Saturday, June 30, 2012

#DVDKopi (Promo)

Ini bukan review! Sekadar untuk menyebarkan tentang produk terbaru (cewah~!) dari Buku Fixi iaitu DVD Kopi.

Harga: RM 15
Penerbit: Amir Muhammad
Pengarah: Nazri M. Annuar, Azizulhakim Salleh, Sheryl Chong, Bebbra Mailin, Nik Adam Ahmad, Tan Bee Thiam, Aidil Rusli, Fikri Jermadi.
Penulis Asal: Shaz Johar, Amal Hamsan, Gina Yap Lai Yoong, Adib Zaini, Nik Adam Ahmad, Faizal Sulaiman, Ridhwan Saidi, Syaihan Syafiq.
Tahun Diterbitkan: 2012
65 minit | Stereo | Colour & BW | Malay w/ English subtitles
8 filem pendek yang terinspirasi oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, pahit, lazat berkrim dan kaw-kaw. Walau tidak semua orang punya selera yang sama, perbezaan ini boleh diraikan dengan sehidang KOPI.

Mungkin korang masih ingat dengan Buku Cerpen Kopi yang diterbitkan sekitar bulan March lepas? Yang korang dok tanya "ada jual kat kedai ke tak" tu... buku tu dah pun SOLD-OUT dan TAK AKAN ADA CETAKAN SEMULA! Jadi, DVD Kopi ni adalah short-film yang diadaptasi dari buku cerpen tersebut oleh beberapa orang pengarah.

Aku dah pun tengok hasil DVD Kopi ni. Sangat menarik, tapi dalam DVD cuma 8 cerpen saja yang dinaikkan menjadi filem pendek. Harap korang enjoy la tengok DVD ni and aku jamin korang mesti suka layan DVD ni punya la sebab point untuk korang gelak tu sentiasa ada. So, gelak la kekuat sebab bos Buku Fixi pun salah satu hobi dia adalah gelak jugak, hehe!

Jadi bagi sesiapa yang nak pre-order DVD Kopi secara online, boleh la klik link kat bawah ni:
http://fixi.com.my/kedai/example-category/dvd-kopi/

Bagi nak baca sinopsis penuh untuk DVD Kopi tu, boleh la klik kat link bawah ni pulak:
http://fixi.com.my/dvd-kopi/

Terima kasih kerana membaca Buku Fixi!

Novel Review: #Hilang by Dayang Noor

Terus-terang aku katakan, lepas aku proofread manuskrip novel ni, dan setibanya aku kat blog post nak buat review ni, aku tetiba lupa jalan cerita Hilang. Ia bagaikan 'hilang' dari kotak memori aku. Sabar jela....

Penulis: Dayang Noor
Harga: RM 19.90
Halaman: 322 mukasurat
Cetakan Pertama: Jun 2012
Sinopsis: Shaziman - seorang jurulatih peribadi happy-go-lucky tiba-tiba buntu bila adik kembarnya HILANG secara misteri. Nota ugutan yang diterima membuatkannya cuba menjejak tanpa melaporkan kepada polis. Dengan bantuan Jo, seorang penyiasat peribadi, Shaziman mencari adiknya berdasarkan beberapa catatan buku nota...
Khairani - seorang gadis kampung yang berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan mengejar cinta. Dia perlukan banyak wang untuk mengubat kakaknya yang diserang penyakit ganjil. Setelah dia berjaya memenangi hati Zed, lelaki yang diminatinya, Khairani diperkenalkan olehnya kepada dunia baru di mana wang boleh diperolehi dengan mudah...
Shaziman dan Khairani ditakdirkan bertemu dalam satu situasi yang janggal. Shaziman tidak menyedari bahawa Khairani menyimpan kunci tentang misteri kehilangan kembarnya.

Sebenarnya aku tak tau nak explain macam mana, hmmm. Penceritaan untuk novel tulisan Dayang Noor kali ni agak mantap berbanding dengan novel yang lepas iaitu JERAT. Bagi aku, mungkin sebab ada flashback yang agak tersusun dan bila sampai kat titik pertemuan cerita tu, mesti korang akan cakap, "oh macam tuuu~". (Sebab aku sendiri macam tu. Ke... aku sorang je camtu? Entah la...)

Bagi pembaca yang jenis pening dengan susunan kronologi sesebuah novel, diharapkan berhati-hati la bila baca novel ni sebab jalan cerita pada awal novel ni memang completely split into two stories iaitu seminggu sebelum dan semasa kejadian 'hilang' itu berlaku.

