Friday, July 30, 2010

They are soooo annoying!! Or maybe my mistakes...

Aku tak tau kenapa lately aku rasa macam bengang dan marah sangat. Even aku pun sekarang ni tak join conversation dengan my housemates. They must be sad and angry with me. Yela.. tak ada angin ribut antara kitorang, tiba-tiba aku macam mengasingkan diri dari diorang semua. Diorang mesti rasa pelik dan tertanya-tanya, kenapa aku buat macam tu.
Firstly, aku nak minta maaf sebab aku tak boleh nak cakap banyak sangat. Tekak aku ni ada something yang membuatkan aku jadi bisu buat sementara waktu. Sakit sangat nak bercakap.

Secondly, aku terasa terlalu annoying with you all punya voices and ketawa korang. Mungkin sebab aku stress dengan pelbagai problems dan kerja yang datang secara tiba-tiba ni. Aku rasa kalau korang bising sikit pun dah buat aku rasa marah dan nak blah dari kalangan korang. About this, memang aku minta maaf sangat-sangat. Actually korang tak salah pun. Aku yang salah sebab terlalu banyak berfikir.

Thirdly, aku selalu elak dari lepak dengan korang sebab aku nak cari balik jalan yang betul untuk diri aku ni. Aku nak ubah diri aku jadi lebih positif dan aku harap korang jangan la kacau aku buat sementara waktu ni. Give me a break for a moment and I will be fine. 

Harap korang tak ada yang ambil hati dengan perlakuan aku selama ni. I just need time to heal myself. Thanks sebab korang sabar dengan perangai aku selama seminggu ni. Tak lama pun korang kena tahan dengan perangai aku ni. Sebab aku pun dah nak habis belajar, so lepas ni, dah tak ada Hani yang annoying dalam rumah no. 10 Jalan Polo Air tu lagi.

Doakan aku supaya aku dapat bertahan dengan segala penyakit yang aku bertarung selama ni. Kalau panjang umur aku, insyaAllah, habis je grade nanti, aku datang la jumpa korang buat terakhir kali. Terima kasih korang semua...

Thursday, July 29, 2010

Pergi Terengganu | Kena public speaking!

Haish.. aku ni dah jadi lebih malas nak gi Terengganu. Tapi ni la satu-satunya peluang untuk aku dapat extra credit selama aku belajar kat kolej ni. Yela.. orang lain ada yang tak dapat, terhegeh-hegeh nak. Aku and the geng yang memang dah dapat ni, kena la hargai peluang yang memang dah ada depan mata ni.

Tapi yang paling aku kurang suka ni la! Pengajian Malaysia! Ada pulak kitorang kena buat public speaking!? Dibuatnya dapat topik pelik-pelik, memang aku pakat pakai hentam jela. Hmm.. tak apa la kan. Suka hati la nak buat apa pun.. dah kena berserah jela sekarang ni. No other option. 

Tuesday, July 27, 2010

Kita ke Ganu | Hamster macam mana!?

Salam semua!

Haa kali ni kita tolak cerita pasal Efy sejauh mungkin sebab aku nak cerita pasal hal kolej pulak! "Huf huf!" Letih aku dengar pasal hal kolej ni. Sebab bila minggu yang sepatutnya bagi student rehat, ada je aktiviti diorang nak buat! Kacau daun saja! Tapi tak apa.. komitmen kena ada (hati aku pujuk aku nih..).

Sepatutnya 6hb Ogos nanti, aku kena pergi ke Melaka. Ada kena buat Explore Race kat sana untuk subjek Pengajian Malaysia. Tapi ada pula event lain kat UiTM Terengganu pada 6hb hingga 8hb Ogos nanti! Aku baru nak berlari satu Melaka tu, dah nak kena gi sana!? Haish..

Aku sebenarnya tak kisah pasal nak gi mana-mana pun. Yang aku kisahnya... aku kat sana je dah 3 hari. Aku dok fikir hamsters aku kat sini camne? Memang la Kak Lisa, Mama, & Abah ada. Tapi aku tak boleh la nak berpisah dengan hamsters aku ni. Dah macam anak aku buat tau!
Yang paling aku risau kat budak-budak yang baru nak buka mata tu. Baru dua minggu umur diorang. Haish macam mana la aku nak berenggang dengan diorang nanti?

Sunday, July 25, 2010

Hamster berkeliaran | Hati masih kecewa

Siang tadi lepas siap mandi, aku rileks la kejap dalam bilik. Siap main PSP, main game Dissidia Final Fantasy. Melayan Sephiroth yang handsome banget tuh (haha!). Tiba-tiba aku terdengar bunyi mencecet dari tingkat bawah.

'Apa la hamster aku tengah buat sampai bunyi kuat camtu eh?'

