Tuesday, March 29, 2011

Photoshoot at Putrajaya with friends

Salam semua!

Macam biasa, update lagi! Kali ni aku join kawan aku, Akmal dan Amer untuk photoshoot kat area Putrajaya. Bak kata Akmal, "ladang gandum" hehe! Aku sebenarnya tak pernah bekerjasama dengan diorang sebelum ni dalam bidang photography. Tapi kalau diikutkan pengalaman, aku kenal Akmal dengan lebih lama, so aku tau la dia ni ada bakat dalam bidang photography ni. So aku pun dengan slumber, jadi model la untuk sesi kali ni.
Nice kan? Ni baru sikit. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku tak amek semua gambar tu lagi kat diorang berdua. So tunjuk apa yang ada jela dulu. Insya-Allah nanti bila dah dapat gambar tu, aku upload la kat Facebook aku. Ni album yang aku letakkan gambar-gambar tu semua. So korang boleh nilai sendiri hasil kerja Akmal dan Amer tu.
Ni si photographer Amer :)

Monday, March 28, 2011

Nuclear Awareness video by some friends

Salam!

Here a video by friends of my friend about nuclear awareness. It's actually a project for their studies in the university. So hope you guys have fun with it. And please... think it for our future. Peace, no war!



Sunday, March 27, 2011

Game Review: Dissidia Duodecim 012 Final Fantasy [PSP]

Salam!

Mungkin ramai peminat game di Malaysia ni tak berapa suka dengan genre game macam Final Fantasy (FF), tak kisah la dari yang pertama sampai la version yang terbaru. Mungkin sebab jalan cerita yang panjang, atau cara permainan yang complicated, tu terserah pada masing-masing untuk menilai. Tapi ni la review yang aku buat sendiri untuk korang semua yang kaki gamers, lebih-lebih lagi kepada yang gila Final Fantasy ni.
Mungkin ramai yang tak tahu, Final Fantasy dah keluarkan satu version baru yang bertajuk Dissidia Duodecim 012 Final Fantasy. Game ni bukanlah sambungan dari Dissidia Final Fantasy, tapi ia adalah satu game sampingan untuk version tersebut. Kat Amerika, game ni dah release 22 Mac yang lepas. Tapi macam mana aku leh dapat game ni, padahal aku kat Malaysia? Korang fikirlah sendiri ye heheh! Teknologi hebat sekarang kan?

Struktur game ni sama je macam Dissidia Final Fantasy, tapi ada sedikit tambahan watak dan cara berlawan dalam versi Duodecim. Seperti yang korang nampak, dalam Dissidia cuma ada bar untuk Bravery dan Hit Point (HP) je. Tapi dalam Duodecim ni pula, ada satu lagi tambahan bar kat bawah HP tu, namanya Assist. Assist ni kegunaannya macam main game King of Fighter gak, boleh panggil kawan untuk tolong kita. Tapi kita boleh pilih sama ada nak guna dia untuk tolong naikkan Bravery kita atau serang HP lawan. Nice kan?
Battlefield dalam Dissidia Final Fantasy. 

Battlefield dalam Dissidia Duodecim Final Fantasy. 

Dari segi watak pula, mesti la ada tambahan sikit. Dalam Duodecim ni, ada tambahan watak dari FF4 iaitu Kain, Tifa (FF7), Laguna (FF8), Yuna (FFX), Vaan (FF12), dan Lightning (FF13).
Watak-watak untuk Dissidia Duodecim Final Fantasy. 

I'm rating this game:
So have fun everyone!


Friday, March 25, 2011

Macbeth Secret Show for Grey Sky Morning is done!

XFM Macbeth Secret Show sedang rancak sekarang. Tahniah kepada semua yang dapat free pass masuk ke event tu.

Sebelum ni aku ada post perkara ni semata-mata untuk korang semua undi siapa? Grey Sky Morning! Alhamdulillah mereka berjaya dan dah pun selesai buat persembahan pada hari Selasa lepas. Ni cuma video yang disediakan oleh pihak XFM untuk preview tontonan korang semua, layan!

