Saturday, December 31, 2011

Band Review: Believe (teaser) by The Overtime

Salam!

Dah lama tak buat review pasal band. So this time aku nak review pasal new project by The Overtime band. Banyak cerita aku dengar pasal diorang ni semenjak aku dah tak balik Kajang. Rindu gila kat diorang, dan-dan lak diorang buat teaser untuk single baru. Okay~ satu langkah menuju kemajuan. Haha!

So kalau nak dengar teaser tu, korang leh la klik kat link ni >> Believe (teaser) by The Overtime. Happy listening and do comment! 

Thursday, December 29, 2011

Novel Review: Tabu by Shaz Johar

Salam!

Alhamdulillah, novel Tabu ni baru je launch kat Gravy Baby Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam hari Sabtu lepas (24hb Disember 2011). Aku tak dapat pergi pun launching tu sebab aku kerja. Tapi apa-apa hal, aku dapat buku before the launching was started. Hehe! Thanks to family yang tolong hantarkan novel tu ke sini, pada hari yang sama.

Penulis: Shaz Johar
Halaman: 312 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: Disember 2011
Sinopsis: Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.
Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.
Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.
Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!

Bagi sesiapa yang tak tahu, ini adalah 'baby' Shaz Johar yang kedua selepas Kougar. Masih bercerita mengenai kehidupan seorang perempuan, yang berumur, tapi kali ni agak muda sedikit dari novel yang lepas. Masih menceritakan pergolakkan hidup dan keperitan seorang wanita. Kerja, pasangan hidup, kawan... normal la tu kan.

Novel ni guna jalan cerita yang ringan. So korang leh enjoy the story page by page dengan senang hati. Tapi bagi korang yang pernah baca Kougar, korang akan jumpa satu watak yang familiar pada pengakhiran cerita Tabu ni, iaitu Kisha. Jangan ingat dunia kita je yang kecik, dunia dalam novel pun kecik weh! Boleh lak dikait-kait dengan novel yang sebelum ni. That's creative! I mean it, Shaz Johar :)

Apa lagi yang aku nak komen? Sebab jalan cerita dalam novel ni terlalu direct, mudah korang nak faham, dan tak terbelit otak korang nak baca. Just.... grab one and read! I mean, NOW! 

P/S: Kebetulan, hari ni birthday Shaz Johar yang ke-17 (katanya kat Twitter @malayrhapsody haha)Wee~ wish you happy birthday, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan idea-idea cambest untuk menulis, have fun and enjoy your lifeJejaka Anggun :)

Tuesday, December 27, 2011

Novel Review: Fiksyen 302 by Ramlee Awang Murshid

Salam!

Last aku baca novel Ramlee Awang Murshid (RAM) ni, novel Sutera Bidadari, novel kelima untuk pelengkap cerita 'Bagaikan Puteri'. Agak lama tunggu, and now, masa MPH Mid Valley buat pesta buku, aku tengok ada buku ni. Rembat satu la.

Penulis: Ramlee Awang Murshid
Halaman: 512 mukasurat
Tarikh Terbit: 9hb Disember 2011.
Sinopsis: LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyeras diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Okay, mula-mula aku dapat tau buku ni melibatkan watak yang sakit psikiatri, aku teringat novel lama penulis, Rahsia Perindu. Dalam tu pun ada kes psikiatri. Novel Ungu Karmila pun melibatkan sakit psikiatri. Novel Mandatori lak sama dengan novel ni sebab dendam. Apa lagi eh? Tu je kot. Memang RAM ni suka dengan situasi camtu, tapi tu yang buat jalan cerita dia menarik. Si gila cintakan si cantik. Si cantik suka si buruk. Tak macam tipikal novel yang lain.

Komen pasal novel? Aku tak tau nak komen apa. Kalau korang baca novel tulisan RAM dari dulu sampai sekarang. Dan korang dapat baca ikut rentak yang disampaikan, korang tau la apa yang aku rasa. Cara dia putar cerita tu kadang-kadang agak ekstrem, kadang-kadang agak romantik, tapi satu sudut lain, korang akan rasa, eh siapa orang tu? Apesal diorang buat camtu?

Tapi sekarang ni RAM macam suka bermain dengan 'masa'. Kalau korang pernah baca novel Rayyan Fantasi, tak pun trilogi Bagaikan Puteri, korang akan nampak pada pertengahan cerita Fiksyen 302 ni ada dua orang doktor psikiatri ni nak menjelajah masa lalu guna minda. Err~ agak macam Back to the Future sikit tapi garapan, nice! Tak membosankan, sebab otak aku aktif gila time baca novel ni -_-"

Novel Review: Cekik by Ridhwan Saidi

Salam!

At last aku dapat buku novel ni. Cetakan pertama! Maaflah, aku lagi happy if dapat beli novel in cetakan pertama. Thank you kat kawan saya @izzul_afiq sebab bagi Hani buku ni secara percuma!

Penulis: Ridhwan Saidi
Halaman: 258 mukasurat.
Harga: RM 18
Cetakan Pertama: Mei 2011
Cetakan Kedua: November 2011
Sinopsis: Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya. Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.
Warith pulang ke Kampung bersama Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.
CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.

Baca novel ni, buat aku terfikir satu keputusan, 'orang yang tak open-minded dilarang baca buku novel ni'. Sebab apa? Ada chapter yang sarat seks. Nanti ada je yang tak kena. Sebagai manusia biasa, aku rasa itu normal sebab penulis nak menggambarkan keadaan dalam scene tersebut. Memang agak keterlaluan bagi sesetengah pihak. TAPI! Dalam dunia realiti, keterlaluan atau tidak tu tak ada sebab untuk kita mengelak kalau itu yang kita nak. Korang faham kan maksud aku?

Cerita dalam novel, memang agak terbelit sikit kalau korang tak selesa baca novel yang tak ikut kronologi. Aku pun kadang-kadang terpening kejap. Eh ni zaman yang mana satu eh? Last-last dapat catch-up balik, nice!

Novel ni mengisahkan Warith, seorang budak yang curious. Dia nak tau kenapa sesuatu tu jadi begitu. Kenapa orang tu buat camtu. Kenapa itu, kenapa ini. Selama ni dia keliru tentang diri dia. Dia tak tahu siapa mak dia. Dia mangsa liwat bapak dia. Dia blur. Dia bosan. Dia ingin tahu. Dia memberontak. Dia nak belajar. *tarik nafas, mengah*

Okay, aku nak sambung baca Tabu pulak. Okbye.

