Tuesday, May 24, 2011

Happy Birthday Yatt (Grey Sky Morning)

Salam semua!

Hari Ahad lepas, Hani dan geng-geng Grey Sky Morning ke Tasik Perdana KL sebab ada Konsert Gegar KLFM kat sana. So lepas habis je show tu, Hani dan GSM pun buat plan untuk sambut birthday salah seorang ahli Grey Sky Morning iaitu Yatt. Jom-jom!

Friday, May 20, 2011

Konsert Ulang Tahun TV9 di Pavilion KL

Salam semua!
Jom ramai-ramai ke Pavilion Kuala Lumpur untuk Konsert Ulang Tahun TV9 yang ke-5. Ada macam-macam artis dan band yang akan perform di sana!
 From right-top: 
Aizat Amdan, Hujan, Pesawat, Awanband, Gabba Gabba!, Drama, & Grey Sky Morning. 
(click pictures for large view)

Datang okay!

Thursday, May 19, 2011

Blogger Telordibasuh meninggal dunia

Salam semua!

Aku macam tak percaya bila baca blog milik Andyhowtt yang bertajuk Telurdibasuh Meninggal Dunia. Pemilik blog yang dikenali sebagai Telordibasuh, atau nama sebenar beliau Abdul Hakim bin Mohd Kamal telah pulang ke rahmatullah tadi di Hospital Putrajaya kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Aku suka baca entri kat blog Telor ni. Beliau gak pernah masuk ke blog aku and bagi update kat ShoutBox aku bila dia buat entri baru. Seronok, kelakar bila baca entri beliau. Ada je gambar kelakar yang beliau letak untuk setiap entri beliau. Tapi kebelakangan ni aku tengok tak ada update dari beliau. Dan sekarang aku baru tau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH

Monday, May 16, 2011

Penghargaan buat pendidik

Salam!

Sempena Hari Guru pada 16hb Mei ni, aku nak la buat sedikit penghargaan kepada semua guru tak kisah la masih baru, mahupun yang dah pencen. Tapi aku lebih berhutang budi kepada beberapa orang guru yang aku nak list kasi havoc blog ni haha!

Terima kasih kat cikgu tadika aku, Tadika Islam Umi Ain iaitu Cikgu Ummi dan Cikgu Ain (kebetulan nama cikgu sama dengan nama tadika kan!) sebab tanpa mereka tak tau la jadi apa kat aku sekarang.

Terima kasih kat cikgu sekolah rendah, SK Leftenan Adnan Kajang; Cikgu Nordin yang ajar B. Melayu dan Muzik, Cikgu Shahril (BM), Cikgu Azrai dan Cikgu Azura (Muzik), Cik Norhani, Mrs Selvi dan Mrs Kemala (English), Cik Adibah (Agama), Cikgu Asiah (Maths), Cikgu Sabaruddin (Kajian Tempatan), dan beberapa nama cikgu lain yang aku dah completely lupa! Tapi yang paling aku ingat, Cikgu Mimi Hairina. Beliau banyak tolong aku sepanjang aku dalam Darjah 3 sampai Darjah 6. Beliau ajar aku BM, Maths, dan Sains.
Terima kasih gak kat cikgu sekolah menengah aku, SMK Jalan Bukit Kajang; Pn Karteni, Pn Lau Bee Bee, Pn Norwati dan En Shukri (BM), Pn Adeline, Pn Sim, Cik Noraihan dan Pn Tan Chin Meng (Maths), Pn Tuminah, Pn Ummi Erna, Pn Puva, Pn Habibah dan Pn Lee Sock Lee (Sejarah), Pn Norzilah (Fizik), Pn Halimah, Pn Zarina dan Pn Hasanah (Sains), Pn Loh Mei Lan (Kimia), Pn Jayanthi, En Theng dan Pn Fam (Geografi), Pn Koh (Eng Science & Tech.), Pn Kon, Pn Hamidah, Pn Verbala Kiran dan Miss Dzeelfa (English), En Chan Kai Choon (Add Maths), Pn Kasmirah, Pn Khamsiah dan Pn Norliyanti (Seni), Pn Zunaida, Pn Azlina dan Pn Radhiah (P. Islam), Pn Zakiah, Pn Munirah dan Pn Irene (ERT), dan Ustaz Zaki (Tasawwur Islam). Ada dah yang aku lupa nama cikgu tu, dia mengajar aku Pendidikan Islam kejap je tapi beliau best!

