Friday, February 15, 2013

Book Review: Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman by Dr. Shah Ibrahim

It has been a while (a while ke?) since the last review. Yeah... yeah. I'm back yaw! *tepuk tangan!*

Penulis: Dr. Shah Ibrahim 
Harga: RM 32 (Sem. Malaysia), RM 35 (Sabah/Sarawak)
Halaman: 155 mukasurat
Cetakan Pertama: Disember 2012
Sinopsis: Arus kehidupan sentiasa digelombangi kejayaan dan kegagalan. Tetapi, sedarkah kita akan maksud di sebalik setiap kegagalan yang menimpa? Adakah itu petanda supaya kita berhenti dan menyerah kalah? Atau adakah ia sekadar ujian ke arah membina kekuatan dan ketahanan diri? Sejauh manakah seharusnya kita berikhtiar sebelum menerima suratan takdir? CATATAN PENGEMBARAAN SEORANG FLOWERMAN merungkai persoalan-persoalan di atas melalui kehidupan peribadi penulis sendiri di perantauan. 

Peringatan untuk semua, ini adalah sebuah buku novel grafik tempatan. Penulisnya sendiri yang melukis segala macam bentuk manusia yang ada kat dalam buku ni. (Ye, aku jeles sebab tak reti melukis dengan power sampai sekarang, hoho!). 

Segala keseluruhannya, penceritaan dalam buku adalah mudah, straight, simple dan ringan tanpa ada sebarang kiasan, twisted storyline, atau cliffhanger yang kerap ada dalam penulisan novel. Jadi, buku ni memang boleh dibaca oleh sesiapa saja yang nak baca buku ni. Mudah kan? 

Buku ni lebih kepada first person view sebab aliran jalan ceritanya di'monolog dalaman'kan oleh watak utamanya sendiri iaitu Shah. Tak ada pecahan babak kompleks kepada watak lain. Semuanya melibatkan kehidupan Shah bersama rakan-rakannya di bumi UK dan penyelidikan serta thesis yang dia buat sepanjang tempoh untuk peringkat PhD. Punyai konflik yang berlaku ketika dia berkawan dengan seorang perempuan yang dikenalinya bernama Lily. Segala letih perit Shah dalam pembelajaran dan kehidupan di tempat orang dapat memberikan kita iktibar walaupun kita tak pernah melalui detik tu. 

Untuk penilaian rekabentuk dan lukisan, penulis/pelukis hanya melukis secara simple tanpa stroke lukisan yang kompleks. Cukup untuk kita tahu dan nampak apa watak sedang buat dalam satu frame atau kotak babak. Yang paling aku suka, pelukis meletakkan gambar background dengan menggunakan koleksi foto sendiri, which is, it's a good idea. Aku pernah teringin nak buat kartun dengan menggunakan background dari gambar koleksi sendiri (yang ni tah bila nak buat pun aku tatau). 

Bagi aku, buku ni boleh dibaca oleh umum, tak kira usia atau gender. Tapi aku tekankan kepada remaja atau para pelajar peringkat kolej atau universiti yang masih lagi bertungkus-lumus dengan studies mereka. Ada beberapa point untuk mereka terus mengharungi apa yang mereka tempuhi dengan sabar, walaupun kadang-kadang tu kita macam nak give up dengan semua tu. Dan yang penting sekali; usaha, doa selain tawakal pada Allah untuk segala apa yang berlaku pada hidup kita. Tak kira baik atau buruk. Kena terima seadaanya. 

Jadi, untuk sesiapa yang mahu mendapatkan naskah ni, boleh la klik SINI untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Anda juga boleh usya-usya karya lukisan dari penulis sendiri pada laman beliau iaitu http://mrflowermanstudio.com 

Kepada penulis, Dr. Shah Ibrahim, terima kasih sekali lagi atas pemberian free copy ini. Semoga penjualan buku ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat menghasilkan karya-karya terbaru untuk pembaca. Tahniah! 

This is Hani