Monday, July 25, 2011

Tips Bermain Drum

Salam!

Belajar bermain drum ni boleh dilakukan secara sendiri atau belajar dengan orang yang mahir dengan peralatan drum. Belajarnya pula boleh digunakan untuk sekadar menikmati feel atau meniru ketukan drum dari drummer band kegemaran korang atau mungkin untuk menghilangkan stres korang dengan cara bermuzik. Drum ni tak la susah untuk dipelajari. Semakin lama korang berlatih tangan dan kaki korang tu, semakin mudah la korang nak berkoordinasi untuk menjadi seorang drummer yang bagus nanti.
Ada pelbagai cara untuk belajar bermain drum. Jom layan tips untuk beginner ni:

#1 Kalau boleh dan mampu, pergi la beli ear-plug untuk melindungi telinga korang. Gunakannya setiap kali korang berlatih atau tampil membuat persembahan.

#2 Biasakan diri untuk guna metronome setiap kali nak berlatih. Ia boleh menstabilkan tempo drum beat korang tu.

#3 Korang kena belajar rileks! Bermain drum ni janganlah terlalu tegang dan membuang banyak tenaga sangat. Pukul stick tu ke satu tempat yang datar dengan mengira satu hingga empat.

#4 Sebagai seorang drummer, korang kena sediakan satu atau lebih stick. Mana la tau tengah korang semangat ketuk drum tu then stick tu tercampak entah ke mana, so korang ada stick spare nanti. Kalau ada duit lebih sikit, gi la beli satu drum-set yang murah untuk mudahkan korang nak berlatih.

#5 Jangan pernah puas dengan ilmu drum korang tu! Korang kena tambahkan ilmu yang ada tu untuk tampil lebih maju. Baca artikel yang berkaitan dengan drum. Belajar bagaimana untuk bermain lebih banyak beat, mengisi ruang, dan lain-lain pola. Serta, belajar gak konsep-konsep seperti single stroke roll, double stroke roll, paradise, dan sebagainya.

#6 Jangan terlalu fanatik dengan satu aliran lagu saja! Dengan pelbagai aliran muzik dan usaha korang, ia akan menjadi beat korang menjadi lebih kreatif dan pendengar muzik akan berasa tidak bosan mendengar drum beat korang tu.

#7 Feel kena ada. Jangan asal pukul drum tu saja dan jangan pernah fikir yang pukulan drum korang tu bagus. Dan jangan pernah korang fikir kalau korang bermain semakin cepat membuatkan korang semakin hebat, tidak!

#8 Berlatih dari tempo yang perlahan dulu. Bila dan selesa dengan tempo yang perlahan, tingkatkan tempo sedikit demi sedikit.

#9 Buat referens! Jangan ingat study kimia je ada referens, nak jadi drummer pun kena buat referens! Tengok video bermain drum di Internet. Ambil beberapa orang musicians yang mahir dengan drum untuk dijadikan idola korang, seperti Tre Cool (Green Day), Fabrizio Moretti (The Strokes), dan sebagainya.

#10 Jadi pemain drum yang kreatif, bagi variasi dalam setiap hentakan drum korang. Macam main gitar juga, perbanyakan lagi bunyi, rentak, dan pola yang mampu korang buat selain yang tersedia ada.

Bagi yang baru berjinak-jinak nak bermain drum tu, harap tips ni dapat membantu. Ingat! Tips ni hanya sekadar tips untuk bantu korang, usaha dan gaya latihan tu korang sendiri yang tentukan. Semoga berjaya!

Previous Tips>> Tips Bermain Gitar Elektrik

P/S: Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi bagi dan berkongsi tips ni melalui blog Hani. Dengan tips ni, harap korang boleh jadi lebih bagus nanti!  


3 comments:

EmanTheHalia said...

untung la ade tips. saya men drum bantai2 leh la haha

Hani Suraya said...

aiyoh -.-"

kaizen said...

nk main tp xtaw nk minx sape ajar n katne...

*nk tuju lagu boleh?? hehehe

latest entry Bila menderma biar ikhlas... & Urban-or-Disaster

This is Hani