Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2009. Macam tahun2 lepas gak, acara yang membosankan mesti akan diadakan untuk sambut Tahun Baru. Kumpul ramai2, tunggu detik 12 tengah malam, then bila dah pukul 12, semua shout "Happy New Year!" kuat2, ada fireworks, then happy2 sampai ke awal pagi. Aduh.. membosankan! Tak ada perkara lain selain benda2 tu kan?

Sebab tu la dari dulu aku tak pernah sambut Tahun Baru. Buat apa? Sama je macam hari2 biasa. Cuma tahun yang berlainan.

Bila dah masuk tahun baru ni, ada jela yang pasang azam macam2 bagai! Nak je aku cakap "bodoh la korang!". Kalau ye pun nak pasang azam, tak payah tunggu tahun depan ke, dua tahun depan.. sekarang pun boleh buat! Asal ada semangat dan usaha je. Kalau tak ada usaha, jangan cakap tahun depan, sepuluh tahun depan pun tak buat2 lagi, ye tak?

Aku bukan nak kutuk ke apa.. cuma kadang2 aku berfikir secara logik. Ikutkan setiap hari yang kita lalui tu semua sama. Cuma hari, masa, tahun, dan perkara yang kita nak buat je yang membuatkan satu hari tu lain dari yang lain. Tapi kita kena ingat. Jangan buat yang bukan2 kalau nak sambut perayaan semua ni. Yelah.. setiap kali perayaan yang kita sambut ada je benda tak best yang jadi. So aku harap, korang beringat la. Yelah.. korang nak sambut New Year lagi tahun depan en.. so be alive ok!

Haha!

Tuesday, December 29, 2009

Wargh....

Hari ni aku tak ada paper. Gila boring!! Nak baca buku, malas! Adeyh.. esok paper Java. Habis la aku. Sok pagi lak tu.. wish me luck ya!

Saturday, December 26, 2009

Exam dah..

Sedar tak sedar, aku dah kembali menduduki mid-term exam. Belajar pun macam tak belajar je selama dua bulan dalam semester 4 ni. Maw jawab apa nanti? Belasah saja..

Ni list jadual aku untuk exam kali ni. Harap berjaya and dapat result yang cambest la weyh! Mengharap jela.


28 Disember 2009 - Presentation Skills
30 Disember 2009 - Java Programming
31 Disember 2009 - Media Digital
04 Januari 2010 - Database System



So
kat semua budak2 PTPL tak kisah la branch mana pun, GOOD LUCK semua!

Tuesday, December 22, 2009

Telur satu!

Yeargh akhirnya video Telur aku siap!! Layan la kat YouTube aku haha! Aku dah link tu.. ada lima siri.


p/s: Thanks kat Easy sebab telah menyumbangkan suara untuk Telur. Eez dan Brado yang banyak gelak dalam video tu. Dan aku sebab dah bakar rambut Telur tu. We're GILA FREAK!

Monday, December 21, 2009

Oh telur...

Haha! Kali ni aku nak bagitau something sikit! Tadi disebabkan kelas yang memanjang cancel, kitorang pun dah naik bosan. Dan kebetulan masa kelas Presentation Skills tadi, kitorang ada buat presentation round ketiga untuk assignment yang pertama. Kawan aku ni ada buat puppet yang diperbuat dari telur. Tengok ah.. haha! Kelakar + kreatif en.

Bosan punya pasal, kitorang pun main-main la dengan puppet ni. Tiba-tiba Easy minta handphone Brado, nak rakam katanya. Baru first video, rasa macam best lak. So kitorang pun further kan lagi video ni, ada dalam lima video kot, aku pun tak ingat lak.

Ni la empunya suara yang menyumbangkan suasana video tu. Nanti la kitorang upload eh sebab video tu ada kat Brado. Aku tak ada copy nye lagi. So.. chill guys!

Monday, December 07, 2009

Tak ada kelas la weyh!!

Penat je aku datang kolej hari ni. Kelas semua tak jalan! Kelas Presentation Skills tadi pun just nak jumpa siapa yang tak settle bagi idea untuk demonstration nanti je. So aku, Syam, Easy, Paic & Capik pun gi la Sunway Pyramid. Sampai sana, nak layan movie tapi tak tau nak layan movie apa. Semua dah tengok. Last2 tengok cerita Senario bangang tu. Tapi ok la.. tension kelas tak ada so layan lawak bodoh pun jadi la.

Lepas layan movie, kitorang gi Geng's Corner lak. Layan nasi campur. Pergh! Selama ni aku lalu je, tak pernah makan sana. Tadi aku makan nasi dengan lauk ikan tauchu, teringat lak masakan Mama. Rindu lak kat Mama. Haha!

Overall, aku memang enjoy lepak dengan diorang! Lagi ramai lagi best kot. Tapi tak apa. Ni first time aku lepak tengok wayang dengan kawan2 kelas aku setelah lebih 1 tahun kawan. Thanks guys!

Sunday, December 06, 2009

Akhirnya!

Dapat gak gambar2 aku kat Finas. Baru2 ni aku gi Finas ngan geng. Tapi ada yang tak dapat lagi ni! Banyak sangat kamera masa tu. Aduyai.. sape lagi yang bawa kamera masa tu eh? Maw cilok gambar la! Haha! Ni dari kamera Amirul .. layan!


p/s: nak tengok gambar penuh, kat MySpace dan Facebook ok!

Saturday, December 05, 2009

Kebanjiran!

Masuk je hari ni, dah nak masuk sebulan aku belajar untuk semester empat. Setakat ni, aku ada dua assignments yang tak siap lagi. Subjek Media Digital dan Sistem Pangkalan Data punya kerja. Aku dok pikir ni.. aku tak tau nak buat mana satu dulu sebab kemalasan sedang melanda dalam diri aku nih!!

Musim sekarang ni selalu hujan je. Minggu ni gak, dah dua kali kolej aku banjir. Lepas aku and geng habis kelas Java, Rabu hari tu, turun je dari blok A, AMEK KO!! Banjir! Esoknya lepas kelas Database, nasib aku baik sebab aku redah je sebelum hujan turun lebat. Kolej aku banjir lagi da...

Memang kelakar la. Macam2 kawan aku cakap pasal banjir ni. Siap ada yang bau air banjir tu lagi!? Aduyai.. main sampan tu kira ok lagi la.

Well guys.. nak sambung buat assignments! Next time aku update lagi ya! Daa~

This is Hani