Monday, March 26, 2012

Dialog Monolog - El Amor de Ramones

Dia dan aku cuma berkawan. Baru berkawan. Tak lama mana. Baru berkenalan di laman Twitter. Aku follow dia, dia follow aku. Macam iklan Digi gitu.. 'I will follow you~' haha bengong! Ketika hati aku masih koyak tu, dia datang jahitkan hati aku. Dia yang sembuhkan luka tu. Biar pun berparut, dia tetap hiburkan aku. Taknak bagi aku pandang kejelekkan parut tu.

Satu hari, dia mahu tanyakan sesuatu. Dia segan, jadi dia suruh aku tunggu waktu yang sesuai. Maka tibalah hari tersebut, dia mulai bernyanyikan satu lagu. Bukan lagu cinta. Tapi bait kata lagu tu... aku pernah dengar. Ketika itu, dia suruh aku datang gig. Dia dan kugirannya ada buat show pada hari itu. Yang pasti, kugiran ni mempunyai mentaliti yang kuat. Tak macam kugiran yang sebelumnya, orang kutuk ejek lagu atau band dia sikit, mula la nak down, emo tak tentu pasal. Langsung kena cop 'hina nama band dia', entah apa-apa la. Sengkek betul pemikiran mereka.

Semasa aku sampai di situ, orang sudah ramai. Dia pun dah naik stage masa tu. Sedia untuk memulakan show. Selama 15 minit dia menghiburkan orang yang hadir, dan kini tiba pada lagu yang terakhir sebelum dia menghulurkan mic kepada kugiran yang lain.

"Lagu seterusnya, special untuk seseorang yang berada di gig ni." Dia memandang aku. Tersenyum. Aku melambaikan tangan. Dia membalas. Ada yang cuba untuk mencari siapakah gerangan 'seseorang' itu. Tapi aku hebat menyembunyikan diri. Hehe.

Hey, little girl. 
I wanna be your boyfriend. 
Sweet little girl. 
I wanna be your boyfriend. 

Rayuan tu berterusan sampai lagu tu habis. Aku tersenyum sorang-sorang kat tepi tu. Kawan aku dah gelakkan aku dari tadi. Bangsat betul. Gelakkan aku ye.... takpe. Rayuan gombal tu masih terngiang-ngiang di telinga aku ni. Seminggu lamanya aku simpan. Dan akhirnya, hanya kami yang tahu apa jawapanku.

Do you love me babe? 
What do you say?
Do you love me babe? 
What can I say? 

Walaupun lagu tu bukan lagu cinta seperti yang ada kat laman 4shared atau Rapidshare, tapi aku happy. Lagu oldskool, biarlah bergenre punk-rock sekalipun. The Ramones, itu ada kenangan tersendiri antara kami. Aku pasti korang tak pernah bagi lagu macam tu kat crush korang, kan?

Because I wanna be your boyfriend... 


Saturday, March 24, 2012

Novel Review: #Invasi by Raja Faisal

Akhirnya! Buku Fixi terbitkan gak novel terbaru untuk sesi 2012. Cover depan pun dah guna konsep baru. Tapi still nampak kelainan dari publisher yang lain. (Haha.. takleh puji lebih nanti kena potong gaji). Ada dua tapi yang aku dah baca satu je. Meh layan apa sneak-peek dari novel terbaru ni.

Penulis: Raja Faisal
Halaman: 310 mukasurat
Harga: RM 19.90
Cetakan Pertama: April 2012
Sinopsis: Ahmad Bayani, seorang jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan, takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku.
Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?
Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.
Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang.
Hari INVASI bermula, dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.

Novel ni membawa genre sains fiksyen. Lain sikit la dengan novel dari Buku Fixi yang lain. Memerlukan korang untuk lebih berimaginasi (tolong abaikan imaginasi pada Bab 1) haha! Imagine bentuk-bentuk alien yang penulis bayangkan. Secara kartunnya, aku telah membayangkan bentuk alien tu macam bentuk-bentuk alien dalam Ben 10 (demmit!). Yela.... ada besar, ada kecik, memang otak ni automatik imagine Ben 10. Mental image aku dah corrupt kot.

Overall, semua karakter yang ada dalam novel ni dicerita secara jelas. Perkaitan, perwatakan dan penceritaan yang baik dan menarik. Tapi satu jela yang aku mintak... tolong la berfikiran kreatif bila baca novel yang macam ni. Sebab aku teringat ada a few readers yang tanya kenapa tak bagitau siapa kat ending novel tu, kenapa tak bagitau siapa yang dipilih dalam novel ni. Come on~!! Bukan nak condemn readers, but... be creative, please.

Anyway, taip lebih-lebih kang bias. Nak preview banyak-banyak kang jadi spoiler lak. So, better korang baca sendiri :) selamat membaca!

Untuk membeli INVASI secara online, korang boleh la klik >> http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-invasi/


Friday, March 23, 2012

Dialog Monolog - Aku Cengeng

Malam ni, aku tinggal seorang. Sambil melayan lagu-lagu Iron Maiden, melayan kerja lagi. Dengan demam dan selsema. Haih~  kenapa la sakit time camni? Time kerja banyak masuk pulak tu! Time sakit ni jugak la si kekasih jauh. Takde la jauh sangat. Takat aku kat Sungai Buloh, si kekasih kat Kajang je pun. Tapi disebabkan masing-masing busy bekerja, ruang masa untuk berdating tu ada tapi tak banyak.

Telefon bimbit berbunyi. Aku tersenyum dengan muka tak sihat. Hingus meleleh sikit.
"Helo.." Aku memeluk bantal busuk yang dah sememangnya busuk.
"Hai sayang!" Suara girang si kekasih kedengaran. "Sayang buat apa ni?"
"Buat kerja.. tapi tak larat.." Hingus yang meleleh ditarik kuat.
"Sayang selsema ke ni?"
"Ha'ah.. selsema.. pastu rindu sayang.." Kedengaran lagi hingus ditarik.
"Ala comelnya.. cengeng!" Berderai gelak tawa si kekasih.
"Sayang ni....." Dan bermulalah sesi bermanja-manja antara aku dengan si kekasih.

