Monday, January 31, 2011

Dua hari yang memenatkan tapi best!

Salam!

Lama Hani tak online. Busy meng-enjoy-kan diri dengan sahabat dan orang tersayang. Otak stres dok fikir pasal final project. So dua hari ni, Hani rest jap, kasi hibernate otak dan laptop, hehe!

Hari Sabtu, Hani keluar dengan Yan gi Plaza Alam Sentral. Dia stres dengan kerja kolej, dan kebetulan nanti dia ada tournament bowling. So dia ajak aku untuk teman dia gi main boling. Dia nak cari balik skills dia, aku okay jela. Aku pun nak kena rilex kan otak. Join jela dia main boling ni. Leh have fun sekali. Pastu kitorang gi karaoke sementara tunggu turn boling. Nak tau kami melalak lagu apa? Meh sini Hani list kan lagu-lagu yang kitorang melalak tu dari awal sampai habis.
  • Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7
  • Karma - Cokelat 
  • Suara Hati - Nike Ardilla 
  • I Want To Hold Your Hand - The Beatles 
  • Khatimah Cinta - 6ixth Sense
  • Ku Katakan Dengan Indah - Peter Pan
  • Itu Aku - Sheila On 7
  • Dan - Sheila On 7
  • Melompat Lebih Tinggi - Sheila On 7
  • Pijak Hatiku - Hujan
Aku pun tak tau kenapa. Banyak lagu Sheila On 7 nampaknya.... sebab aku malas nak pilih artis punya pasal, so lepas satu lagu, terus masuk lagu lain dari artis yang sama. Tak apa la.. yang penting, release tension! 

Hari Ahad pulak! Dengan Abang Ojex sayang la kan hehe! Mula-mula gi JJ Bukit Raja. Niat nak tengok wayang, tapi wayang lak macam kilanat! Tak ada movie best lak. Lepas lunch kat sana, terus tembak gi Plaza Alam Sentral, boling lagi! Bukan selalu dapat keluar enjoy happy-happy dengan dia. So kena hargai la masa tu kan. Dia dah la busy kerja, pastu dengan show apa bagai. 
Tapi hari Ahad ni satu hari hujan je. Best sangat! Tapi aku lupa lak... kaki aku tak boleh dengan cuaca sejuk. Maklumlah.. aku ni sakit. Kaki kanan aku malam ni seriously sakit sangat! Kalau lah penyakit aku ni ada ubat, dah lama aku gi berubat kasi okay. Tapi macam doktor pernah bagitau aku dulu la. Penyakit ni tak boleh nak sembuh, tapi cuma boleh kurangkan atau melambatkan pembiakan penyakit tu je. Rasa kecewa je dengar. Tak apa la.. tahan jela. Macam la ni kali pertama tahan sakit camni. 

Papahal, tadi memang happy!

Saturday, January 29, 2011

Hobi baru Hani kat rumah sewa

Nak tau tak apa aku buat selama aku dok rumah je sepanjang semester ni? Meh sini, buka mata luas-luas. Baca kasi jelas!

#1 suka jadi bibik, kemas-kemas rumah.
#2 suka hempas pintu kuat-kuat kalau marah.
#3 suka sound setepek dengan harapan orang tersebut berubah tapi...
#4 suka sental lantai bilik air, sinki, dan dapur dengan jayanya.
#5 suka tengok tong sampah penuh, ikat, dan buang sampah tu kat luar rumah sambil tersenyum.
#6 suka buang makanan orang lain yang dah berkulat.
#7 suka cuci periuk belanga yang banyak berjasa kepada orang yang lapar.
#8 suka lap meja yang penuh dengan sisa yang tumpah dan berminyak.
#9 suka susun barang orang lain yang penuh bersepah.
#10 suka jalan malam sorang-sorang kalau dah terlalu marah sangat!

Kepada korang yang terasa tu, aku dah malas la nak cakap. Sama jela perangai! Berubah pun takat 2, 3 hari baik tak payah! Korang dah besar kan? Dah boleh kahwin, dah boleh tengok 'blue', dah boleh buat anak, dah boleh fikir kan?


So, fikir-fikir la. Jangan nak sensitif sangat sampai nak touching 2, 3 bulan dengan aku. Bukan niat aku nak burukkan korang kat blog aku, tapi tu lah! Ada sesetengah yang okay tu, terima kasih banyak-banyak. Yang tak okay tu, TOLONGLAH! Azab aku yang rasa, korang apa tau?