Tuesday, December 20, 2011

12 Shortcut Keys dalam Ubersocial for Twitter

Salam semua!

Seperti yang kita tahu, setiap perkakasan aplikasi multimedia mesti ada shortcut keys. Windows, Mac. Dalam handphone macam Nokia, Sony Ericsson, BlackBerry pun ada shortcut keys. Even nak pergi kedai Pak Mad pun kita lalu jalan shortcut tak nak penat nye pasal, kan? So software macam Ubersocial ni pun tak terlepas gak dengan kemudahan shortcut keys ni. Jom usha satu-satu. Kita mulakan dari yang selalu kita guna, sampai la yang pada setting yang jarang kita guna.

#1 New Tweet: butang U
Ini wajib ingat sebab aku jenis suka unmention orang. So dengan button ni mungkin save 3 saat aku untuk klik button BB command and klik 'New Tweet'. Haha!

#2 Reply: butang E atau R
Ini pun wajib ingat sebab bila kita post tweet, mesti ada yang menyampuk. So kalau nak reply, ada dua pilihan nak tekan, samada butan E atau R. Selalu orang akan ingat R la, stands for Reply. Button ni gak leh digunakan untuk reply direct message (DM).
*klik gambar untuk tumbesaran*

#3 Reply All: butang J atau K 
Kadang-kadang kita post bukan sorang tweeter je. Ada yang 3-5 orang tweeters kita nak tweet. So, ni la cara reply paling pantas untuk mereka semua.

#4 Direct Message: butang D 
Kadang-kadang tu kita ada benda yang agak secret nak di-tweet. So secara privasi, mesti la korang pilih DM. Gi kat tweet orang yang nak di-DM-kan tu, lepas tu klik button D. Mesej sampai lebam!

#5 Follow: butang F
Kawan kat timeline mesti ada retweet (RT) tweet dari kawan-kawan diorang. Kadang-kadang bila dah selalu tengok tweet diorang cambest, mesti kita rasa nak follow. So, jangan segan-silu nak klik button F untuk follow mereka yang cambest tu, okay?

#6 Retweet: butang L
Asal kawan tweet benda yang best atau yang kena mengena, mesti rasa nak RT post diorang. Tapi dengan shortcut keys ni, korang tak boleh nak RT tweet locked account! So korang kena buat secara manual la. Copy-paste tweet diorang and post sendiri, or we called it as Quote Retweet.

#7 Favorite: butang V
Suka dengan tweet seseorang dan korang nak save tweet tu? Mark it as your favorite! Tekan button V lepas tu klik Yes, settle!

#8 Bottom to Top of Timeline: butang B dan T
Bila dah dibiarkan timeline lama tak di-scroll, mesti timeline jadi meleret. Time tu mesti jari lenguh nak scroll banyak-banyak kali kat timeline. Agak-agak rasa macam tak ada tweet yang penting untuk dibaca, leh la tekan button B untuk terus ke tweet paling bawah dalam cache, dan button T untuk terus ke tweet paling atas.
Gambar kiri: Timeline paling bawah. 
Gambar kanan: Timeline paling atas. 

#9 Friend's Timeline: butang G
Lepas dah tekan button G, satu friends list akan keluar. Korang boleh taip nama mention kawan korang tu, lepas tu leh la tengok timeline kawan korang tu dengan aman. Nak stalk lettew~

#10 Email Tweet: butang Z
Ni agak jarang sangat orang buat. Emel tweet yang korang suka kat sesiapa yang korang nak. Aku tak pernah cuba, tapi ini yang aku jumpa so korang try jela. Or maybe kepada sesiapa yang jadi stalker timeline tu, nak bagi report kat bos besar pasal apa yang orang lain tweet tu leh la guna button ni. Bukti la...kononnya. Pui!

#11 Search: butang S
Ini berkesan untuk mencari tweeter yang kita tak kenal, secara random.

#12 Account: butang A 
Bahagian ni bagi sesiapa yang jenis banyak akaun Twitter, pastu nak tukar akaun A kepada akaun B, leh la register kat sini. Leh pilih mana yang korang pakai dan set sebagai default atau current atau kedua-dua sekali.

Mungkin ada lagi shortcut keys, tapi tu jela yang aku rasa penting untuk setakat ni. Sebab kebanyakan orang guna Twitter ni nak tweet, nak bersembang, dan nak promote bisnes dan sebagainya. Dan aku gak berpendapat, main Twitter kat Ubersocial ni tak la se-best macam main Twitter melalui web atau Tweetdeck. Anyone agree with me?

Kepada kawan-kawan yang menjadi mangsa secara langsung atau tidak langsung dalam setiap contoh paparan snapshot ni, aku minta maaf tau! Aku nak cari contoh pun nak scroll up, scroll down timeline aku kasi kena dengan point aku ni. Apa-apa hal, korang yang aku follow sekarang ni memang terbaik punya tweeters! Yang dah di-unfollow tu, terima kasih banyak-banyak sebab menceriakan timeline aku sebelum ni. Opst!

Sunday, December 18, 2011

Novel Review: Dendam by Affifudin Omar

Salam!

Guess what? Finished another book in a month, yeay! Pada tarikh yang sama pada bulan lepas aku post pasal novel pertama dari Buku Fixi yang aku beli; Zombijaya. Sekarang, dah masuk novel yang ketujuh aku dah khatam dari pengeluar yang sama. Next? It will be Cekik, tapi aku still tunggu kawan aku untuk jualkan kat aku. Can't wait for it!

Penulis: Affifudin Omar
Halaman: 310 mukasurat
Harga: RM20
Cetakan Pertama: Jun 2011
Sinopsis: Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan - dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalid Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
Rating: 

Bagi aku novel ni terlalu berat sebab melibatkan politik dan bisnes yang merangkumi modal beratus juta ringgit. Okay, pening sangat! Aku skip bab pelaburan juta-juta tu. Tapi apa yang aku nampak, inilah realiti. Taktik perniagaan kotor, belit sana sini. Semua tu biasa dalam masyarakat kita. Sampai aku dah bersubahat sama. Kenapa? Kita tahu perkara tu tak betul, tapi kita halalkan je apa yang jadi. Subahat kan? Satu dunia!