Si kekasih suka memanggil aku 'budak cengeng' bila aku rindukan dia. Dia pun kadang-kadang cengeng jugak, cakap aku je lebih. Tapi aku tau, dia kuat. Dia faham kerja aku, aku faham kerja dia. Biar cengeng sekalipun, dia tetap layan aku macam biasa. Cuma tahap membulinya tu kadang-kala macam terlebih sikit. Nak marah, sayang pulak. Nak dimanja, nanti naik kepala. Takpe, tahan je. Sebab... aku rindu sangat kat si kekasih tu. Perbulana tu berlarutan selama hampir 5 minit.

"Sayang gi makan ubat, tidur. Tau?" 
"Ye sayang.. jap lagi makan ubat saya tidur." 
"Good night sayang."
"Good night. I love you, sayang." 
"I love you too." 

Dan apabila selesai sesi cengeng dan manja-manja aku tadi, maka berakhirlah perbualan bersama si kekasih. Dapat dengar suara pun jadilah. Kena cop cengeng pun coplah. Aku sayang gila kat kau, nak buat camne lagi kan? Hadapkan jela.

Aku memandang skrin komputer. Sambung kerja sikit pun takde hal ni. 'Sorry sayang, terpaksa tipu sayang. Nanti saya tidur yek. Nak kejar dateline punya pasal.' 

Di satu sudut yang lain, si kekasih juga masih tak tidur. Alasan? Nak kejar dateline jugak :)

Friday, March 16, 2012

Dialog Monolog - Anak Kucing Piatu

Aku seorang, duduk termenung di tepi jendela. Sambil aku mendengar lagu melalui earphone dari mp3 player, aku melihat hujan turun. Lebat. Di ribaku ada seekor anak kucing berwarna oren berbelang putih terbaring, tidur. Anak kucing lincah ni mungkin penat setelah berlari berkejaran bersama adik-beradiknya yang lain. Ada lagi dua ekor anak kucing terbaring tidur di penjuru dinding, berlonggok di situ. Sejuk mungkin. Aku juga yang terduduk di sini, termenung. Entah apa yang perlu aku fikirkan.

Dalam kepala ni, terlalu banyak yang perlu difikirkan. Bil, sewa, duit minyak dan tol, duit simpanan, insurans.. haduyai. Kenapalah gaji bulan ni terasa macam cepat je habis? Aku mula terpandang sangkar kucing, betul-betul kat depan aku. Baru-baru ni, aku beli sangkar, makanan, mainan kucing dan beberapa kain untuk dijadikan alas anak-anak kucing itu tidur. Takpe la. Bulan ni je, bulan depan okay la kot.

Berapa lama harus aku tunggu kata setuju kamu.
Kau biar aku menanti pilu. 
Kau diam bisu buat aku keliru, mana tuju hatimu.
Usah biarku resah menunggu. 


Raut wajahmu bisa ditelahku, kau masih belum tentu. 
Apa ada rasa dalam hatimu. 
Datang padaku cerita padaku, ungkapkan rasa itu. 
Apa saja buat hilang ragumu. 


Sesungguh tak kau tahu, diriku ada kamu. 
Akanku relakan semua ada ku untukmu. 
Mungkin bila kau tahu.
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu. 

Setiap bait kata lirik itu dihayati. Teringat pada keperitan hatinya setelah ditinggalkan oleh orang yang dicintai. Air mata mengalir, dan menitis lalu gugur ke atas telinga anak kucing yang tidur di atas ribanya. Monolog dalaman berbicara. 'Aku tiada siapa lagi. Hanya kau.' Sambil mengusap kepala kecil anak kucing itu. Satu-satunya pengubat dukanya ketika ini. Tiga ekor anak kucing yang sering menemaninya tak kira suka atau duka. Tak seperti orang sekelilingnya yang hanya mahu bersuka-ria bersama, tapi bila sudah susah? Apa pun tak boleh harap. Haih~ aku menoleh pandanganku menghala pada rintik-rintik hujan yang jatuh ke tanah.

Sedang aku termenung ke arah luar, anak kucing di riba aku itu menggeliat. Comel. Aku sengaja menggeletek perutnya yang bulat itu. Nyaaauuuww... anak kucing itu mengiau. Halus je bunyi dia. Dia menguap. Dan menggeliat lagi. Dan kemudian, dia duduk di atas riba, memandangku dengan mata sinarnya. Dialog luaran aku pula berkata, "Sayang lapar ya?". Aku terus mendukung anak kucing itu dan membawanya ke arah mangkuk makanannya. Ada sedikit lebihan makanan di dalamnya. "Tunggu sini kejap ye. Aku tambahkan sikit makanan kau." Aku terus mengambil makanan kucing yang di dalam tin tu. Mencedok sikit masuk ke dalam bekas makanannya. Dan mencampur segenggam biskut makanan kucing untuk digaulkan bersama makanan basah tadi.

Sedang aku menggaul makanan itu, datang lagi dua ekor anak kucing yang lain. "Lapar jugak ye? Makan tau." Aku mengusap-usap kepala ketiga-tiga anak kucing itu. Kesian... kecik-kecik camni lagi mak diorang dah takde. 'Biar aku jaga korang sampai besar, eh!' Aku pun berlalu pergi sebab... aku pun lapar. Nak makan.

