Sunday, October 31, 2010

Love From Cyber World

It started in a place
called cyber world
we met and talked together.

But somehow
we met in a real world
and you said

I like you
you're nice
so cool
damn hot and

It started after you
meet me up
we hang-out and have fun together.

But suddenly
you fell in love with me
and you said

I like you
you're nice
so cool
damn hot
and I love you.

After some time
I look into your heart
and now I know.

I like you (too)
you're nice
so cool
damn hot
and I love you (too)
you're mine
I'm yours
it's cool
and we're together now.

Saturday, October 30, 2010

Part 8 : Hobi Melobi

Salam!

Agak lama tak sambung cerita kita kan? Selalu meraban jauh sangat, kali ni kita back to the topic. Blog kali ni kita bagi topik hobi la pula, macam yang aku janjikan kat blog yang sebelum ni. Ikutkan banyak hobi aku ni, tapi aku gitau mana yang paling top list la.

Kalau kat rumah, dengan bekalan internet tanpa batasan memang aku dok online jela. Aku suka blogging! Minat ni dah lama sejak aku Form 3 lagi. Masa tu aku ingat lagi, aku aktif dengan MySpace sebab blog la. Agak lama jugak aku ber-blogging kat MySpace. Dalam masa yang sama, aku nak try masuk kat Facebook lak. Dah siap sign up, tulis macam2 tapi masa tu Facebook tak dapat sambutan sangat so macam bazir masa je. Tapi bila aku cecah umur 18 tahun, dengan account yang sama aku aktif kat Facebook balik sebab masa tu orang yang main Facebook dah makin meningkat. Lepas tu, ada kawan suruh aku try kat Blogspot. Aku try jela. Dan sampai sekarang aku masih di Blogspot, jaja cerita yang aku lalui selama aku hidup ni. Hmm.. dari umur 15 tahun eh? Macam tak percaya dah 5 tahun aku dengan dunia blog. Banyak perubahan. Dari totally English blog, jadi totally Malay blog, dan sekarang rojak! Kasi campur saja semua bahasa peduli apa aku haha!

Bila dengan kawan pulak, mula la hobi kerja gila aku. Dok merakam apa je yang aku rasa best dan kelakar. Aku suka rakam satu perkara atau situasi yang leh buat kita gelak, gembira. Kawan aku yang lain pun kadang2 pening dengan perangai aku. Lepas tu bila keluar sama2, kami selalu tak plan nak gi mana. Suka jalan2 tak tentu tempat. Kadang2 tak tau nak gi mana, tau2 sampai je kat tempat best.

Aku gak suka dengan novel grafik. Aku kurang dengan komik Jepun, I'm more into local comic. Macam grafik Ben, Xanseviera, Zint, dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama. Komik yang paling aku minat setakat yang pernah aku baca, 'Hero' karya Zint. Mengisahkan tentang satu band genre Punk, Nailhead. Kisah ni sama macam aliran underground sebelum ia menjadi legal di Malaysia. Nice sangat jalan cerita komik ni walaupun simple.

Antara aksi yang terdapat dalam novel grafik 'Hero' karya Zint. 

Selain tu gak, aku suka baca novel grafik yang genre horror, macam karya Oga dan Puyuh. Kash punya pun boleh tahan gak. Aku kasi kawan aku pinjam komik tu, diorang sampai tak boleh tidur sebab terbayangkan cerita yang diorang baca tu. Haish macam2 kan!

Novel grafik lawan2, action pun layan gak tapi tengok jalan cerita gak. Kalau lukisan serabut memang aku malas nak baca la. Dengan tak faham jalan cerita pun ada. Tapi takat ni, action-based graphic novel yang paling berkesan yang pernah aku baca, karya Ben, 'Fatal Chaos'. Panjang gak komik ni. Ada dalam 5 buku kalau collect semua.
'Fatal Chaos' by Ben. 

Selain tu gak, aku layan comic strip macam 'Lawak Kampus'. Sekurang-kurangnya aku rasa enjoy dengan lawak komik camni even though kadang2 rasa macam lawak bodoh kan.
'Lawak Kampus' karya Keith. 