Selain tu gak, bila korang habis satu-persatu chapter, korang dapat unlock satu-persatu misteri yang ada untuk solve kan kes hilang tu.

Tahniah buat Dayang Noor atas 'kelahiran' buku kedua beliau! Semoga karya anda berhasil lebih baik dan maju lagi di masa hadapan!

Bagi yang nak sneak-peek untuk baca bab terawal atau nak beli online novel HILANG ni, boleh la klik pada link di bawah:
http://fixi.com.my/hilang/

Terima kasih kerana membaca Buku Fixi!

Novel Review: #Murtad by Hasrul Rizwan

Bagi yang suka tengok cerita Pulp Fiction, memang disarankan layan novel ni.

Penulis: Hasrul Rizwan
Harga: RM19.90
Halaman: 323 mukasurat
Cetakan Pertama: Jun 2012
Sinopsis: Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
"Kerja gila apa sebenaqnya ni... ha??" Akhil bertanya keras.
"Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang."
"Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?"
"Ya."
"Nakharrom."
"Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD."

Novel ni aku letak genre 'dark comedy' la, boleh Mat Gorn? Haha! Bayangkan kau nak pi bunuh orang tapi kau boleh bersembang dengan partner kau pasal nak makan apa dinner malam nanti. Lebih kurang camtu la~

Dialog yang bersahaja dan lawak, nak pulak dengan loghat utara tu memang buat gelak jela. Aku jamin engkorang tiap kali habis baca dialog diorang je mesti nak jerit 'nokharom~' sesama dengan watak Akhil dan Adam tu, haha! Sebab aku pun camtu gak, nokharom~

Overall yang aku boleh katakan, novel ni guna ayat simple je tapi padat dengan aksi. Pastu ada gak isu keluarga, ada isu cinta (even James Bond pun pasang marka, depa pun nak jugak~). Yang paling penting, penulis juga ketengahkan adalah isu agama, di mana si kembar tu kena buru orang yang telah murtad; iaitu keluar dari agama Islam.

NOTE: Murtad itu adalah salah satu dosa besar ye kawan-kawan~ ingat tu! Nanti Adam Akhil dok buru hangpa aku tatau.

Dan dalam novel ni juga, ada cameo dari novel Zombijaya (seperti yang diberitahu penulis di FB page Murtad). Haaa~ siapa yang ada dan part mana yang masuk time tu korang sendiri godek la nanti. (Lebih info: bagi sesiapa yang hadir Pesta Buku Selangor kat SACC akan dapat zine percuma limited edition dari penulis sebab bab terakhir dalam novel ni dikeluarkan dari novel dan dijadikan zine yang dilukis sendiri oleh penulis!)

Aku harap pembaca tak menilai rendah naskhah ni sebelum baca. Memang isu sensitif camni sure nanti ada je yang nak haramkanlah bagai. Jadi, kita ambil yang baik jela, okay?

NOTE:
- Aku dapat rasakan aura novel Murtad ni mampu kejar kejayaan novel Kelabu nanti. Anyone nak bet? ;)
- Dulu aku crush dengan watak Nipis dalam novel Zombijaya. Sekarang Akhil dah rampas takhta crush tu dari Nipis, muahaha!

Mahu order novel Murtad? Mahu baca chapter terawal Murtad? Sila klik pada link di bawah ini, terima kasih!
http://fixi.com.my/murtad/

Terima kasih kerana membaca Buku Fixi!

Tuesday, June 26, 2012

Strip Komik - #Idebewe Jr.

Cuba korang bayangkan, korang ada 3-4 orang kawan yang rapat. Ke mana je korang pergi or lepak je mesti muka-muka yang sama. Merekalah kawan hidup-mati susah-senang korang.

Dan cuba korang bayangkan lagi, situasi 10 tahun akan datang misalnya. Dah berjaya, dan berkahwin, dah ada anak. Mungkinkah anak-anak korang tu akan mengikut habit atau perangai korang masa sekarang ni? Kalau ada, mesti kelakar, kan?

So, dalam strip komik kali ni, aku nak kasi bayangan pada kawan-kawan aku tentang 'anak-anak' mereka nanti. Apabila mereka sedang bermain di satu taman permainan bersama....


P/S: Agak-agak apa habit korang yang mungkin anak korang ikut nanti? Hehe.. mesti comel.