Tuesday, March 13, 2012

Lepak & Shisha - Wayang

Masa tu, aku sorang je kat rumah. Eva ada exam, so aku tak mau kacau dia. Nak gi shisha macam tak best la pulak sorang-sorang. Melepak jela kat rumah, layan TV yang takde Astro ni. Tekan.. tekan. Tukar channel. Layan jela cerita kat RTM3 ni. Cerita bengong pun layankan je. Konon stesen TV paling banyak meraih penonton. Cerita nak gempak tahap kawshit je, tapi cerita bengong ni jugak la yang jadi tatapan penonton. Haih, bosan! Aku tersadai atas sofa macam zombi baru lepas kena tembak kat kepala. Terkulai, takde perasaan. Hilang. Lebih pada termenung sebenarnya.

Tak lama lepas tu, phone aku berbunyi. Ada orang YM aku. Aku pun usya la. Boleh ajak sembang-sembang time bosan camni.
Adib: Hey, buat apa?
Hani: Takde buat apa. 
Adib: Jom keluar? Jejalan, tengok movie. 
Hani: Ok gak tu. Bila? 
Adib: Lepas mandi, dah siap2 terus keluar, ok?
Hani: Orait!

Settle mandi, siap-siap wangi, aku pun turun bawah. Tunggu Adib kat tamu. Lama pulak tunggu dia kali ni. Aku yang bersiap awal sangat ke apa? Takpe la, tersadai dulu kat sofa, macam biasa. Tengok movie eh.. cerita apa yang best sekarang? Bila dok pikir-pikir tu, buat aku teringat first time keluar lepak tengok wayang dengan Adib.

I looked away then I look back at you. 
You try to say the things that you can't undo. 
If I had my way I'd never get over you. 
Today's the day I pray that we make it through. 
Make it through the fall. 
Make it through it all. 

31hb Disember 2011. New Year's Eve. 'Eceh, kemain omputih lagi ko... malam tahun baru sudah~'. Aku dan Adib keluar bersama. Petang tu, dia ajak makan. Dia kata nasi ayam kat situ sedap. Makan punya makan, nasib sedap. Kalau tak, aku nak sekeh kepala botak Adib tu! Aku tanya nak tengok cerita apa. Dia jawab layan Sherlock Holmes nanti. Lama gak lepak makan tadi, aku risau tiket takde je. Okay takpe, aku ikut je permainan dia dulu. Mungkin dia dah book ticket tu thru online kot.

You're the only one I'd be with till the end. 
When I come undone, you bring me back again 
Back under the stars. 
Back into your arms. 

Dah macam-macam tempat pergi. MPH, Popular, kedai baju jangan cakap la kan, habis semua pungah. Nak habiskan masa. Sampai la masa rasa nak terkencing tu, gi toilet. Keluar je tiba-tiba Adib kata dah beli tiket. Lagi sejam nanti movie start la. 'Bila pulak budak botak pegi beli tiket ni..?' Aku pun minta dia hulur tiket wayang tu. Godek-godek apa yang patut. Aku terus pandang Adib. Senyum. Geram!
"Awak beli tiket ni pukul 4 tadi?"
"Eh, mana ada. Baru je tadi." Nampak muka kantoi dia kat situ.
"Yeke... apesal tiket ni ada print time pukul 3.47 PM? Awak datang sini dulu beli tiket dulu pastu baru amek Hani kan?" Masa tu, aku nampak Adib dah kalut. Surprise tak menjadi.
"Alamak... yeke? Awak marah ke?" Muka dah kecut tahap jari kena air lama sangat.
"So sweet la awak~" Aku gelak kawshit nye bagi. First time buat dia macam tu. Funny!

Wanna know who you are. 
Wanna know where to start. 
I wanna know what this means. 
Wanna know how you feel. 
Wanna know what is real. 
I wanna know everything... 

Habis je movie tu, kitorang terus gerak keluar. Balik. Movie tadi lama gila. Dua jam lebih! Masa kitorang keluar tu, new year baru je berlalu 30 minit. Lepas je tol dekat dengan i-City tu, jalan dah start banyak kereta tapi still bergerak la, slowly.
"Saya ingat kalau movie tadi tu habis on-time, bila lalu sini, awak boleh tengok fireworks. Tapi movie tu lama sangat, tak sempat nak tengok." Jujur gila. Touching kejap dalam lima minit.
Aku tak kisah pun, tapi aku appreciate la dengan apa yang dia cuba nak buat. Masa tu, hati aku yang tengah dok koyak tu, dia la yang tolong jahitkan. Masa dah nak sampai rumah, dia bagi aku sesuatu. Satu patung kitty warna hitam putih. Badan kitty tu kecik je, kaki dengan tangan dia kemain panjang. Comel. Suka!

And I don't wanna fall to pieces. 
I just want to sit and stare at you. 
I don't want to talk about it. 
And I don't want a conversation. 
I just want to cry in front of you. 
I don't want to talk about it. 
Cuz I'm in love with you. 

Macam tak percaya.. tak sangka. Dulu aku cuak nak lepak dengan dia sebab mungkin terpengaruh dengan tweets kasar dia dengan kawan-kawan kat Twitter. Aku fikir secara realiti pun dia mesti kasar. Okay, aku salah. So DON'T you ever judge people by their tweets. Adib pun dah sampai kat depan rumah. Gotta go! Rindu seminggu tak jumpa perlu dilepaskan.

Saturday, March 10, 2012

Lepak & Shisha - Diari 2007

Malam tu, aku mencari kertas atau buku untuk buat conteng-conteng. Aku cari kat merata tempat. Aku nampak helaian kertas nota di atas meja telefon. 'Kecik sangat.. aku nak besar!' Dasar tamak punya Hani! Nak besar je kau! Okay, aku mula cari buku atau kertas A4 sekalipun. Meja study aku kat rumah sini memang dah takde stationery. So? 'There must be somewhere else? Cari la!'

