Monday, November 28, 2011

Kali Pertama

Kali pertama berjumpa, tika itu rambut kau masih panjang. 
Aku tidak kenal kau. Dan kau mula bicara. 
Segalanya bermula pada saat itu. 

Kali pertama kau kemalangan, kau telefon aku. 
Aku ketawa tidak percaya. 
Dan kau marah, tidak bercanda. 
Kali pertama aku teman kau berjumpa kawan,
aku berkenalan dengan mereka. 
Kita mesra terlalu cepat. 
Kemudian, ia hilang dibawa masa. 

Kali pertama berjumpa keluarga kau, 
aku tidak bersedia. 
Hati gugup, tidak keruan. 
Aku hilang dalam mainan minda yang ku cipta. 

Kali pertama kau ungkap kata cinta, 
aku tidak percaya. Kau bergurau, bukan? 
Akhirnya, semua tersurat menjadi realiti. 

Kali pertama kita berjauhan,
kau mula gila bayang. 
Surat cinta melayang masuk ke peti surat ku. 
Bertimpal-timpal, bertalu-talu banyaknya. 
Pertama kali aku kau maki, 
aku terdiam tidak bergerak. 
Masa bagaikan terhenti disekeliling ku.
Kau pujuk tangisku. Kita bersatu semula. 

Kali pertama kau nekad meninggalkan ku, 
separuh jiwa ku hilang kau bawa pergi. 
Mata ku mengalir sungai lesu. 
Dan aku berlalu pergi, takkan menoleh lagi. 

Kali pertama tanpa kehadiran kau, 
hati ku menjerit menderita. 
Kau sukar ku lupa. Aku kena kuat! 
Bangkit dari lena ini untuk terus menghadapi hari esok. 

Kenapa 'kali pertama'? 
Kali Pertama, adalah tajuk lagu yang kau cipta. 
Kau tuju lagu itu pada ku sebagai pemula persahabatan. 
Takkan aku lupa sampai ke akhir nafas. 

Kali terakhir kita menonton wayang. 
Kau ingat tajuk filemnya? - "Final Destination 5". 
Itu petunjuk perhubungan kita akan berakhir, 
tika tiba kali kelima percubaan cinta. 

Tidak guna sayang di hati, 
jika ia tidak disambut.
Tawar di hati jangan ditambah apa-apa, 
kelak menjadi racun yang membinasa.

Maafkan aku atas keterlanjuran yang berlaku. 
Diri ku di hati kau seperti gambar lama, 
semakin pudar dimamah waktu. 
Hanya menanti masa untuk dilupuskan.... 
Hanya satu lagu yang jadi teman aku sekarang. 

Saturday, November 26, 2011

Novel Review: Kasino

Salam semua!

The next novel to review is Kasino. Haiyo.. content dan context yang heavy bagi aku ambil masa tiga hari gak nak habis sebab terlalu banyak penerangan, especially tentang perjudian tu. Okay, at least aku dapat information about 'baccarat'. Selama ni tau cara main poker je kan.

Penulis: Saifullizan Tahir.
280 mukasurat
Harga: RM 18
Cetakan Pertama: Julai 2011
Cetakan Kedua: November 2011
Sinopsis: Mohd Narcissus Yusof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.
Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM 3.8 juta kepada kerajaan negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegahan rasuah.
Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.

Daripada keseluruhan novel ni, aku dapat rasa dunia realiti sekeliling kita. Lebih-lebih dalam perniagaan besar. Apa yang tersurat dan tersirat dalam pengisian novel ni memang aku agak setuju la. Sebab kebanyakan orang kita yang menceburi bidang niaga ni tak ada yang 'clean' pun sebenarnya.

Dan yang paling aku suka, watak utama si Mohd Narcissus ni walaupun life dia bergelumang dengan seks, perjudian, arak, tapi satu benda yang dia tak tinggal; solat! Aku pernah jumpa orang macam ni. Teguk arak bergelen-gelen, tapi solat on-time, tak pernah tinggal. Aku yang tak pernah teguk arak, tak pernah berjudi ni pun solat ada yang tertinggal secara sengaja atau tak. Teruk kan!

Walau apapun, kehidupan ni ada positif, ada negatif. Kalau kita rasa itu cara kita, silakan! Asal tak kacau orang sudah. Tapi satu jela yang kena ingat, Tuhan! Selamat membaca korang semua! Untuk info lanjut, KLIK SINI! 


Friday, November 25, 2011

Novel Review: Zombijaya

Salam semua!

 Alright, kali ni Hani nak buat kelainan sebab nak review pasal novel pulak. Hehe! Selalu dok update pasal band, musik, apa bagai lagi kan. Ni kira side-hobby Hani bila waktu lapang; baca novel. Tapi bukan sebarang novel Hani nak review. Ni lain dari yang lain nya novel sebab..... ayat dalam novel ni terlalu, teramat, dan tersangatlah straight, sarkastik, ganas, 18++ nye la kan. So, let's check it out!

Penulis: Adib Zaini.
Berdasarkan Cerita Asal: MJ Woo.
Ilustrasi: Ho-Sui Jon.
307 mukasurat
Harga: RM 20.
Cetakan Pertama: Oktober 2011.
Sinopsis: Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jia rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.
Rating Hani:  

First time nampak novel ni kat MPH Giant Stadium Shah Alam Seksyen 13, aku dah suka habis kat cover depan novel ni. Sumpah tak tipu! Sebab aku suka tengok grafik, lukisan, dan sewaktu dengan art atau seni la. Disebabkan novel tu dibalut dengan plastik. Lepas tu kat MPH tu tak ada yang sample untuk kita baca novel tu, aku pun tengok la poket aku betul-betul bawa RM20 masa tu. Apa lagi? Bawa gi kaunter la kasi bayar itu novel!
Bagi korang yang nak kelainan dalam membaca novel, boleh la try novel-novel yang Buku Fixi published. Memang lain! Sebelum ni aku cuma baca novel yang Ramlee Awang Murshid tulis je. Sekarang ni, aku kena buka mindset aku untuk terima perubahan dalam berkarya, especially novel. Asyik ayat puitis pun tak best gak kan. Hehe!

Anyway, tahniah la kepada semua yang terlibat dalam karya Zombijaya! Karya korang best! Thumbs up yaw~! 


This is Hani