Thursday, April 28, 2011

Single Terbaru Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta

Salam semua!

Sure ada yang dok fikir mana nak cari single terbaru Grey Sky Morning kan? So ni Hani bagi la korang dengar single terbaru mereka, Hilang Rasa Cinta.


Kalau korang pandai nak download sendiri video ni, korang dah boleh dapat MP3 single ni free-free camtu je. Sorry la Hani tak boleh nak bagi link direct download. Nanti GSM marah Hani pulak hehe! So kalau dah ada nanti, Hani update okay! Teruskan salute Grey Sky Morning tau!

P/S: Grey Sky Morning akan mewakili Malaysia untuk ASEAN Youth Cultural Exchange Festival (AYCEF) di Jakarta, Indonesia pada 1st May 2011. Doakan kejayaan mereka!

Tuesday, April 26, 2011

Band Photoshoot: Grey Sky Morning (behind the scene)

Salam semua!

Maaf la sebab Hani baru je dapat gambar-gambar photoshoot Grey Sky Morning baru-baru ni. So ni cuma gambar belakang tabir jela, gambar yang tak jadi dan sebagainya. Gambar yang betul-betul, korang tunggu jela GSM upload sendiri nanti. Kitorang tak leh nak bagi korang tengok dulu. Nanti bila dorang dah update baru, Hani akan tunjuk kat korang semua okay!
Ojex (belakang) bersama dengan Akmal (photographer) 
Testing lighting dulu...  
Hani jadi videographer je 
set yang ke berapa pun aku tak tau haha! 
Ejal (kiri) kena tembak dengan Ojex (kanan) 
set yang terakhir

Monday, April 25, 2011

Band Photoshoot: #3 Grey Sky Morning

Salam!

Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, Hani nak buat satu video khas tentang aktiviti dalam projek band photoshoot semalam. Harap semua terhibur dengan video 4 minit yang Hani buat ni. Sorry if video tak berapa clear. Hani pakai vidcam cikai je~


Photoshoot ni diambil di kawasan perkarangan Stadium Shah Alam. Band Grey Sky Morning akan melancarkan album yang kedua tak lama lagi. So ini adalah sesi bergambar untuk album tu nanti. Terima kasih sebab mempercayai kami GSM!


Sunday, April 24, 2011

Band Photoshoot: #2 The Trial

Salam semua!

Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, Hani nak letak video yang seterusnya pasal photoshoot tu kan. Sekarang ni korang tengok jela okay? Ni percubaan untuk photoshoot tu nanti.


So nak tau apa yang berlaku nanti, tunggu jela next video okay?


Saturday, April 23, 2011

Band Photoshoot: #1 Teaser

Salam semua!

Minggu yang memenatkan! Terlalu banya kerja yang perlu dibuat sampai tak ada masa nak rehat panjang. So kesempatan yang Hani sempat amek ni, Hani update la sikit apa yang Hani buat untuk hujung minggu ni.


Video yang kedua akan di-upload tengah malam ni. Dan video seterusnya selepas Hani selesai buat sesi photography tersebut. TQ kat semua yang menunggu dan layan video tersebut. Sayang korang!

Thursday, April 21, 2011

Result dah keluar | Isi borang tamat pengajian

Salam semua!

Siang tadi di PTPL Shah Alam, results untuk SHS dan SISE dah pun keluar. Tahniah kepada yang berjaya! Kepada yang suam-suam kuku tu, still ada masa untuk perbaiki. Jangan give-up!

Hari ni satu hari suntuk aku dok berjalan je. Keluar rumah dari Kajang, naik train sampai stesen Batu Tiga, lepas tu naik teksi sampai Kolej PTPL Shah Alam. Lepas tu aku tunggu Syafiq, janji nak amek result sama-sama. Masuk kat exam department, nasib tak ramai orang. Tunggu dalam 10 minit, settle dapat result.
Lepas tu gi admin department, amek borang tamat pengajian. Bila tengok borang tu, rasa macam baru je aku amek borang apply belajar dulu. Kejap je rasanya semua ni. Dari aku umur 18 tahun, now dah nak masuk 21 tahun. Alhamdulillah, akhirnya aku habis gak pengajian kat PTPL ni.

Lepas amek borang tu, aku mula la main 'treasure hunter' dengan Syafiq, hehe! Dalam borang tu kena ada 5 cop pengesahan dari 5 jenis department! Mak aih... dah nak habis belajar pun diorang suruh kitorang round-round kolej ye. Bagus la pakej nye tuh! Tapi tak apa la.. bukan selalu kan. Dah siap je dapat 4 cop pengesahan, terus gi admin balik untuk cop yang terakhir. Dah macam checkpoint lak kan hehe!