Tapi jangan pelik lak kalau aku baca novel grafik genre cinta-cintun ni, okay? Aku just layan kalau Ben atau Xanseviera yang lukis. Dulu aku suka lukisan Kaoru, tapi sekarang ni lukisan dia macam serabut sangat. Banyak sangat strokes so macam pening tengok grafik dia. But still, the storyline is the best!
 'Le.Gardenie' karya Ben. 

Walau apa pun hobi aku ni, mungkin ada yang tak percaya aku ni layan semua tu. Kalau nak list lagi banyak hobi pelik aku kang korang tak nak kawan dengan aku pulak kan. Cukup la korang tau ni je.

P/S: Next stop! Kita story pasal... study! Yeah! Disebabkan aku dah nak habis belajar ni, aku nak story la alkisah aku selama aku study ni. Tunggu okay?


Friday, October 29, 2010

My ex is still my ex, nothing more!

Salam, hello!

I'm still awake although it is already dawn now. My ex, Efy, texted me at 5:25 AM.

Efy: "Still awake?"
Hani: "Yup, why?" 

Then he called me, asked my condition, my studies, everything. We talked just like usual, pretend that there are no memories between us. But somehow, he asked me about someone in my life. I don't have one yet, but I do like to someone now. So I just told him the truth. I met this person, hang-out with him, this and that. And suddenly, Efy mad at me and hang-up the phone. Am I wrong? I guess not!
I continued to chat with my friends at YM right after that. Then two SMS'es hit my inbox. I read it. Efy sent it to me. It was like this...

Efy's first SMS: We don't need this friendship. Don't ever text me anymore! I don't hate you but I hope you are the one for me.
Efy's second SMS: When you text me say that you miss me and I don't reply it coz I do miss you too. 

It was a long time ago I texted him say that I miss him, just a month after we break-off. I know he still loves me. But I just can't after what he did to me through our relationship. I just really hope we're just friends now.

After a few minutes, he called me again. He said sorry and we will be friends right afterwards. Then we had a little conversation after some time we didn't chat together. He told me that he will enter a ring fight for Muay Thai competition this December. He wanted me to be his supporter when the ring fight begins. I don't know if I can go there since my study still ongoing on that time. After that, he will open a class for the martial arts study, I don't know where coz he is still searching a strategic place.

To me, Efy is a special guy I've ever met! Efy is not only a Muay Thai fighter, but he also an Aikido and a Brazillian Jiujitsu fighter. Plus, he can manage and fight with every weapons in a right way. Efy taught me some steps in safety awareness on how to handle knives, guns, and fight with bare-hands. Thank you to you Efy coz you taugh me lots of things!

HANI
6:48 AM

Tuesday, October 26, 2010

I just need to work hard!

Salam semua!
Kali ni aku tak nak update apa-apa sebab aku nak berterima kasih kat semua yang telah menjayakan blog aku dengan sekadar masuk blog aku, tinggalkan jejak kat Shoutbox, baca entri baru, jadi follower aku, dan sebagainya. Tanpa korang, blog aku tak ubah macam rumah tinggal haha! Terima kasih banyak-banyak kat semua! Aku hargai sangat apa yang korang buat. Tapi blog aku takkan habis sampai sini je. Sampai aku mati, aku akan update selagi aku terdaya dan selagi bekalan internet ada kat sekitar aku ni. Terima kasih semua!

Hello everyone! 
This time I don't want to update anything because I want to thank you all who have been here, leave traces in my Shoutbox, read the new entry, become one of my followers, and so forth. Without you all, my blog is ruined, haha! Thank you very much to all of you. I appreciate what you do. Until I die, I will update this blog as long as I can, and as long as the internet supplies is around with me. Thank you all! 

This whole week statistic at Nuffnang. Thank you readers!
(click for large view)

Sunday, October 24, 2010

Dia kawan dan juga sahabat

Salam semua!

Kali ni kau nak share sesuatu yang dicipta oleh kawan aku since dari primary school, Aida. Ini adalah cerita kau, Aida. Dan dengan blog aku, aku kongsikan kisah kau bersama sahabat ko dengan rakan-rakan blog aku. Hayatinya okay?