Tapi aku buat tak tau lagi. So, sambung balik main game. Then, rasa dahaga, nak minum air. Masa aku dok mengacau air, tiba-tiba Mama cakap hamster aku main lari-lari kat lantai. Kelam-kabut aku amek hamster aku, masuk balik dalam sangkar! Aku ingat sekor jela yang terlepas. Sekali lima ekor daaaa!! Lagi bertambah kelam kabut aku nak mencari. Dah la kecik!

Agak lama jugak la aku mencari semua tu. Buat saspen je kan! Tapi memang menangis aku kalau hilang sekor. Haha!

======

Pasal Efy ni memang tak settle lagi. Baru tadi aku on handphone, dan semua SMS yang aku send sejak malam tu baru sampai report. Dah delivered habis dah. Padan muka dia! Memang aku caci maki dia habis! Siapa suruh off handphone kan?

Serius aku still kecewa dengan dia. Gi mampos la kalau nak mintak maaf! Aku pun dah tak tau nak cakap apa lagi. Sayang? Still sayang kat dia... tapi bila teringat semua tu buat aku marah sangat kat dia.

Semua kawan-kawan aku yang tau masalah aku ni suruh aku maafkan je dia. Maafkan? Kalau betul sayang aku, kenapa buat salah kat aku? Ingat senang ko buat salah, then senang la pulak aku nak maafkan ko? Haish.. entah la.. ni la sifat manusia. Yala.. manusia la kan.. takkan sifat BINATANG lak macam tu kan!

Saturday, July 24, 2010

Chatbox main sembunyi-sembunyi?

Salam semua!

Baru-baru ni, aku ada dapat beberapa e-mail dan pertanyaan melalui chatbox aku. Yang diorang nak tahu sangat kebanyakkannya nak code untuk hide kan chatbox tu. Meh sini hani ajar dan bagitau code yang diperlukan.

Pasal chatbox tu, korang boleh cari sendiri kat search engine. Macam aku, aku guna chatbox dari ShoutMix. Then, lepas dah buat chatbox tu, korang boleh lah tambahkan code ni kat chatbox korang.

Sila lihat blog ini untuk ambil code tersebut.
Hide Chatbox Code
Happy chatting!


Wednesday, July 21, 2010

Ini cinta yang abadi

Ramai orang yang mencari-cari cinta. Jom dengar cerita ni. Aku dapat dari satu video, dan aku nak kongsikan isi video tu dengan korang semua yang membaca blog ni. 

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-sebenar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya, makan taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencinta sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umur dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang, Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat.

Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

"Maaflah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah. "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi ternyata itu tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" tanya Rasulullah lagi.

"Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya'", kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah! Dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak tergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii.. ummatii.. ummatii..."

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih...
Betapa cintanya Rasulluah kepada kita.

Kami juga mencintaimu Ya Rasulullah...
Dan cinta itu akan kami buktikan.

Tuesday, July 20, 2010

Exam dah start | Hamster kena jual!

Dah lama gak tak online. Busy sikit dengan study. Minggu ni exam, so kena pulun baca buku la kan! Tadi ada paper Pengajian Malaysia. Alhamdulillah dapat jawab dengan jayanya, haha! Nasib la semua yang aku baca tu keluar, walaupun ada gak sikit-sikit yang lupa.

Sebelum balik rumah, aku gi Giant jap. Beli bedding hamsters ni, then beli rumah untuk hamsters. Dah cantik dah cage hmsters aku ni sekarang tau! Hehe..

Sampai rumah, aku tidur la puas-puas sebab aku tak tidur malam semalam. Bila bangun tidur, aku dapat berita dari budak rumah aku, Erin. Abang dia nak beli hamster aku, sekor je, beli jantan nya. Aku pun okay jela.

Bila dah sampai je abang dia tu, aku bagi la dia choice. Nak beli Dewy or Chewie. FYI, aku sayang sangat kat Chewie tu. Tapi aku bagi jela abang dia beli Chewie. Harap dia jaga Chewie elok-elok. Waaa.. termenangis aku jap tadi. Kelakar lak bila fikir balik. Tapi aku terima je sebenarnya orang beli Chewie or mana-mana hamsters aku ni. Just jaga baik-baik, macam aku jaga hamsters tu gak tau.
So, goodbye sayang Chewie. Jaga diri baik-baik kat sana okay? Chewie pun dah ada partner, hamster grizzly bear lagi.. comel! Anak diorang mesti comel jugak!

Saturday, July 17, 2010

Bagi hamsters makan | Download movie The Runaways

Hai semua!

