Sunday, July 31, 2011

Ramadhan, bulan yang dirindui...

Salam!

Ramadhan kembali lagi untuk sesi tahun ni. Marilah kita berjuang bersama dengan umat Islam yang lain untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kali ni.
Tapi kena ingat! Ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga saja. Namun kita kena jaga mata kita dari melihat perkara yang bukan-bukan, jaga mulut kita dari bercakap perkataan yang kesat, jaga perbuatan kita dari perkara yang menyimpang, dan jaga hati kita agar kuat melawan nafsu yang telah bermaharajalela dalam badan kita selama 11 bulan. Selain tu juga, kita perlulah meningkatkan usaha kita ke jalan Allah SWT, jalan yang diredhai oleh-Nya. Perbanyakan amal untuk akhirat kelak.


Semoga Ramadhan tahun ni memberi kenikmatan, ganjaran, dan keberkatan dalam hidup anda sekalian. Tahun ini, alhamdulillah kita dapat bertemu Ramadhan, tapi adakah kita dapat bertemu sekali lagi Ramadhan yang kita rindui ini pada tahun hadapan? Hanya Allah saja yang tahu, wallahu'alam.

Friday, July 29, 2011

Kelayakan FIFA World Cup 2014 Malaysia vs Singapore: Antara semangat dan drama

Salam semua!

Malam tadi berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Singapura. Seperti yang korang tau, Malaysia terikat 1 - 1 dengan Singapura, namun telah kalah dengan aggregat 4 - 6. Aku tengok kat Restoran Rafi Seksyen 13 Shah Alam. Gempak jugak la. Semua semangat Malaysia! Sampaikan replay goal Malaysia pun dorang gi sorak banyak kali. Kalau 7 kali ulang, 7 kali la dorang sorak 'goal'. Semangat kan? Bagus!
Sementara aku tengok timeline Twitter dan Facebook, bukan main lagi rancak pasal bola je. Hebat! Memandangkan line Internet lembab malam ni, so ni  je yang aku mampu copy untuk aku kasi tunjuk sikit la beberapa ulasan kawan-kawan aku pasal perlawanan Malaysia vs Singapura tadi.

Tapi dalam banyak-banyak yang menyokong tu, ada pulak yang mengutuk kat team Harimau Malaya ni. Tapi dalam banyak-banyak yang mengutuk tu, aku paling panas bila baca status ni. Ya, aku marah! Tapi sebagai kawan, aku cuma bagi orang baca jela status dia ni. So, apa korag rasa?
Yang paling buat aku tersenyum lebar, tweet orang yang aku kenal selama ni, seseorang suka melawak dan tak ambil serius tentang sesuatu perkara, tiba-tiba je bagi tweet camni. Serius aku terkejut, tapi aku bangga dalam diam.
Walau apapun, aku pun nak bagi pendapat aku tentang perlawanan tu tadi. Aku rasakan perlawanan tu terlalu annoying sebab team Singapura ni banyak buat drama dan sememangnya mereka pandai berlakon sakit sampai terguling-guling macam tenggiling kat atas padang tu. Tau la nama negara tu Singapura tapi takyah la nak pura-pura pulak kan.. sungguh tak cool!

Dan sebagai rakyat Malaysia, aku bangga jadi rakyat Malaysia sebab team Harimau Malaya kita kalah bermaruah, dan tetap bersemangat untuk berjuang, walaupun dalam arena bola sepak. Tahniah buat mereka kerana mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa!

P/S: Maaf sekiranya tweet atau status milik korang berada dalam entri kali ni sebab aku tak minta kebenaran korang. Sememangnya ayat korang terbaik! Semangat Malaysia weh! 
P/S2: Kalau korang tak nampak or tak clear dengan gambar tu, klik la kat gambar tu untuk tumbesaran, hehe! 


Monday, July 25, 2011

Tips Bermain Drum

Salam!

Belajar bermain drum ni boleh dilakukan secara sendiri atau belajar dengan orang yang mahir dengan peralatan drum. Belajarnya pula boleh digunakan untuk sekadar menikmati feel atau meniru ketukan drum dari drummer band kegemaran korang atau mungkin untuk menghilangkan stres korang dengan cara bermuzik. Drum ni tak la susah untuk dipelajari. Semakin lama korang berlatih tangan dan kaki korang tu, semakin mudah la korang nak berkoordinasi untuk menjadi seorang drummer yang bagus nanti.
Ada pelbagai cara untuk belajar bermain drum. Jom layan tips untuk beginner ni:

#1 Kalau boleh dan mampu, pergi la beli ear-plug untuk melindungi telinga korang. Gunakannya setiap kali korang berlatih atau tampil membuat persembahan.

#2 Biasakan diri untuk guna metronome setiap kali nak berlatih. Ia boleh menstabilkan tempo drum beat korang tu.