==============================
Lepas exam Economy semester 1. 
Time ni kawan saya approach saya tanya saya, "Dah study for the next paper ke belum?" Saya cakap la, "Oishh.. study mende pon tak faham, baik tido!" Time ni la masa dia mula-mula hulurkan salam persahabatan. Time ni saya rasa seronok sangat. Yela.. dapat kawan baru, baik pulak tu. "She's such a good and wonderful friend." Betul! Tak tipu.

During examination week.
Hari-hari dia mesej saya, tanya buat apa. "Dah study ke?" "Sampai chapter berapa dah?" Concern nya dia! Kadang-kadang dia mesej, "Aida, nak datang bilik, study sama-sama!" Tapi bila dia datang bilik saya, saya selalu kenakan dia. Budak pandai kan.. tembak la macam-macam soalan. Tapi dia tak pernah merungut atau meninggikan diri. dia sedaya upaya jawab setiap persoalan yang saya tanya. Sabarnya dia. Ada sekali tu lepas baca buku, kepala saya terhantuk kat katil. Saya pun mesej dia, "alamak, macam mana ni? Aku terhantuk. Habis lupa apa yang aku baca! Macam mana ni? Macam mana!?" Dia pun datang bilik saya dan kata, "ish ko ni, tak baik tau. Belajar pakai hati la, bukan pakai kepala, baru boleh ingat."

Time cuti semester.
Time ni kitorang macam terputus la. Yela.. komputer saya time tu kena virus. Tak ada internet. Tapi handphone kan ada. Saya kadang-kadang hairan sangat. Kenapa kawan saya ni baik sangat? Sanggup minta maaf even dia tak salah pun. Saya tanya dia. Dia kata, "minta maaf bukan bererti merendahkan maruah seseorang tapi jika dengan meminta maaf boleh menjernihkan hubungan semula apa salahnya aku minta maaf." Bila komputer saya dah okay, selalu juga la YM, Facebook dengan kawan saya. Tak la selalu sebab time cuti semester tu dia kerja. Pergi pagi balik malam. Tapi even dia penat pun, dia tetap tegur saya kalau nampak saya online. Dia tak pernah lupa kat saya. Terima kasih.

Time dapat result semester 1.
Time ni semua orang sibuk check kat internet result masing-masing. Saya pun nak check juga tapi tak lepas. Sampai malam saya cuba tapi tak boleh. Akhirnya pukul 3 pagi baru dapat. Hmm.. padan la tak dapat tengok. Result pun ala kadar je. Tapi tak apa, saya dapat result sesuai la dengan usaha saya. Ada kawan ni dia nak kongsi result dengan saya tapi dia tipu saya. Esoknya kawan saya tanya saya dapat berapa. Saya cakap la result saya, pastu dia tanya law dapat berapa. Saya cakap la dapat B+ je. Tapi bagi saya kira hebatlah. Sebab time exam paper law je saya seronok nak goreng, sampai muntah-muntah la belajar law. Pastu dia tanya lak result kawan yang lagi satu tu. Saya cakap la result dia, even dia tau results yang saya cakap tu tak betul, dia diam je. Tak bagi komen apa-apa. Sebab masa tu saya tak tahu saya kena tipu. Maybe dia nak jaga hati saya. Baikkan dia? Bila saya dapat tahu saya kena tipu, dia terus cari saya, tanya keadaan saya okay ke tak. Saya cakap la yang saya tak okay. Saya malu sangat-sangat sebab kena tipu. Memang nampak la yang saya ni bodoh sangat. Tapi dia kata, "ko tak patut malu, bukan salah ko. Dia yang patut malu sebab dia yang tipu ko." Bila saya nak mengamuk, marahkan kawan yang tipu saya tu, dia cakap, "tak payah la. Buat tak tahu je." Akhirnya saya pun bersetuju nak tutup kes. And she said, "good!" Baguskan? Dia kawan yang tak pernah suruh saya cipta musuh tapi kawan yang suruh saya berfikiran rasional sebelum buat apa-apa keputusan.