Aku boleh lak terjaga pukul 5 tadi. Tu pun sebab aku terdengar hamsters aku buat bising. Lepas tu aku teringat yang aku tak letak botol air dalam cage Bibi tu. Dah nak kena hulur botol tu kat dia. Maklumlah.. bila aku letak botol tu dalam cage dia guna pelekat katak tu, dia gigit sampai lunyai benda tu. Dah tak boleh letak botol air dalam cage dia. Sebab hari tu aku try letak, dia gigit benda tu then jatuh atas anak dia. Dah la baru seminggu budak-budak tu!

Dah settle pasal hamsters, aku check laptop aku pulak. Tadi sebelum aku tidur, aku biarkan laptop aku on sebab aku tengah download movies. Semua movies lama, just ada satu ni je movie baru. Aku tak tau wayang kat Malaysia amek ke tak movie ni.

Aku tak tengok pun lagi movie ni. Ni pun sebab kawan aku, Beyla, dok canang kat aku pasal movie ni. Aku dah dengan pasal projek movie ni dari tahun lepas dan aku tak tau pulak movie ni dah siap hahah! Thanks la kat Beyla sebab info aku balik pasal movie ni.
Actually movie ni pasal lagenda Rock & Roll wanita terkenal, Joan Jett, bersama bandmate dia, Cherie Currie. Dulu diorang ni pernah popular dengan band dia, The Runaways, dengan lagu yang bertajuk 'Cherry Bomb'. Cerita ni agak explicit sikit sebab aku dengar cerita dari orang yang dah tengok movie ni, ada adegan lesbian bercumbuan. Cumbuan tahap mana tu aku tak tau la kan!

Kalau baca sinopsis, cerita ni mengambil latar 70-an di Hollywood. Ketika tu, band ni masih budak belasan tahun lagi. Cerita ni gak mengadaptasikan dari novel yang ditulis oleh Cherie Currie, vokalis band The Runaways, yang bertajuk 'Neon Angel'. Movie ni mengisahkan keseluruhan pencapaian dan kejayaan The Runaways dalam bidang muzik, dan sampai satu masa, dua orang bandmates The Runaways, Cherie Currie (vokal) dan Jackie Fox (bassist), mengambil keputusan untuk keluar dari band.
Ikut arah pusingan jam dari atas kiri: Lita Ford, Sandy West, Jackie Fox, Joan Jett, dan Cherie Currie.

Papahal korang tengok la sendiri. Aku tak tau la movie ni keluar ke tak kat panggung Malaysia. Tu yang aku download tadi. Kepada semua yang nak tengok tu, hope you all enjoy the movie! 

Thursday, July 15, 2010

Adolf Hitler: The angle of the story we rarely hear

Aku dapat copy ni dalam Bahasa Melayu baru-baru ni kat Facebook. Tapi atas permintaan rakan yang bukan orang Malaysia, aku dah translate artikel ni dalam Bahasa Inggeris. Hope you all enjoy reading!
= = = = =
My tribute to the great man, Adolf Hitler, that there seems at this time.



I talked to a family member who is being completed his PhD thesis and I was shocked when he state his thesis relating to Adolf Hitler, Nazi leader. So I say, "I will never figure out all the Muslims in this world until you choose this fool as the title?"

He laughed and said what I know about Hitler. I then said that Hitler is a mass murderer who kills and put Germany above all things. Then he asked me where I got the source. I said my source is of course from the TV.

Then he said, "Well, the British have done even worse than that. The Emperor of Japan during the period they were the same. But why the world is punishing Hitler and put the offense in fact worsen the name seems to Nazi like the Nazi still exist today, while they overlook the British to Scotland, the Japanese to the world, and the South African black people they are?"

I therefore ask for answers from him. He continued, "There are two reasons":

1) Hitler principles relating to the Jews, Zionism, and the establishment of Israel. Hitler was launched to destroy the Jewish Holocaust because Jews consider to be destructive of the world in one day.

2) Hitler on the Islamic principles. Hitler has been studying the history of the previous government and people of the past, and he has indicated that the three most powerful civilizations, the Persians, Rome, and Arabia. The three civilizations have dominated the world a while ago and Persia and Rom has developed their civilization to the present, while the Arab is more strife among themselves only. He saw this as a problem because the Arabs will destroy Islamic civilization that he had seen so great a while ago.

On his  admiration of Islamic civilization, he has printed and distributed pamphlets on Islam to the Nazi army during the war, even to the non-Muslim troops.

He also had an opportunity to force Germany to perform Muslim prayers in the time when everywhere. Even the army was praying in the plains of Germany and Hitler's Berlin was waiting until the end of their prayers congregation to deliver his speech.


Hitler also frequently met with the Scholars and ask their opinion and learn from them about religion and the stories of friends in the administration.
Hitler with Sheikh Amin al-Husainiy. 