GREY SKY MORNING

Sunday, March 20, 2011

Nak berubah, boleh..tapi kena la dengan niatnya :)

Salam semua :)

Dah nak masuk bulan April dah sekarang ni. Perubahan yang aku impikan masih tak ditunaikan lagi. Tak ready, takut, dan macam-macam yang berlegar dalam kepala ni. Tengok perubahan dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan buat aku terfikir, niat dan usaha kena ada dalam setiap perubahan yang kita buat!

Bukan nak memprovok atau nak mengejek atau apa saja yang terlintas dalam fikiran korang, tapi dengan apa yang aku nampak secara luaran, perubahan yang rakan-rakan seperjuangan aku tu buat memang nampak tapi tu secara fizikal jela. Dalaman nya? Sama je!

Ada yang niat sama dengan aku; nak pakai tudung tu, alhamdulillah sangat! Tapi bila tengok perangai, sikap, dan sifat, tak ada apa yang nak dibanggakan. Kadang-kadang aku kesian dengan orang macam tu. Nak tegur nanti touching setahun dengan aku. Paling kurang ajar pun, mesti diorang cakap, "ala ko pon sama gak la..bukan nya pakai tudung pon, nak tegur2 aku apa hal?" haa sudah, masalah!

Ni salah satu mentality segelintir manusia yang ada kat atas muka bumi ni. Kalau orang tu tak sama macam dia, orang tu tak boleh tegur perbuatan dia. Contohnya; salah bagi orang yang tak bertudung untuk menegur sikap biadab yang diperlakukan oleh orang yang memakai tudung. Hmm... so fikir-fikirkanlah apa releven, kebaikan, dan keburukan apabila membuat satu perubahan.
P/S1: Cerita yang dibuat sekadar cerita semata-mata, siapa yang terasa diharap tanggung sendiri, okay? 
P/S2: Syukur alhamdulillah kepada sesiapa yang berubah ke jalan kebaikan, moga perubahan itu berkekalan dan semakin baik hendak-NYA :) 


Tuesday, March 15, 2011

Tutup buku lama, buka buku baru, yeay!

Salam semua!

Sebenarnya tak tau nak update apa. Tapi dah alang-alang online ni, nak story la update terbaru empunya diri ni.

Aku ni bercuti je sekarang ni. Study pun dah selesai. Final project pun dah settle. Kerja je belum cari lagi sebab aku dengan family merancang nak holiday awal bulan April nanti. Kang baru seminggu dua bekerja, nak minta cuti, macam apa lak kan! Parents aku ni pun macam tak nak aku apply kerja je nampaknya. Bila aku nyaris dapat kerja, dan-dan tu gak la nak gi holiday apa bagai!

So minggu yang membosankan ni, aku dok menghabiskan novel yang aku beli dari awal tahun lepas dulu tu. Tajuknya '9 Nyawa' karya Ramlee Awang Murshid. Lepas tu tadi aku gi Giant Shah Alam. Tambah lagi novel dari penulis yang sama, hehe!

Sebenarnya aku suka dengan tulisan karya Ramlee Awang Murshid ni. Ayat simple, tapi info yang dia bagi memang tip-top! Dia banyak buat research, tu yang aku kagum habis! Sampaikan jenis senjata dan saiz peluru pun detail dia bagitau. Kebetulan Abah lak pegawai polis. Bila tanya Abah, benda-benda yang dia tulis tu memang ada! Pergh hebat!

Antara novel yang beliau tulis, yang paling aku suka, novel 'Mikhail'. Dia punya story bukan main pusing lagi, tapi bila dah terbongkar satu per satu, memang hebat tak yah nak cerita! Lagi bagus kalau pengarah filem sekarang amek novel dia buat filem. Lagi laku mungkin. Dari filem yang entah apa-apa entah sekarang ni kan.

Lepas ni, nak sambung novel yang baru aku beli tadi. Hmm... nak baca 'Rayyan Fantasi' dulu ke.. atau 'Cinta Sufi'? Dah la 'Cinta Sufi' ni sambungan dari trilogi 'Bagaikan Puteri'. Nak tau gak apa penghujung cerita tu. Tapi aku nak yang agak adventure sikit. Mana-mana pun boleh la... hehe!
 VS

Tuesday, March 08, 2011

Kena buat surat rasmi? Malas!

Salam semua!