Masuk semester 2.
Semester dua saya lagi rapat dengan dia. Mana-mana kitorang pergi mesti berdua. Dia kawan yang sangat sabar dengan perangai saya. Kadang-kadang saya suka mengamuk tak tentu pasal. Bawa kereta laju-laju. Tapi dia tak pernah tinggalkan saya. Selalu ada kat sebelah saya. Kadang-kadang nasihat saya. Kitorang belajar sama-sama, makan sama-sama. Saya ingat lagi, saya tak ada kawan nak gi makan. Tak best la pulak makan sorang-sorang. Saya call orang tu, saya mesej orang ni, semua busy. Bila saya dah give up dan buat keputusan tak nak makan even perut lapar, tiba-tiba kawan saya mesej, "hai Aida! Tengah buat apa tu? Dah makan? Kalau belum, jom pergi makan!" Dia kawan yang sangat memahami. Macam tau-tau je saya lapar. Dah banyak kali juga la macam ni. Best kan ada kawan macam ni.

Semester dua ni semester yang paling banyak saya sakitkan hati dia. Tapi dia tak pernah cakap apa-apa pun. Dia diam je. Kata dia kawan saya tapi kalau saya buat benda yang best-best macam tengok wayang ke, hang-out dengan kawan-kawan ke, saya tak pernah ajak dia. Jahatkan saya? Saya tau dia banyak terasa dengan saya tapi dia senyap je. Dia kata hari ni habis hari ni je, esok mulakan hari baru. Lupakan apa yang berlaku hari ni. Dia selalu maafkan kesalahan saya. Kadang-kadang saya rasa kesalahan saya tu melampau sangat. Tapi dia kata, "tak apa.. kita setel. Forgive and forget!" Senangkan? Kenapa orang jahat macam saya boleh dapat kawan yang baik macam ni? Saya pun wonder juga kadang-kadang. Yela.. kesian dia dapat kawan macam saya. Tapi dia tak pernah merungut. Jauh sekali nak mengutuk saya belakang-belakang. Apa yang dia tak puas hati dia cakap direct dengan saya. Dan kalau saya marah-marah or membebel, dia dengar je. Tak pernah melawan or marah saya balik. Kawan saya memang seorang yang penyabar, kan?

Conclusion
Sebenarnya banyak benda yang saya nak kongsikan dengan kamu semua pasal kawan saya ni. Sebab saya tak pernah dapat kawan macam ni since dari darjah satu sampai sekarang. Dia kawan yang tak pernah tinggalkan saya. Selalu tanya kondisi saya. Kawan yang sangat penyabar dengan perangai saya. Tapi saya ni memang manusia yang tak tahu nak bersyukur. Saya selalu fikir negatif pada kawan saya ni.

Kalau saya kata saya kawan dia, saya tak pernah nak jaga hati dia. Cakap main ikut sedap mulut je.
Kalau saya kata saya kawan dia, saya tak pernah ada kat sebelah dia bila time dia susah. Lagi menyusahkan dia adalah.
Kalau saya kata saya kawan dia, saya selalu diamkan je bila dia buat salah. Bukan nak betulkan dia balik.

Saya jahat kan? Saya tak pernah hargai dia sebagai kawan saya tapi dia.. dia hargai saya sebagai kawan dia. Saya memang manusia yang sangat rugi hilang kawan macam dia. Saya memang bodoh  sebab tak tahu nak hargai kawan macam dia. So kepada semua yang membaca, hargailah kawan korang. Bagi saya, dia bukan kawan saya tapi dia merupakan SAHABAT saya. Saya buat ni sebab saya nak dia tahu yang saya sayang sangat kat dia dan ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kat dia sebab sudi berkawan dengan orang macam saya ni. Kalau dia baca benda ni, dia tau lah dia tu siapa bagi saya. Dia bukan kawan saya tapi dia sahabat saya, dari dulu sampai sekarang. She's still such a good and wonderful friend.
==============================


 Kepada semua yang membaca, hargailah sahabat anda sebaik mungkin. Selagi dia ada di sisi kita, hargai dia! Jangan sampai dia dah tak ada di depan mata baru nak terhegeh-hegeh mencari sahabat tu. Ingat! Tak semua kawan adalah sahabat. Tapi setiap sahabat itu adalah kawan anda. Renungkanlah yang terbaik untuk diri masing-masing.