Yang aku suka dengan content novel ni sebab tempat yang ada penulis tulis, Lubuk Merbau. Kampung aku belah mak aku. Bangga kejap, haha! Lepas tu dia ada sebut pasal Minangkabau. Ayah aku orang Minangkabau, haha lagi! Cerita ni pulak ada mengisahkan perihal polis yang bertindak ganas pada tahanan mereka. Ayah aku polis! Almost everyday, dulu la time aku still stay dengan parents aku kat Kajang, ayah aku selalu gak cerita pasal polis-polis ni. Ada yang baik, ada yang buruk. Sedikit sebanyak aku tau selok-belok anggota polis disebalik topeng, topi, dan seragam yang diorang pakai tu. Thanks Allah sebab ayah aku polis clean nya. Fuuhhh~

Kalau aku jumpa dengan watak utama, Khalil Gibran, ni kat reality life la kan, aku nak say congratulations kat dia sebab berjaya berubah dari sehina-hina manusia kepada seorang manusia lagak malaikat. Susah nak jumpa orang macam ni kan? Dalam novel yang aku pernah baca sebelum-sebelum ni banyak la aku jumpa hehe!

Wednesday, December 14, 2011

Novel Review: Pecah by Khairulnizam Bakeri

Salam!

Lagi satu, lagi satu, lagi satu! Otak aku pun dah sarat dengan novel la dalam masa sebulan ni. So, jangan marah haaaa~

Penulis: Khairulnizam Bakeri
Halaman: 335 mukasurat
Harga: RM20
Cetakan Pertama: Mei 2011
Sinopsis: Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar - sang penghuni dimamah dosa - tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya - sang jururawat - dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabur namun terbantut. Kereta terkandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
Rating:  

Apa yang aku nampak dari plot novel ni, penulis tak guna kronologi yang teratur. So dari situ, pembaca boleh la 'main puzzle'. Cari satu-persatu cerita sebenar, apa yang terjadi. Dari zaman 70-an, sampai la tahun 2008 (if not mistaken, lupa!). Dah tahu jalan cerita yang sebenar, baru la korang tahu apa kaitan antara setiap watak yang ada. *aku suka novel macam ni*

Sebenarnya kisah yang berlaku dalam novel ni just direct to the point, if penulis guna kronologi yang teratur la kan. So in this case, korang kena terer susun masa yang 'berterabur' tu jadi satu kisah yang agak panjang. Kenapa dia buat macam tu? Eh, dia tu siapa? Apesal dia jadi camtu? Tu korang kena baca la. Fahamkan sendiri storyline. Perkaitan antara watak. Nice!
*hiasan semata-mata* 

Paling aku suka cara Herman jadi mastermind untuk perangkap Kazim. Terbaik~ and aku imagine, time diorang rombak bank tu, hehe! Dressed-up macam arabic and the job is done.

P/S: Aku tak tau nak ulas apa pasal novel ni. Aku just nak korang baca!

Thursday, December 08, 2011

Customer is always right: Ye ke?

Salam semua orang!

Sempena aku dah bekerja kat kiosk ni selama 4 bulan lamanya, aku nak buat summary sikit la pasal hak kita sebagai pengguna. Aku tau, hak sebagai pengguna ni dah dinaikkan untuk memudahkan kita membuat sebarang aduan sekiranya barang atau perkhidmatan yang kita beli tu ada masalah. Tapi dengan quote 'Customer is ALWAYS Right', apa ia menjadikan kita sebagai pengguna yang 100% betul? Jangan harap!

Ayat 'customer is always right' ni adalah untuk menunjukkan hak kita sebagai pengguna, yang membolehkan kita memberi komen, pendapat, aduan, ketidakpuasan hati dan apa saja terhadap sesuatu servis atau perkhidmatan atau barang yang kita berurusan tersebut.

Tapi sejauh mana hak itu digunakan oleh pengguna dengan betul? Adakah semua perkara adalah dipihak pengguna saja yang betul? Apa semua servis yang penjual tu buat tak ada hak untuk betul juga ke?

Kata Hati Pengguna:
#1 Pengguna dapat membandingkan antara produk A dengan produk B. Mana yang terbaik, dan mana yang tidak, itu pilihan mereka.
#2 Hasil daripada menggunakan produk yang dibeli, secara tidak langsung membantu si penjual untuk mendapat seorang lagi pelanggannya. Dan secara tidak langsung, kita sebagai pengguna menyokong produk tersebut.
#3 Pengguna juga boleh membandingkan harga antara produk A dengan produk B. Mereka boleh bertanya sama ada produk tersebut mempunyai harga runtuh, diskaun, dan sebagainya.
#4 Si pengguna boleh baca label, penerangan atau apa saja yang ada pada produk tersebut dahulu. Fahamkan dulu. Kalau tak faham, tanya saja. Tapi make sure semua yang ditanya tu logik. Jangan nak merepek sangat.
#5 Dapat membuat pilihan yang tepat. Ini penting sebab kita adalah pengguna. Perlu teliti segala aspek. Biar lama untuk buat suatu pilihan, tapi mesti la tepat untuk diri sendiri.
Kata Hati Penjual: 
#1 Memang elok membandingkan barang. Tapi jangan sampai meng-annoying-kan si penjual tu. Dah usik-usik semua barang sampai tunggang terbalik, lepas tu blah macam tu je. Hormatlah sikit. Cakap 'terima kasih' ke, 'beli lain kali' ke apa. Sejuk sikit hati si penjual tu nak melayan korang for the next time.
#2 Pengguna memang mudah berprasangka pada produk yang pertama kali mereka guna, lebih-lebih lagi pada produk terbaru di pasaran. Tapi kalau boleh, cuba dulu untuk pertama kali so pengguna dapat tau apa yang okay atau tak. Ini cuba pun tak, dah condemn macam-macam. Kalau company tu Melayu, si pengguna pun Melayu, mesti si pengguna tu condemn kaw-kaw shit punya. Kalau beli kat company Cina tak ada lak kau nak menyalak kan, si pengguna Melayu?
#3 Dah bagi betis, nak peha pula? Kalau aku dah bagi betis, nak peha, aku bagi penumbuk je nak? Kadang-kadang sesuatu produk tu dah pun diberi diskaun. Contohnya; harga asal RM35, lepas diskaun dapat RM33. Boleh lak si pengguna tu cakap camni, "tak ada diskaun ke? RM30 leh? RM25 ke?" Eh eh.. aku dah bagi diskaun tu dah kira baik tau! Kang suruh kau bayar harga asal kau nak bayar? Tak nak kan? So bayar je guna harga diskaun tu, jangan nak banyak songeh!
#4 Tak salah nak bertanya, tapi boleh tak baca dulu label atau apa saja yang boleh dibaca sampai habis? Kalau label tu tulis, 'jangan goncang' or 'jangan sentuh', korang jangan la nak jadi pandai sangat sampai buat apa yang dijangankan tu. Kang cakap bengap, tau lak touching lari menangis masuk toilet tak keluar-keluar. Haih~ belajar tinggi-tinggi, kerja hebat-hebat, tapi itu yang kau dapat? Kesian...
#5 Tak kisah nak pilih lama mana yang korang nak, take your time! Tapi make sure letak balik kat tempat yang korang ambil tu balik. Kalau benda tu kat atas rak, letak balik kat atas rak. Jangan letak bersepah-sepah. Kalau aku buat camtu kat barang kau, kau marah tak? Marah kan?