Insya-ALLAH minggu depan boleh amek surat tamat pengajian tu dari pihak kolej. Konvo kami pulak insya-ALLAH hujung tahun ni. Tu tak tau betul ke tak. Siapa budak PTPL tau jela kan~

So kat semua classmates, aku nak type nama korang sorang-sorang untuk penghargaan boleh? Hehe *tarik nafas~* thank you kat Syafiq, Beyla, Rehana, Azri, Syed, Pa'an, Faiz, Amalina, Thairah, Revaty, Emi, Syam, Addy, Idwan, dan Meo sebab banyak tolong aku dalam kelas dan pembentangan projek. Tak lupa gak kat supervisors yang terlibat; Puan Dalilah, Cik Nhizmah, Puan Zuraidah, Puan Juliana, dan Sir Vinod *versatile abeh!* Selain tu kat Mama Abah *sayang muah muah!* sebab banyak hulur duit untuk cari bahan projek. Dan... kat Ojex sebab banyak bagi idea dan cadangan untuk projek ni.

Buat kawan-kawan yang lain; Eez, Dash, P-Gee, Rasyiqah, dan siapa-siapa jela yang tengah buat projek akhir ni, good luck! 


Wednesday, April 20, 2011

Assignment #2 UBM: Sunnah Nabi Dalam Hidup Kita

Salam!

Kejap je dah masuk assignment kedua UBM. Walaupun busy dengan kerja harian di dunia realiti, tapi still curi-curi masa untuk buat assignment maya ni. Hebat kan? Kali ni soalan yang prof bagi agak Islamic.
Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah2 tersebut terhadap pengamalnya. 
Apa-apa hal sebelum nak menjawab, nak buat mukadimah sikit la...
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Surah al-Ahzab: ayat 21)
#1 Antara sunnah Rasulullah yang Hani pernah dengar, tapi still orang buat-buat tak tau adalah tentang pemakaian cincin di jari. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali bernikah dengan Siti Fatimah; kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan di jari kelingking (anak jari). Dan janganlah memakainya pada jari tengah dan jari telunjuk.

Sebab apa?
Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia meniru cara berhias kaum yang telah dilaknat Allah iaitu kaum zaman Nabi Lut AS. Seperti yang kita tahu, kaum Nabi Lut AS mempunyai satu tabiat atau sifat di mana mereka menyukai jantina sesama mereka. Mereka juga mempunyai cara berhias yang songsang dan tidak boleh diterima oleh cara berhias dalam Islam. Bagi dunia zaman sekarang ni, perkara ni makin menjadi dan seperti makin bertambah. Harap ALLAH membuka hati mereka untuk berubah satu hari nanti, amiin~

#2 Sunnah Nabi yang ni pula diajar oleh orang tua Hani, iaitu makan dengan tangan dan bila dah habis makan kita hendaklah menjilat jari.

Sebab apa?
Pakar saintis juga telah mempersetujui cara ini dan mereka menjumpai enzyme yang banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur. Enzyme yang dimaksudkan adalah sejenis alat pencerna makanan, tanpa makanan di hadam. Insya-ALLAH kalau amalkan sunnah Nabi ni, tak ada la kes sembelit, makan tak hadam, sakit perut, dan sebagainya.

#3 Selain sunnah Nabi, dalam al-Quran juga ada melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Ia dikuatiri akan cepat dapat penyakit.

Sebab apa?
Saintis juga membuktikan perkara ni di mana mereka menjumpai ion+ dalam ayam, manakala ion- dalam ikan, dan jika kita makan bersama ayam dan ikan maka terdapat satu tindakbalas biokimia yang terhasil. Ini boleh merosakkan usus si pemakan tu nanti. Nanti dari sihat, jadi tak sihat. Tak pasal-pasal usus kena penyakit. Minta dihindarkan sebarang jenis penyakit.

Ni antara sunnah Nabi yang Hani amalkan secara tidak langsung. Masa kecik dulu ingat memang tak boleh buat itu-ini, rupanya ia adalah salah satu sunnah yang kita sebagai umat Islam perlu amalkan sehari-harian. So bila dah tahu, kena amalkan sampai bila-bila. Nanti bila dapat penyakit, jangan kelam-kabut nak cari doktor atau tok dukun plawok pulak!

Saturday, April 16, 2011

14 Tips Membuat Band Dengan Berjaya

Salam!

