Tuesday, June 29, 2010

Nak jaga hati orang, tapi hati sendiri?

Malam tadi, aku call Mama. Aku tak tau kenapa aku jadi orang yang cepat sangat nak marah orang semalam. Banyak kemungkinan, tapi aku tau... aku terlalu banyak menjaga hati orang di sekeliling aku ni. Biarkan jela. Tak penting kot, tu yang aku fikirkan.

Masa tu, aku bagitau Mama, aku stres sangat. Aku menangis puas-puas kat Mama, biarlah kredit aku habis, asal aku dapat luahkan apa yang aku rasa masa tu. Aku cerita dari A sampai Z. Lepas tu boleh lak kena marah dengan Mama.

"Ko jaga hati orang, tapi hati ko? Ko letak kat mana!?"

Tu la yang aku dapat bila aku dah settle luahkan semua masalah aku. Aku rasa macam down gila! Menangis sampai hingus-hingus meleleh (haha!). Lepas tu Mama gi pas handphone kat Abah, lagi dapat ceramah free.

"Ko kalau ada orang cari pasal dengan ko, ko balas je 2, 3 kali ganda kalau ko tak suka dengan orang tu!"

Memang aku akan buat macam tu kalau aku tak fikir pasal hubungan antara sesama kawan. Tapi selama ni aku fikir sebab KAWAN la aku pijak maruah aku sendiri! Bodoh punya KAWAN! Kalau la aku jahat, dah lama aku taip nama KAWAN tu. BARU PUAS, BIAR ORANG KENAL BETAPA BURUKNYA PERANGAI & SIKAP KO TUH!

Buat masa ni, biar jela aku lepak sorang-sorang dulu. Asingkan diri buat sementara waktu. Kalau aku fikir sangat pun, macam aku boleh cool down. Aku harap Allah berikan dia hidayah, ubah diri tu. Aku ingat aku sorang je tak suka dengan dia, rupanya ramai gak yang tak suka dia tapi still nak jaga hati budak tu. Hmm.. entahlah. Baik aku fikir diri aku je sekarang ni kan :)

Monday, June 28, 2010

Menu malam ni: AIS KRIM!

Dari semalam aku TERINGIN SANGAT nak makan ais krim yang Paddle Pop Rainbow tu. Tapi tahan jela kan. Nak beli dengan Efy? Jangan harap la kan!

Tadi aku gi la beli ais krim. Sanggup jalan dari rumah ni sampai 7-Eleven yang jauh kat Rafi Corner tu. Nasib ada Jijah, Atin, Sera & Ana. Leh sembang-sembang kat jalan. Alhamdulillah, dapat jugak makan ais krim malam ni. Tapi bukan ais krim Rainbow la. Dapat Fruitare Walls yang rasa strawberi tu je. Leh tahan SODAP haha!

Hmm.. malam ni ada match Netherlands vs Slovakia. Nak tengok tapi kawan rumah nak tengok program lain, so bagi jela. Dapat tau score pon dah cukup kot. Tadi aku tengok jap, baru 1-0. Harap menang la Netherlands yeahaha!

FIFA Fever dikalangan Friends

Bulan ni penuh dengan mata-mata lebam yang tak cukup tidur, dok tengok World Cup sampai habis. Aku pun ada la jugak layan menatang ni tapi tak semua match. Aku tengok kalau ada team yang ada potensi nak menang macam Germany and Brazil. Tapi not bad la for Ghana sebab team ni mewakilkan negara Afrika, satu-satunya! Hmm... yang pasti, aku tunggu final match je haha!

Hari ni tak ada kelas, dah tak tau nak buat apa. Kalau World Cup siar siang camni boleh la layan. Mungkin sebab England kalah semalam, tu yang lecturer aku MC hari ni kot. Huish choy! Tak baik....

So hari ni plan nak gi Giant Shah Alam, nak bayar bil broadband. Then nak beli barang, teman kawan gi buat SIM card baru. Petang ni pulak, aku tak tau jadi ke tak keluar dengan Efy. Berserah jela. Malas nak fikir pasal tu.

Hmm... nak buat apa ni? Tengok siaran tertunda World Cup jela.. haahha!

Tak ada kerja, CARI KERJA!

Memandangkan siang hari nanti (Isnin) tak ada kelas, so aku pun online la kejap lewat malam ni. Almaklumlah... lecturer MC. Untuk mengambil hati lecturer tersebut, aku pun ADA JUGAK LA belek-belek buku nota yang dia bagi ni. Buat latihan yang dia bagi minggu lepas. Segala sudah selesai walaupun still ada jawapan yang rompong. Malas nak jawab! Hehe..

Dah settle study dan buat latihan, aku jadi bosan lak. Main PSP jap la. Memandangkan game Dissidia Final Fantasy aku ni tak habis-habis lagi, aku pun main la sampai puas. Sampai satu stage, aku record battle yang aku main tu. Hmm.. okay jela yang mampu aku cakap sebab aku tak reti guna Sephiroth. Selalu aku guna Tidus, Jecht, Zidane or Squall je kalau nak lawan. Tapi first time aku guna Sephiroth ni, not bad la! Dah la handsome, hahah! Nak tengok? Jom tengok video ni..




So... bila nak tido ni Hani!!??? Efy ajak keluar tapi dia tak sihat. Hmmm.. nanti la fikir. Nak tido tapi mata tak mengantuk lagi. Perut lapar... gi makan jap la!

Saturday, June 26, 2010

Tak tau nak buat apa so diam sudah!

Sejak dari blog yang terakhir, aku AGAK busy untuk siapkan semua assignments yang lecturers aku bagi. Alhamdulillah, semuanya dah settle! Lega sangat. Setakat ni tinggal latihan je yang tak habis buat lagi. Hmm.. bila nak buat? Entahlah.