Wa.. aku dah nak kena buat surat kiriman rasmi. Pe cer? Malas gila weh! Dah la aku tak ingat macam mana format surat kiriman rasmi ni. Last-last aku gi search kat Google macam mana nak buat surat tu. Adeh banyak lak version nya! Hantam saja lah labu~~

p/s: aku dah pandai buat surat kiriman rasmi, yeay hahahah! 

Monday, March 07, 2011

Nak Grey Sky Morning perform kat XFM Macbeth Secret Show tak? ;)

Salam semua! 

Korang peminat Grey Sky Morning
Jom undi diorang untuk join kasi havoc XFM Macbeth Secret Show nanti!! 
Event amende tu? 
Ia adalah satu siri persembahan akustik dari 10 band atau penyanyi muzik Malaysia! 
Dan 10 yang terbaik tu adalah dari UNDIAN ANDA SENDIRI
Show tu pulak akan dilangsungkan di satu TEMPAT RAHSIA
dan KHAS untuk 50 PENDENGAR BERTUAH!

Nak tau caranya? 
Jom klik SINI untuk ke ruangan Macbeth Secret Show
Kemudian, undi Grey Sky Morning kalau anda mahu mereka 
buat havoc kat event tu nanti!
Tarikh undian tu dari 7/3/2011 hingga 20/3/2011.

Pulun di Langkawi

Salam semua!

Maaf sebab lama tak update sebab Hani pergi bercuti dengan kawan-kawan kat Langkawi. Memang meriah! Nak tengok kemeriahan kami? Jom ke FOTO ALBUM kat Facebook Hani :)

dengan kawan-kawan, mentor, dan tersayang :)

Nanti leh la kita gi lagi. Best lepak dengan korang selama ni. Gelak, study sama-sama. Happy! 

CUBA TEKA KAKI SIAPAKAH INI?
HINT: ADIK KESAYANGAN DASH

Wednesday, March 02, 2011

THE OVERTIME takkan BENCI peminat :)

Salam semua!
Haa.. kali ni Hani nak promote lagu baru The Overtime yang Hani pernah bagitau sebelum ni, tajuknya Benci. Kat sini Hani sediakan lirik dan video lagu Benci. Layan la ye :) lagi satu! Kalau berminat, follow jela mereka kat Facebook, KLIK SINI.



Verse 1:
kau menconteng arang ke muka ku
ke mana hilang daya pertimbanganmu
segala fitnah bohong dan penipuanmu
mendominasi diriku dan hidupku
kau memanipulasi segala kelemahanku
timbulkan propaganda yang tidak pernah berlaku
kau mengklasifikasikn diriku musuhmu
dendam kesumat bersangkar didalam hatimu

Chorus:
kau benci aku
perasaanmu
tidak menentu
emosi terganggu
kau benci aku
engkau membisu
bila bertemu
kau membelakangkan ku

Verse2:
segala konspirasi, konfrontasi, kontroversi
perlu ditamatkn sebelum kita mati
hidup ini takkan pernah lari dari ironi
kepahitan dan kesedihan pasti dirasai
hidup ini umpama persaingan kalah mati
siapa tersungkur akan sentiasa ditindasi
nasib kita didunia takkan diketahui
bersihkan hatuimu dari persaan benci

Chorus
(Solo)
Chorus

Tuesday, March 01, 2011

Jangan pernah mengalah!

Salam semua!

Hari ni, satu perkara yang drastik berlaku kat aku lagi. Aku cuba berlagak biasa, tapi aku tau.. aku tak mampu. Aku bukan nak jadi ego. Aku bukan nak jadi pendendam. Tapi aku nak jaga satu benda yang amat berharga untuk diri aku sekarang dan masa depan nanti. Aku cuba jadi baik. Aku cuba tahan dari perasaan amarah aku. Aku minta maaf sebab terlalu kasar tadi. Aku tau aku jahat. Dari mula lagi aku dah bagitau... aku bukan seorang yang baik. Hati yang hitam memang susah nak dibersihkan. Aku sedar. Aku harap sangat yang dia masih boleh bertahan dengan diri aku ni. Walaupun dia pernah sama kan diri aku dengan orang sebelum aku. Tapi aku perlu sabar! Buktikan yang aku bukan seperti sesiapa. Aku adalah diri aku.

This is Hani