Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day vs Maulidur Rasul

Salam semua!

Haaaa.... korang semua, lebih-lebih lagi kat yang beragama Islam tu. Buka mata luas-luas, fikir dalam kepala otak tu dalam-dalam, mana yang sepatutnya disambut oleh diri kita ni? Valentine's Day... atau Maulidur Rasul? 

Bagi aku sebagai seorang Muslimah, walaupun aku ni bukanlah seorang yang baik a.k.a tak sekuat iman macam orang yang beriman, tapi aku tetap memilih untuk menyambut Maulidur Rasul. Terus terang aku kata, aku tak suka sambut hari atau perayaan yang ada kat dunia ni. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa sedih sebab manusia yang ada sekarang ni suka dengan hari atau sambutan yang tak sepatutnya disambut.

So korang, fikir-fikirkanlah apa yang baik untuk diri masing-masing. Jangan lemahkan iman korang yang dah ternyata lemah tu. Aku tau aku tak layak menegur orang, tapi aku ingin cuba sampaikan sesuatu yang aku jumpa di blog tissuepaper, yang bunyi nya macam ni:
VALENTINE adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah zalim! Tumbangnya kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Jadi mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol. 
Oleh yang demikian, aku harap diri aku, diri orang sekeliling aku, dan diri orang yang membaca blog ni dilindungi dari sebarang dosa kecil atau dosa kering ni, samada secara sengaja atau tak. Minta dijauhkan dari menyambut satu sambutan yang hina, dan sambutlah sambutan yang mulia iaitu Maulidur Rasul.

No comments:

This is Hani