Friday, January 28, 2011

Ijazah Sarjana The Beatles, cambest je kan!

Salam semua!

Aku sebenarnya bosan tahap apa pun aku tak tahu hari ni. Aku senyap je satu hari ni. Entah la.. marah, happy, semua bercampur. Banyak sangat yang aku simpan dalam hati ni sampai aku malas nak menghadap muka korang sorang-sorang.

Dok tengah memasak kat dapur tadi, aku baca la paper. Entah siapa punya paper pun aku tak tau, baca jela. Paper Kosmo! hari Jumaat 28hb Januari 2011. Dok tengah belek-belek, tiba sampai satu page ni aku rasa macam menarik sangat. Ruangan dia kecil je. Tajuk dia 'Graduan pertama Ijazah Sarjana The Beatles'. Pastu ada gambar seorang perempuan tersengih pakai baju konvo. Wow! Ada juga ijazah macam tu eh? Menarik dan... unik!
The Beatles 

Course tu mengajar student tentang bunyi studio, komposisi band The Beatles, macam mana Liverpool bentuk muzik The Beatles tu, macam-macam lagi la! Kiranya students akan belajar semua tentang band The Beatles.

Korang masih tak percaya ke ada course ni kat universiti? Course tu cuma ada kat Liverpool Hope University je. Nak tengok bukti? Meh sini tengok mai.
(klik untuk paparan besar)

Ni pulak berita yang aku baca dalam blog siapa pun aku tak tau, yang bagitau tentang graduan yang berjaya dalam course The Beatles tu - Woman Earns Beatles MA.

Kat Malaysia bila lagi nak buat camtu eh? Mana tau nanti ada Ijazah Sarjana Muda Siti Nurhaliza, atau... Diploma Grey Sky Morning? Haha!

Thursday, January 27, 2011

Ucapan Terhormat

Salam semua!
Semalam Dash suruh aku 'jaga diri' kalau tengok handycam aku tu. Hmm... apa la yang Dash dah buat ni ye? Tadi lak Rehana pulangkan handycam tu. Terima kasih banyak-banyak kawan!


Good luck on final project tau korang!

Wednesday, January 19, 2011

Official Supporting Blog for The Overtime Band?

Macam tak percaya lak bila aku masuk page band The Overtime tadi. Aku tak tau la bila diorang edit ruangan tu. Ada lak 'Official Supporting Blog' kat situ. Dan-dan blog aku naik ni. Ni mesti kerja Boo. Aku agak je. Haha! Thanks buddy! Lagu korang pun sekarang ni dah jadi permintaan fans korang. Congratulations!

Apa-apa hal, aku still nak promote diorang. Bukan sebab diorang kawan aku, tapi aku dapat rasa yang diorang ni ada potensi nak berjaya dalam bidang ni. Gigs pun dah banyak diorang amek. Lagu pun.. not bad! Performance.. terbaik! Keep on rocking guys!

The Overtime band's Official Page http://www.facebook.com/lebihmasa
Kalau korang nak download lagu-lagu The Overtime, korang leh cari dalam entri lama aku, atau korang leh klik sini; Band Expose: The Overtime. Download, dengar, dan layan, kemudian support okay? ;) 

Tuesday, January 18, 2011

Berdarah lah lagi!

Salam semua!

Actually aku ni macam dah give up sangat dengan apa yang aku rasa. Sakit yang macam tak pernah nak tinggalkan hidup aku ni. Tapi aku kena take positive dari semua tu. Cuma kadang-kadang semua penyakit yang mendatang buat kita tertanya:
'kenapa aku sakit camni?'
'kenapa orang lain tak sakit macam aku?' 
Baru-baru ni hidung aku berdarah lagi. Banyak! Aku ingat yang mengalir tu hingus, aku pun lap la macam biasa. Sekali kaler merah! 'Darah?' Aku pun terus bangun dari sofa, then terus mengalir banyak darah dari hidung aku, sampai menitis kat atas lantai. Terima kasih kat Yan sebab tolong aku masa tu. Banyak tisu yang terkorban pada malam tu.
Sebelum ni, kepala aku sakit teruk. Aku tak tau kenapa. Malas nak gi check-up. Hmm.. harap okay sebab aku pun sekarang ni busy dengan final project. Tak nak project tu terganggu dengan sakit aku ni.

Friday, January 14, 2011

Watikah Hani

Salam semua!

