Tuesday, May 28, 2013

Aku #Paranormal

Salam. Hai!

Alhamdulillah, Paranormal dah pun berjaya dipasarkan (walaupun tak masuk bookstore lagi), tapi aku ucapkan terima kasih dan tahniah kat semua pembeli yang membeli Paranormal sepanjang tempoh Pesta Buku Selangor yang berlangsung dari 24hb Mei hingga 3hb Jun nanti.
[gambar dari @PapaKing84]
[di-photobomb oleh Encik Bos]

[gambar dari @YanWhb] 

Secara terus-terang, aku tak anggap Paranormal sebagai pencapaian terbaik aku sebab novel ni bukan dari idea aku. Boleh dikatakan 70% idea adalah dari Adib Zaini dan selebihnya aku buang, tambah dan ubah mana-mana yang patut. Senang cerita, Paranormal sepatutnya jadi novel Adib Zaini yang ketiga.

Disebabkan Adib ada idea yang terlalu banyak dia simpan dalam 'bank' (ye, aku pernah tengok list idea dia), jadi dia tolak kat aku salah satu idea dia untuk dia cabar aku tulis sebuah novel. Masa tu aku baru lepas tulis sebuah episod dalam Syaitan Android milik kawan aku. Aku ni pantang sikit kena cabar, jadi aku sahut cabaran dia. Dia bagi jalan cerita dia, kemudian aku garapkan dalam stail aku.

Bermula la hari-hari aku melepet depan laptop, menaip sebaris... demi sebaris. Sebelum ni, aku cuma tulis cerpen yang memang pendek habis! Takat 1,000 perkataan dan aku post. Masa buat Paranormal, aku kena tulis koman-koman 50,000 patah perkataan. Aku dah garu kepala sebab aku jenis yang straight-forward. Tak reti nak pusing-pusing ayat kasi panjang. Jadi, aku tumpukan tenaga aku kat 'kekuatan' aku; dialog dan perwatakan karakter.
[gambaran muka watak-watak utama yang 'mampu' aku lukis pada awal pembikinan Paranormal]
[aku tak reti melukis, maaf!]

Kebetulan waktu tu, aku dengan bebudak #idebewe tengah buat race. Siapa yang lambat siapkan novel, orang tu yang akan minum #idebeweCocktail. Jangan tanya apa content dalam cocktail tu. Yang aku tau, aku tak nak terlebih sugar-rush bila minum cocktail tu nanti (haha!).

Apa-apa hal, aku perlu berterima kasih Adib Zaini sebab bagi kepercayaan, semangat, dan tunjuk ajar sepanjang pembikinan novel ini. Kengkawan #idebewe pun banyak bagi tunjuk ajar walaupun secara tak langsung. Juga tak lupa kat Encik bos, Amir Muhammad yang menerima manuskrip tu untuk dipublish bawah label Fixi.

*campak mood Paranormal jauh-jauh, masukkan mood [insert tajuk manuskrip baru yang aku sendiri tak tau wujud ke tak]*

If korang nak beli secara online, korang boleh klik di SINI untuk membuat order :)

Oh ya, aku BUKAN Hlovate okeh! Jangan terperdaya dengan tweet @BukuFixi tu. Tengok kan ada orang dah konpius.

Tuesday, May 21, 2013

Book Review: #Tuhan by Hasrul Rizwan

Buat sesiapa yang dah baca Murtad tu, bawak-bawak pi cari buku Tuhan ni.

Penulis: Hasrul Rizwan
Halaman: 300 mukasurat
Harga: RM 19.90
Cetakan Pertama: April 2013
Sinopsis: Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka.
Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hdup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya.
Ketakutan membawa Johari tertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. Namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.
Di dunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang ingin menjadi Tuhan!

Bagi sesiapa yang pernah membaca Murtad, korang masih ingat lagi dengan 'Bab Yang Hilang' yang pernah penulis post dalam bentuk .PDF beberapa bulan selepas pelancaran novel Murtad? Bab yang sepatutnya ada di dalam Murtad tapi dikeluarkan (atas sebab apa pun aku tatau). Ingat lagi? Bab tu ada diselitkan di dalam novel terbaru beliau ini pada bab 34 dan 35. Baguih noo...

