Sunday, October 24, 2010

Dia kawan dan juga sahabat

Salam semua!

Kali ni kau nak share sesuatu yang dicipta oleh kawan aku since dari primary school, Aida. Ini adalah cerita kau, Aida. Dan dengan blog aku, aku kongsikan kisah kau bersama sahabat ko dengan rakan-rakan blog aku. Hayatinya okay?

==============================
Lepas exam Economy semester 1. 
Time ni kawan saya approach saya tanya saya, "Dah study for the next paper ke belum?" Saya cakap la, "Oishh.. study mende pon tak faham, baik tido!" Time ni la masa dia mula-mula hulurkan salam persahabatan. Time ni saya rasa seronok sangat. Yela.. dapat kawan baru, baik pulak tu. "She's such a good and wonderful friend." Betul! Tak tipu.

During examination week.
Hari-hari dia mesej saya, tanya buat apa. "Dah study ke?" "Sampai chapter berapa dah?" Concern nya dia! Kadang-kadang dia mesej, "Aida, nak datang bilik, study sama-sama!" Tapi bila dia datang bilik saya, saya selalu kenakan dia. Budak pandai kan.. tembak la macam-macam soalan. Tapi dia tak pernah merungut atau meninggikan diri. dia sedaya upaya jawab setiap persoalan yang saya tanya. Sabarnya dia. Ada sekali tu lepas baca buku, kepala saya terhantuk kat katil. Saya pun mesej dia, "alamak, macam mana ni? Aku terhantuk. Habis lupa apa yang aku baca! Macam mana ni? Macam mana!?" Dia pun datang bilik saya dan kata, "ish ko ni, tak baik tau. Belajar pakai hati la, bukan pakai kepala, baru boleh ingat."

Time cuti semester.
Time ni kitorang macam terputus la. Yela.. komputer saya time tu kena virus. Tak ada internet. Tapi handphone kan ada. Saya kadang-kadang hairan sangat. Kenapa kawan saya ni baik sangat? Sanggup minta maaf even dia tak salah pun. Saya tanya dia. Dia kata, "minta maaf bukan bererti merendahkan maruah seseorang tapi jika dengan meminta maaf boleh menjernihkan hubungan semula apa salahnya aku minta maaf." Bila komputer saya dah okay, selalu juga la YM, Facebook dengan kawan saya. Tak la selalu sebab time cuti semester tu dia kerja. Pergi pagi balik malam. Tapi even dia penat pun, dia tetap tegur saya kalau nampak saya online. Dia tak pernah lupa kat saya. Terima kasih.

Time dapat result semester 1.
Time ni semua orang sibuk check kat internet result masing-masing. Saya pun nak check juga tapi tak lepas. Sampai malam saya cuba tapi tak boleh. Akhirnya pukul 3 pagi baru dapat. Hmm.. padan la tak dapat tengok. Result pun ala kadar je. Tapi tak apa, saya dapat result sesuai la dengan usaha saya. Ada kawan ni dia nak kongsi result dengan saya tapi dia tipu saya. Esoknya kawan saya tanya saya dapat berapa. Saya cakap la result saya, pastu dia tanya law dapat berapa. Saya cakap la dapat B+ je. Tapi bagi saya kira hebatlah. Sebab time exam paper law je saya seronok nak goreng, sampai muntah-muntah la belajar law. Pastu dia tanya lak result kawan yang lagi satu tu. Saya cakap la result dia, even dia tau results yang saya cakap tu tak betul, dia diam je. Tak bagi komen apa-apa. Sebab masa tu saya tak tahu saya kena tipu. Maybe dia nak jaga hati saya. Baikkan dia? Bila saya dapat tahu saya kena tipu, dia terus cari saya, tanya keadaan saya okay ke tak. Saya cakap la yang saya tak okay. Saya malu sangat-sangat sebab kena tipu. Memang nampak la yang saya ni bodoh sangat. Tapi dia kata, "ko tak patut malu, bukan salah ko. Dia yang patut malu sebab dia yang tipu ko." Bila saya nak mengamuk, marahkan kawan yang tipu saya tu, dia cakap, "tak payah la. Buat tak tahu je." Akhirnya saya pun bersetuju nak tutup kes. And she said, "good!" Baguskan? Dia kawan yang tak pernah suruh saya cipta musuh tapi kawan yang suruh saya berfikiran rasional sebelum buat apa-apa keputusan.