He also asked the Sheikh to assist his soldiers to pray for those who are not Muslims, and an encouragement to other Muslims to kill Jews.

A Nazi military attach files Mufti al-Quds 

All this information is historical research done by my brother for his PhD thesis and he asked me not exaggerate anything that does not trouble him for presenting it later. He does not want me to add material from the Internet because I am not a history expert. But the pictures that have long been spread here and everyone can see it on the Internet.

I also hard to find additional information on the Internet and find several things:

1) The influence of al-Quran in Hitler's speeches.
When Nazi troops arrived in Moscow, Hitler wants to express. He ordered the advisers to find the opening words of that great regardless of religious texts, the words of the philosopher or the byte poetry. An Iraqi writer who resides in Germany suggests al-Quran:

means: the Day of Resurrection is near and the moon will be split up.

Hitler felt encouraged by this verse and use it as the word of the opening and the contents of his speech. It describes the commentators of that verse means greatness, power and deep meaning. This was stated by Hitler in his book 'Mein Kampf', written in prison that many aspects of his actions based on verses from the Quran, especially those related to his actions on the Jews.

2) Hitler swore by Allah the Almighty.
Hitler entered the oath in the name of Allah the Most High in the pledge of his army chief will be completing his studies in Germany military academy.


"I swear by Allah (God) the Most High, and this is my sacred oath that I will obey all orders of the army chief and leader Adolf Hitler's Germany, the highest leaders armed, that I will always be willing to sacrifice my life at any time for my leader." 


3) Hitler had refused to drink beer (alcohol) at a time when he was nervous during the Germany a somewhat shaky and problematic. At that time the doctor suggested he drink beer as he refuses medication and while saying, "How do you want to order one drink for medicinal purposes, while he never touched alcohol all his life?" Yes, Hitler never touched alcohol throughout his life. He is a tea drinking habits using a special bag.

It is not the purpose of this paper to defend what is done by Hitler, but it aims to unveil what is hidden by the West. May we all stand to benefit.

Wakaka Crew is the best!

Malam ni aku tak tau nak buat apa. Mula-mula lepak dalam bilik dengan Ejat. Lepas tu aku lapar, turun la masak nasi dulu. Sementara tu, aku gi la tengok TV dengan Atin, Ereen, Hana & Sera. Dah kering nasi tu, aku buat la nasi goreng. Masak untuk Ejat sekali, dia tak sihat minggu ni kan. Kesian tengok dia batuk-batuk.

Sambil makan nasi, kitorang tengok Showdown 2010 kat 8TV. Pergh power la saingan malam ni sebab yang tinggal pun yang power je kan. Tapi of course kitorang pilih Wakaka Crew. Diorang dance memang best, plus kreatif!
Tahniah la kat Wakaka Crew sebab menang Showdown 2010 ni, dan sekaligus menutup tirai Showdown 2010 ni. Crew lain pun hebat-hebat jugak, macam Giler Battle Crew. Tapi apa boleh buat, Wakaka Crew lagi best kan hahaha!

p/s: dok online dengan Ejat, tak mengantuk.. adakah aku insomnia? Tidak!

Wednesday, July 14, 2010

Dapat penghargaan? Pergh!

Hari ni memang agak best la walaupun tak ada la best mana pun. Bangun tidur je, habis mandi, mentor aku call. Dia pesan suruh aku bagitau semua adik-beradik aku, petang ni ada perjumpaan SISE kat Theater Hall pukul 3. So aku pun pas la amanah tu kat semua kawan-kawan aku yang sama mentor dengan aku.

Lepas tu, ingatkan nak gi Giant, nak gi beli botol air untuk hamsters ni. Tapi bila sampai je kat pets' area, botol tu dah tak ada. Gila kecewa time tu. Aku tawaf satu area tu bagai nak rak tapi tak ada jugak. Sebelum ni ada, banyak lak tu. Tak kan la dah habis stok kot? Haish! Tak apa la, tak ada rezeki kot. So aku pun gerak la ke kolej. 

Sampai je kolej, aku gi account department. Nak gi aktifkan ID aku. Maklumlah.. nak exam minggu depan. Pergi dengan Ejat, kawan rumah aku. Settle je aktifkan ID, kitorang pun gi la lepak kat kedai makan dalam kolej. Agak-agak dah dekat pukul 2, gerak la gi kelas Pengajian Malaysia. Wargh! Banyaknya latihan kena buat! Kena settle-kan bab 6. Dah la tak belajar lagi bab ni!

Dah settle latihan, kitorang ada perjumpaan untuk pelajar School of Information Science and Engineering (SISE). Serius aku lapar time perjumpaan tu. Bosan yang amat! Kalau aku bawa PSP aku kan best! Tapi agaknya ada hikmah semua tu, so aku concentrate jela dengan perjumpaan tu.