Kali ni, Hani nak bagi satu watikah sikit kat semua pembaca dan blogwalker di blog Hani ni. Dengar betul-betul okay? Sayang korang semua


Tak kisah Hani sakit, happy, sedih ke apa je, korang tetap teman Hani kat blog ni kan? Terima kasih semua! So kat bawah ni Hani ada sediakan link ke Facebook Hani dan snapshot untuk video yang Hani buat tadi tu hehe! 

right before I've done my editing :) 
Hani's Facebook: http://www.facebook.com/inifbhani
or search me by using this e-mail: hani.saje@yahoo.com


Thursday, January 13, 2011

Hanya...

Kadang-kadang,
kita tak tau apa yang kita nak, sampailah kita hilang semua tu.
Kadang-kadang,
kita tak minta semua tu, tapi mesti akan terjadi.
Kadang-kadang,
kita mengharapkan yang ini, tapi kita dapat yang itu.
Kadang-kadang,
kita meminta lebih dari yang kita mampu, padahal di depan mata dah cukup lengkap sempurna.

Kadang-kadang,
kita lalai dengan apa yang kita ada,
kita lalai pada tanggungjawab,
kita lalai dengan kehendak kita,
kita lalai pada-Nya.
Sebab tu kehidupan kita
seperti tak lengkap isinya.

Kemudian,
kita salahkan takdir!
Salahkan semua orang!
Salahkan apa saja,
asal hati puas.
Tapi tu semua harapan kita je.
Tak menjanjikan apa-apa.

Harap Tuhan ampunkan aku
atas segala kekhilafan
yang pernah aku buat selama ni.

Wednesday, January 12, 2011

Laukku dah cukup masin la!

Salam semua!

Minggu ni aku tak berapa sihat. Entah la apesal kepala ni sakit sangat. Nak kata migrain, bukan.. so biar jela sakit ni. Tapi siang tadi, aku gi klinik. Doktor tu pun dah bosan tengok aku je yang rajin datang klinik dia. Sebelum ni aku kerap batuk berdarah, so doktor tu la yang selalu rawat aku. Terima kasih banyak-banyak, doc!

So dah balik dari klinik, ingat nak masak sayur goreng la kan. Tengok dalam fridge, ada brokoli dengan baby carrot. Aku pun potong-potong kasi kecik sayur tu. Dah siap masak semua, aku pun pulun la lauk tu dengan nasi putih. Pergh.... MASIN! Entah apesal la aku masak masin lak ni!? Selalu masak okay je... hmm!
Lepas tu, kawan aku nak la rasa sikit sayur tu. Aku lupa nak gitau dia yang lauk aku masin, sekali dia telan sayur tu. Amek kau!

Ejat: "Weh Hani! Sayur ko ni apesal masin?"
Hani: "Aku pun tak tau la weh..."
Yan: "Nak rasa sikit leh?"
Ejat: "Nah ko rasa, masin seh."
Yan: "Pergh.. ko ni nape Hani? Tak penah-penah masak masin."
Hani: "Hehe!"
Yan: "Waa.. dah ada petanda nak kawen ni!"
Ejat: "Haaa.. suruh Ojex pinang ko cepat!"
Yan: "Ciri-ciri nak kawen, ciri-ciri keibuan pun dah ada.. apa lagi?"
Hani: "Udah la tu korang.. suka eh!?"


Lebih kurang gitu la cerita nya.. apa kena-mengena lauk masin dengan petanda mau kawin? Aku pun tak tau.. ada fakta ke? Meh hadap aku sekarang hahah!

Sunday, January 09, 2011

Part 9 : Happy Study (Climax)

Salam semua!

Sebelum ni kita story pasal apa yang berlaku sebelum aku masuk kolej, kan? So sekarang ni, aku nak story sikit apa yang best, apa yang tak best selama aku study kat sini. Apa ragam Hani kat kolej ni?

Okay.. aku ni tak ada la aktif mana pun kat kolej. Cuma kalau ada event yang melibatkan dance atau music je aku baru aktif. Kalau tak join event tu, sure aku jadi videographer je. Paling aku suka, event Band Zone PTPL 2010 pada pertengahan tahun 2010 hari tu. Sebab banyak kawan masuk pertandingan tu. Lepas tu masing-masing suruh rekod video, termasuklah band yang tak kenal nya. Aduyai.. memang tak cukup bateri la kan! Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar, smooth je.