Tempat terakhir aku, Kolej PTPL Shah Alam. Hell sucks tempat ni tapi study sini alhamdulillah aku dapat gak apa yang aku nak selama ni. Tarik nafas panjang.... okay! Terima kasih kat En Rahim, En Vinod, Pn Siti Hanim, Cik Zamida, Pn Satariah, Pn Juliana, Pn Sharifah Noraziah dan Pn Mas Guieta (IT & Programming), Pn Adzira, Pn Zunaidah, Cik Aida, Cik Nhizmah, Pn Suhizan dan Pn Dalilah (Grafik & Multimedia), Cik Juanita (P. Malaysia), En Fairish dan Miss Norhafizah (English) dan dua orang lecturers yang aku serius tak ingat nama dia! Beliau ajar aku Pengajian Islam dan sorang lagi ajar subjek bisnes.

Selain tu gak, ada lagi~ walaupun beliau tak pandai mana dalam bidang yang aku amek ni, tapi beliau tetap ada kat sisi aku iaitu Mama dan Abah. Terima kasih sebab mengajar dan mendidik Hani dari kecil sampai la dah besar panjang ni. Tahun ni dah pun 21 tahun, dah leh mengundi dah~ haha!

Selamat Hari Guru buat semua pendidik tak kira di mana jua anda berada! Maaf kat guru-guru dan lecturers yang pernah mengajar Hani selama ni sebab Hani degil sangat! Pelajaran yang formal bukanlah satu cara yang terbaik untuk saya hahah!

Tuesday, May 10, 2011

Terlalu banyak kerja!

Salam semua!

Sorry banyak2 kat semua pembaca blog Hani sebab kekurangan update kebelakangan ni. Hani pun dok ulang-alik Kajang - Shah Alam. Dah macam driver bus lak kan! Tapi don't worry la.. sebab Hani dah sediakan beberapa update baru khas kepada peminat muzik. Apakah? Sama-sama la tunggu ye. Hani pun tak habis edit lagi, masih dalam format notepad, ayat lak masih macam $!@# hahah!
Tapi kepada peminat band Grey Sky Morning, tunggu jela update baru okay? Peminat band The Overtime lak.. hmm..., dok situ diam-diam jap sebab aku sendiri blur dengan status band tu sekarang. So, nak tidur dah. Tenangkan hati untuk mengharungi hari esok. Night!


Monday, May 09, 2011

Video Xpresi Kembara bersama Grey Sky Morning (behind the scene)

Salam semua!

Now nak promote video yang baru je disiapkan untuk band Grey Sky Morning dalam program Xpresi Kembara. Tapi ni behind the scene jela. Layan apa yang berlaku kat sekeliling diorang semasa penggambaran tu berlaku.



Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Tunggu video semasa mereka di Jakarta pulak!

Tuesday, May 03, 2011

Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta lirik



GREY SKY MORNING - HILANG RASA CINTA
Aku bukan yang sempurna
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Kau menerima cintaku dalam apa saja 

Aku hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Termetra di hati
Tinggal hanya mimpi
Untuk selamanya 

Aku membiarkan kau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia
Bersama dirinya

Berkecai kasih yang tercipta
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Dalam apa saja 

Aku hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Disini ku doa kau bahagia bersama dirinya

Aku membiarkan kau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

Aku hilang rasa sayang
Hilang rasa benci. 


Semoga kau bahagia di sana...

Salam semua!

Hari ni rasa macam tak ada mood sangat. Malam tadi hamster yang Hani sayang sangat tu mati. Baru je setahun umur dia. Tapi dia tak sihat.

Siang semalam, masa aku bersihkan cage dia, aku nampak dia lemah sangat. Makan tak nak, minum pun tak nak. Setiap masa aku gi check cage dia. Dia duduk je dalam rumah kecik tu. Tak keluar sikit pun. So terpaksa la aku buka bumbung rumah mainan tu, leh tengok-tengok kan dia. Terkulai je dalam tu.

Malam tu pulak aku gi tengok lagi hamster tu. Lemah je. So aku keluarkan rumah mainan tu dari cage, lepas tu amek dia letak kat atas tapak tangan. Panas je badan dia. Tak pe lah... bagi dia tidur atas tapak tangan ni dulu. Tiba-tiba jantung dia degup laju. Dia lak kejap bangun, lepas tu baring balik. Aku ingat dia nak minum, tapi bila hulur air dia tak minum sikit pun. Dia terus baring balik atas tapak tangan aku, lepas tu terus senyap.