Aku bukak almari yang aku letakkan koleksi novel yang pernah aku baca suatu waktu dulu. Mungkin mak aku ada letak buku kosong yang pernah aku beli, kononnya untuk aku buat buku nota time sekolah dulu? Aku selongkar satu-satu. Keluarkan novel-novel tebal yang aku sanggup baca dari mentelaah buku pelajaran satu waktu dulu. 'Sebab aku tau the ending results aku la aku tak study'. Kalau dah bermasalah tu memang takleh nak buat apa dah.

Dan akhirnya, aku jumpa satu buku. Warna ungu, warna feberet aku. Orang kata warna ungu ni misteri. Masa aku nampak buku ni pun aku dah rasa kemisterian dia. Sebab aku still nak re-call, buku apa la ni. Ada kartun anjing putih Bob dok tersenyum pakai topi magician. Anjing betul~ tapi aku amek jela buku tu. Bawa naik bilik. Terus capai pensel, bajet nak conteng-conteng la. Bila bukak je buku tu, alamak! Apa aku meraban dulu kat dalam buku ni...?

Benda pertama aku nampak, nota subjek Kimia. Ye, dulu aku suka subjek Kimia, selain dari Matematik dan Fizik. Tapi nota tu aku takde la tulis dari bab 1 sampai habis. Aku ni dulu rajin sekejap je. Lepas tu, hangus! Hurmmm~ belek lagi, belek.. belek.. oh! Result exams? Rajinnya la aku ni dok tulis markah setiap subjek untuk setiap exam. What? 9G for Add Maths? Gila bangang! Tapi apa yang aku belajar sekarang takde kena-mengena dengan subjek bangang aku tu pun, so? Biarkan....

Okay, sambung belek-belek lagi. Now what? A diary?! Aku pun baca, satu... satu. Baca apa yang aku bebelkan. Pasal hari sukan, kawad kaki daerah, lawatan ke tempat-tempat yang membosankan... bla bla bla. Yang paling best, "Hari ni cikgu kaunseling aku ajak jalan-jalan, gi Semenyih. Dia kata ni terapi untuk aku kali ni. Tapi sepanjang perjalanan tu, aku kena basuh kawshit punya, brainwash bebeh!" Err~ teruk sangat dulu aku ni rupanya. Tapi aku rasa dengan 'terapi' yang cikgu tu bagi, aku sekarang takde la seteruk dulu lagi. Degil sikit-sikit tu biasa la. Tak percaya, tanya Adib. Tak pun tanya Yan, degil aku tebal mana.

Okay, pause kejap. Aku lapar. Nak makan jap. 
[transmission lost.. will be right back] 
[satu jam kemudian...] 
Alright, I'm back now :) 

Aku teruskan dok belek buku tu. Macam-macam khazanah tak bernilai dalam tu. Kesan aku conteng-conteng dengan magic pen, ada yang aku lukis ala-ala fashion design kat tengah-tengah buku tu. 'Nampak sangat takde bakat jadi fashion designer aku ni'. Ada some so-called lyrics in here. A list of university yang pernah aku applied untuk study diploma dulu. And... a long list of plate numbers of cars. Dulu aku ada habit. Bila on the way balik kampung, mesti aku tulis nombor plat kereta yang potong kereta aku. Entahlah. Aku baru terasa yang aku ni pelik, rupanya...

Haih.. memori. Macam tak percaya semua tu dah 5 tahun berlalu. Daripada attitude teruk, sekarang dah okay sikit. Dulu bengap, sekarang.... alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang dapat sekarang. Terima dengan apa yang pernah berlaku. Okay, aku lapar lagi. Soruuuuuuuu~

Thursday, March 08, 2012

Lepak & Shisha - Kopi Bingit

Semalam - Siang
Aku dapatkan naskah buku cerpen Kopi keluaran Fixi yang terbaru dari Adib. Kebetulan, aku baru sampai kat Shah Alam dari Kajang. Penat lelah aku digantikan dengan sepinggan meggi goreng dan segelas teh ais. Humak-aih! Kemain seronok aku dapat makan. Langsung aku lupa kat Adib kat sebelah yang sedang menunggu King dan Nedd. Tak habis lagi meggi aku, Nedd sampai. Lima minit kemudian, King pulak sampai. Okay, cukup korum. Air dah order? Makan? Tak mau? Okay, siap! Milo ais dengan teh tarik dah pun diletakkan di atas meja yang kitorang lepak. Aku masih dengan meggi goreng aku. Adib, Nedd, dan King pulak masing-masing mengeluarkan buku Kopi untuk disignature. 'Buku semua sama je, apesal diorang pening sangat ni?' Ah, makan jela Hani. Jangan nak banyak bunyik! Selesai ritual signature tu tadi, maka aku pun kena pulang ke rumah disebabkan Adib kena gi meeting. Nedd dan King still lepak kat situ sampai gelas kering.

Semalam - Malam
Aku baru baca cerpen yang ditulis oleh King. Cerpen yang terakhir dalam buku tu. Hari tu aku janji nak baca dia punya cerpen dulu. Settle je baca, aku saja belek helaian yang diorang buat signature siang tadi. Bila tengok signature Nedd, aku senyum. Tengok pulak signature Adib, lagi meleret aku senyum. Tang kat signature King ni yang buat aku nak tergelak. Ada ke patut dia letak note kat situ 'LIPAS'? Letak la 'Selamat Membaca' ke.. 'Kepada Peminat yang Comel' ke.. oh, tipikal sangat eh? Okay~ aku pun terus bersiap. Malam ni ritual shisha dengan kawan-kawan. Adib pun ada. Yeay! Malam tu, kawan-kawan dan orang yang tersayang duduk satu meja sekali lagi macam hari tu. Bersembang, makan, minum, dan shisha bersama.