Psst! Hani masuk pertandingan dance dengan rakan-rakan gak lepas settle Band Zone tu. Macam tak percaya kan? Tapi dance tu la 'makanan' aku sebelum ni. Dah lama sangat tak dance, tiba-tiba kena join event camni, pergh! Enjoy gila! Rindu nak join dance lagi macam dulu, street-dance jela kan. Ballet tak mampu, hehe! Tapi kirim salam jela, Hani! Pancit habis nanti oi...

Ni jela aktiviti kolej yang aku suka nak join. Takde dance or music, jangan harap! Kalau korang tanya bab pelajaran aku, semau tu okay sangat! Harap okay sampai habis belajar. Risau sebenarnya sebab pointer pun makin lama makin menurun. Biasa la tu kot. Cuma aku nak stabilkan la semua tu.
Pasal kawan-kawan yang ada kat kolej, diorang semua superb! Selalu orang akan kata, kawan di kolej lagi best dari kawan time sekolah dulu. Aku setuju sangat dengan statement tu! Bukan nak memperlekehkan kawan sekolah, tapi time sekolah dulu kita 'berjuang' dalam satu bidang yang MUNGKIN kita tak suka. Tapi bila masuk peringkat kolej atau universiti ni, bidang yang kita join tu bidang yang kita minat. Lepas tu setiap orang dalam satu batch tu ada kepakaran masing-masing. Leh kongsi-kongsi idea dan minat.

Lecturers lak banyak yang sporting. Dari mentor aku, lecturers yang mengajar aku, sampailah lecturers yang tak pernah ajar aku. Semua best, semua sporting! Tapi sporting pun, kerja diorang kena buat jugak okay.

Apa yang berlaku ni cuma dalam tempoh aku study je. Final project apa cerita? Haa... korang tunggu la sambungan untuk entry ni okay? 


Wednesday, January 05, 2011

Lepas ni lagi banyak dugaan mendatang...

Salam semua!

Macam biasa la... bila tahun baru, mesti ada azam baru. Sebenarnya azam ni dari masa birthday aku tahun lepas lagi aku nak buat, tapi tak tertunai. Masa tu aku tak sedia lagi. Aku gak masih mencari silap dan salah aku masa tu.
perubahan tu satu yang positif dan bagi semangat untuk kita

Sekarang ni, aku tekad nak berubah. Dalam tahun ni, aku serius nak buat, walaupun kadang-kadang hati ni macam tak rela dengan perubahan. Insya-ALLAH bila hati terbuka, semua akan terjadi. Aku pun masuk 21 tahun ni. Kadang-kadang bila fikir masa depan, aku KENA berubah! Aku tak nak jadi macam sekarang ni. Tapi bila nak berubah Hani oi?

Terima kasih kat famili dan kawan-kawan yang membantu, support aku, bagi kata-kata perangsang untuk aku. Ada yang siap tolong aku ajar pakai selendang lagi. Thanks Ida! Pastu kat Kak Lisa yang tolong aku cara pemakaian sesuai if pakai tudung style macam ni dan macam tu. Thanks kat Az yang tolong aku pilih shawl untuk aku baru-baru ni. Thanks kat kawan-kawan yang tolong aku ajar make-up paling simple untuk muka jenis macam aku ni. Thanks kat semua yang mendoakan perubahan aku, walaupun aku tak buat lagi sampai sekarang ni. Terima kasih kat Zedren sebab terima aku seadanya.

Thanks banyak-banyak kat korang semua. Sayang korang tau!

Monday, January 03, 2011

Hati Jahat vs Hati Baik

Hati jahat aku paksa aku untuk post blog ni.

Kadang-kadang aku tak percaya dia.
Aku curigai dia.
Aku fikir bukan-bukan tentang dia.
Aku samakan diri dia dengan orang lain.
Aku tak dengar cakap dia.
Aku tak jaga hati dia. 

Tapi hati baik aku paksa aku untuk balas semua tu.

Aku kena percaya dia, walaupun sedikit.
Aku tak boleh curigai dia.
Aku kena fikir yang positif tentang dia.
Aku tak boleh samakan diri dia dengan orang lain.
Aku kena dengar cakap dia.
Aku mesti jaga hati dia. 


Tapi bila hati jahat dan hati baik aku bergabung, semuanya rasa... blur. Mungkin aku boleh 'baca' hati orang, tapi semua tu terbatas. Aku manusia biasa jugak macam korang semua. Aku tak mampu buat apa yang aku tak boleh buat.