Membuat band bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara dan usaha yang perlu dibuat. Ahli, nama band, konsep, duit, masa, dan pelbagai lagi perlu dikorbankan untuk masa depan band korang bersama. So now, Hani akan kongsikan serba-sedikit tips bagaimana nak buat band korang berjaya.
Are you guys ready to make a big-bang-band?

#1 Misi dan Visi 
Jangan ingat sekolah je ada misi dan visi, buat band pun ada! Dengan misi dan visi yang jelas membuatkan sesebuah band tu kekal lama dalam ingatan peminat. Tak kira la band tu dari zaman Hang Tuah sekalipun! Bina impian dan cita-cita, dan tanya diri korang, "kenapa aku buat band ni?". Sekadar suka-suka, atau nak share karya korang di mata dunia?

#2 Passion
Keghairahan dalam membuat sesebuah band *jangan fikir lain pulak ye~* boleh menjadikan band tersebut menjadi hebat! Dengan ada rasa cinta terhadap muzik, korang dapat rasa satu feeling di mana muzik itulah sahabat korang. Siap ada yang mengatakan, "tanpa muzik aku boleh mati", haa hebat kan penangan muzik ni.

#3 Konsep Band
Dari sini kita dapat tentukan genre yang akan dibawa oleh band korang tu. Selain tu juga korang kena tentukan logo, lirik lagu, t-shirt design, cover album atau EP, dan sebagainya. Tentukan apa saja untuk band korang, tapi make sure la semua tu kena dengan jiwa korang satu band, okay? Be creative!

#4 Nama Band
Penting! Tanpa nama band, sure tak ada siapa kenal korang! Selalunya nama band ni diambil dari kejadian atau nama atau apa-apa je yang berlaku antara korang satu band. Contohnya band kawan aku ni, The Overtime. Diorang semua masih belajar dan sekadar bermain muzik secara 'overtime'. Haaa korang pulak macam mana? Kalau blur, korang buat la satu list, lepas tu buat survey ramai2.

#5 Ahli
Anggota band yang korang tubuhkan tu tak semestinya dari kalangan keluarga atau kawan-kawan BFF je. Sebab belum tentu mereka mampu menggalas tanggungjawab atau hebat bermain muzik. Untuk melengkapkan band, korang kena la cari orang yang betul-betul mahir dan sesuai dengan konsep band korang tu. Antara position yang kerap ada dalam sebuah band sekarang ni adalah vocalist, guitarist (lead dan rhythm), bassist, drummer, dan keyboardist. Selain tu ada juga trumpeter, piper, violinist, pianist, dan sebagainya.

#6 Kongsi Idea
Untuk membuat sebuah band, korang satu band kena la discuss antara satu sama lain. Minat, cara, dan pengaruh muzik masing-masing berbeza. Mungkin perbezaan tu dapat membentuk satu style atau jenis muzik yang baru. Dan sekiranya korang bergabung, maka terbentuklah satu gelombang band korang sendiri nanti.

#7 Latihan Rutin
Kalau nak jadi band yang mantap dari pelbagai segi, kena la buat latihan macam budak-budak sekarang cakap, "aku ada jamming malam ni". Ingat! Band yang malas buat latihan ni takkan ke mana. Cukup la sekadar seminggu sekali. Tak cukup duit nak sewa studio satu jam? Tak ada hal.. buat studio mini khas untuk korang je. Boleh jamming bila-bila je yang korang nak. Selain berjamming, korang gak kena buat latihan sendiri seperti bermain gitar akustik, melatih vokal semasa mandi, atau bermain drum mini-kit punya.

#8 Persembahan
Buat je performance kat mana saja yang korang nak, asalkan dapat majukan band korang tu di mata peminat. Perform kat prom night, konsert amal, majlis kahwin, gigs, battle of the bands, atau busking kat Central Market. Selain tu, korang juga boleh buat video klip. Ala.. buat simple pun tak apa. Korang dok feeling nyanyi-nyanyi kat lorong mana-mana, lepas tu ada orang lari-lari  kat belakang tu sikit pun dah cukup, hehe!

#9 Penampilan dan Imej 
Kalau muzik bagus, penampilan pulak macam haremm pun tak guna. Kalau imej nampak plain ketika buat show, sure peminat bosan. Selain tampil sempoi, korang kena la tampil smart. Guna ruang pentas sebaik mungkin! Buat penampilan secara drastik. Antaranya mengajak peminat sing-a-long bersama, berdansa bersama peminat, buat show Maharaja Lawak kejap dengan peminat, atau... korang mungkin boleh lepas gian dengan baring kat atas stage! *siapa la tu kan hehe~* Dengan semua tu, peminat akan stay dalam konsert korang walaupun satu jam lamanya tanpa rasa bosan sikit pun!