Hari Ini - Siang
Aku tido di ruang tamu bersama beberapa kawan serumah aku. Tido berlonggok-longgok bagaikan anak kucing tido, apadehal! Aku ingat nak baca Kopi. Aku pun bancuh Nescafe Mild ke dalam mug. Baru baca perenggan pertama pada cerpen yang pertama, bunyi mesin drill memekak dari rumah sebelah. 'Haduyai~ time ni pulak ko nak bertukang kan?' Punya lama aku bergolek tadi diorang senyap tak buat apa pun. Time aku nak membaca ni lah diorang nak buat kerja. Sialan! Tapi aku gagahkan konsentrasi aku untuk membaca pada pagi tu. Akhirnya, settle gak baca tiga cerpen. Aku naik ke bilik, nak mandi dulu. Lepas aku bukak baju, bukak bra, bukak spender, terus aku ambil tuala, berkemban. Capai lagi buku Kopi, baca satu lagi cerpen la. Baru burn 5 minit. Sambil golek-golek atas katil, sambil baca Kopi. Cerpen yang aku baca tu, nama penulisnya takyah aku pandang sangat. Nanti rindu. Susah. Habis baca, terus campak buku tu atas katil. Get ready nak mandi. Perut lapar, budak-budak ajak makan kat Tesco Extra dekat dengan MSU tu. Dan ketika aku sedang melantak nasi dengan fish with black pepper sauce tu, aku sedang membaca Kopi sehingga ke cerpen yang ke-7. Keadaan masih lagi bising.

Hari Ini - Malam 
Yan dan By ajak shisha (lagi?) tapi aku tak ada mood nak melayan asap berperisa dari arang tu malam ni. Aku nak duduk rumah, baring-baring, sambil baca Kopi. Aku bancuh lagi Nescafe Mild ke dalam mug. Buih halus yang tercipta pada permukaan air tu mengingatkan aku pada dialog dalam iklannya yang dilakonkan oleh Harith Iskander, 'Haluuuuuussss~'. Bengong! Aku mulakan bacaan aku pada cerpen yang ke-8 dan seterusnya. Tapi pembacaan aku tak ada la terlalu fokus. Suasana rumah aku seperti pasar malam. Budak-budak yang lain buat bising pulak. Haih, stress pulak aku dibuatnya. Takpe, agak-agak tak boleh nak fokus, baca kat luar rumah. Duduk kat depan tembok tu. Okay, aku pun try bila pembacaan aku masuk cerpen ke-10. Agaknya, masa diorang ni kecik time baby tu diorang tertelan mikrofon kot. Sebab tu la suara diorang kuat semacam, macam ayam berak seketul. Eh, betul ke perlibahasa aku tu? Gi mampus lah! Aku nak baca Kopi! Last-last, aku naik bilik, tukar baju, lepak kat Extreme Park.

Antara Hari Ini dengan Esok
Yan, By, Eyza, Mai, Fiqa.. masih tak balik. Aku dah pun balik sebab mulanya rasa mengantuk bila bacaan aku sampai ke cerpen yang ke-13. Lepas habis baca cerpen tu, aku balik. Terus humban badan aku kat atas sofa. Heaven! Rumah sunyi. Baca lagi buku Kopi tu. Tak habis page pertama, tiba-tiba suara orang gelak, kuat! 'Pukimak~ terkejut aku'. Sekarang aku nak mengamuk! Haih, sabar weh~ aku sumbat telinga dengan mp3. Bajet suara-suara sumbang tu boleh aku hapuskan dengan bunyi muzik ni. Huh, haraaaam! Dengan tahap kesabaran aku yang makin menipis, aku baca cerpen ke-14. Seketul... seketul... tulisan dari kertas kuning ber-ink-kan coklat tu aku baca dengan mata rabun ni, dan kemudian di-interpret-kan ke dalam otak aku yang tak seberapa bijak ni. Habis je aku baca cerpen ke-17, kawan-kawan aku balik dari shisha. Hah, bagus! Tapi diorang nak study. Time ni la aku leh release tension aku kejap. Kacau diorang study se-round dua sebelum tidur.

Esok - Siang
Aku bangun je, ada direct message dari Adib kat Twitter. Ajak aku keluar makan. Aku pun bagitau dia yang aku nak balik Kajang. Terus aku bersiap, kemas beg dan barang-barang untuk pulang ke rumah parents kat Kajang. Lepas makan, dia offer nak hantar aku kat KTM Sungai Buloh. Kalau dari situ, tak payah nak tukar tren lagi. Aku pun setuju jela. Sebelum sampai ke KTM, kitorang lepas rindu puas-puas. Aku pun tak tau bila lagi nak balik Shah Alam. Bajet aku nak balik time Yan dan Eyza bertolak ke Penang. Hamster aku dan mungkin hamster Yan takde siapa nak jaga pulak kalau aku tak balik. Aku pun keluar dari perut kereta Adib. Rindu tak habis lepas lagi. Takpe la, nanti boleh bersembang kat YM, tak pun kat phone. Aku tunggu tren tak lama, dalam 10 minit camtu je tren sampai. Orang tak ramai. Tempat duduk banyak. Aku duduk jela mana bontot aku nak duduk masa tu. Bukak zip beg, keluarkan buku Kopi. Sambung lagi dua cerpen terakhir, walaupun cerpen ke-19 tu aku dah baca. Akhirnya, aku dapat habiskan baca Kopi dalam suasana yang tenang. Tanpa Nescafe Mild. 'Takpe la~ tadi time lepak dengan Adib dah layan neslo ais'.

Esok - Malam 
Aku mula menaip ulasan tentang buku cerpen Kopi di blog aku. Sambil aku menaip, sambil aku buat draft untuk short story tentang kopi jugak. Cerita yang terjadi selama sehari suntuk aku cuba untuk menghabiskan buku cerpen kecik comel tu. Maka, terciptalah 'Kopi Bingit' untuk korang baca :) terima kasih sebab baca naskah yang bernilai dengan idea kering aku ni je.