Aku cuma harap hati baik dan hati jahat aku ni tak buat aku jadi macam orang lain. Aku perlu jadi diri aku sendiri. Aku perlu tau.. yang aku kena yakin. Yakin dengan diri aku sendiri. Bukan dengan mendengar cakap orang lain.

P/S: Right after I posted this entry, I went out to take some fresh air.. to think about any positive things. So that I can grow this confidence for me to him. I won't let these feelings down anymore... 


Sunday, January 02, 2011

Trivia Hani Part 1

Siapa kata korang dah kenal aku 100%? Aku pun kadang-kadang tak kenal diri aku ni. Tapi alhamdulillah aku masih sedar diri lagi *haha!* So this time, korang amek masa la untuk kenal sedikit diri aku ni, sikit je okay?

#1 Aku jenis yang concentrate pada games tak kisah la kat PC, PSP, PS2 atau XBox sekali pun! So sesiapa nak kacau memang tak lut la ye.

#2 Aku adalah hantu blueberry. Pantang nampak kek, air, ais-krim, atau apa saja tentang blueberry, memang aku rembat!
#3 Aku suka cakap lepas kalau marah. So sesiapa yang kuat touching sampai setahun tu, jangan nak marah la.

#4 Kalau gi makan fast foods, aku lebih tertarik pada fries je.

#5 Aku tak suka baca buku. Tapi aku suka baca artikel kat websites. Hmm... pelik!

#6 Suka dengar lagu sampai tidur, tak kisah genre asal lelap.

#7 Tak suka tanya banyak-banyak.

#8 Tak banyak bercakap banyak dengan orang sekeliling, tapi sekali dah bercakap agak riuh jugak.

#9 Risau pasal orang lain melebihi risau pada diri sendiri.

#10 Ada yang cakap saya terer masak masakan Western. Ada juga yang cakap saya terer masak masakan 'campak-campak'. Hmm.. yeke?

So nak lagi? Korang tunggu jela ye.. aku mau sambung buat kerja final project aku dulu. Bye! 


Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru, Semua Baru!

Salam semua!

Macam biasa la.. bila dah masuk tahun baru ni, so kita kena la wish 'Selamat Tahun Baru' untuk semua orang. Harap korang semua okay. Aku pun malam tadi mana la sambut tahun baru. Memang tak pernah langsung! Kesian kan? Tapi ni la aku.. tak suka nak sambut benda-benda camni. Malas!
Tapi sebelum tahun baru semalam, kebetulan terbaca status seorang kawan aku ni. Aku dah anggap dia macam adik aku gak la. Nama dia Niena. Dia suruh orang send mesej kat dia, apa-apa nombor yang kita nak. Nanti dia akan bagitau sesuatu la tentang diri kita. Aku lak bosan. So layan kan jela status adik aku ni. Aku letak nombor '777' kat dia. So aku tunggu jela status updates dia. Lepas 15 minit, baru nombor aku naik. *Bukan nombor ekor tau!* So aku pun baca la status tu.
777 - Hee! Akak ni kan.. lama dah saya kenal dia. Since Form 2 ke Form 3. Kenal through MySpace kan? Hee.. pastu camne tah leh rapat :) then lama sangat tak dengar cerita akak ni since MySpace dah macam tak ada orang. Last-last guna Friend Finder, jumpa FB dia. Wah :) akak ni comel tau! Dulu time dia sekolah, Niena pun sekolah gak, selalu je ber-MySpace together kan? ;) keep in touch kak, take care :) 
Yup.. aku pun suka contact dengan Niena masa kat MySpace dulu. Thanks puji akak, huhu! Terharu kot. Dia tak macam budak-budak junior yang lain. Kalau budak lain, cakap nak besar je, macam diorang dah pernah rasa semua! Tapi dengan Niena, dia cool, kalau dia tak tau, dia akan tanya. Kira tak ada la dia malu kan diri dia sendiri sepanjang kami berhubung dulu. Thanks for being a good friend of mine!

Semalam gak aku lepak dengan Zedren. Rasa happy la gak sebab dapat sama dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, aku kesian kat dia sebab dia demam. Masa nak tidur pun tengok dia menggigil.

Sebelum nak masuk tidur, kami sembang-sembang dulu. Macam-macam gak la kami share. Dari perkara lama, sampai la perkara semasa. Rasa happy bila dengar topik terakhir kami bersembang tu. Harap apa yang kami rancang jadi kenyataan satu hari nanti. Terima kasih sebab terima aku seadanya, sebab aku gak terima seadanya diri dia.

This is Hani