Wednesday, February 23, 2011

Gambar terbaru The Overtime band

Salam semua!

Lama dah tak update pasal official band kat blog Hani ni. Sekarang dah boleh jadi 24/7 supporting blog for The Overtime band ni. Awal bulan lepas, diorang baru je settle photoshoot untuk line-up baru dalam band. So nak tengok siapakah orang baru tersebut? Nak tengok gelagat diorang? Jom tengok sama-sama!

haaa..yang ni dah macam cover album la pulak kan, haha! 

Dalam banyak-banyak gambar, dua tu antara favorite aku la hehe! So kalau nak tengok dengan lebih lanjut, meh klik kat SINI, okay! Have fun with their songs and pictures! 

Saturday, February 19, 2011

Evening Denim Hi-Tea

Salam semua!

Maaf sebab lambat sangat update pasal aktiviti minggu ni. Rabu lepas (16hb Februari 2011), aku ada attend satu event  kat kolej, namanya Evening Denim Hi-Tea. Kena la dengan tema nya, aku pakat kemeja putih lengan panjang dengan jeans warna denim atau biru. Event tu khas untuk pelajar tahun akhir untuk School of Information and Science Engineering atau SISE. Dalam SISE tu pulak, ada pelajar yang ambil bidang grafik, multimedia, dan IT.

Dalam event tu gak, ada sesi pertukaran hadiah. Macam-macam jenis bungkusan la yang ada kat situ. Terima kasih la kepada sesiapa yang bagi hadiah tu.

Tak lupa juga kepada yang bertuah, yang dapat penganugerahan dari tenaga pengajar kolej. Terima kasih kat lecturers semua sebab tanpa mereka, kita tak dapat semua tu dan tak dapat buat yang terbaik. So seniors, TAHNIAH!


Syed dan Azri si penakut belon
 dengan Sir Vinod 'Versatile' 
SISE Final Project's Students

So, jumpa lagi nanti!

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day vs Maulidur Rasul

Salam semua!

Haaaa.... korang semua, lebih-lebih lagi kat yang beragama Islam tu. Buka mata luas-luas, fikir dalam kepala otak tu dalam-dalam, mana yang sepatutnya disambut oleh diri kita ni? Valentine's Day... atau Maulidur Rasul? 

Bagi aku sebagai seorang Muslimah, walaupun aku ni bukanlah seorang yang baik a.k.a tak sekuat iman macam orang yang beriman, tapi aku tetap memilih untuk menyambut Maulidur Rasul. Terus terang aku kata, aku tak suka sambut hari atau perayaan yang ada kat dunia ni. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa sedih sebab manusia yang ada sekarang ni suka dengan hari atau sambutan yang tak sepatutnya disambut.

So korang, fikir-fikirkanlah apa yang baik untuk diri masing-masing. Jangan lemahkan iman korang yang dah ternyata lemah tu. Aku tau aku tak layak menegur orang, tapi aku ingin cuba sampaikan sesuatu yang aku jumpa di blog tissuepaper, yang bunyi nya macam ni:
VALENTINE adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah zalim! Tumbangnya kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Jadi mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol. 
Oleh yang demikian, aku harap diri aku, diri orang sekeliling aku, dan diri orang yang membaca blog ni dilindungi dari sebarang dosa kecil atau dosa kering ni, samada secara sengaja atau tak. Minta dijauhkan dari menyambut satu sambutan yang hina, dan sambutlah sambutan yang mulia iaitu Maulidur Rasul.

Thursday, February 10, 2011

Final Project | Part 3

Salam semua!

Haaa... dah lama tak update pasal final project ni kat blog. Tau-tau je hari ni, tepat pukul 9 pagi, kami semua yang terlibat dengan final project jadi beku buat sementara. Bukan beku tahap sejuk tu, tapi beku sebab takut dan gementar nak present final project tu nanti. Tengok jela entah berapa banyak files yang aku kena buat!?
Aku tak tau la apa jadi kat kawan-kawan aku yang lain. Even aku sendiri pun tak terurus sekarang ni. Dah macam zombie je hidup.

Time aku taip blog ni, semua kerja aku dah settle. Untuk pagi ni jela settle, report harian tak tulis habis lagi. Tu dia tak nak lagi kot. So aku biarkan dulu. Pastu baju kemeja dan seluar pun tak iron lagi. Tu jap lagi la. Hmm... apa lagi? Hard-copy tak print lagi. Harap sempat aku gi print kat kolej nanti. Back-up files? Don't worry la.. aku buat back-up banyak gila! Tiga pendrives, local disk, hard-disk, even memory handphone pun aku letak back-up files. In case if salah satu problem, so leh guna yang lain kan hehe!
Aku tak tau apa akan jadi kat aku nye project ni. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk buat yang macam aku dan supervisor nak. Aku dah buat apa yang patut aku buat. Preparation semua lancar. Tapi tu la.. macam ada yang tak perfect je. Biasa la tu. Hidup tak pernah puas :)

So good luck kat budak-budak yang ambil grafik, IT, dan multimedia! Semoga presentation tu running smoothly la ye ;)

Monday, February 07, 2011

Trivia Hani Part 2

Haaa yang ni sambungan daripada blog yang entah abad bila aku buat dulu yang bertajuk Trivia Hani Part 1. Nak tau lagi tentang Hani?

#11 boleh menulis tak kira la left-handed atau right-handed. But mostly Hani guna left-handed la.
#12 suka dengan subjek programming.
#13 suka Mathematics, best!
#14 suka buat kerja yang papan litar tu.. lampu-lampu LED, apa nama tu eh?
#15 suka hamsters, kucing, arnab. Cute sangat!
#16 seorang yang myxophobia, agoraphobia, dan glossophobia (kelemahan aku, so cari la sendiri).
#17 kalau suka, sayang, atau risau kat si dia, lebih suka diamkan saja.
#18 lebih havoc di 'dunia maya' daripada dunia sebenar.
#19 boleh bermain keyboard, gitar lak sekadar basic chords je.
#20 kalau ada masalah, lebih suka pendam dari cerita kat orang.

Nak tau apa yang rasa Hani terhadap si dia? Tunggu next blog okay?


This is Hani