Thursday, October 21, 2010

Part 7 : Kawan Lawan, Sahabat Subahat


Salam!

Episod kali ni adalah kawan. Semua orang ada kawan. Tak kira la kat mana pun kita berada, ada je kawan kat merata tempat. Dalam tren atau konsert pun boleh buat kawan. Tak percaya? Aku selalu macam tu. Korang sure pernah jugak kan.
Aku ni bukanlah sejenis orang yang banyak bercakap. Walaupun aku ni jenis yang pendiam dalam kalangan rakan-rakan aku, tapi kalau dah rapat sure riuh punya la! Sebagai seorang yang agak aktif dengan dunia blog dan maya, aku ada ramai kawan. Tak kira di mana je, mereka tetap kawan aku. Kawan memang tak ada sempadan. Cuma kita je yang selalu letak sempadan dan jurang antara persahabatan yang terjalin. Mana nak menjadi, kan?

Dalam memilih kawan, kita kena berhati-hati. Dapat yang okay, okay la diri kita. Dapat yang hampeh, hampeh lah diri kita. Tak salah berkawan dengan orang yang kategori 'blacklist', tapi korang kena pandai la fikir apa baik dan buruk yang datang dari kawan kita tu. Terus terang aku cakap, aku ada berkawan dengan beberapa orang pengkid, lesbian, gay, dan mak nyah. Mereka tu masing-masing ada kerenah sendiri, tapi mereka tetap manusia. Aku tak boleh nak hukum diorang macam tu. So orang lain pun jangan nak hukum diorang jugak. At least bagi nasihat, sekurang-kurangnya diorang tak rasa yang diorang ni 'tak normal'. Betul?

Sekarang ni pulak jadi trend, time bercinta bagai nak rak, time putus terus menyampah. Tak faham aku ni. Mungkin ni cara kita untuk membuang perkara lama. Tapi semua tu buat semua benda jadi lagi teruk. Kalau korang pernah baca blog aku sebelum-sebelum ni, aku kerap menulis tentang seseorang bernama Efy, kan? Dulu lain, sekarang ni kami cuma berkawan macam biasa. Alhamdulillah, memang susah nak lepaskan tapi sekarang semua dah okay balik. Kami masih lagi berhubung, call, SMS.. macam biasa. Sekarang ni dia sibuk training untuk masuk satu ring fight untuk muay thai, awal tahun depan. Aku harap dia dapat la apa yang dia. Aku ni tukang support je, hehe!

Tapi bila kawan tu dah di-upgrade jadi sahabat, semuanya lagi best! Rahsia, gembira, tawa, sedih, dan nangis.. semua sama-sama. Tapi lagi best bila sahabat tu di-upgrade menjadi seseorang yang special dalam hidup kita :) Tapi ada gak kes, sahabat kena turun title jadi kawan, atas sebab-sebab tertentu la kan. Takkan la suka-suka pulak buat macam tu.

Apa yang pasti, aku gembira berkawan dengan semua orang. Tak kisah la kalau kawan kita tu dah buang kita dari friends list dia or what-so-ever shit things diorang buat. Mereka.... tetap kawan.

P/S: Next episode! Apa hobi Hani eh? Ada yang tahu tu bagus la.. yang tak tahu, tunggu jela sambungan episod kita ni ye. Enjoy reading!


Tuesday, October 19, 2010

Perjalanan yang jauh la sangat!

Salam semua!

Semalam aku sepatutnya keluar dengan lagi dua orang kawan aku; Ejat dan Yan. Tapi Ejat ada emergency, so aku pun keluar jela dengan Yan je. Mula-mula blur gak nak gi sebab keluar berdua je kan. Last-last, Yan ajak gi Mid Valley. Aku set saje!

Aku plan keluar nak naik bas dari area taman aku sampai Pekan Kajang. Tapi bas tak ada pulak, tapi nasib ada teksi. Dah hangus RM2 kat situ. Ok la.. dari aku dok tercegat kat situ tunggu bas tak sampai-sampai kan. Dah sampai Pekan Kajang, nak kena jalan kaki ke stesen KTM Kajang. Aku drop teksi kat Plaza Metro Kajang. Tempat zaman kegemilangan aku dan rakan-rakan dulu, haha! Sekarang tak dah semenjak dah start kerja lepas tu sambung study. Budak-budak baru nak up nye turn pulak, huhu!