Masa penutup perjumpaan, ada pulak hadiah dan penghargaan bagi lecturers. Aku tengok, wow! Bagus gak buat camni, kira lecturers semua dihargai la jugak walaupun semua tu pura-pura belaka kan! Tapi yang tak tahannya tu, ada pulak penghargaan untuk pelajar SISE. Kawan aku, Beyla, boleh lak cakap "ni ko mesti dapat punya la!". Aku mana la nak percaya semua tu. Karut! Tapi dan-dan pelajar terakhir yang dapat penghargaan tu aku pulak! Aduyai.. aku dok fikir, 'ya Allah.. layak ke aku?' Lepas tu, aku tengok la buku apa aku dapat. Dan-dan dapat buku terbaik la kan! Perli sungguh!

Yang kelakarnya lagi, sebab aku dapat reward tu pun sebab aku selalu upload video event kolej aku ni kat FB, selain aku dapat president's list. Hmm.. apa-apa la weh. Asal jangan sebab bukan-bukan sudah! Papahal, thanks la kat pihak lecturers yang vote aku tu kan! Jasamu akan ku kenang muaahahahaha!

Tuesday, July 13, 2010

Dah lama tak tidur...

Salam semua!

Sorry, agak lewat sikit update blog hari ni. Aku qada' tidur la tadi. Ni baru je bangun, terus makan then online. Almaklumlah... keluar tengah malam, balik awal pagi (haha!).

Dah keluar tu gi la hu-ha kejap kat KL. Jalan-jalan tengok polis yang menggelabah, guna kuasa polis dengan suka hati mak bapak diorang je kan. Ingat ko polis so boleh cari pasal dengan orang la kan!

Balik lak pukul 6.30 pagi. Sempat lagi gi breakfast kat Rafi Corner. Dah sampai rumah, aku tidur la kejap. Kelas pukul 10. Aku kunci jam pukul 8.30, adui! Liatnya aku nak bangun ni! Tapi gagahkan jugak la kan nak gi kelas. Baru nak jalan ke kolej, dapat SMS dari kawan, Syafiq, bagitau kalau nak ambil kertas kuiz ambil kat lecturers' room, then sign attendant kat dia. Tapi dia kat mana? Kat Mesra weyh! Dah nak kena jalan gi sana pulak. Lepak kat sana agak lama la jugak. Lepak dengan Azri, Ezza, Faiz, Syafiq, Fizree, Emi, Haliq & Beyla.

Dah penat lepak, diorang nak gi kelas Audio Digital. Aku lak tak ada kelas, so balik jela. Sampai rumah, amek ko! Pulun tidur puas-puas haha! Ni yang dok update blog, dah puas tidur tadi kan. Huhu!

Monday, July 12, 2010

World Cup dah habis...

Macam yang orang ramai dah tahu, World Cup dah pun menutup tirainya malam tadi. Dan Spain atau Sepanyol dah pun dinobatkan menjadi juara World Cup 2010. Tahniah la kat diorang walaupun game macam bangang je. Aku siap terlena depan TV masa first extra time tu. Aku rasa baik diorang main penalti je kan. Tak ada la aku tertido macam tu.

Hmm.. so lepas ni boleh la semua orang concentrate kat study masing-masing. Macam kat Kolej PTPL, kitorang dah nak Mid-Term Exam. Good luck kat semua! Semoga berjaya la okay! Yang bekerja lak, korang boleh la gi kerja dengan aman balik. Dan tak ada lagi berbabun tidur tu kan.. haha!


Okay la.. dah tak tau nak membebel apa lagi. See ya!

i-City bersama siblings

Hari ni, Ahad. So aku pun ambil keputusan untuk keluar dengan Abang Romi, Kak Maria & Kak Lisa.

Dah keluar tu, diorang ajak jalan-jalan kat i-City. Hmmm balun jela! Aku pun bosan dok terperuk kat rumah ni.

Di i-City, nampak ada lori Pizza Hut, beli Beef Pepperoni Pizza. 

 So malam ni final match World Cup. Who is gonna win? We'll see it later okay?

Saturday, July 10, 2010

Sotong pilih Spain. Burung nuri pilih Holland. Hamster?

Haha demam Piala Dunia atau World Cup tak habis-habis lagi ni. Macam-macam andaian orang ramai tentang juara untuk musim kali ni.

Seperti berita malam semalam, Paul si sotong kurita tu pilih Spain untuk jadi juara. Manakala si burung nuri tu pulak nak Holland menang World Cup musim ni. Tapi hamsters aku? Jom tengok apa siapa diorang sokong!