Wednesday, March 07, 2012

Novel Review: Buku Cerpen #Kopi

Editor: Amir Muhammad
Halaman: 180 mukasurat
Harga: RM 15
Cetakan Tunggal: Mac 2012
KOPI ialah kumpulan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, ada yang pahit, dan sudah pasti ada yang kaw-kaw. Buku ini dicetak hanya sekali pada Mac 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online dan di events seperti pesta buku.

Siapa yang belum dapatkan buku cerpen Kopi ni better korang dapatkan sekarang. Limited edition and tak ada second print tau! Okay, selama sehari jugak la aku nak habiskan segala isi dapat buku kecik yang kecil lagi cute ni. Dan sekarang aku komen la sikit pasal cerpen-cerpen tu.

Kopi 3 Rasa - Shaz Johar
Mulanya aku tak faham, tapi sampai tengah-tengah cerita, baru aku faham apa maksud 'Kopi 3 Rasa' tu. Ia mengisahkan permasalahan keluarga antara si ayah, si ibu, dan si anak. 'Kopi' yang disediakan oleh orang gaji mereka ada rahsia disebaliknya yang tersendiri. Layan dan fahamkan.

Bersaksi Kopi - Dayang Noor
Mengisahkan tentang seorang lelaki kasanova, dan kemudian berkenalan dengan seorang perempuan yang sudi duduk, minum kopi dan berkongsi cerita bersama. Apa hati akan berubah?

Kopi Kola - Nadia Khan
Sorang dari kampung, sorang dari bandar. Sorang lelaki, sorang lagi perempuan. Suka sama suka. Emosi sedih menyelubungi pada pertengahan cerita. P/s: baca intro dia mengingatkan aku zaman kanak-kanak aku, main galah panjang ramai-ramai dengan kawan-kawan tiap petang. Best jadi budak kampung, sebenarnya...

Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau - Adib Zaini
Habis je baca cerpen ni, aku leh cakap sensorang, "get a life, dude!". Seriously, cerita dia mengenai seorang lelaki yang frust menonggeng tahap gaban level 99. Kalau aku jumpa laki camni, aku lempang 99 kali sampai dia sedar, yang sekeliling dia ada kawan-kawan yang mampu buat dia happy, lagi happy dari dok melayan frust pasal break-off!

Cinta Kopi - Gina Yap Lai Yoong
Satu lagi kisah sedih. Yang bestnya, lokasi dalam cerpen ni kat Starbucks, Metro Point Kajang. Tempat kerja lama beb! Seorang lelaki yang kebetulan datang situ untuk habiskan masa sehari suntuknya dan kemudian, dia berkenalan dengan seorang barista yang.. mungkin comel, kat situ. Dan akhirnya, dengan adanya perempuan tu, si lelaki berjaya memotivatekan diri dia yang down pasal takde kerja. But in the end.... you'll know. 

Luwak dan Kretek - Ridhwan Saidi
Habis je baca cerpen dia ni aku rasa macam.... haih! Siot betul la~ ni mesti kes tengah high ni. First page untuk cerpen dia je pun dah macam menganjing 'kipas-susah-mati' Fixi. Tapi, not bad la. Aku suka ayat dia. Kira salah satu ayat untuk mempromote buku Fixi, especially novel Cekik yang terlalu susah untuk didapati selain secara pos atau cari kat Kinokuniya. Paling best, masa kat pesta buku PWTC tu la. Ada cameo la beb! Layankan jela~

Kopi Percik - Amal Hamsan
Kisah seorang laki ni yang gila dengan minuman kopi. Bila datang hari malangnya, dia tak dapat hirup langsung air kopi yang dia suka. Kenapa? Apa yang dah jadi dengan dunia sekeliling dia ketika itu? P/s: aku suka line ni, "Dari kecil lagi dia terlalu obses dengan kopi. Kopi O, kopi susu, kek perisa kopi, gula-gula kopiko, kopi Jantan, kopipes assignment kawan, semua dia suka." Ye... aku pun suka~

Kau Kopikoku - Dheepan Pranthaman
Kisah cinta antara dua bangsa (bukan dua darjat haaaa). Selama sepuluh tahun menanggung cinta pertama yang dipendam sejak sekolah, dapat ke si lelaki tu luahkan perasaannya kepada yang tersayang? Puppy love ni kenkadang menarik, tapi sakit bila cinta tu tak dapat diteruskan kerana ada cinta yang lain.

Kopi Jantan Kaw - Nik Adam Ahmad
Aku suka konsep cerpen ni sebab dia menggunakan stail cerpen bergrafik. Ada gambar yang mampu support pembaca untuk lebih memahami cerita, atau untuk sekadar hiasan bagi yang buta seni. Kisah yang simple, pasal seorang penderma dan seorang pengemis. Si penderma menderma. Si pengemis...? Korang boleh fikir la kan.

Cethu - Nabila Najwa
Mungkin ramai yang blur amende la cethu ni. Ada yang panggil 'kopi cethe'. Aku pun tak tau nak sebut camne tapi ia adalah salah satu jenis kopi yang famous-amos jugak la kat Indonesia. Ada cara yang tersendiri untuk buat kopi ni. Lebih-lebih lagi ampas kopi tu dibiarkan je mendap kat dasar cawan. Kalau search kat Google pun, ampas cethu ni boleh dicampur dengan air dan susu untuk dijadikan 'nyethu' ataupun diorang sebut 'nyethe'; seperti yang diexplain dalam cerpen. Nyethu ni kira macam 'barang baik' la untuk lepak-lepak minum kopi sambil hisap rokok. Cara buat nyethu ni just sapu-sapu atau golek-golekkan batang rokok kat ampas kopi, tu je. About the cerpen? Pasal memori seseorang time study dulu. Apa yang dia buat, semua-semua la. Ketagihan yang tak mampu dibuang lagi.