#10 Attitude
Ini boleh dikatakan pakej dari penampilan zahir dan batin la. Kalau luaran nampak handsome, cun.. tapi dalaman macam hantu Kak Limah tak pulang-pulang, camne? *ce cite~ ce cite~* Dengan adanya attitude ni mungkin syarikat rakaman akan berminat dengan band korang dan korang boleh la sign agreement dengan syarikat tersebut dengan mudah.

#11 Buat Rujukan
Ambil contoh band yang korang suka. Mostly band sekarang suka ambil The Beatles, atau The Strokes sebagai ikon band. Dari situ, korang buat ala-ala research sikit. Gali karya, baca review album, tengok biografi, hayati pengaruh muzik mereka, dan sebagainya. Dan cuba juga untuk mendengar lagu dari band yang baru atau 'freshie' untuk memperbanyakkan rujukan muzik dan konsep band korang.

#12 Demo CD
Lagu-lagu dalam demo pertama yang korang hasilkan akan menjadi first impression bagi peminat untuk menilai band korang, terutamanya pihak media. Selalunya orang yang dah lama dalam bidang muzik ni akan merakam demo live dulu sebelum merakam lagu yang sebenar. Sebab dari demo live tu korang boleh dengar semula, kemudian boleh cari kekurangan dan menambah kreativiti dalam lagu korang. Bila dah siap buat arrangement baru, cari studio kasi record dan mixing la. Lepas tu bila dah siap buat mastering, dah boleh kasi kasi jual atau bagi je orang dengar free.

#13 Pengurusan Band
Band yang bagus mempunyai pengurusan yang bagus. Ada band yang manage band diorang sendiri. Mungkin sebab tak ada duit nak hire atau upah orang lain. Mungkin juga mereka rasa mereka mampu untuk manage band sendiri. Band manager ni penting. Dia boleh menguruskan keperluan band, cari ruang-ruang gig dan show, mengawal perbelanjaan band, dan juga mampu menangani masalah dalaman band. Orang yang nak jadi manager ni pulak mesti la friendly, mempunyai pergaulan yang luas, dan yang paling penting, jujur!

#14 Promosi
Selain buat lagu dan video klip, korang juga boleh buat artwork yang lain. Contohnya; sticker, t-shirt, iklan banner, poster, dan yang paling advance, buat promosi melalui websites. Sekarang kita dah ada Facebook, MySpace, PureVolume, AmpChannel, YouTube, dan sebagainya. Dengan cara ni, nama band korang mampu 'merebak' bagaikan virus! Bagi band yang dah meningkat naik tu boleh la try masuk radio pulak. XFM kan ada, hehe!

Dengan tips yang Hani bagi ni, diharapkan kepada sesiapa yang nak buat band tu, semoga berjaya! Bila dah berjaya nanti, jangan sampai lupa diri pulak. Dari awek sorang, gi tambah kasi cukup kan kuota. Tak baik tu.. hehe! So, have fun with your band! Any feedback boleh je komen atau bagi e-mel kat hani.saje@gmail.com


Friday, April 15, 2011

10 Tips Menulis Lagu

Salam!

Hani nak share tips yang Hani baca baru2 ni, iaitu tips menulis lagu. Hani dulu pernah la juga mencuba-cuba menulis lirik satu ketika dulu tapi orang tak ada bakat memang tak sehebat orang yang berbakat, ye tak? *rendah diri*. So Hani nak share tips ni yang disediakan oleh seorang pensyarah dalam bidang seni muzik dan lagu.

Seperti yang dikatakan oleh pensyarah tersebut, kemampuan menulis lagu merupakan satu keuntungan besar bagi seseorang yang bergelar penyanyi. Sebab penyanyi tersebut boleh tahu kemampuan vokal mereka sendiri, pengaruh genre lagu mereka,  dan kemampuan mereka membuat persembahan nanti. Selain tu juga, si penyanyi tu nanti dapat feeling dengan mudah sekiranya mereka sendiri yang menulis lagu tersebut.
So, are you ready to know the tips?

#1 Tentukan Tema
Lagu instrumental pun mampu memberi feel tanpa lirik, inikan pulak lagu yang ada lirik. Sebagai penulis lagu, boleh dikatakan wajib meletakkan tema atau mood untuk lagu tersebut. Tak kisahlah ceria macam kartun Teletubbies, atau sedih macam gambar Hindustan sekali pun.

#2 Ambil Mood Sekeliling 
Korang pernah rasa happy bercinta? Pernah rasa sedih ditinggalkan kekasih? Dari situ korang boleh ambil mood tu. Selain cinta, kita gak boleh versatile kan mood tu. Macam buat kombinasi, contohnya tema politik dengan mood marah. Baru boleh jadi kreatif kot.