Hamster aku pilih Spain la! Dalam gambar: Cappuchino (kiri) dan Chewie.

Ni hanya gurauan semata-mata. No offense okay!? Yela.. masing-masing dengan team masing-masing. Dan semua dah terlalu taksub, nak team yang korang sokong tu menang World Cup musim ni. So aku just nak buat lawak jela kan. Just for fun okay? Peace no war! ;)

Friday, July 09, 2010

Paul ramal Spain menang WC 2010, anda?

Hmm.. Spain akan memenangi World Cup kali ni? Aku tak tahu la sebab nak percaya, syirik! Tak percaya, betul lak. Tapi tu semua kebetulan. Atau pun Allah kasi dia power untuk tentukan sesuatu? Hmm.. kita tengok jela final World Cup nanti ya!

Saya sayang hamsters saya!

Hmm.. aku terjaga pukul 9 pagi tadi, tengok Bibi dah beranak ke belum. Tapi tak ada apa-apa pun. So sambung la tidur balik. Tiba-tiba pukul 10 lebih, terjaga lagi. Tengok balik kat Bibi. Wa.. dah beranak! Dah tambah anak buah lagi haha!

Sebelum ni aku dapat 5 ekor je kalau sekali Bibi beranak. Kali ni aku dapat bukan 6, tapi 7 baby hamsters! Merah-merah lagi ni. Haish mesti comel! Tapi lepas cukup dua bulan, aku nak jual. Sayangnya nak jual, tapi kena jugak! Aku dah ada banyak sangat hamsters sampai bajet pun lari ni. Payah nak kejar!

Thursday, July 08, 2010

MyStarz PTPL/MSU 2010 (video update!)

Hai hai semua!

Aku baru je sampai Kajang pukul 7 tadi. Semua video yang aku record kat MyStarz PTPL/MSU baru-baru ni dah upload. Walau bagaimanapun, aku tak dapat nak view video Sahzuan solo punya atas permintaan beliau sendiri. So yang aku boleh tunjuk kat korang sekarang, just dua video je. Harap korang enjoy!



Spain menang, sotong selamat!

Hmm memang tak dijangka walaupun dah diramalkan bahawa Spain atau Sepanyol menang untuk layak ke final. Tahniah buat Spain! Sepatutnya diorang boleh dapat banyak gol lagi tapi gol-keeper Germany agak kental untuk game malam ni. Dapat rembat satu gol pun dah cukup la kan.

Sotong tu pulak.. nasib kau memang baik sotong! Ramai yang beranggapan yang Spain kalah, kena belasah dengan Germany. Tapi sebaliknya yang terjadi dan apa yang boleh aku buat? Aku just fans yang tak tahu apa-apa tentang bola. Tapi masih gak nak ambil tahu. Bukan selalu kan.. tapi tahniah la kat sotong tu jugak sebab dapat ramal dengan TEPAT tentang kekalahan Germany ni. You are awesome!

 Sotong ni buat muka selamber je kan?

Wednesday, July 07, 2010

Mereka layan Titanic, kemudian World Cup!

Aku baru je habis cuci baju tadi. Haha! Lewat gila aku mandi malam ni. Tak tau nak buat apa pulak kan. Tadi aku turun kat hall. Aku tengok semua dah dok tersadai depan TV layan cerita Titanic kat TV2. Haha semangat kan! Jangan lupa sediakan tisu banyak-banyak weh! Nanti banjir!

So lepas habis Titanic, nak layan bola lak. Of course la Germany vs Spain malam ni! Kena tengok! Yang sotong tu ramal Spain menang malam ni. Jom tengok sama ada betul ke tak ramalan nujum sotong tu haha! Harap tak la.. Germany tu weh!

Okay la. Aku nak sambung buat kerja dulu. Nanti ada cerita best aku update lagi ;)

Tuesday, July 06, 2010

MyStarz PTPL/MSU 2010

Hari ni memang agak penat sikit sebab malam tadi pun tak tidur. Ni sekarang dah pukul 6.52 petang, dan aku masih tak tidur. Mata dah berat tapi entah la.. tak mengantuk. Malam tadi entah macam mana boleh terbuka cerita pasal kes Mona Fandey dulu tu yang pernah jadi kontroversi satu Malaysia ni. Haish.. macam-macam gelagat budak rumah aku ni. Lain kali buka la cerita pasal benda lain.

Pagi tadi aku gi kolej, nak bagi support kat kawan-kawan yang masuk MyStarz PTPL/MSU kali ni. Alhamdulillah.. aku dengar dalam banyak-banyak kawan yang masuk, ada la sorang yang menang. Congrates to Adi Rasyidi and Muhamad Sahzuan! Mereka dah menyanyi bagai nak rak atas stage tu, akhirnya menang jugak kan. Nanti bila aku dah upload kat Facebook or YouTube, aku publish okay? Nice!