Barista Cinta - Shafaza Zara Syed Yusof 
Kisah pasal seorang yang sepatutnya perwatakannya yang baik tapi hakikatnya.... macam haram jadah. Aku tak suka time dia nak belasah perempuan tu semata-mata tak dapat kopi (watdehek?!). Okay, dah macam cerita Seniman Bujang Lapuk. Tak dapat sambal belacan terus nak pancung kepala bini. Aku suka susunan cerita cerpen ni. Menarik!

Hari Inditih - Asyraf Bakti 
Ingatkan apa la 'inditih' ni, rupanya 'india putih'. Pun boleh~ jalan cerita dia gila la, lebih-lebih lagi ending dia. Tergelak sorang-sorang gak la bila terimagine dalam kepala ni dengan situation cerpen ni.

Malam, Di Meja Tempat Kau Terlentok - Hafiz Hamzah 
Pada intro, si penulis membayangkan tentang sensationnya dalam dirinya tentang kopi. Rasa ketika panas dan sejuk, aromanya. Macam orang yang 'high', dia menceritakan pelbagai cerita, pada tahun yang berlainan. Cerita yang first tu buat aku terfikir apa tau? Submarine tu uncang kopi, air laut tu pulak air panas. Damn~ terus aku bancuh kopi susu dan-dan tu jugak!

Ritual - Luc Abdullah
Kisah cinta yang terlarang? Sangat terlarang. Agak Freemason gak bila baca cerpen ni. P/s: dulu aku ada kawan. Dia cakap, perkahwinan ni bullshit. Kalau dah suka tu, buat apa nak kahwin? 'Main' terus jela. Asal ko tau aku suka kau, kau suka aku, setel *gulp!* terus aku takut nak berkawan dengan dia.

Tangan Berulat - Fadli al-Akiti 
Aku membayangkan cerpen ni side-story untuk Zombijaya -_-" tapi versi yang ada emosi nye la.

Venti - Redza Minhat 
Seorang skinhead yang anti-kapitalis disebabkan perkara lama, menyebabkan dia berasa menyampah dengan kopi yang dijual dengan harga mahal, contohnya seperti Starbucks. (Starbucks lagi...). Aku suka dengan line yang dia cakap dia menyampah dengan Twilight sebab tak suka kat Edward Cullen. Dan kemudian, dia bergaduh dengan kawan dia. Sampaikan but steel toe si skinhead tu kena rodok masuk dalam bontot kawan dia. Kenapa? Korang baca jela. Aku nak mental image jap, haha!

Kopi Julia - Faizal Sulaiman 
Adeh... sekali lagi. Twilight! Tapi Twilight versi gay la kot. The twisted story-line menarik. At least, takde la aku gi buat mental image Edward Cullen dok 'tahan dinding' dengan Jacob, kan.... opst! Dah termental image pulak~ demmit!

Secangkir Kopi Bersama Dia - Syaihan Syafiq
Cerita pasal seorang laki yang bermain kayu tiga. Yang perlu berpisah dengan kekasih gelapnya atas desakan si isteri. Tapi setiap perbuatan, pasti ada balasannya. Dan apa balasan yang dia dapat?

Kopi Mimpi - Raja Faisal 
Latar masa yang berlaku mungkin 100 atau 1000 tahun ke hadapan? Entah! Yang pasti bukan sekarang, sebab dalam cerpen ni kononnya kopi ni dah pupus ketika tu. Dan... perang dunia ke-3 pun dah meletus waktu tu. Dan ketika itu dunia mengalami cuaca yang agak kritikal yang dikenali sebagai 'nuclear winter'.  Pergh~ seram! Aku baru pakai kipas level 3 pun dah ketar badan weh~ Tapi kan... macam ada pengaruh Final Fantasy 7 sikit lak bila imagine cerpen ni ada Koloni 5, yang seakan-akan Sector 7 kat Slum. Pastu ada anjing mutan, dah macam Cerberus je ni haaa. Aku suka part lipas gergasi tu je. Disebabkan si penulis ni pernah mimpi lawan dengan lipas la maka cerpen ni tercipta. Yeay!

Tu jela yang mampu aku ulas pasal cerpen dalam buku Kopi ni. Maaf aku tak reti nak ulas secara serius. Ada yang aku tak tau nak ulas panjang-panjang sebab cerita yang straight-to-the-point. Apa-apa hal, aku enjoy baca. Dan aku takkan bagi buku ni dipinjam oleh sesiapa pun yang bukan satu rumah dengan aku! Since lots of my books yang masih tak dipulangkan dan dijadikan harta peribadi si peminjam *aku bengang tahu?*, okay aku gurau, haha! Dan.. korang yang dah beli Kopi ni, simpan la elok-elok. Mana tau 100 tahun akan datang, naskah kecil lagi cute ni mampu jadi macam komik Superman first edition tu kan.

Untuk membeli naskah comel ni, boleh la order kat sini (tu pun kalau ada lagi la...) http://fixi.com.my/kopi/

Jangan lupa like fanpage buku cerpen Kopi ni kat FB


Monday, March 05, 2012

Lepak & Shisha - Stesen Berikutnya...

Untuk sementara waktu, aku tinggalkan kegiatan lepak dan shisha aku. Aku naik tren menghala ke Shah Alam. Aku termenung sorang-sorang sambil sandar kat kerusi. Mata pandang ke luar tingkap kaca, tapi fikiran aku dah terbang jauh dari situ. Mungkin dah sampai ke Sungai Buloh? Eh, yeke? Entah~

Rupanya, fikiran aku takde la terbang jauh mana pun. Aku nampak seorang perempuan menangis. Sebelah dia ada sorang kawan dia yang agak-agak macam pengkid, tapi takde la pengkid pun. Tomboy je kot, entah! Aku takde niat nak curi-curi dengar perbualan diorang, tapi dalam gerabak tu cuma ada aku, mereka, dan tiga orang yang lain. Dan mereka duduk selang dua seat je dari aku.