Dah keluar dari area Plaza Metro Kajang tu, aku pun jalan jela kat kaki lima bangunan tu. Lama tak lalu tempat tu, ada yang berubah, ada yang tak. Lepas tu, nak kena lalu tempat 'sisa' cyber cafe yang pernah aku lepak dulu lepas habis waktu sekolah. Tempat tu sekarang dah tak ada dah. Habis je kitorang punya batch, semua tu pun hilang. Dah bankrup agaknya, pelanggan tetap dah habis sekolah kan, haha! Lepas tu, dan dan nak kena lalu depan sekolah aku dulu. Wa.. aku harap tak ada budak atau cikgu yang perasan aku. TAPI! Ada jugak yang perasan tu. Serius aku tak kenal budak tu tapi kenal aku. Hebat!
Lepas tu, dah sampai kat KTM Kajang. Yan dah sampai dulu dari aku kat platform. Lepak la sementara tunggu tren sampai. Banyak gak la kitorang dok sembang-sembang. Dah sampai je tren, biasa la kan sesak, tu je aku mampu cakap. Aku dengan Yan sembang-sembang la lagi. Tengok iklan yang ada kat sekeliling tren tu. Sekali...ternampak sesuatu! Wa.. hebat! Korang tengok la gambar vandelisme ni ye. Tengok dan hayati bersama agar kita sedar, perbuatan tu salah! FYI, nombor gerabak tu C8310. Find it if you can!
Memang jenaka la sangat. Come spot the not! 
Apa ini!!??

Dah sampai kat stesen Mid Valley, kitorang melompat keluar dari gerabak, then have fun la weh! Mula-mula gi lunch dulu. Pergh makan nasi lauk. Tapi ada ke patut orang tu suruh aku gi tambah lauk!? Memang tak habis la kan semua tu. Aku try la jugak nak habiskan semua lauk tu, tapi tak berjaya... hampa, haha! 
Lepas tu tengok binatang kat apa nama tempat tu? Pets Wonderland? Haha! Aku tibai je ni asal ada pets tu je. Sekadar tengok jela mampu sebab nak beli barang kat situ agak mahal, walaupun benda tu sama dengan barang kat tempat lain. Dah penat pusing-pusing kacau binatang, gi la jalan-jalan. Window-shopping kat setiap kedai yang ada. Aku berminat dengan satu wallet ni. Hand-made lagi. Comel! Tapi nanti la aku beli. Sebab aku tak bajet nak beli barang kat sini.

Dah penat berjalan, gi la beli apa-apa makanan. Aku memang gila dengan Pretzel Makcik Anne tu! So beli la Cheese Pretzel dua. Yan pulak beli Dunkin Donuts. Pelahap sungguh kami ketika itu haha! Makan dengan bersungguh-sungguh!
Dah habis makan, keluar sat amek angin luar. Dah lepak, sembang-sembang semua. Masuk balik, gi MPH. Aku kalau masuk MPH, kalau tak bahagian Graphics/Computer, sure bahagian komik! Banyak gak la komik yang aku tak update. Busy je dengan kolej, mana nak update sangat dah. Yang best, Xanseviera dah keluar komik baru. Ada tiga lak tu. Aku langsung tak tau! Suka lukisan dia, cute! Lepas tu aku terjumpa dengan satu komik ni, Geng 5405, karya Virus-AC. Pun cambest! Rasa macam ada sesuatu aku buat dengan jalan cerita komik tu, hehe!
Agak lama jugak la dalam MPH tu sampai tak perasan dah pukul 7 malam. Lepak kejap, lepas tu blah. Yan beli komik apa tah aku lupa, Snap kalau tak silap, karya Xanseviera. Dia pun minat dengan lukisan Xanseviera. Dan pasti ramai lagi suka dengan watak cute yang dia lukis tu. Dah habis bayar, kami pun jalan la ke KTM Mid Valley. Nak balik dah. Tapi... dalam gerabak yang kitorang naik tu ada la dua orang abang macha ni. Memang kelakar. Dari Mid Valley sampai Salak Selatan. Aku dengar je diorang berbual. Sampai kat stesen Seputih, aku on kamera hp aku, record la perbualan diorang. Jom layan!