Tapi aku agak runsing sekarang ni. Dengan bil internet yang tak bayar dua bulan, nak kena upload video untuk orang lagi, nak jaga hati Mama dengan balik Kajang setiap minggu. Semua tu aku tak buat lagi! Aduyai... bila aku boleh bayar bil? Bila aku nak upload video tu? Bila aku nak balik Kajang jumpa Mama? Aku pun tak tau.

Pasal video tu, aku agak rasa bersalah sangat sebab aku tak dapat nak upload selagi aku kat Shah Alam ni. Kat sini aku pakai broadband je. So potensi untuk video tu di-upload memang nipis sangat! Insya-ALLAH minggu depan aku balik Kajang, aku upload A.S.A.P!

Bayar bil internet? Hmm.. disebabkan aku tak ada income untuk bulan ni, so aku tunggu duit dari Abah jela nampaknya. Tapi bila Abah nak bagi duit? Hari tu aku ada minta Abah belikan handphone baru untuk aku, tapi nantilah! Ha..lupa nak bagitau! Handphone aku rosak! Nak call memang aku tak boleh nak layan, so korang SMS jela ye. Memang susah! Aku nak call orang tak boleh, ni apa lagi orang yang call kan...

Mama? Hmm.. aku tau bila nak balik Kajang. Tapi aku janji dengan Mama, minggu depan aku balik Kajang. Aku tau Mama sunyi duduk rumah sorang-sorang. Abah kerja, malam baru balik. Kakak pun kerja, jarang ada kat rumah. Abang dah kahwin. Aku lak belajar kat sini. Kesian kat Mama. Setakat call, bagi SMS tanya khabar tu aku boleh la. Nak balik memang tak dan! Duit tak ada. Nak call Abah suruh ambil kat sini pun, handphone lak rosak. Macam-macam hal!

So.. apa yang mampu aku buat? Macam Efy cakap selalu, "tak ada duit, dok umah diam-diam!".

Thursday, June 17, 2010

Videos for PTPL Band Zone 2010!

Yeah! About 24 hours after the Battle of the Band started yesterday, now I just finished two videos. Yey! There were 10 bands performed at their best for the battle and only two bands got my friends. Others... I don't know but I just prepared the videos in case if they want their video for their fans.

p/s: Only Lousie Alice's video on my YouTube account, instead of Empty Small Print's video has reached the time limit for a video to upload at YouTube. So if you want to watch both of the videos, you can watch them thru my Facebook! Just log on here: http://www.facebook.com/hani.saje/ for more info or need your band's video from me. Thank you!

PTPL Band Zone 2010

Hari ni macam-macam dah jadi! Dah la rumah tak ada air! Datin yang manage pengurusan rumah ni pulak bengong! Dah tau ni rumah dan hostel untuk students, gi la bayar bil air tu. Ni tak, entah apa dia buat dengan duit yang kitorang bayar tiap-tiap bulan tu pun kitorang tak tau. Entah-entah.. gi joli guna duit tu untuk kepentingan sendiri kot.. hmm.. sabar jela!

Tapi.. battle tetap battle! Nasib ada Eez yang sanggup tolong aku, Ejat & Fatin untuk tumpang bilik air dia sebelum battle start. Aku pun pulun la shower puas-puas sampai aku rasa sejuk. Dah settle mandi, siap-siap la nak gi tengok battle! Tak sabar nak bagi support kat kawan-kawan.

Yeah! Beyla, Supi, & Topek memang bertungkus-lumus atas stage! Memang balas dendam la kot. Selama ni study je, dapat pegang gitar and drumsticks, memang dok pulun sampai puas la kan!

So kat sesiapa yang ada join event tu tadi, kalau ada yang nak video performance korang, bagitau jela kat Facebook Hani okay? Aku edit video korang setakat letak nama band, & tajuk lagu (kalau rajin) jela. Tak ada la power mana aku nak edit sebab aku handle satu kamera je tadi, so dari satu hala jela yang aku mampu. If you really want your video performance, just drop your message at my e-mail (hani_yakuza@yahoo.com.my) or at my Facebook as I told you just now. And don't forget to tell what is your band and your turn! I'll upload it A.S.A.P at YouTube or Facebook, depends on your decisions. Hah! Akhirnya... aku nak tidur dulu. Sekarang ni pun dah pukul.... 3:25 pagi. And I need some rest to restore my energy. Lots of work to do this week. I hate my job but I enjoy it damn much! Guess my mom is right.. better concentrate on my college first, before I concentrate on my jobs. But I guess I need some money to spend for this life.. hmm!

Thursday, June 10, 2010

DecoDance at PTPL Shah Alam 2010

I've uploaded my video on DecoDance event at my college yesterday. Here's the video. For more videos from me, add me at Facebook and enjoy it! To other contestants from Waka Waka 'til the end of the show: if you want the copy of your team's video, ask me for that okay? I'll upload it at Facebook or YouTube IF YOU WANT. Thank you!

Wednesday, June 09, 2010

Mari Berdansa!

Semalam, kami baru je mulakan sesi latihan untuk event DecoDance 2010 pada 9hb Jun. Hmm.. nice la! Tapi penat la sebab step yang sama, diulang-ulang sampai semua orang dapat tangkap step tu. Fuh! Enjoy la dance setelah sekian lama tak dance.

So, siang tadi dah kena battle. Tak sabar lak nak joget-joget. Hehe! Joget-joget sampai release tension ni. Ada la kitorang rakam video dance kitorang. Ada kat Facebook Hani. So, boleh la gi kat Facebook Hani kat http://www.facebook.com/hani.saje/

Thanks kat my mates yang happening and sporting! Nice job you guys did! ;)

This is Hani