Okeh, kembali pada Tuhan... ehem, novel Tuhan. Boleh dikatakan takdelah sambungan dari novel Murtad sangat pun. Cuma pembuka dan penutup novel ini je dikaitkan dengan jalan cerita Murtad. Selebihnya ia adalah sebuah cerita baru dari sisi kehidupan Johari atau Joe, seorang pekerja kurier yang telah ditembak mati oleh Akhil di dalam Murtad, kemudian diselamatkan oleh Prof Rahman dan diklonkan pada masa depan. Haaa faham dak?

Tuhan menceritakan tentang kehidupan Joe beratus tahun kemudian selepas kejadian dalam Murtad. Di situ, kita dapat jawapan kenapa Joe masih hidup pada bab akhir Murtad, dan juga kita dapat merasai adventure Joe di planet Kepler-22B bersama kawan klonnya, JC1108 atau Ben.

Seperti Murtad, Tuhan juga diselitkan dengan babak aksi yang padat dan detail. Senang cerita kalau dalam drama, aksi tu cuma ambil masa 3 saat je tapi bila ditulis aksi tu jadi 3 paragraphs panjangnya. (Sebab tu aku tak habis-habis belek page yang terakhir tengok ada berapa halaman buku ni tiap kali masuk action scene). Terus-terang, aku tak puas dengan buku ni sebab aku mengharapkan watak utama mati (ye, aku keji) tapi tak mati-mati (dan sepatutnya dah mati tapi tak mati jugak). Tapi memandangkan cerita ni MACAM ada sambungannya, jadi aku chill dulu. Tengok kalau-kalau Brader MG ada nak bikin trilogi Murtad ke apa kan, mungkin la tu baru aku nak puas.

Aku takkan bagi spoiler (jangan risau). Tapi aku akan bagi hint, mood-mood yang perlu ada untuk korang layan novel Tuhan ni. Korang kena bayangkan cerita Iron Man, lepas tu bandar Midgar dalam game Final Fantasy 7 untuk mood planet Kepler-22B dan... perisai Divine Dragoon dalam game The Legend of Dragoons untuk imaginasi gabungan Joe dengan Felix. Ohh, tak lupa jugak Sewer Mutants dari kartun Futurama untuk gambaran puak Zabran. Yaaa... cakap jela otak aku ni otak kartun, aku peduli apa.

Bagi yang belum mendapatkan novel Tuhan ini, boleh la datang ke events atau di kedai buku terdekat. Untuk pembelian secara online, boleh la klik di SINI untuk order la ni jugak.

Thursday, May 02, 2013

Book Review: #Ilusaniti by Adib Zaini

Selepas Zombijaya, kini Adib Zaini kembali dengan karya terbarunya, Ilusaniti.

Penulis: Adib Zaini
Harga: RM 19.90
Halaman: 320 mukasurat
Cetakan Pertama: April 2013
Sinopsis: Ini kisah sekumpulan kawan.
Lama sudah kenal secara online.
Untuk kali pertama mereka bertemu.
Seorang mati bunuh diri selepas itu.
Ataupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu.
Nisan siapa bakal diukir lagi?
Ingatan semakin hilang setiap hari.
Tidur dipenuhi dengan mimpi ngeri.
Ini semua ilusi ataupun realiti?

Mungkin ramai yang payah nak menyebut tajuk novel kali ini. Ia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'ilusi' dan 'sanity' yang berkait rapat sepanjang jalan cerita novel ini. Sangat mind-blowing!

Cerita ini mengisahkan sekumpulan kawan yang berkenalan melalui online dan mereka berjumpa buat pertama kali, secara realiti, of course! Namun selepas pertemuan pertama kali tu, seorang demi seorang mengalami komplikasi atau simptom hilang ingatan, halusinasi, juga mimpi pelik mengenai 'Bandar Tanpa Cahaya'. Selain tu, mereka dikejutkan dengan kematian rakan mereka, seorang demi seorang. Dengan semua simptom dan apa yang berlaku tu, mereka mencari sebab kenapa dan mengapa ia berlaku pada mereka yang berjumpa bersama tempohari saja. Geng lain yang tak pergi, tak mengalami simptom tu pun.