Aku dengar yang menangis tu kata dia masih sayangkan seseorang. Mungkin bekas teman lelaki dia. Mungkin bekas tunang. Mungkin.... bekas lelaki simpanan? Ah, apa-apa lah! Dia kata, lelaki tu putuskan hubungan diorang sebab tak tahan. Tak tahan dengan cara perempuan tu. Cara dia bergaul, cara dia bercakap, semua! 'Kalau tak tahan dengan apa saja pasal perempuan tu awatnya gi couple dengan perempuan tu kan?' Tu la masalahnya.


Semuanya kan berakhir, kiranya kau kan mungkir. 
Tetapku menunggu mu, untuk kau terus berfikir.


Aku pun pernah berhadapan dengan masalah yang lebih kurang sama dengan apa yang dia kena. Kononnya untuk menjaga nama kedua-dua belah pihak, akhirnya aku sorang je kena jaga nama pihak kat sana. Macam yang pernah dia sembur kat aku, "Nama ko tu lantak ko la nak jaga camne! Aku takde kena mengena sikit pun!". Haih~ 'Damn you, dick!'. Kawan-kawan dia menghina aku. Satu per satu kawan jadi musuh yang mereka buat sendiri. Dan akhirnya, aku yang dipersalahkan. Masa tu, baru aku sedar. Aku ni cuma seorang perempuan biasa, yang hanya menulis blog, edit video dan gambar untuk mencari duit. Dia? Haih~ aku tak nak menghina pekerjaan dia sebab aku nampak banyak yang positif dalam bidang kerja dia tu. Masalahnya hanyalah dia. Bajet Anuar Zain sangat kan? Ambik! Dan aku tak mau lagi hidup dalam waktu tu. Aku terlalu hipokrit dengan diri aku sendiri. Sekarang, aku kembali dengan jiwa aku. 'Yeay!'.

Jangan kau anggap ini semuanya hanya mimpi yang tak berharga. 
Jangan kau hampa tentang isinya, kenangan yang telah kita bina. 

Berbalik pada cerita perempuan dengan si tomboy tadi tu. Si tomboy tu nampak payah sangat nak pujuk kawan dia tu. Mungkin dia jenis tak reti nak pujuk orang, macam aku jugak. Tapi, kalau la diberi peluang, aku nak je duduk kat sebelah dia dan pujuk dia, dengan cara aku. Kesian... disebabkan benda remeh je dia kena break-off dengan tunang dia. Bangang betul.

Hanya ku yang inginkan semua. 
Untuk kita terus berdua... 

Tren dah pun sampai kat stesen Batu Tiga. Aku kena berhenti termenung. Aku kena standby kad Touch 'n Go aku. Aku kena get ready nak keluar. Tren dah pun berhenti. Sebelum aku keluar dari gerabak, aku lalu kat depan perempuan yang menangis tu dengan kawan tomboy dia. Aku... cuma mampu senyum. Aku buat isyarat 'be cool' dan aku senyum. Tak sangka dia balas isyarat aku dengan 'terima kasih' dan dia pun senyum.

Ku kan terus tersiksa kiranya aku tetapkan menunggu dirimu. 
Harusku menahan semua kisah cintaku. 
Jauh... jauh. 


Friday, March 02, 2012

Dialog Adib dan Skrip #Zombijaya

Assalamu'alaikum, salam sejahtera!

Korang dah baca novel Zombijaya belum? Kalau belum, TOLONG! Tolong beli, dan baca novel tu sekarang. At least, bila korang dah baca novel tu, korang dapat bandingkan antara baca novel dengan tengok movie tu nanti. Kalau ikutkan teori adaptasi novel ke movie, storyline akan diambil antara 60%-80% dari konsep asal.

Terus-terang, aku tak tau apa-apa pasal skrip or jalan cerita or anything about the movie. Adib memang tak bagitau dan aku pun tak nak tau sebab aku taknak bagi spoil apa-apa pasal movie ni. Apa yang aku tau? Hehe... aku cuma tau a few dialogues yang Adib selalu cakap semasa skrip ni disiapkan.

#1 "Pukul berapa ni sayang? Mengantuk nya~ leh tak nak tido lagi? Malasnya nak bangun~". Kalau kacau orang tengah mamai ni memang best! Sure merepek meraban punya~

#2 "Malas nak pegi meeting.. penat~" Bajet macam budak taknak gi sekolah, camtu la~

#3 "Mandi? Lupa la.. Malas sebenarnya." Kalau aku ada kat sebelah dia, memang aku siram je air sejuk kat dia ni! Tengok dia rajin ke tak nak mandi.

#4 "Hani tipu... kata minum kopi leh hilang mengantuk~ bla bla bla." Haih, aku gak kena eh. Aku sendiri tak minum kopi, acane?

#5 "Sayang la ni... mulut masin. Kan e-mel dah masuk. Tamau cakap camtu dah lepas ni." Yela.. yela.. aku makan gula banyak-banyak lak lepas ni kasi mulut manis pulak, okay?

Disebabkan ni first time aku temankan Adib tulis skrip sampai ke sudah, aku rasa a lil bit funny, kesian, and happy. Lepas ni, dah tak rasa camtu lagi (walaupun sekarang ni Adib dah mula dapat job tulis skrip sikit-sikit). Bila FIXI dah announced pasal movie Zombijaya ni, aku rasa rindu lak. Rindu nak kenakan Adib. Rindu nak dengar Adib mengadu itu ini. Rasa macam baru semalam Adib tanya aku mana yang sesuai untuk nama itu nama ini. *sigh*


This is Hani