So jangan ingat ayat 'customers are always right' tu memihakkan pelanggan je yang betul 100%! Ada perkara-perkara tertentu je yang mampu menyokong pengguna, begitu juga dengan penjual. Ah, senang cerita kita manusia semua sama, ada yang buat silap, ada yang buat betul. Yang silap kita betulkan, yang betul kita contohi. Baru la sepakat. Jangan tau nak condemn orang je, okay?

Wednesday, December 07, 2011

Novel Review: Ngeri by Gina Yap Lai Yoong

Salam!

Ala.. review lagi? Nak buat macam mana.. aku baca terlalu laju ke? Ah peduli aku la! Kali ni kita ke novel yang thriller sikit, okay?

Penulis: Gina Yap Lai Yoong
231 mukasurat
Harga: RM 16
Cetakan Pertama: September 2011
Sinopsis: Joanne, Samuel dan Rehan, tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.
Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.
Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?

Bagi sesiapa yang blur tu, cerita ni lebih kurang macam cerita Criminal Minds. Pemikiran si penjenayah yang psiko, dan tak dapat kita fikir dalam kotak pemikiran kita. Cara jenayah diorang tu tahap level 100 kalau dalam game la kan. Memang tak logik, tapi itu la yang jadi. So nak solvekan kes tu memang agak sukar.

Dalam novel ni, pembaca akan berteka-teki sendiri, 'siapa yang bunuh diorang semua ni?' But in the end, aku nak tanya korang satu benda je, 'kenapa? tak percaya?'

Mula-mula memang aku syak salah sorang dari pelajar tu yang bunuh. Tapi bila dah sampai pertengahan cerita, aku mula fikir, kenapa mamat sorang tu tak habis-habis nak back-up skrip dan jalan cerita yang students tu buat? Kenapa dia semangat je suruh profesor tu luluskan projek tu? Yang sorang tu lagi, kenapa dia lak yang bersemangat nak buat projek filem tu masa semua orang dah give-up? Okay, at this time, aku tau siapa yang punya kerja. Yeay, betul!

Begitu la snapshots yang aku mampu bagi kat korang. Nak tau lebih, beli dan baca. Nak buat filem pendek ni memang susah sebab.. macam aku cerita sebelum ni la. Aku study dalam bidang multimedia, dan aku belajar subjek video digital. Of course la buat filem atau drama ni ada dalam silibus aku (walaupun silibus kat kolej macam gampang, aku terpaksa study sendiri kat orang, hampeh kan kolej aku?) so aku tau nak buat satu rangka story-line tu memang payah! Mungkin bagi kita ia suatu yang gempak, tapi bagi orang yang kononnya berpengalaman macam mana lak pendapat diorang?

Bagi sesiapa yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi mesti korang terbayang-bayang cara penjenayah tu bunuh mangsa-mangsa dia kan? Terbaik kot! Aku suka yang Pinocchio-style tuh. Gempak habis!
P/S: Aku bukan psycho-killer, okay? Haha!

Tuesday, December 06, 2011

Pengkid: Apa beza mereka dengan kita?

Salam semua!

Haaa... korang nampak tak tajuk hari ni apa? Pengkid. Aku bukan pengkid. Tapi aku ramai berkawan dengan pengkid. Amende pengkid tu? Meh klik >SINI< untuk tau dengan lebih lanjut, atas risiko anda sendiri okay.

Sebab bila aku bangun je dari tidur pagi tadi, aku tengok kawan aku kat Twitter ada cakap pasal pengkid. Dia sebenarnya main-main je tapi tak tau lak boleh meleret. Hebatlah kau Dill.Terjebak aku masa tu. Lepas tu, aku check BB aku ada dapat notification dari Facebook. Ada message masuk kat inbox dari kawan sekolah aku. Nak tau apa yang dia tulis?
*klik untuk tumbesaran gambar*

Okay aku terasa. Masa aku sekolah dulu memang aku kasar. Tomboy.. itulah budak-budak panggil aku sewaktu ketika dulu (aiseh!) tapi aku bukan pengkid! Dan yang paling penting, aku bukan hot-stuff. Apa pengkid ni sebenarnya? Meh sini dok depan lappy, depan PC, depan iPad, or mana-mana yang korang berada sekarang ni.

Pengkid ni adalah satu golongan perempuan (sebenarnya) yang berpenampilan tomboy atau lesbian. Gerak laku, cara berpakaian, penampilan, dan percakapan yang seolah-olah seperti lelaki. Golongan ni juga menonjolkan krisis identiti gender dan seksualiti, dan mereka beranggapan perkara ini adalah naluri mereka yang semulajadi (eh?). So, apa beza mereka dengan kita? Sama saja, manusia! Kecelaruan identiti tu boleh je dibetulkan kalau kena dengan caranya.