 Ni la Syafiq (kiri) dan Idwan (kanan berbaju hitam) yang kena jadi MC untuk MyStarz kali ni.

Lepas dah settle event tu, aku rush pulak gi Bank Islam. Kolej aku ni dan-dan la pulak nak tukar dari Bank Muamalat ke Bank Islam untuk pinjaman PTPTN. Haish.. menyusahkan! Sementara nak tunggu giliran tu, aku lepak la kejap kat kerusi tu. Lepas tu ada adik-beradik lelaki ni, comel sangat! Umur dalam 2, 3 tahun. Main-main kat tengah tu. Lepas tu ada belon jatuh kat belakang aku, so aku pun bagi belon tu kat budak tu. Dia senyum comel sangat! Suka tengok budak tu main-main dengan belon! Wah.....

Papahal, semua dah selesai. Esok nak kena pergi account department kolej, nak gitau yang aku dah ambil kad bank tu semua. Nak update balik PTPTN aku. Tak ada la problem nanti, insyaAllah!

Mari mewarna!

Haha sorry la late update lak blog hari ni. Busy sikit tolong kawan buat assignment haha! Baik kan saya ni :p sebenarnya bosan duduk rumah. Kawan ni pulak ada assignment yang memerlukan bantuan dari budak-budak rumah. Hmm... sekarang ni dah pukul 1.30 pagi. Mungkin pukul 3 nanti siap la kot.

Aku stop tolong kawan aku tadi dalam pukul 1 tadi. Tak larat lak nak warna binatang tu. Mata pun dah mengantuk. Aku start tolong dia tadi dalam pukul 10 malam tadi. Pergh lama gila kan!? Setakat pukul 1 tadi, just ni je yang mampu aku tolong dia.

Baru pukul 1 pagi masa ni hahah! Chaiyok la Fatin! 

Memang ramai la yang tolong dia warna binatang tu semua. Memang kami suka sikap bantu-membantu ni hahah! Yela tu kan.. dah bosan semua kitorang layan je. Papahal memang best la. Teringat zaman budak-budak kecik dulu. Dok masuk pertandingan mewarna. Siap jadi johan mewarna lagi. Entah apa yang lawa pun aku tak tau la kan haha!

Ni la Fatin, empunya assignment tu... 

So, kepada Fatin, selamat mewarna sampai habis okay? ;)

Monday, July 05, 2010

Mohd menang Mentor 4 !

Malam ni kitorang satu rumah buat kenduri, makan-makan. Aku bawa balik KFC Family Feast untuk budak-budak ni. Yang lain ada la yang bawa balik lauk, siap Fatin masakkan nasi satu periuk nasi ni. Memang meriah la dinner kitorang malam ni! Tapi kitorang tadi tak cukup korum pun. Yang ada pun just Eva, Ejat, Erna, Fatin. Sera & Ana je. Yang lain ada yang tak balik lagi.


Lepas dah kenyang, kitorang dok tengok Mentor 4 pulak. Pergh ramai la pulak penyokong Mohd kat sini. Aku bosan tak tau nak layan cerita apa, so aku pun layan kan jela diorang ni. Tapi not bad la dia nyanyi. Bagi aku saingan untuk Mohd malam tadi ialah Nani, protege Azmeer. Tapi tak tau la apsal kan. Berserah jela.

So sekarang ni, Mentor 4 dah pun habis. Tahniah kat Mohd dan Ziana Zain yang memenangi pertandingan tu. Aku rasa sekarang ni tinggal World Cup jela yang tak settle lagi. Hmmm... tak sabar nak tunggu final!

Sunday, July 04, 2010

Go go Germany!

Bosan duduk rumah satu hari ni, dengan demamnya lagi. Aku pun layan jela World Cup, Argentina vs Germany. Petang tadi memang aku dah cakap dengan kawan-kawan aku kat Facebook, sure Germany menang punya la! Germany adalah salah satu team yang menjadi pilihan aku selain Holland dan Brazil. Tapi Brazil dah out malam sebelum ni. So kita teruskan dengan Holland dan Germany pulak!

Pergh memang saingan hebat la kat Facebook dan MySpace malam ni. Masing-masing nak pertahankan team masing-masing. Ada yang penyokong kental Argentina, bukan main lagi kutuk dan siap bagi ramalan score lagi. Last-last, Germany yang menang! Haha!

Papahal, congrates la kat Germany. Walaupun ni bukan final lagi, tapi match tadi pun dah macam final. Sebab orang ramai dok kecoh gila la kan. Nanti final macam mana la kan kecohnya. Hmm.. sama-sama la kita tunggu macam mana match seterusnya.