Masuk semester 2.
Semester dua saya lagi rapat dengan dia. Mana-mana kitorang pergi mesti berdua. Dia kawan yang sangat sabar dengan perangai saya. Kadang-kadang saya suka mengamuk tak tentu pasal. Bawa kereta laju-laju. Tapi dia tak pernah tinggalkan saya. Selalu ada kat sebelah saya. Kadang-kadang nasihat saya. Kitorang belajar sama-sama, makan sama-sama. Saya ingat lagi, saya tak ada kawan nak gi makan. Tak best la pulak makan sorang-sorang. Saya call orang tu, saya mesej orang ni, semua busy. Bila saya dah give up dan buat keputusan tak nak makan even perut lapar, tiba-tiba kawan saya mesej, "hai Aida! Tengah buat apa tu? Dah makan? Kalau belum, jom pergi makan!" Dia kawan yang sangat memahami. Macam tau-tau je saya lapar. Dah banyak kali juga la macam ni. Best kan ada kawan macam ni.

Semester dua ni semester yang paling banyak saya sakitkan hati dia. Tapi dia tak pernah cakap apa-apa pun. Dia diam je. Kata dia kawan saya tapi kalau saya buat benda yang best-best macam tengok wayang ke, hang-out dengan kawan-kawan ke, saya tak pernah ajak dia. Jahatkan saya? Saya tau dia banyak terasa dengan saya tapi dia senyap je. Dia kata hari ni habis hari ni je, esok mulakan hari baru. Lupakan apa yang berlaku hari ni. Dia selalu maafkan kesalahan saya. Kadang-kadang saya rasa kesalahan saya tu melampau sangat. Tapi dia kata, "tak apa.. kita setel. Forgive and forget!" Senangkan? Kenapa orang jahat macam saya boleh dapat kawan yang baik macam ni? Saya pun wonder juga kadang-kadang. Yela.. kesian dia dapat kawan macam saya. Tapi dia tak pernah merungut. Jauh sekali nak mengutuk saya belakang-belakang. Apa yang dia tak puas hati dia cakap direct dengan saya. Dan kalau saya marah-marah or membebel, dia dengar je. Tak pernah melawan or marah saya balik. Kawan saya memang seorang yang penyabar, kan?

Conclusion
Sebenarnya banyak benda yang saya nak kongsikan dengan kamu semua pasal kawan saya ni. Sebab saya tak pernah dapat kawan macam ni since dari darjah satu sampai sekarang. Dia kawan yang tak pernah tinggalkan saya. Selalu tanya kondisi saya. Kawan yang sangat penyabar dengan perangai saya. Tapi saya ni memang manusia yang tak tahu nak bersyukur. Saya selalu fikir negatif pada kawan saya ni.

Kalau saya kata saya kawan dia, saya tak pernah nak jaga hati dia. Cakap main ikut sedap mulut je.
Kalau saya kata saya kawan dia, saya tak pernah ada kat sebelah dia bila time dia susah. Lagi menyusahkan dia adalah.
Kalau saya kata saya kawan dia, saya selalu diamkan je bila dia buat salah. Bukan nak betulkan dia balik.

Saya jahat kan? Saya tak pernah hargai dia sebagai kawan saya tapi dia.. dia hargai saya sebagai kawan dia. Saya memang manusia yang sangat rugi hilang kawan macam dia. Saya memang bodoh  sebab tak tahu nak hargai kawan macam dia. So kepada semua yang membaca, hargailah kawan korang. Bagi saya, dia bukan kawan saya tapi dia merupakan SAHABAT saya. Saya buat ni sebab saya nak dia tahu yang saya sayang sangat kat dia dan ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kat dia sebab sudi berkawan dengan orang macam saya ni. Kalau dia baca benda ni, dia tau lah dia tu siapa bagi saya. Dia bukan kawan saya tapi dia sahabat saya, dari dulu sampai sekarang. She's still such a good and wonderful friend.
==============================


 Kepada semua yang membaca, hargailah sahabat anda sebaik mungkin. Selagi dia ada di sisi kita, hargai dia! Jangan sampai dia dah tak ada di depan mata baru nak terhegeh-hegeh mencari sahabat tu. Ingat! Tak semua kawan adalah sahabat. Tapi setiap sahabat itu adalah kawan anda. Renungkanlah yang terbaik untuk diri masing-masing.

2 comments:

cik QasehThya said...

hukhuk..
T_T
tak pernah lagi jumpe macam tu..
beruntungnye hani..

cik aida azman said...

bukan hani pny kwn tp saya pny kwn..
saya kwn kpd hani..
nice comment..
love it..
<3

This is Hani