#3 Korang kena belajar rileks! Bermain drum ni janganlah terlalu tegang dan membuang banyak tenaga sangat. Pukul stick tu ke satu tempat yang datar dengan mengira satu hingga empat.

#4 Sebagai seorang drummer, korang kena sediakan satu atau lebih stick. Mana la tau tengah korang semangat ketuk drum tu then stick tu tercampak entah ke mana, so korang ada stick spare nanti. Kalau ada duit lebih sikit, gi la beli satu drum-set yang murah untuk mudahkan korang nak berlatih.

#5 Jangan pernah puas dengan ilmu drum korang tu! Korang kena tambahkan ilmu yang ada tu untuk tampil lebih maju. Baca artikel yang berkaitan dengan drum. Belajar bagaimana untuk bermain lebih banyak beat, mengisi ruang, dan lain-lain pola. Serta, belajar gak konsep-konsep seperti single stroke roll, double stroke roll, paradise, dan sebagainya.

#6 Jangan terlalu fanatik dengan satu aliran lagu saja! Dengan pelbagai aliran muzik dan usaha korang, ia akan menjadi beat korang menjadi lebih kreatif dan pendengar muzik akan berasa tidak bosan mendengar drum beat korang tu.

#7 Feel kena ada. Jangan asal pukul drum tu saja dan jangan pernah fikir yang pukulan drum korang tu bagus. Dan jangan pernah korang fikir kalau korang bermain semakin cepat membuatkan korang semakin hebat, tidak!

#8 Berlatih dari tempo yang perlahan dulu. Bila dan selesa dengan tempo yang perlahan, tingkatkan tempo sedikit demi sedikit.

#9 Buat referens! Jangan ingat study kimia je ada referens, nak jadi drummer pun kena buat referens! Tengok video bermain drum di Internet. Ambil beberapa orang musicians yang mahir dengan drum untuk dijadikan idola korang, seperti Tre Cool (Green Day), Fabrizio Moretti (The Strokes), dan sebagainya.

#10 Jadi pemain drum yang kreatif, bagi variasi dalam setiap hentakan drum korang. Macam main gitar juga, perbanyakan lagi bunyi, rentak, dan pola yang mampu korang buat selain yang tersedia ada.

Bagi yang baru berjinak-jinak nak bermain drum tu, harap tips ni dapat membantu. Ingat! Tips ni hanya sekadar tips untuk bantu korang, usaha dan gaya latihan tu korang sendiri yang tentukan. Semoga berjaya!

Previous Tips>> Tips Bermain Gitar Elektrik

P/S: Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi bagi dan berkongsi tips ni melalui blog Hani. Dengan tips ni, harap korang boleh jadi lebih bagus nanti!  


Friday, July 22, 2011

Aku tak hilang lagi..

Salam semua!

Maaf la sebab aku sekarang dah jarang sangat update blog. Bukan malas, tapi tu la hakikatnya bila dah busy dengan kerja harian.

Ramai kawan-kawan yang bertanya, "eh, Hani mana ek?", "Hani sekarang buat apa eh?", "Hani kerja apa sekarang?", Hani itu, Hani ini..

Sekarang aku nak jawab semua soalan tu. Aku tak gi mana-mana. Aku still ada kat rumah, kalau tak kat Shah Alam, mesti ada kat Kajang, kadang-kadang je kat Meru. Aku tak buat apa melainkan tolong kawan-kawan aku untuk graphics design or video editing. Aku buat kerja freelance je. Dan.. aku masih tak sambung belajar macam korang-korang yang bertuah dapat sambung belajar kat apa ke nama U tu.. M what? Argh! Malas aku nak menaip huruf tu.

Aku gak kadang-kadang ikut Ojex gi show, jadi PA dia untuk barang-barang dia or jadi supporter band dia. Terus terang aku cakap, aku tak hilang ke mana-mana pun. Aku masih kat tempat yang korang senang cari.
Maaf la kalau aku ni buat korang sakit hati ke apa-apa. Aku memang macam ni. Aku try nak jadi kawan yang baik untuk korang tapi... takpe lah! Korang masih kawan aku, don't worry la! Sorry sebab tak banyak spend masa dengan korang sebab korang pun dah ada student's life korang, ada yang dah start kerja, ada yang dah bina keluarga sendiri. Aku bangga dengan korang semua. Terima kasih kat semua yang support aku luar dalam :)

Friday, July 08, 2011

Transformers Jokes

TRANSFORMERS JOKES
Who is transformer's sister? 
Transistor.

Who are transformer's mum and dad? 
Transparent.

What is transformer's gender? 
Transexual. 

Which transformer wears tights?
Transvestite. 

What is the name of personal transport for transformer in Malaysia?
Transnational.

What is transformer's uncle occupation?
Translator. 

Which transformer is active in sport?
Transport. 


This is Hani