Dah keluar je abang macha tu, tren macam sunyi sangat. Tak ada hiburan la pulak. So aku pun tengok jela orang sekeliling, cari je bahan hiburan aku. Tak jumpa pun. Dok tengah usha orang, Abah call. Tanya aku, kawan dia dah datang amek barang ke belum. Dah setel kes tu, 'seseorang' lagi call. Yan tau siapa hehe! Layan jap sebab rindu kan hehe! Masa tu dah nak sampai Kajang dah. Haish kejap je kan masa berlalu. Tau-tau dah nak balik dah.
Sampai Kajang, jalan kaki dengan Yan sampai Plaza Metro Kajang. Dia kena tunggu abang dia kat sana. Aku lak naik teksi jela sebab dah malam. Nak naik bas boleh tapi jalan nak masuk ke taman aku tu agak gelap dan risiko sikit la. Hmm.. apa lagi eh? Tu je la kot aktiviti aku semalam dengan Yan. Balik rumah, on laptop, edit video sambil chatting kat YM dengan someone. Dah setel, tido! Weeee....!

P/S: Thanks to Yan sebab having fun together semalam even though just kita berdua je kan. Aku rasa lagi ramai lagi bagus tapi kalau gi ramai-ramai sure tak dapat jumpa abang macha lawak tu kan hahha!


Thursday, October 14, 2010

Teka Teki Tekuk!

Salam semua!

Semestinya korang mesti selalu pernah dengar teki-teki kan. Tapi kali ni, aku saja nak bagi satu teki-teki yang sering kali aku on Facebook je, sure benda ni orang tanya. Kadang-kala benda tu buat kita bengang sebab tak dapat nak pasti jawapan dia macam mana nak jawab.

Meh semua, duduk depan laptop dan PC anda masing-masing, baca teka-teki ni dengan betul. Macam ni masalahnya;


Ada tiga orang kawan sewa hotel yang berharga RM30
Setiap seorang keluar RM10
Tapi masa tu ada offer, jadi sewa hotel hanya RM25 je. 
Sewa tu pulak ada baki RM5. Budak reception tu mahu kasi balik RM5 kepada budak tiga orang kawan tadi, tapi tak tahu macam mana nak bahagikan duit tu. 
RM5 / 3 orang = ??? 
Jadi fikir punya fikir, setiap seorang dikembalikan RM1, dan lebih RM2 sebagai tips budak reception tu. 
Jadi, sewa hotel mula-mula RM30, setiap seorang keluar RM10, dan RM1 dikembalikan pada setiap seorang. 
RM10 - RM1 (wang yang dikembalikan) = RM9 
RM9 x 3 orang = RM27 
RM27 + RM2 (tips) = RM 29 
Mana pergi RM1? 


Dalam perkiraan aku, sebenarnya duit tu cukup je. Orang yang buat soalan ni je tak reti kira, atau mungkin saja nak bagi kita berfikir dengan lebih tajam dan peka dengan situasi. Ni apa yang aku nampak jela, kalau salah tu aku say sorry la ye!


Okay, setiap seorang bawa RM10, jadi RM10 x 3 orang = RM30
Bayaran sewa hotel = RM25
Seorang kena bayar, RM10 - RM1 (wang yang dikembalikan) = RM9
Jumlah yang dibayar, RM9 x 3 orang = RM27
Sebenarnya, RM27 tu dah dicampur dengan duit tips untuk receptionist tu. 
Jadi, RM27 (jumlah yang dibayar) - RM2 (tips receptionist) = RM25 (sewa hotel). 


Kesimpulannya, duit RM1 tu tak hilang ke mana pun. Korang la kalut sangat kira benda-benda kecil macam tu. So, lain kali sebelum nak bayar, kira betul-betul. Ni semua taktik je, okay? Logik kan kiraan aku tu?
Lepas ni, kalau ada orang tanya korang soalan macam ni lagi, korang buat kira-kira macam aku buat tu. Tak salah untuk berfikir benda bodoh macam tu, kan?