Apa yang menyebabkan mereka ni jadi pengkid? 
#1 Kecenderungan mereka yang lebih berminat kepada perempuan sejak dari usia kanak-kanak lagi.
#2 Pengalaman pahit mereka ketika membesar seperti melihat bapa mereka yang ganas, tidak bertanggungjawab, kaki pukul. Mungkin juga pernah dirogol oleh abang kandung, teman lelaki, dan sebagainya.
#3 Fenomena cinta homoseksual berpunca kepada keinginan dan kehendak diri. Ada yang beranggapan bercinta sesama jenis ni adalah yang terbaik sebab pasangan kita itu akan lebih memahami perasaan masing-masing.
#4 Hanya wanita yang memahami perasaan wanita. Lelaki tak faham perasaan wanita (kata mereka).
#5 Tidak terdedah kepada risiko mengandung jika membuat hubungan seks (eh?).

Sebenarnya banyak lagi sebab-musababnya tapi selalu yang aku dengar tu la. Hati tak terbuka lagi untuk lelaki? Biarkan jela. Tapi kalau boleh jangan la terjebak. Aku nasihatkan korang ni, ingat aku main-main ke? Memang aku ada berkawan dengan ramai pengkid. Aku taknak salahkan mereka 100% dalam hal ni.

Mungkin salah kita juga sebab kita mengelak dari nak bergaul dengan golongan pengkid. Alasannya, takut nanti anasir jahat pengkid ni masuk dalam diri kita. WTF?! Aku okay je kawan dengan pengkid, duduk satu rumah dengan pengkid, tidur satu bilik dengan pengkid, apadehal?

Kenapa aku berkawan dengan mereka? Sebab aku nampak diorang ni special in the otherside. Apa specialnya?
#1 Mereka berusaha untuk jadi yang terbaik dalam apa je yang diorang ceburi. Sikit pun tak pernah mengalah.
#2 Kebanyakan golongan pengkid ni pandai. Otak diorang macam otak yahudi Einstein, bijak yang amat! Tapi kita tak pandang kebijaksanaan diorang sebab penampilan diorang yang macam tu. Rugi!
#3 Diorang ni kalau masak, kalah Masterchef (okay aku puji melambung sangat)! Mereka ni golongan yang lagi terer memasak kalau nak dibandingkan dengan golongan yang dah sememangnya perempuan. Aku nampak perempuan sekarang bangga bila cakap tak reti memasak. Aduh, kesian weh siapa jadi laki kau nanti!
#4 "Apa yang orang laki boleh buat, aku gak boleh buat!" Ye, aku tau. Mereka ni tak boleh nak mengandungkan anak dara orang macam kaum Adam boleh buat. Tapi..... mereka ni kuat semangat untuk belajar sesuatu perkara. Tabik bai~
#5 Pendengar dan penyimpan rahsia yang terbaik. Aku tau, mereka inilah yang banyak tolong aku untuk recover hidup aku bila aku tak tau nak share dengan siapa. Even kawan perempuan pun tak mampu nak dengar, siap heboh kat semua orang pasal rahsia kita. Kawan laki lak jenis anggap 'masalah aku masalah kau, masalah kau tetap masalah kau, aku tak ada apa-apa' (WTH?!). So thanks kat kawan-kawan pengkid yang pernah aku share, even 1% problem aku tu pun korang simpan, sampai mati aku akan ingat budi baik korang tu.
#6 Luar je nampak hina, pengkid.... hati mereka siapa tahu bersih ke tak.

Dalam Islam ada menyatakan pengkid adalah perbuatan yang melawan jantina lahiriahnya dikatakan haram. Ia dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah. Tapi kita sebagai manusia, tak salah untuk memberi nasihat kepada mereka. Doakan perkara yang baik-baik untuk mereka. Betul tak?

So, kepada lelaki yang 'ter'minat kat pengkid ni, sebenarnya tak salah pun. Korang lelaki, pengkid tetap perempuan. Dalam Islam dah ditetapkan lelaki adalah pemimpin dan ketua. Jadinya, lelaki sepatutnya memimpin perempuan ke jalan yang benar, lebih-lebih lagi golongan pengkid ni. Pahala pun banyak, korang tak nak ke? Kasi hati diorang lembut nak berubah, jangan sergah golongan ni! Hati diorang keras, terlalu keras. Slow-slow, tarik pelan-pelan. Sikit hari bulan, korang nikah la, weeee dapat makan nasi minyak korang!

Monday, December 05, 2011

Novel Review: Jerat by Dayang Noor

Salam!

Novel lagi? Satu~ satu novel aku habiskan sekarang ni. Kenapa? Bosan tahu, bosan?! Masalah peribadi, kerja, masalah kawan-kawan, keluarga.. haih macam-macam. So apa lagi? Satu lagi novel dah masuk dalam kepala otak aku ni. Weee~ *lompat kuak Angry Birds*

Penulis: Dayang Noor
303 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: September 2011
Sinopsis: Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM 400 juta?
Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?
Di tengha-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?
Rating: 

Novel ni tak banyak dialog. Lebih pada menerangan tentang IT dan pengaturcaraan. Siapa yang pernah belajar tentang kod-kod aturcara mungkin faham dengan istilah yang ada dalam novel ni. Aku faham la sikit-sikit sebab aku as a multimedia student, aku pernah belajar programming. So aku tau la apa itu dan apa ini.

Bagi yang tak suka dengan penerangan mungkin akan rasa bosan bila penulis dah tulis ayat terlalu meleret. Mungkin mereka yang bosan tu akan skip perenggan tu. Aku hadapkan je semua tu. Kenapa? Sebab nanti aku jadi hilang punca and terus tak faham cerita, so baik aku bacakan je semua details.

Jalan cerita simple, direct to the point sebenarnya. Cuma watak antagonis je si penulis ni pandai sorok siapa orangnya. Tapi bagi aku, aku dah boleh agak siapa yang jahat, siapa yang mati, and later on. Mungkin sebab pengaruh Ramlee Awang Murshid kot hehe. Anyway, nice! Because it's about programming, salah satu subjek kat kolej dulu yang aku rasa enjoy je bila taip coding kat notepad. Sampai meleleh-leleh air liur, haha! Teruja! Teruja!

Friday, December 02, 2011

Tragedi Disember: Kajang Banjir

Salam semua!

Agak terkejut jugak Kajang banjir. Perkara ni bukan pertama kali. Last banjir teruk masa tu aku sekolah lagi. Tahun 2004 ke 2005, macam tu la. Aku dapat tau Kajang banjir ni dari Twitter @ohtweet kebetulan aku dok usha timeline tiba-tiba nampak 'Kajang'. Eh? Kajang? Banjir?!