#3 Suasana Dalam Tulisan
Haaa macam mana tu? Lagu tu perlulah mempunyai satu situasi dan situasi tersebut perlu diterangkan dalam bentuk lirik lagu [takkan la dalam bentuk karangan pulak!]. Dengan membuat macam tu, pendengar mampu berimaginasi situasi lagu tu samada berbunga-bunga ke.. ada pelangi ke.. atau sedang panas terbakar!

#4 Berdialog
Ini pun penting gak. Ambil contoh lagu cinta, mesti la si penulis nak bagi kat GF/BF dia. So kena la ada ayat kononnya si penulis sedang berdialog dengan subjek. Contohnya, "aku membiar engkau pergi, jangan kau tangisi, ku korban cinta suci berakhir di sini, ku doa kau bahagia bersama dirinya~". *haa cepat teka lagu siapa tu nanti dapat hadiah haha!*

#5 Jangan Takut Menulis!
Idea kita kadang-kala datang secara spontan, jadi korang tulis je apa saja yang terlintas dalam kepala tu! Pasal susunan ayat apa bagai, korang boleh edit balik nanti. Ni nak bagitau something, rahsia menulis lagu adalah ketika mengedit, bukan ketika baru nak start menulis lagu tu.

#6 Tentukan Form
Ni bukan pasal borang form ye kawan-kawan.. tapi layout atau susunan bagi sesebuah lirik. Apa ingat website je ke ada layout? Lagu pun ada! Layout lagu ni termasuklah intro, verse, chorus, bridge, dan ending.

#7 Elemen 
Lagu boleh dikembangkan melalui pelbagai cara. Antaranya dari lirik itu sendiri, selain dari riff (pengulangan muzik), ritma, melodi, dan kord. So korang kena la explore setiap ceruk seni lagu untuk lebih kreatif.

#8 Buat Koleksi
Idea datang dan pergi *aiceh~*. Mungkin masa tu korang tak ada idea nak buat macam mana dengan lirik yang korang buat tu. So korang kena simpan idea tersebut dalam buku tiga lima, atau save dalam notepad untuk yang lebih advance. Bila otak dah refresh, badan dah ada energy, dan korang pun nak start projek buat lagu, korang boleh buka balik idea korang tu untuk jadikan masterpiece korang nanti.

#9 Ayat Keramat!
Menulis lagu ni tak seharusnya mengikut cara penulisan tatabahasa atau pemahaman macam subjek Bahasa Melayu kat sekolah tu. Untuk membuat ayat dalam lagu, mesti la dengan mudah tapi kena la dengan irama atau melodi lagu tu jugak. Contohnya "berikanlah cintamu pada ku" jadi "berikanlah aku cintamu". Got it?

#10 Dengar Lagu Orang Lain
Ada penulis lagu yang takut, dan mungkin juga tak suka dengar lagu penulis lagu yang lain ketika mereka sedang menulis lagu. Kenapa? Sebab mereka takut jika karya mereka dipengaruhi karya penulis lain, dan mungkin juga dilabel sebagai 'penciplak'. Tapi kita harus ingat, lagu lain mampu memberikan kita idea yang lebih luas dari apa yang kita ada. Dan dari tu juga, kita boleh mengambil lagu lain tu sebagai rujukan untuk menghadirkan mood untuk menulis lagu baru.

Kepada bakal penulis lagu diluar sana, good luck! Jangan syok sendiri bila menulis lirik lagu sendiri, okay?

P/S: Tips ni adalah rujukan dari blog Indra Aziz dan di-post dengan menggunakan style Hani sendiri. Harap korang semua enjoy!


Berjalan di Pasar Jalan Raja Alang

Salam semua!

Hani baru je balik dari jalan-jalan kat pasar area Jalan Raja Alang. Dekat area Chow Kit tu. Dah lama tak pergi ke pasar malam macam ni. Last pergi bila ye? Entah, Hani pun tak ingat! Tadi pun setakat ikut Mama, Abang Romi, dan Kak Maria je. Bosan la dok rumah je kan sekarang ni.
Disebabkan baru je lepas hujan, sayur-sayur kat sini naik serangga la kan. Paling aku suka tengok mestilah siput ala-ala siput babi ni. Nama dia siput bulan orang panggil. Kalau siput babi dia malu sebab kita sentuh dia mesti dia masuk dalam cengkerang dia. Tak best! Kalau siput ni tak malu pun. Tapi cengkerang dia nipis. Silap pegang mau pecah! Hehe teringat masa kecik-kecik dulu selalu usik-usik siput ni bila pergi pasar!