Monday, June 25, 2012

#BukuFixi di Pesta Buku Selangor 2012 #PBS2012

Seperti yang sudah dimaklumkan, Buku Fixi akan bergabung tenaga dengan Lejen Press (macam biasa...) di Pesta Buku Selangor 2012 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 29 Jun sehingga 9hb Julai 2012 dari jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam.

Event kali ni, Buku Fixi akan start jual buku terbaru keluaran mereka iaitu HILANG (Dayang Noor) dan juga MURTAD (Hasrul Rizwan). Masing-masing berharga RM19.90 (sila bawak duit bebanyak!). Selain itu juga, ada buku PECAH Hardcover Limited-Edition besempena dengan filem Pecah yang akan datang nanti (yang ni aku tak sure harga berapa, hulur la dalam RM40 nanti ada la bakinya tu, kan?).
Untuk sneak-peek novel terbaru HILANG dan MURTAD tu, aku cuma boleh katakan bahawa Buku Fixi mempertaruhkan elemen 'kembar' kat dalam novel yang diterbitkan mereka kali ni. Bila dah kembar, sure la double the action kan? 

Jadi, datang la ramai-ramai nanti (duit pun bawa banyak-banyak), beli buku terbaru dari Buku Fixi. Dan alang-alang dok satu table dengan Lejen Press ni, apa kata korang pun usha jugak buku terbaru terbitan mereka iaitu TIMID, KASARNOVA, dan LELAKI EKSISTENSIAL.

Bagi yang jauh, anda boleh beli thru kedai online:
PECAH Hardcover - http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-hardcover-pecah/
Kedai Fixi - http://fixi.com.my/kedai/
Kedai Lejen - http://shop.lejenpress.com/

Selamat membaca semua!


Thursday, June 07, 2012

Memoria - Inhaler

Aku adalah seorang budak yang aktif semasa kecil. Aku berlari ke sana ke sini. Sampai kena marah dengan Tok dan Wan. Moyang hanya mampu melihat aku berlari, kerana faktor usianya yang sudah lanjut. Walaupun aku aktif, tapi aku perlu menjaga kesihatan aku yang ketika itu, aku mengidap asthma kronik. Budak kecil, masih naif tentang penyakit yang dihidapi. Jadi aku terus berlari, terus aktif.

Lelah aku kerap datang. Asal lari sikit je, tak sampai 10 meter, aku semput. Jadi, Mama buat inisiatif secara kreatif dengan menyangkut botol inhaler tu seperti sangkut lastik di leher. Mama kata, kalau aku terasa semput berlari nanti, aku boleh sedut terus inhaler tu. Sekadar first-aid yang paling dekat dengan aku. Kemudian, aku berlari lagi.

Satu hari, moyang ku yang sedang duduk dikerusi malas di depan rumah memanggil aku. "Baby Mira! Mai sini sat. Wan nak sembang-sembang sat dengan cicit Wan ni."

Jadi, aku pun mampir dekat dengan moyang ku. Aku duduk di pangku ribanya. Dengan lagak dan eksperi muka yang innocent, aku bertanya, "kenapa Wan? Mira nak main kejar-kejar lagi..." Rengek aku.

"Wan nak tanya sikit, apa yang dok sangkut kat leher macam lastik tu? Wan tak pernah tengok aih~"
"Ni ubat la Wan. Kasi sedut. Kan Mira sakit." Kata aku sambil memberikan Wan membelek inhaler tersebut.
"Kalau sakit, Baby Mira kena la rehat. Toksah dok lari sangat aih. Satgi lagi sakit."
"Ala, kejap je Wan. Nanti malam Mira tak lari dah." Rengek aku lagi.
"Tak mau dok lari-lari sangat noo. Tak mau kasi jatuh." Moyang ku mengukir senyuman yang manis.

Aku pun turun dari ribanya dan terus berlari lagi....

Satu kenangan aku bersama moyang yang aku takkan lupa. Arwah baik walaupun muka nampak garang kerana arwah orang Bugis. Kini hampir 20 tahun aku membesar tanpa arwah. Dan aku masih berharap pada inhaler jika aku semput. Dan sekarang... aku tidak perlu berlari seperti dulu.

P/S: Sampai sekarang aku dok aktif lagi, tapi takde la sampai berlari sana sini, still ada orang yang marah sebab takut aku semput. Terima kasih bagi yang prihatin. Janji tak sakit :)

This is Hani