Terus aku call Mama, tanya okay ke tak kat sana. Alhamdulillah, tempat aku tak banjir. Kawasan Jalan Reko pun tak banjir. Kiranya pekan Kajang jela yang teruk naik air banjir tu.
Macam aku gitau la, ni bukan first time jadi. Tapi bila perkara camni berlaku lagi, rasa macam pihak berwajib kena buat sesuatu la. Tempat banjir tu adalah tempat utama kat sesiapa yang duduk Kajang. Kat situ la bank, kat situ la sekolah aku belajar dulu, kat situ la orang shopping barang dapur, kat situ la budak-budak baru nak up nak lepak. So, sebagai pengguna juga, aku rasa elok diorang buat sesuatu la. Mungkin saliran longkang tak besar, or tersumbat, or... apa-apa yang berkemungkinan.

Untuk berita lanjut, leh klik SINI, terima kasih!

Thursday, December 01, 2011

Tips Meniru Dalam Ujian yang Berjaya

Salam!

Sebenarnya saja je aku tulis tips, sebab aku nak cerita pengalaman aku sepanjang aku belajar suatu ketika dulu. Malam tadi aku lepak dengan kawan-kawan aku kat Senyap Hub Extreme Park 13 Shah Alam. So kat situ la bermulanya cerita tentang meniru ni. So, ni la hasil yang kitorang kumpul sepanjang malam kitorang lepak tu.

#1 Bawa 'Toyol' 
Ni bukan toyol yang curi duit tu. Toyol yang aku maksudkan ni nota kecil. Tulis la kat mana-mana yang korang rasa selamat. Selalunya mesti la orang buat kat atas kertas kan. Tapi aku rasa kalau atas kertas mesti orang dah tau taktik tu. Aku pernah tulis 'toyol' kat atas tisu. Buat bajet macam lap peluh la konon. Tapi kat tisu tu la aku letak 'toyol'. Kemain banyak ilmu kat atas tisu tu. Ada sorang kawan aku ni pakai duit seringgit. Haih punya kreatif short notes kita tulis masa tu kan.

#2 Isyarat atau Body Language
Yang ni memang selalu sangat berlaku bila ujian. Ada yang tergaru sini, tergaru sana. Tergeliat sini, tergeliat sana. Ada yang secara sengaja, atau pun tak sengaja. Lawak sangat bila dapat tengok semua tu, sebab aku banyak kali duduk kat belakang bila exam. So banyak la drama body language ni yang aku nampak. So, A=garu muka, B=urut kepala, C=menguap, D=mengeliat, ok?

#3 Surat Layang
Okay, ni bukannya surat layang yang jiwang-jiwang, ugut-ugut tuh. Contohnya yang pernah berlaku kat aku, kawan belakang aku nak pinjam pemadam, aku yang blur tu pun hulur la pemadam kat dia. Bila dia bagi balik pemadam tu sekali aku tengok ada memo terlekat kat pemadam aku tu. Kemain lagi tanya dua tiga soalan. Ada gak yang pinjam pembaris, tak pun reload lead pensel tekan tu sebagai 'pengantar'. Pergh, dah macam santau je kan haha!

#4 Tukar Kertas Jawapan
Ini time aku kolej aku pernah buat, haha! Lawak gila. Asal lecturer pandang tempat lain or leka je, kitorang cepat tukar kertas jawapan. Siapa yang siap dulu tu la yang kesian sebab kertas dia yang jadi mangsa. Laju je tangan tu menulis jawapan ringkas. Ada gak yang salin bulat-bulat. Itu tak patut! Tapi masa tu memang masa tu la yang paling seronok!

#5 Ambil Syif Hafal Nota 
Ini terbaik dan hampir bagus la dengan cara ni. Sebab dengan cara ni kita bukan takat membaca tapi kita gak dapat hafal, walaupun sikit. Dulu aku dengan kawan-kawan kelas aku time kolej camni la. Sorang ambil satu sub-topik, hafal, nanti kalau soalan keluar, tanya je kat empunya topik tu. Senang kan?

#6 Siap, Letak Tepi 
Ini niat semata-mata nak tolong kawan sebelah je. Haha! Dulu ramai yang tengok kertas aku sebab aku left-handed writer. So apa yang aku tulis terus budak-budak lain leh nampak. Dah siap je satu page, terus letak tepi. Kalau agak-agak budak sebelah tak nampak, kasi paper tu tergantung kat tepi meja bajet macam tak cukup ruang nak menulis atas meja tu, haa kan kau dah boleh nampak jawapan tu!

#7 Ambil Gambar
Apa guna handphone ada kamera canggih kalau tak digunakan dengan baik? Haha! Ni kalau dah last minit nye kuiz memang aku on kamera handphone, amek gambar kasi tatapan untuk kuiz atau ujian je. Terdesak beb! Siapa suruh buat kuiz mengejut kan? So amekaw!

#8 Search Google!
Ini agak kejam la sebab masa tu aku dan kawan-kawan ada kuiz kat dalam computer lab. Computer tu pulak ada internet connection. So aku dan kawan-kawan agak terdesak sebab masa tu subjek yang kuiz tu tak ada nota tetap, dan yang paling bengang nya, soalan dalam tu tak pernah kitorang dengar terms tu. So, taktik kotor.. shall we?

#9 Khidmat Pesanan Ringkas
Ini mungkin tak ramai yang buat sebab memerlukan kos, duit, untung dan rugi. Kenapa? Sebab memerlukan kerjasama dari pihak sebelah sana juga la, maksud aku si pembantu tak bertauliah tu. Pernah sekali tu aku dah terdesak sangat, aku SMS cikgu aku time aku Form 4 dulu semata-mata nak dapatkan jawapan untuk subjek Pengajian Malaysia. Eh susah tahu! Aku tak suka subjek yang banyak hafal-hafal ni, huh!

#10 Cara Paling Suci
Baik korang study betul-betul. Hafal nota, rajinkan diri buat latihan, buat studygroup untuk share soalan dan jawapan. Apa guna korang buat loan PTPTN, MARA, PETRONAS, atau private tu kalau korang tak study betul-betul? Tak salah jadi skema atau nerd untuk ilmu, kan?
Apa-apa tips yang aku bagi ni, korang jangan la ikut kecuali yang nombor 10 tu. Aku tak kisah la kalau korang nak guna cara yang aku pernah guna ni time kuiz atau ujian bulanan. Tapi time mid-term atau final exam jangan la korang buat camni, okay? Time exam besar, kita kasi clean kita nye attitude.