Bila dah sampai sana, aku happy tengok Mama happy. Sayur-sayur kat sana memang stok segar punya! Mama pulak antara ibu yang pandai memasak *tiada tandingan, okay!?*, memang dia bagi list untuk bahan memasak la kan! Pergh.. bawak troli kecik sememangnya tak cukup untuk Mama rupanya. Next time kena bawak yang besar sikit, hehe!

Pastu aku ternampak siput sedut. Bukan main semangat siput-siput tu panjat bakul, kononnya nak keluar la. Pergh... tu kalau buat masak lemak pun sodap! Hmm.. kecur~ kecur~

Thursday, April 14, 2011

Filem Estet | Antara Perpaduan dan Semangat Berpasukan

Salam semua!

Malam tadi Hani tengok filem Estet, arahan Mamat Khalid. Filem ni mungkin tak berapa popular kot tapi ada gak menang award Anugerah Khas Juri. Tahniah! Filem ni ditayangkan kat seluruh pawagam dalam penghujung tahun 2010. Apa yang Hani nak ceritakan adalah filem ni mempunyai kualiti pengajaran yang bagus, sebenarnya.

Kalau diikutkan sinopsis dan plot jalan cerita, filem ni berkisarkan tentang perpaduan kaum di Malaysia. Tapi filem ni mengambil kaum India sebagai subjek utama. Yela.. dah tajuk filem pun estet. Estet memang sinonim dengan masyarakat India kalau diikutkan subjek Sejarah time sekolah dulu la. Estet, ladang getah.. ia dimajukan secara majoriti oleh kaum India pada suatu masa dulu.

Ok, kembali kat topik asal. Filem Estet ni memang bagus la untuk masyarakat di Malaysia ni sebab kita sangat beruntung mempunyai kepelbagaian kaum dalam satu negara yang kecil ni je. Bangga tak? Kena la bangga. Dari kepelbagaian kaum, kita dapat terapkan satu budaya saling tolong-menolong, bertolak-ansur, dan menjauhkan diri dari budaya tindas-menindas antara satu sama lain.

Tapi bila Hani berfikir dari luar fikiran tentang filem ni, Hani nampak satu perkara je, BOLA! Liga bola di Malaysia sekarang tak ada la sehebat zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dulu. Dan... bila Hani hayati betul-betul nama watak dalam filem ni, baru Hani perasan satu benda. Nama diorang ada yang sama dengan nama-nama lagenda bola sepak Malaysia satu ketika dulu! Nice kan? Kononnya Gandhii, Subramaniam, dan Arumugam adalah pemain bola sepak veteran Estet Cintamanis. Lepas tu diorang la yang jadi jurulatih untuk pemain muda untuk berlawan dengan pasukan Estet Red Cobra.
Pasukan bola Malaysia satu ketika dulu. 

Filem ni memang gelak je memanjang! Lawak yang diorang buat memang menjadi. Dengan ada pemain mata juling macam Cookie Monsters.. pemain yang lembut tapi bila kick memang menang penalti punya.. lepas tu ada goal-keeper yang obses dengan tarian Micheal Jackson. Hmm.. macam-macam!

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok filem ni, korang KENA TENGOK! Hani dah sediakan video untuk 10 minit pertama filem Estet kat bawah ni. Nak tengok yang lain, leh je korang cari nanti, okay!? Harap korang enjoy!


Tuesday, April 12, 2011

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan

Salam semua! Hani nak hantar assignment ni, hehe! Carry mark! Carry mark!

Soalan 1: Letakkan banner UBM dalam entry anda.
Jawapan:
Soalan 2: Nama anda dan nama blog anda.
Jawapan: Nama penuh Hani Amira Suraya binti Shahbudin, tapi dalam dunia maya ni lebih selesa dikenali sebagai Hani Shah. Nama blog pulakdari dulu sampai sekarang Study+Music=Life, tak pernah nak ubah. Sebab aku ni still belajar kat IPTS, selain kat IPTM ni kan haha! Lepas tu, aku ni jenis yang suka dengan muzik, pergi gig apa bagai. So, inilah kehidupan Hani Shah.

Soalan 3: Sejak bila mula berblog. 
Jawapan: Kalau secara suka-sukinya pada umur 15 tahun lagi. Tu pun berblog kat lama MySpace je. Masa tu update aktiviti harian je. Tapi bila naik umur 18 tahun, baru la buat Blogspot sendiri. Sekarang ni agak meluas sikit la story nya. Selain aktiviti harian, sekarang ni kena buat update untuk band kawan2. Promote mereka sehabis-baik. Masih banyak kekurangan lagi dalam ber-blogging.

