tu dah tak wujud. So.. fikir-fikir la apa yang terbaik ikut korang, asal niat tak menyimpang la eh.

This is Hani