Novel Review: Kougar

Salam!

Dah masuk bulan Disember la weh! Satu per satu novel dari terbitan FIXI ni aku settle baca. Ni novel ketiga aku baca. Memang aku tak ada kerja lain kat tempat kerja, selain layan customers, mesti aku dok baca novel. Overall, dalam bulan November ni je, dah 6 novel aku habiskan. Gila camne aku leh baca laju sangat ni weh?

Penulis: Shaz Johar
322 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: Mei 2011
Sinopsis: Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.
Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
Rating: 

Kenapa Kougar? Kenapa tak kuda belang ke, atau kucing hutan? Okay, kougar yang dimaksudkan penulis bukanlah haiwan kougar tu. FYI, kougar tu spesis haiwan yang menyerupai singa betina. Juga dikenali sebagai puma atau singa gunung. Tapi... bukan tu tau! Kougar yang dimaksudkan penulis novel adalah golongan wanita yang sudah berumur yang suka keluar atau berpacaran dengan lelaki yang masih muda. Tak pun berpacaran dengan wanita yang lebih muda darinya, in case kalau si kougar tu lesbian la kan. Ala-ala sugar-mummy yang mencari anak ikannya la. Faham kan?

Jalan cerita dia simple, tapi disebabkan watak utama novel ni agak banyak cabaran dan dugaan yang dia kena lalui satu per satu, so novel ni agak berat sikit la bagi yang tak biasa dengan cerita macam ni. Perkara macam dalam perceritaan novel ni ada yang berlaku kat sekeliling kita. Normal la tu. Orang yang tak ada life je tak nampak semua ni.

Tapi jangan terkejut kalau apa yang berlaku kat watak utama novel ni pun akan berlaku pada wanita muda. Sebab aku banyak bergaul, dan aku nampak semua tu depan mata aku sendiri. Ada yang lagi teruk. Tapi tu tak payah la kita cerita, buat aib je kan. Yang penting, jaga diri. Jangan nak tau enjoy je nanti risau kalau badan kita lak yang binasa.

P/S: Penulis novel Kougar ni ada tulis novel tajuk Tabu, juga mencerita watak bernama Kisha. Selain tu, korang boleh gi ke SINI untuk baca cerpen Muslim 2061 secara interaktif. Nice kan? Selamat membaca!

Monday, November 28, 2011

Kali Pertama

Kali pertama berjumpa, tika itu rambut kau masih panjang. 
Aku tidak kenal kau. Dan kau mula bicara. 
Segalanya bermula pada saat itu. 

Kali pertama kau kemalangan, kau telefon aku. 
Aku ketawa tidak percaya. 
Dan kau marah, tidak bercanda. 
Kali pertama aku teman kau berjumpa kawan,
aku berkenalan dengan mereka. 
Kita mesra terlalu cepat. 
Kemudian, ia hilang dibawa masa. 

Kali pertama berjumpa keluarga kau, 
aku tidak bersedia. 
Hati gugup, tidak keruan. 
Aku hilang dalam mainan minda yang ku cipta. 

Kali pertama kau ungkap kata cinta, 
aku tidak percaya. Kau bergurau, bukan? 
Akhirnya, semua tersurat menjadi realiti. 

Kali pertama kita berjauhan,
kau mula gila bayang. 
Surat cinta melayang masuk ke peti surat ku. 
Bertimpal-timpal, bertalu-talu banyaknya. 
Pertama kali aku kau maki, 
aku terdiam tidak bergerak. 
Masa bagaikan terhenti disekeliling ku.
Kau pujuk tangisku. Kita bersatu semula. 

Kali pertama kau nekad meninggalkan ku, 
separuh jiwa ku hilang kau bawa pergi. 
Mata ku mengalir sungai lesu. 
Dan aku berlalu pergi, takkan menoleh lagi. 

Kali pertama tanpa kehadiran kau, 
hati ku menjerit menderita. 
Kau sukar ku lupa. Aku kena kuat! 
Bangkit dari lena ini untuk terus menghadapi hari esok. 

Kenapa 'kali pertama'? 
Kali Pertama, adalah tajuk lagu yang kau cipta. 
Kau tuju lagu itu pada ku sebagai pemula persahabatan. 
Takkan aku lupa sampai ke akhir nafas. 

Kali terakhir kita menonton wayang. 
Kau ingat tajuk filemnya? - "Final Destination 5". 
Itu petunjuk perhubungan kita akan berakhir, 
tika tiba kali kelima percubaan cinta. 

Tidak guna sayang di hati, 
jika ia tidak disambut.
Tawar di hati jangan ditambah apa-apa, 
kelak menjadi racun yang membinasa.

Maafkan aku atas keterlanjuran yang berlaku. 
Diri ku di hati kau seperti gambar lama, 
semakin pudar dimamah waktu. 
Hanya menanti masa untuk dilupuskan.... 
Hanya satu lagu yang jadi teman aku sekarang. 

Saturday, November 26, 2011

Novel Review: Kasino

Salam semua!

The next novel to review is Kasino. Haiyo.. content dan context yang heavy bagi aku ambil masa tiga hari gak nak habis sebab terlalu banyak penerangan, especially tentang perjudian tu. Okay, at least aku dapat information about 'baccarat'. Selama ni tau cara main poker je kan.

Penulis: Saifullizan Tahir.
280 mukasurat
Harga: RM 18
Cetakan Pertama: Julai 2011
Cetakan Kedua: November 2011
Sinopsis: Mohd Narcissus Yusof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.
Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM 3.8 juta kepada kerajaan negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegahan rasuah.
Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.

Daripada keseluruhan novel ni, aku dapat rasa dunia realiti sekeliling kita. Lebih-lebih dalam perniagaan besar. Apa yang tersurat dan tersirat dalam pengisian novel ni memang aku agak setuju la. Sebab kebanyakan orang kita yang menceburi bidang niaga ni tak ada yang 'clean' pun sebenarnya.

