Tuesday, October 19, 2010

Perjalanan yang jauh la sangat!

Salam semua!

Semalam aku sepatutnya keluar dengan lagi dua orang kawan aku; Ejat dan Yan. Tapi Ejat ada emergency, so aku pun keluar jela dengan Yan je. Mula-mula blur gak nak gi sebab keluar berdua je kan. Last-last, Yan ajak gi Mid Valley. Aku set saje!

Aku plan keluar nak naik bas dari area taman aku sampai Pekan Kajang. Tapi bas tak ada pulak, tapi nasib ada teksi. Dah hangus RM2 kat situ. Ok la.. dari aku dok tercegat kat situ tunggu bas tak sampai-sampai kan. Dah sampai Pekan Kajang, nak kena jalan kaki ke stesen KTM Kajang. Aku drop teksi kat Plaza Metro Kajang. Tempat zaman kegemilangan aku dan rakan-rakan dulu, haha! Sekarang tak dah semenjak dah start kerja lepas tu sambung study. Budak-budak baru nak up nye turn pulak, huhu!

Dah keluar dari area Plaza Metro Kajang tu, aku pun jalan jela kat kaki lima bangunan tu. Lama tak lalu tempat tu, ada yang berubah, ada yang tak. Lepas tu, nak kena lalu tempat 'sisa' cyber cafe yang pernah aku lepak dulu lepas habis waktu sekolah. Tempat tu sekarang dah tak ada dah. Habis je kitorang punya batch, semua tu pun hilang. Dah bankrup agaknya, pelanggan tetap dah habis sekolah kan, haha! Lepas tu, dan dan nak kena lalu depan sekolah aku dulu. Wa.. aku harap tak ada budak atau cikgu yang perasan aku. TAPI! Ada jugak yang perasan tu. Serius aku tak kenal budak tu tapi kenal aku. Hebat!
Lepas tu, dah sampai kat KTM Kajang. Yan dah sampai dulu dari aku kat platform. Lepak la sementara tunggu tren sampai. Banyak gak la kitorang dok sembang-sembang. Dah sampai je tren, biasa la kan sesak, tu je aku mampu cakap. Aku dengan Yan sembang-sembang la lagi. Tengok iklan yang ada kat sekeliling tren tu. Sekali...ternampak sesuatu! Wa.. hebat! Korang tengok la gambar vandelisme ni ye. Tengok dan hayati bersama agar kita sedar, perbuatan tu salah! FYI, nombor gerabak tu C8310. Find it if you can!
Memang jenaka la sangat. Come spot the not! 
Apa ini!!??

Dah sampai kat stesen Mid Valley, kitorang melompat keluar dari gerabak, then have fun la weh! Mula-mula gi lunch dulu. Pergh makan nasi lauk. Tapi ada ke patut orang tu suruh aku gi tambah lauk!? Memang tak habis la kan semua tu. Aku try la jugak nak habiskan semua lauk tu, tapi tak berjaya... hampa, haha! 
Lepas tu tengok binatang kat apa nama tempat tu? Pets Wonderland? Haha! Aku tibai je ni asal ada pets tu je. Sekadar tengok jela mampu sebab nak beli barang kat situ agak mahal, walaupun benda tu sama dengan barang kat tempat lain. Dah penat pusing-pusing kacau binatang, gi la jalan-jalan. Window-shopping kat setiap kedai yang ada. Aku berminat dengan satu wallet ni. Hand-made lagi. Comel! Tapi nanti la aku beli. Sebab aku tak bajet nak beli barang kat sini.

Dah penat berjalan, gi la beli apa-apa makanan. Aku memang gila dengan Pretzel Makcik Anne tu! So beli la Cheese Pretzel dua. Yan pulak beli Dunkin Donuts. Pelahap sungguh kami ketika itu haha! Makan dengan bersungguh-sungguh!
Dah habis makan, keluar sat amek angin luar. Dah lepak, sembang-sembang semua. Masuk balik, gi MPH. Aku kalau masuk MPH, kalau tak bahagian Graphics/Computer, sure bahagian komik! Banyak gak la komik yang aku tak update. Busy je dengan kolej, mana nak update sangat dah. Yang best, Xanseviera dah keluar komik baru. Ada tiga lak tu. Aku langsung tak tau! Suka lukisan dia, cute! Lepas tu aku terjumpa dengan satu komik ni, Geng 5405, karya Virus-AC. Pun cambest! Rasa macam ada sesuatu aku buat dengan jalan cerita komik tu, hehe!
Agak lama jugak la dalam MPH tu sampai tak perasan dah pukul 7 malam. Lepak kejap, lepas tu blah. Yan beli komik apa tah aku lupa, Snap kalau tak silap, karya Xanseviera. Dia pun minat dengan lukisan Xanseviera. Dan pasti ramai lagi suka dengan watak cute yang dia lukis tu. Dah habis bayar, kami pun jalan la ke KTM Mid Valley. Nak balik dah. Tapi... dalam gerabak yang kitorang naik tu ada la dua orang abang macha ni. Memang kelakar. Dari Mid Valley sampai Salak Selatan. Aku dengar je diorang berbual. Sampai kat stesen Seputih, aku on kamera hp aku, record la perbualan diorang. Jom layan!






Dah keluar je abang macha tu, tren macam sunyi sangat. Tak ada hiburan la pulak. So aku pun tengok jela orang sekeliling, cari je bahan hiburan aku. Tak jumpa pun. Dok tengah usha orang, Abah call. Tanya aku, kawan dia dah datang amek barang ke belum. Dah setel kes tu, 'seseorang' lagi call. Yan tau siapa hehe! Layan jap sebab rindu kan hehe! Masa tu dah nak sampai Kajang dah. Haish kejap je kan masa berlalu. Tau-tau dah nak balik dah.
Sampai Kajang, jalan kaki dengan Yan sampai Plaza Metro Kajang. Dia kena tunggu abang dia kat sana. Aku lak naik teksi jela sebab dah malam. Nak naik bas boleh tapi jalan nak masuk ke taman aku tu agak gelap dan risiko sikit la. Hmm.. apa lagi eh? Tu je la kot aktiviti aku semalam dengan Yan. Balik rumah, on laptop, edit video sambil chatting kat YM dengan someone. Dah setel, tido! Weeee....!

P/S: Thanks to Yan sebab having fun together semalam even though just kita berdua je kan. Aku rasa lagi ramai lagi bagus tapi kalau gi ramai-ramai sure tak dapat jumpa abang macha lawak tu kan hahha!


1 comment:

Anonymous said...

bestnye jenjalan..
owh, tetiba cam nk makan auntie anne's...

This is Hani