Aku suka dengan penerangan penulis tentang Bandar Tanpa Cahaya, info perwatakan setiap karakter, info teori, etc etc yang ada di dalam naskah ini. Detail dan kemas. Cukup untuk buat pembaca faham dan berimaginasi. Selain itu, jalan cerita yang fast paced macam ni memang membuatkan korang nak tau apa yang berlaku pada next chapter and tau-tau je dah habis baca.

Jika korang seorang gamer/geek/nerd, mungkin korang akan lebih terhibur dengan segala macam permainan yang disebut dalam novel ini. Paling ketara, War of Warcraft (WoW). Siap ada satu chapter ni, menceritakan mereka sedang bermain game WoW dari mula sampai habis, bagaimana mereka menyetelkan satu misi di dungeon. Kiranya korang dapat 'extra candy' la bila baca naskah ni jika ada minat dengan online games, selain games lain yang ada disebut penulis. Okay, aku rindu nak main board game Munchkin, or Cosmic Encounter dengan bebudak Idebewe. Damn!

Jika anda mahu mendapatkan naskah ini secara online, boleh la klik di SINI untuk membuat order.

Wednesday, May 01, 2013

Book Review: #Sumbat by Faizal Sulaiman

Ini adalah salah satu tulisan yang aku baca tiga kali. Pertama dan kedua, ketika aku proofread draft pertamanya. Ketiga, dalam bentuk buku. Tak banyak perubahan, cuma jalan ceritanya telah disusun kemas dan ada tambahan info.

Penulis: Faizal Sulaiman
Harga: RM 19.90
Halaman: 316 mukasurat
Cetakan Pertama: Disember 2012
Sinopsis: Ramuan SUMBAT:
250 ml Dendam, jenama 'Silam'
150 gm Rahsia Hitam
50 gm Cinta, paket 'Terlarang'
3 sudu besar Air Mata
1/2 cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Cara:
Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang. Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam sehingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang-selikan dengan 1/2 cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum Senyuman. Voila!

Macam sedap je kan resipi tu... tapi boleh buat sakit yang tak terhingga kat hati korang. Tapi buku ni memang agak menyelerakan sebab... menu yang disediakan tu memang buat aku kecur liur. Sampai time baca Sumbat ni, mulut tak henti mengunyah kerepek la... makan nasi bungkus la... macam-macam!

Basically, Sumbat mengisahkan tentang dendam. A dendam dengan B, C berdendam dengan D, D berdendam dengan B. Tapi dendamnya perlu dibalas dengan 'penyucian dosa'. Haaa, cemane tu? Kena baca la kalau nak tau. Banyak sangkut-paut antara watak yang di-reveal satu persatu pada setiap chapter. Setiap cliffhanger pasti membuatkan korang tertanya-tanya apa yang berlaku selepas itu.

Secara jujurnya, aku pening sikit baca naskah ini pada awalnya. Semasa aku proofread dulu, aku terpaksa keluarkan sehelai kertas dan tulis semua watak yang ada disebut dalam setiap perenggan, kemudian buat mind map, siap buat garis info antara watak yang ada. Contohnya, Suri adalah kakak kepada Razi/Nizman, Liz pula isteri kepada Armin. Semua tu aku buat sebab tak nak ada kesilapan 'pertukaran' nama watak seperti yang pernah berlaku sebelum ni.

Dalam kerumitan tu, penulis 'menyenangkan' aku (juga pembaca lain) dengan gaya bahasa yang tersusun, tak terbelit-belit, serta selitan komedi selingan dalam beberapa monolog. Yela... kalau serius memanjang pun takleh jugak, ye dak?

Jika anda mahu menempah Sumbat secara online, boleh la klik kat SINI atau dapatkan naskah ini di mana-mana bookstore terdekat (selain Popular), okay?

This is Hani