Soalan 4: Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
Jawapan: Trend! Itu je yang mampu dikatakan. Dulu orang buat blog sebab nak share apa yang kita lakukan setiap hari, tak pun nak share info. Tapi sekarang ni dah jadi ikutan macam dialog ni, "eh ko ada blog? aku pun nak buat gak la" haa.. lebih kurang camtu la. Tapi kalau kita feel dunia blogging ni, kita dapat rasa satu aura, macam nikmat semacam je kan! Haaa... macam main gitar la.. ada semangat2 tertentu katakan, hehe!

Soalan 5: Pandangan anda mengenai IPTM (Institut Pengajian Tinggi Maya) pertama ini.
Jawapan: Mula2 nampak idea ni kat timeline Twitter. Baca dorang punya idea, 'eh biar betul diorang ni?' Tapi bila tengok sendiri, rasa WOW! Ni la institusi yang aku cari selama ni! Terus apply la untuk share info tentang blogging, selain tambah kawan maya baru. Yang penting, IPTM ni tak payah nak apply loan hahaha seronok!

P/S: Kalau kawan2 nak join UBM, jom klik SINI.


Monday, April 11, 2011

Mereka pakai batik bagaikan YB, cool!

Salam semua!

Aku sebenarnya tak tau nak update apa sekarang ni. Tapi teringat pulak update yang tertangguh dari semalam. So aku pun update semampu yang mungkin hari ni.

Semalam masa bangun tido tengahari, aku pun godek2 la laman Twitter aku melalui application 'Twitum for PSP'. Maklumlah, nak online pakai laptop, hujan lebat sampai guruh petir semua.

Dok godek2 timeline, aku ternampak la beberapa gambar dari kawan2. Tengok satu2 gambar yang diorang post, lepas tu aku nampak la gambar ni. Hmm.. nak gelak ke.. nak apa?
Grey Sky Morning as Datuks (haha!)
Ojex, Erry, Ejal, Buck, & Ewan.

Apa-apa hal, aku salute la kat diorang ni sebab sanggup gak sarung baju bercorak batik ni. Ye.. mereka nampak seperti.... Datuk-Datuk yang dah terlambat nak gi meeting hehe! Cool!

P/S1: Bila tengok gambar ni, rindu pulak kat orang paling kiri tu hehe! Selamat ber-shooting kat mereka, Grey Sky Morning. 
P/S2: Saya bukan Greyers ye kawan2... saya cuma extra saje hehe!


Aibkan Orang.. Apa Dapat?

Salam semua!

Aku nak story sikit la pasal apa yang dah jadi kat FB Page milik students kolej aku baru-baru ni. Dah nama pun FB Page, so budak-budak dari seluruh branch kolej aku semua ada kat situ. Ada share untuk cari penyewa rumah. Ada yang tanya hal-hal kolej. Ada yang bertukar pendapat tentang studies. Macam-macam! Tapi ada pulak yang buat onar kat dalam page tu.
display semata-mata

Aku tak nak buat printscreen apa-apa dari page tu. Silap hari bulan kalau lecturers baca, mau jadi masalah! Tu baru lecturers baca, kalau pengetua yang baca? Dato' Wira baca? Tak ke naya budak-budak tu.

Aku tak kisah la kalau korang nak buat apa pun, buat lah! Tapi kalau dah tau benda tu salah, jangan la buat.

Lepas tu, kepada yang bersalah tu, kalau rasa bersalah sangat, nak bercerita perihal tu, make sure orang yang korang nak story tu boleh dipercayai. Jangan jadi macam mala'un tu. Boleh pulak buka pekung tu kat public. Siap orang yang tak kenal pun boleh baca statement tu. Siapa yang malu?

Terus-terang aku cakap, aku tak kenal si pembawa cerita dan pelaku-pelaku yang bersalah tu. Tapi sebagai bekas pelajar yang pernah belajar kat kolej tu, aku rasa macam kecewa sikit la bila ada junior-junior aku yang cacat akal macam ni. Perangai macam budak tak matang. Baik korang masuk sekolah rendah balik la. Kasi matang habis-habis dulu, boleh?

Last words dari aku, tak salah nak menegur orang. Tegur la berapa banyak pun yang korang larat. Tapi jangan la sampai orang pandang hina dan fikir yang negatif kat orang yang bersalah tu. Dan sekiranya cerita yang korang bawa tu salah, kan dah jadi fitnah. Tau kan buat fitnah dapat apa? Dosa... pandai! So harap korang dapat fikir la apa yang aku cuba nak sampaikan ni. The conclusion is: dah orang share satu aib tu, nasihatkan la dia. Bukan jaja cerita tu kat orang ramai! Jimbit!