Saturday, July 03, 2010

Tidur yang panjang?

Aku tak tau kenapa malam tadi aku tidur lama sangat. Tak pernah lak aku buat perangai camni. Bayangkan aku tidur dari pukul 6 petang semalam, sampailah pukul 9.30 pagi tadi. Aduyai... sampai orang call & SMS malam tadi pun aku tak tau apa yang aku cakap. Sure meraban gila la aku jawab kan. Haha! Teruknya!

Lepas tu aku terjaga kejap sebab dengar hamsters aku buat bising. So aku pun bangun jap and bagi diorang makan. Then aku gi tidur kat ruang tamu sebab rasa bilik macam panas sangat masa tu. Sampailah pagi tadi, aku terjaga sebab Abah pasang lagu kuat gila babi! Aduyai.. mata mengantok lagi ni. Nak bangun terus ke nak tidur dalam bilik? Tidur la..

Aduh.. tak bestnya bila demam macam ni. Rasa macam nak tidur je tau. Hmm...

Friday, July 02, 2010

Berjalan dengan Mama

Pagi tadi, dalam pukul 10, aku keluar temankan Mama pergi CIMB Bank kat Kajang. Dia nak masukkan duit kat akaun. Dah settle temankan Mama, aku jalan-jalan la dengan Mama kat Pekan Kajang tu.

Tengah dok berjalan, sekali ada jual keropok lekor dengan goreng pisang pagi-pagi camni!? Dah la Mama tak boleh tengok benda-benda ni. So pergi la singgah, beli goreng pisang seringgit sudah. Dah beli goreng pisang, singgah kedai roti lak. Aku nak beli roti hot-dog tu. Lapar, tak sarapan tadi. Sampai je kedai tu, roti hot-dog tak ada. So beli la roti cheese and air carrot dalam kotak tu.

Balik je rumah, aku pun pulun la roti tu sambil minum air. Tengok kat hamsters aku, semua baru bangun tidur. Mata sepet je. Hmm.. bagi la diorang makan sikit kan! Sedap nya! Diorang sarapan roti cheese and air carrot! Yummy!

Sekarang ni, diorang tengah dok terbongkang kat dalam sangkar tu. Kekenyangan kot haha!

Thursday, July 01, 2010

Kami lenjun...

Petang tadi aku balik Kajang dengan Abah and his driver from Maktab Polis Cheras. Kat Shah Alam punyalah hujan lebat dengan angin kuat gila! Janji dengan Abah nak ambil aku malam ni. Tapi tak apa la. Dah Abah nak datang awal. Dari Abah tak datang langsung, lagi parah!

Masa aku dah siap-siap, nak gi bawa barang ke kereta la ni. Aduyai.. lebatnya hujan. Kalau redah sure lenjun habis ni! Dah la aku nak bawa sekali dengan hamsters ni. Last-last, lari jela. Terima kasih la banyak-banyak kat budak rumah aku, Fatin, yang sedia memegangkan payung untuk aku tadi.

Dah masuk dalam kereta, saja nak check hamsters semua. Hahah semua lenjun! Basah je bulu diorang. Aku dengan baik hatinya, ambil tuala and lap la sekor-sekor hamsters aku ni. Habis 10 ekor aku lap, bila aku tengok balik diorang ni, aku tergelak sorang-sorang. Bulu diorang punya la kembang! Nasib ada berus gigi. Memang khas benda tu aku buat jadikan sikat untuk diorang ni. So sikat la bulu diorang kasi tak kembang lagi. Haaa baru comel!

Aduyai.. hujan memang lebat gila. Dari Shah Alam, sampai kat Kajang ni. Rancak betul hujan kali ni. Tidur sodap ni!

Result at PTPL

Siang tadi PTPL dah keluarkan result untuk semester lepas. Alhamdulillah semuanya okay. Aku dapat 1 A dan 1 B+. Memandangkan semester lepas aku cuma ambil dua subjek je, yela sebab semester pendek kan. Mungkin senang sikit nak score.

Alhamdulillah jugak bagi pihak kawan-kawan yang lain sebab dapat score macam yang diorang nak. Tapi.. lepas je dapat result, kitorang dapat mesej dari Cik Nhizmah. Kitorang kena masuk MyStarz PTPL. Aduyai! Aku tak tau nak buat apa kalau masuk.

Tapi aku tak masuk pun audition tu. Kawan aku yang lain ada la masuk, tapi tak tau la diorang qualify ke tak. Tak tanya lagi hehe! Well done la korang!

So.. sekarang ni aku tak dapat tidur. Kawan-kawan rumah aku semua hyper-active lak malam ni. Hmm.. lepak sembang-sembang pun best gak eh hahah!

This is Hani