Saturday, April 02, 2011

Mama cepatlah sihat....

Salam semua...

Aku sebenarnya nak korang yang membaca blog aku sekarang ni, tolonglah doakan bersama aku agar Mama aku selamat dari sebarang penyakit.

Sepatutnya aku balik ke Kajang dari Shah Alam pada jam 2 petang tadi. Tapi aku dapat call dari Abah. Dia cakap, Mama masuk hospital pagi tadi. Masa tu jam 10 pagi. Kelam-kabut aku bangun tidur, pergi mandi laju-laju. Aku tanya Kak Lisa, Mama sakit apa? Kak Lisa cakap doktor suspek Mama kena Influenza LI.

Bila dah sampai hospital, tengok Mama kena pakai mask, lepas tu kena cucuk masuk air dalam badan. Aku teringat masa aku kena H1N1 dulu, masa tu tahun 2008. Kesian tengok Mama. Kalau aku boleh amek penyakit Mama tu kasi transfer masuk dalam badan aku, dah lama aku buat! Biar aku je yang sakit, jangan keluarga aku yang lain. Tapi aku sedar, ni kuasa Allah, kita tak boleh nak halang.

Harap Mama cepat sembuh. Sayang Mama sangat-sangat!

2 comments:

cacing said...

Ya Allah ya tuhan kami, Kau sembuhkanlah dan Kau panjangkanlah umur ibu Hani ini agar beliau dapat bersama-sama keluarganya semula, dan Kau jauhilah dia dari sebarang malapetaka dan penyakit berbahaya.. amin..

jom baca entry cacing yang baru tentang marah.. http://cacingpanas69.blogspot.com

Hani Shah said...

terima kasih cacing :')
amiin~

This is Hani