Sunday, April 03, 2011

The Overtime Band Review: Single Baru "Mimpiku"

Salam!

Sekali lagi, official band dalam blog aku ni, The Overtime, telah pun selesai record single baru yang bertajuk 'Mimpiku'. So kepada semua Overtimers, korang boleh dengar kat SINI dan beri komen la sikit. Boleh la dorang perbaiki apa yang patut untuk next single.


THE OVERTIME - MIMPIKU lirik 

VERSE 1 
Setiap langkahku memenuhi takdir
Seluruh hidupku telah pun tertulis
Tak akan aku mengundur diri.
Telah ku korbankan segala-galanya
Demi impianku yang tak pernah pudar
Begitu juga semangatku. 

VERSE 2 
Berikan aku 
Berikan aku satu peluang
Untuk menghentikan penghinaan ini.
Berikan aku
Berikan aku segala ruang
Ruang untuk perbetulkan kesilapan diri. 

PRE-CHORUS
Ada mengata diriku gila
Ada menyangka ku tak keruan 
Persetankan kata-kata dusta itu. 

CHORUS 1 
Ku harap diriku
Kan teguh 
Menghadapi hari. 
Tak ku sesali 
Mengejar 
Mimpiku. 

Ulang VERSE 2 
Ulang PRE-CHORUS

CHORUS 2 
Ku harap diriku
Kan teguh
Menghadapi hari. 
Kan ku jejaki 
Walaupun
Berintangan beronak duri. 
Tak ku sesali 
Mengejar 
Mimpiku. 

P/S: Dengar cerita The Overtime nak release CD. Tadi aku tengok kat wall post diorang, nak buat t-shirt atau button The Overtime. Nice kan? 


Saturday, April 02, 2011

Mama cepatlah sihat....

Salam semua...

Aku sebenarnya nak korang yang membaca blog aku sekarang ni, tolonglah doakan bersama aku agar Mama aku selamat dari sebarang penyakit.

Sepatutnya aku balik ke Kajang dari Shah Alam pada jam 2 petang tadi. Tapi aku dapat call dari Abah. Dia cakap, Mama masuk hospital pagi tadi. Masa tu jam 10 pagi. Kelam-kabut aku bangun tidur, pergi mandi laju-laju. Aku tanya Kak Lisa, Mama sakit apa? Kak Lisa cakap doktor suspek Mama kena Influenza LI.

Bila dah sampai hospital, tengok Mama kena pakai mask, lepas tu kena cucuk masuk air dalam badan. Aku teringat masa aku kena H1N1 dulu, masa tu tahun 2008. Kesian tengok Mama. Kalau aku boleh amek penyakit Mama tu kasi transfer masuk dalam badan aku, dah lama aku buat! Biar aku je yang sakit, jangan keluarga aku yang lain. Tapi aku sedar, ni kuasa Allah, kita tak boleh nak halang.

Harap Mama cepat sembuh. Sayang Mama sangat-sangat!

Enam bulan menderita, kini lega :)

Salam semua!

Sebenarnya aku rasa bersalah sangat sebab aku sepatutnya jadi orang yang terakhir yang tahu pasal hal tu. Tapi entah la kenapa, mungkin aku bertuah sebab aku ada speacialty semasa tu, so aku jadi orang yang pertama yang tahu hal tu.

Alhamdulillah, beban aku selama enam bulan sejak dari bulan November 2010 lagi, akhirnya dah pun lepas. Selama tu juga aku jadi penyimpan rahsia yang memang kebal tahap apa pun aku tak tau. Terima kasih kat dia sebab mempercayai aku selama ni.

Kepada kawan-kawan yang tahu pasal tu, aku harap sangat simpan baik-baik rahsia tu sampailah masanya nanti. Sebab tu la aku still stay dengan korang sebab aku nak perkara ni settle dulu sampai habis. Nak dia selamat, nak korang jaga dia.

Dan aku minta maaf sebab aku tak boleh nak tulis direct dalam blog kali ni. Tak nak aibkan sesiapa, tak nak buat kecoh, tak nak cari salah sesiapa, tak nak korang fikir yang bukan-bukan. Aku minta maaf kalau aku banyak tak tolong korang, selalu abaikan dia, ke apa-apa lah! Aku cuma nak dia jaga diri baik-baik. Harap family dia faham. Kalau boleh, nak je aku datang explain kat family dia, tapi aku tak ada hak untuk semua tu... harap dia okay.

This is Hani