Bye! 


Wednesday, October 13, 2010

Part 6 : Zoo Haiwan

Salam semua!

Lama tak update kan! Kali ni kita sambung al-kisah yang berlaku kat blog aku ni. Kali ni kisah pasal haiwan yang aku bela atau pets, bak kata omputih.

Macam ada yang dah sedia maklum, aku ni adalah seorang penternak hamsters yang berjaya! Lepas ada yang dah dijual dan ada yang dah arwah, sekarang ni aku ada 13 ekor hamsters. Sangkar... ada lima! Hamsters aku ni banyak jantan, so pergaduhan dan pertumpahan darah tu memang terlalu kerap berlaku, then kena buat banyak partition dalam satu cage.

Alhamdulillah semua hamsters aku ni comel-comel belaka! Dari dua ekor, sekarang dah beranak-pinak dan kini aku menjadi banyak pening lah! Ada yang okay tu, leh la letak sama-sama dalam satu kawasan. Ada yang tak ngam tu, dah nak menggelabah cari partition. Ikutkan hati nak je letak semua dalam satu akuarium tu, just asing jantan betina je. Tapi disebabkan aku ni hidup travel je, so sabar dulu ye Hani!

Aku suka sangat kat binatang berbulu comel ni! Paling aku sayang, Chewie! Dia warna hitam kelabu, gemuk bulat! Comel! Chewie tu jantan. Kalau yang betina, aku sayang betul kat Mocha! Warna putih dengan stripe oren coklat. Bulu dia lembut sangat! Pakai conditioner apa pun aku tak tau.. dah la bulat badan dia. Comel!
Tu la Chewie (kiri) dengan Mocha, tengah makan cheeseball. 

Sepanjang aku bela hamsters ni, tipu la kalau aku tak pernah kena gigit kan. Banyak kali jugak. Tapi yang paling teruk aku pernah kena masa malam World Cup 2010. Masa tu final match, Holland vs Sepanyol. Elok dah settle match tu, aku ingat nak bagi hamsters makan la. Masa nak bagi Bobo makan, entah kenapa dia gigit jari aku. Selalu dia gigit kejap je. Tapi malam tu ada la dalam dua minit dia gigit tak lepas-lepas. Siap dengar darah terpancut lagi. Memang banyak sangat darah meleleh masa tu. Siap menitis kat lantai lagi. Mulut Bobo pun banyak darah aku melekat. Teruk sangat! Aku tak sentuh Bobo dalam dua minggu gak la.. merajuk kejap dengan dia masa tu. Sekarang ni ada la jugak pegang Bobo, just kena jaga-jaga, siap alas dengan kain. Takut dia gigit lagi. Sakit woooo...

Tapi yang paling best, aku dapat tengok hamsters aku beranak. Haha! Tengok anak dia pink-pink lagi, macam janin tak siap. Bila tengok Bibi jaga anak-anak dia, aku rasa gembira sangat! "Hamster aku dah jadi 'mak'. Aku bila lagi?" Haha fikir jauh sangat Hani ni.. choy!
Hiro (kiri) dok baring nak tidur, Adam lak tak sedarkan diri.

Selain hamsters, aku gak ada bela kucing kat rumah ni. Kucing aku suka sangat main dengan hamsters aku. Kejar-kejar. Tapi ada kucing aku ni, Garfield, baru je mati dua hari lepas. Hamsters aku pun dah tak ada kawan nak main kejar-kejar lagi. Tak tau la kenapa Garfield mati. Dia makan elok je hari tu, tidur pun elok je. Tau-tau je mati. Dah la dia tu special sikit. Rahang senget. Sayang sangat kat Garfield!
Ni la Garfield. Masa ni dia sihat lagi. Tak lama lepas tu dia accident, rahang dia pun senget, hehe!

P/S: Dah tahu aku bela apa kan? So lepas ni, jangan tanya lagi haha! Jokes! Next stop, we will talk about.. friends! What with friends? So catch me up later ;)


This is Hani