Saturday, June 26, 2010

Tak tau nak buat apa so diam sudah!

Sejak dari blog yang terakhir, aku AGAK busy untuk siapkan semua assignments yang lecturers aku bagi. Alhamdulillah, semuanya dah settle! Lega sangat. Setakat ni tinggal latihan je yang tak habis buat lagi. Hmm.. bila nak buat? Entahlah.

Tapi aku agak runsing sekarang ni. Dengan bil internet yang tak bayar dua bulan, nak kena upload video untuk orang lagi, nak jaga hati Mama dengan balik Kajang setiap minggu. Semua tu aku tak buat lagi! Aduyai... bila aku boleh bayar bil? Bila aku nak upload video tu? Bila aku nak balik Kajang jumpa Mama? Aku pun tak tau.

Pasal video tu, aku agak rasa bersalah sangat sebab aku tak dapat nak upload selagi aku kat Shah Alam ni. Kat sini aku pakai broadband je. So potensi untuk video tu di-upload memang nipis sangat! Insya-ALLAH minggu depan aku balik Kajang, aku upload A.S.A.P!

Bayar bil internet? Hmm.. disebabkan aku tak ada income untuk bulan ni, so aku tunggu duit dari Abah jela nampaknya. Tapi bila Abah nak bagi duit? Hari tu aku ada minta Abah belikan handphone baru untuk aku, tapi nantilah! Ha..lupa nak bagitau! Handphone aku rosak! Nak call memang aku tak boleh nak layan, so korang SMS jela ye. Memang susah! Aku nak call orang tak boleh, ni apa lagi orang yang call kan...

Mama? Hmm.. aku tau bila nak balik Kajang. Tapi aku janji dengan Mama, minggu depan aku balik Kajang. Aku tau Mama sunyi duduk rumah sorang-sorang. Abah kerja, malam baru balik. Kakak pun kerja, jarang ada kat rumah. Abang dah kahwin. Aku lak belajar kat sini. Kesian kat Mama. Setakat call, bagi SMS tanya khabar tu aku boleh la. Nak balik memang tak dan! Duit tak ada. Nak call Abah suruh ambil kat sini pun, handphone lak rosak. Macam-macam hal!

So.. apa yang mampu aku buat? Macam Efy cakap selalu, "tak ada duit, dok umah diam-diam!".

2 comments:

xazryx said...

xpe .hp rosak ,bodek je ayah ko gile2 nk hp baru .hehe .blk jela kajang .blk umah dpt mkn sedap .heh.

Hani Shah said...

ceh ko suke je kalo ade makanan eh.. psl hp tu lain kali jela kot.. still leh sms ;) huhu!

This is Hani