Dan yang paling aku suka, watak utama si Mohd Narcissus ni walaupun life dia bergelumang dengan seks, perjudian, arak, tapi satu benda yang dia tak tinggal; solat! Aku pernah jumpa orang macam ni. Teguk arak bergelen-gelen, tapi solat on-time, tak pernah tinggal. Aku yang tak pernah teguk arak, tak pernah berjudi ni pun solat ada yang tertinggal secara sengaja atau tak. Teruk kan!

Walau apapun, kehidupan ni ada positif, ada negatif. Kalau kita rasa itu cara kita, silakan! Asal tak kacau orang sudah. Tapi satu jela yang kena ingat, Tuhan! Selamat membaca korang semua! Untuk info lanjut, KLIK SINI! 


Friday, November 25, 2011

Novel Review: Zombijaya

Salam semua!

 Alright, kali ni Hani nak buat kelainan sebab nak review pasal novel pulak. Hehe! Selalu dok update pasal band, musik, apa bagai lagi kan. Ni kira side-hobby Hani bila waktu lapang; baca novel. Tapi bukan sebarang novel Hani nak review. Ni lain dari yang lain nya novel sebab..... ayat dalam novel ni terlalu, teramat, dan tersangatlah straight, sarkastik, ganas, 18++ nye la kan. So, let's check it out!

Penulis: Adib Zaini.
Berdasarkan Cerita Asal: MJ Woo.
Ilustrasi: Ho-Sui Jon.
307 mukasurat
Harga: RM 20.
Cetakan Pertama: Oktober 2011.
Sinopsis: Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jia rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.
Rating Hani:  

First time nampak novel ni kat MPH Giant Stadium Shah Alam Seksyen 13, aku dah suka habis kat cover depan novel ni. Sumpah tak tipu! Sebab aku suka tengok grafik, lukisan, dan sewaktu dengan art atau seni la. Disebabkan novel tu dibalut dengan plastik. Lepas tu kat MPH tu tak ada yang sample untuk kita baca novel tu, aku pun tengok la poket aku betul-betul bawa RM20 masa tu. Apa lagi? Bawa gi kaunter la kasi bayar itu novel!
Bagi korang yang nak kelainan dalam membaca novel, boleh la try novel-novel yang Buku Fixi published. Memang lain! Sebelum ni aku cuma baca novel yang Ramlee Awang Murshid tulis je. Sekarang ni, aku kena buka mindset aku untuk terima perubahan dalam berkarya, especially novel. Asyik ayat puitis pun tak best gak kan. Hehe!

Anyway, tahniah la kepada semua yang terlibat dalam karya Zombijaya! Karya korang best! Thumbs up yaw~! 


Monday, October 24, 2011

Band Review: Anthena new single: Inspirasi

Salam!

Ni kali pertama Hani buat review tentang band Anthena ni. Alright, here goes! Anthena ni four-piece je. Nak kenal lebih rapat lagi, meh dok dekat sini, kita usha-usha page dorang satu-satu okay! Bismillah...

Genre: 
Rock Alternative 

Members: 
Hafiz - Vokalis/Gitaris
A'an - Gitaris 
Herry - Drummer 
Buck - Bassist 

Origin: 
Klang / Banting / Melaka 

So kalau nak kenal lebih rapat tentang band Anthena ni, korang gi page diorang kat SINI. Selain tu gak, korang leh tweet-tweet dengan diorang kat @AnthenaOfficial je.

Dan yang ni pulak adalah 'baby pertama' band Anthena untuk fans, khususnya yang baru nak kenal siapa mereka. Kalau nak dengar, kasi letak kat MP3 player tu, meh la download. Hani bagi sekali dengan lirik, leh korang kasi hafal, kasi ikut nyanyi sama time main gig nanti, kan!

INSPIRASI 

Pabila larut malam ku mimpi dia ratu ku 
Tersenyum kepada ku lalu pergi membawa erti 
Terus-terus ku mencari si dia yang pergi entah ke mana
Mungkin inilah takdir kita
Yang kita takkan bersama. 

Mendaki gunung hijau di sana adanya dia
Belayar di awangan kekal terus bertahan 
Ku cari-cari tak ku jumpa penat lelah ku berpanjangan
Takkan ku beralih arah 
Ku pastikan menemui mu. 

CHORUS:
La la la.. Inspirasi kau dan aku 
Seakan membantuku 
La la la.. Berikan aku petunjuk 
Untuk terus padamu. 

Terus-terus ku mencari si dia yag pergi entah ke mana
Mungkin inilah takdir kita yang kita takkan bersama
Ku cari-cari tak ku jumpa penat lelah ku berpanjangan
Takkan ku beralih arah 
Ku pastikan menemui mu. 

ulang CHORUS

Friday, October 14, 2011

Abah cepatlah sihat (Part 2)

Salam semua!

Maaf atas kelewatan post blog ni. Hari Sabtu (8hb Oktober) aku gi melawat Abah kat IJN. Sebelum ni Mama bagitau Abah tak boleh bergerak langsung sebab badan Abah kena lilit dengan wayar mesin tu semua. So bila Abah dan 'bebas' dari semua tu, aku rasa lega la sikit.

Masa tengok muka Abah, aku nampak muka Abah bersih je. Ceria, senyum je memanjang. Mungkin sebab bebanan kerja sebelum ni yang buat muka Abah ketat kot, hehe! Lega tengok Abah bebas dari kerja-kerja dia yang sibuk je memanjang tu.

Hari tu, ramai yang melawat Abah. Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Usu.. kawan-kawan Abah pun datang melawat Abah. Yang paling best, Ketua Polis Negara pun datang melawat Abah! Terima kasih kepada semua yang datang melawat Abah selama Abah masuk hospital.

Bila aku datang melawat ni, soalan lazim Abah mesti tanya aku pasal kerja okay ke tak. Yup, aku happy kerja! Giant tu pun dah macam rumah aku la kan, hehe!
So lepas ni, Abah kena buat operation kat jantung dia. Doktor suggest kan Abah untuk buat operation bypass dalam jantung dia. So nanti nak kena ambil urat kat kaki untuk jadi 'spare-part' dalam jantung tu. Apa-apa hal aku doakan operation tu nanti berjaya la. Nak tengok Abah aktif macam dulu lagi. Aku tau Abah kuat! Sebab tu Abah jadi hero aku sepanjang hidup aku. Sampai aku mati, tak ada sesiapa pun akan dapat ganti tempat 'hero' Abah tau.

This is Hani