Masa tu aku dah tau dah.. dia dah mati. Badan dia pun dah tak turun naik macam tadi. Nafas pun dah berhenti. Aku try cuit-cuit badan dia, still tak percaya dia mati, tapi dia dah tak bergerak. Ye aku tau tu cuma seekor hamster, tapi aku menangis macam... aku pun tak tau.
Hiro

Hamster tu namanya Hiro. Since dia kecik, dia la yang selalu teman aku kalau aku dok sorang-sorang dalam bilik. Dia la tempat aku cerita masalah aku walaupun dia tak faham satu haram pun yang aku cakap. Kalau Hiro boleh bercakap, mesti dia sound aku, "weh ko ni annoying la!" haha! Tapi aku tau.. Hiro akan terus dengar luahan aku. Hiro tak macam kawan-kawan aku, tak macam boyfriend aku, tak macam sesiapa! Sebab Hiro la aku kuat menjalani sisa-sisa hidup aku yang aku sendiri tak tau bila ia akan berakhir....
Sayang Hiro

Monday, May 02, 2011

Konvo PTPL ke-15 dan deritanya...

Salam semua!

Lama tak post update. Tersangatlah busy minggu ni. Dengan freelance jobs yang macam tak habis-habis, lepas tu dengan kerja harian, memang tak menang tangan semua tu. Macam kemarin (30hb April), Hani dan kawan-kawan kena tolong pihak kolej untuk menjayakan satu event besar bagi setiap students yang dah habis belajar. Graduation day!

Memang penat jadi pak pacak ni! Dari pukul 6.30 pagi sampai pukul 6.00 petang dok tercongok kat MSU. Macam entah apa-apa sebab konvo ada dua sidang; sidang pagi dan sidang petang. Maybe sebab ramai orang la kot.

Lepas je balik dari MSU, aku pun rehat-rehat la, tengok TV kat ruang tamu rumah. Lepas tu tertidur, sampai la pukul 8 malam. Nak bangun je, rasa perit kat dada, kepala lak pening. Aku fikir sebab penat tadi la kot. Buat bodoh jela! Tapi bila masuk dalam bilik, terasa macam loya tekak. Aduyai apasal lak ni? Terus aku buka pintu bilik air and buka mangkuk jamban tu. Rileks jap kat meja study, aku rasa macam nak termuntah, terus aku dok melutut depan mangkuk jamban tu. Ni kalau ada roomate aku sure dia pelik apasal aku dok situ diam-diam hehe!

Lama gak la aku dok melutut kat situ. Melayan sakit dada, sakit kepala, and loya tekak tu jap. Tak lama lepas tu, aku muntah gak. Sebab rasa perit sangat time nak muntah tu, aku tutup la mata, kasi tahan sakit ni. Peluh-peluh dibuatnya sebab rasa pedih sangat kat salur tekak ni! Agak-agak dah okay sikit, aku buka mata, amekkaw! Bukan muntah biasa tapi darah! *Siapa pulak yang nak santau aku ni? Choy!* Cuak gak la.. tapi still steady.

Lepas aku muntah tu, aku rasa sakit kepala aku makin menjadi. Rasa macam ada orang genggam otak aku ni kuat-kuat tau. Tau-tau je hidung aku lak berdarah. Nasib aku pakai kemeja hitam, so darah yang kena baju tu tak ada la nampak sangat kesan sangat. Serius aku tak larat nak buat apa masa tu. Dalam otak fikir, nak mandi.. tapi semua tak larat. Mandi pun takat sabun badan, cuci muka, and berus gigi je. Lepas habis mandi, terus gi tidur balik, dan sampai sekarang aku tersadai tak larat.

Hmm.. apa yang aku lalui ni, aku tak bagitau sesiapa pun lagi. Nak bagitau Mama Abah.. rasa nanti menyusahkan diorang. Nak bagitau Ojex.. nanti dia tak boleh nak perform lak malam ni. Dia dan kawan-kawan sekarang ni kat Jakarta, ada event kat sana so tak nak la ganggu dia. Nak bagitau best friends.. erm.. tak yah la. So baik diam je. Just aku harap aku okay la. Even though aku rasa semalam macam... owh, Heaven is calling me. Huish janganlah dulu.. banyak lagi amalan yang aku tak buat kat dunia ni.

This is Hani