Seperti yang kita tahu, setiap perkakasan aplikasi multimedia mesti ada shortcut keys. Windows, Mac. Dalam handphone macam Nokia, Sony Ericsson, BlackBerry pun ada shortcut keys. Even nak pergi kedai Pak Mad pun kita lalu jalan shortcut tak nak penat nye pasal, kan? So software macam Ubersocial ni pun tak terlepas gak dengan kemudahan shortcut keys ni. Jom usha satu-satu. Kita mulakan dari yang selalu kita guna, sampai la yang pada setting yang jarang kita guna.
#1 New Tweet: butang U
Ini wajib ingat sebab aku jenis suka unmention orang. So dengan button ni mungkin save 3 saat aku untuk klik button BB command and klik 'New Tweet'. Haha!
#2 Reply: butang E atau R
Ini pun wajib ingat sebab bila kita post tweet, mesti ada yang menyampuk. So kalau nak reply, ada dua pilihan nak tekan, samada butan E atau R. Selalu orang akan ingat R la, stands for Reply. Button ni gak leh digunakan untuk reply direct message (DM).
*klik gambar untuk tumbesaran*
#3 Reply All: butang J atau K
Kadang-kadang kita post bukan sorang tweeter je. Ada yang 3-5 orang tweeters kita nak tweet. So, ni la cara reply paling pantas untuk mereka semua.
#4 Direct Message: butang D
Kadang-kadang tu kita ada benda yang agak secret nak di-tweet. So secara privasi, mesti la korang pilih DM. Gi kat tweet orang yang nak di-DM-kan tu, lepas tu klik button D. Mesej sampai lebam!
#5 Follow: butang F
Kawan kat timeline mesti ada retweet (RT) tweet dari kawan-kawan diorang. Kadang-kadang bila dah selalu tengok tweet diorang cambest, mesti kita rasa nak follow. So, jangan segan-silu nak klik button F untuk follow mereka yang cambest tu, okay?
#6 Retweet: butang L
Asal kawan tweet benda yang best atau yang kena mengena, mesti rasa nak RT post diorang. Tapi dengan shortcut keys ni, korang tak boleh nak RT tweet locked account! So korang kena buat secara manual la. Copy-paste tweet diorang and post sendiri, or we called it as Quote Retweet.
#7 Favorite: butang V
Suka dengan tweet seseorang dan korang nak save tweet tu? Mark it as your favorite! Tekan button V lepas tu klik Yes, settle!
#8 Bottom to Top of Timeline: butang B dan T
Bila dah dibiarkan timeline lama tak di-scroll, mesti timeline jadi meleret. Time tu mesti jari lenguh nak scroll banyak-banyak kali kat timeline. Agak-agak rasa macam tak ada tweet yang penting untuk dibaca, leh la tekan button B untuk terus ke tweet paling bawah dalam cache, dan button T untuk terus ke tweet paling atas.
Gambar kiri: Timeline paling bawah.
Gambar kanan: Timeline paling atas.
#9 Friend's Timeline: butang G
Lepas dah tekan button G, satu friends list akan keluar. Korang boleh taip nama mention kawan korang tu, lepas tu leh la tengok timeline kawan korang tu dengan aman. Nak stalk lettew~
#10 Email Tweet: butang Z
Ni agak jarang sangat orang buat. Emel tweet yang korang suka kat sesiapa yang korang nak. Aku tak pernah cuba, tapi ini yang aku jumpa so korang try jela. Or maybe kepada sesiapa yang jadi stalker timeline tu, nak bagi report kat bos besar pasal apa yang orang lain tweet tu leh la guna button ni. Bukti la...kononnya.
#11 Search: butang S
Ini berkesan untuk mencari tweeter yang kita tak kenal, secara random.
#12 Account: butang A
Bahagian ni bagi sesiapa yang jenis banyak akaun Twitter, pastu nak tukar akaun A kepada akaun B, leh la register kat sini. Leh pilih mana yang korang pakai dan set sebagai default atau current atau kedua-dua sekali.
Mungkin ada lagi shortcut keys, tapi tu jela yang aku rasa penting untuk setakat ni. Sebab kebanyakan orang guna Twitter ni nak tweet, nak bersembang, dan nak promote bisnes dan sebagainya. Dan aku gak berpendapat, main Twitter kat Ubersocial ni tak la se-best macam main Twitter melalui web atau Tweetdeck. Anyone agree with me?
Kepada kawan-kawan yang menjadi mangsa secara langsung atau tidak langsung dalam setiap contoh paparan snapshot ni, aku minta maaf tau! Aku nak cari contoh pun nak scroll up, scroll down timeline aku kasi kena dengan point aku ni. Apa-apa hal, korang yang aku follow sekarang ni memang terbaik punya tweeters!
No comments:
Post a Comment