Friday, June 24, 2011

Tips Bermain Gitar Elektrik

Salam!

Muzik takkan pernah lari dari kehidupan kita. Dengan muzik, ia bagaikan terapi untuk kita bila stres. Ia juga bagaikan roh yang meniup semangat dalam diri kita. Tapi lagi seronok kalau kita pandai bermain alat muzik itu sendiri.

Dalam kebanyakan semua yang baca blog ni mesti ada antara korang yang mahu menjadi yang terbaik dalam bermain gitar, khususnya gitar elektrik. Ada yang mahu jadi seperti Slash, Joe Satriani, dan paling tidak pun Man Kidal. Jom kita baca tips yang dikongsi oleh rakan-rakan untuk korang semua.
#1 Sebelum start bermain, make sure korang check gitar korang tu dalam keadaan yang baik untuk bermain. Jangan lupa tune gitar dan check tali tu berkarat atau tidak.

#2 Periksa kelengkapan seperti amplifier, kabel jack, pick gitar, effect gitar, dan sebagainya berfungsi dengan baik atau tidak.


#3 Kuasai dulu setiap pola nada. Berusahalah untuk menghafal setiap pola yang ada dalam tiap tangga nada.

#4 Bagi yang baru nak mencuba tu, perlulah buat latihan yang mudah dahulu sebelum melangkah lebih maju. Tak ada apa yang datang bergolek depan mata.

#5 Berlatih dengan metronome. Apa itu metronome? Ia adalah sejenis peranti elektronik yang menghasilkan rentak untuk tempo sesuatu muzik. Dengan metronome ni, korang boleh berlatih berpandukan tempo yang dapat anda mainkan secara baik.

#6 Mulakan setiap latihan dengan bunyi gitar yang clean, bukan dengan overdrive.

#7 Jangan pernah paksa kemampuan otot tangan dan jari anda! Kalau dah terasa penat, hentikan latihan dan berehatlah.

#8 Berlatihlah setiap hari dalam 3-4 jam untuk sehari. Dengan cara ni korang boleh berikan hasil yang lebih optimum berbanding berlatih seminggu sekali.

#9 Enjoy pada waktu latihan korang. Dengan cara ni korang boleh elak rasa stres yang disebabkan oleh latihan yang sukar dan sulit.

#10 Buat latihan secara interaktif dan menarik, contohnya dengan latihan jamm session bersama kawan-kawan, atau pun guna minus one atau instrumental yang sekarang ni banyak kat YouTube.

#11 Buat penilaian kemampuan korang secara berkala.

#12 Ini penting! Jangan pernah takut mencuba benda baru untuk mengembangkan teknik permainan korang.

Thursday, June 23, 2011

Tips Bermain Gitar (Beginners)

Salam!

Setiap orang ada hobi masing-masing, dan antaranya adalah bermain muzik. Hobi macam ni takkan lengkap kalau korang sendiri tak boleh bermain dengan muzik tu sendiri contohnya gitar, drum, dan sebagainya. Nak belajar main muzik ni memang la susah pada mulanya. Dan sampai satu tahap tu korang mesti akan rasa tension gila!

Okay, kali ni Hani nak ketengahkan tips bermain gitar. Dah lama janji nak buat tapi baru la ni nak siapkan tapi baru la ni nak buat. Okay now's the tips!

#1 Hafal Key
Key ni dah macam nyawa kalau bermain gitar. Sebab kalau takda key ni, walaupun korang tau kord sure kita tak tau macam mana bunyi nye kan. So apa perlu korang buat, korang kena la tau semua key seperti key E, A, D, B, minor, dan sharp#. Nak tak nak, kena la hafal kasi serap masuk telinga bunyi-bunyi key yang simple dulu macam major dan minor key.

#2 Kuasai Dua Teknik Dasar
a) Petikan: Masa main gitar tu petik la secara bersederhana je. Memerlukan kreativiti posisi jari korang jugak. Pelbagaikan teknik untuk memetik gitar tu untuk dapatkan bunyi yang korang cari. Contohnya; ibu jari=1, jari telunjuk=2, jari tengah=3, jari manis=4; korang main 1-2-3-4-2 atau 1.234 dengan 234 tu dipetik sebanyak 3 kali.

b) Irama: Ini pun memerlukan latihan untuk bagi tangan korang biasa untuk memetik gitar tu ke atas dan ke bawah. Ada maca-macam bentuk so korang kena la pelbagaikan juga cara bermain tu. Contohnya; ke bawah=1, ke atas=2; korang main secara 1-1-2-2-1 atau pun 1-2-2-1-2-2-1.
#3 Latihan Rutin
Selain petik gitar tu, apa kata nyanyi-nyanyi sikit lagu hehe! Okay, latihan rutin korang kena la buat. Buat la 2-3 jam sehari kalau nak jadi power cepat.

#4 Berlatih Running Chord
Korang jangan main takat satu kord je semata-mata! Jari tu pun nak kena 'exercise' kalau nak main gitar dengan baik. Kalau korang main kat key C, korang leh la training jari tu buat running chord macam C-F, F-Em-Dm-G. Main tukar-tukar kord kasi jari tu biasa. So bila dah banyak kali buat, korang pun dah makin syok, feeling dah masuk dalam jiwa, skills korang juga yang makin berkembang dan makin bagus. Siapa tak nak?

#5 Percaya
Ini yang paling penting dan terbaik! Nak belajar sesuatu mesti ada buat salah, so teruskan perbaiki semua tu. Kalau korang belajar dengan kawan, si kawan tu jangan la nak berlagak sifu sangat! Ko tu pun sama je macam anak murid ko tu dulu, so kalau kawan tu buat salah tekan kord korang bantai gelak jela, tegur kesalahan tu. Dari situ orang lagi semangat nak belajar. Korang pun tak stres nak belajar.

Terima kasih kat kawan-kawan yang tolong bagi point dan berkongsi tips untuk kawan-kawan yang lain.



Friday, June 03, 2011

Video terbaru Grey Sky Morning :)

Salam semua!

Dah lama tak update blog ni. Sampai bersawang dah kan! Okay dah tiba masa, walaupun macam terlambat sikit tapi ni la yang mampu aku update buat masa ni. Kepada Greyers semua, jom layan gelagat mereka sampai muka jadi? Kelabu~
Video ni masa Grey Sky Morning di Bukit Cerakah. Diorang masuk Extreme Games Challenge kat sana tapi yang join cuma Ammar, Ojex, dan Ewan je.



Okay, yang pulak masa shooting untuk single terbaru Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta. Cuma satu sesi shooting yang biasa dan simple. Apa-apa hal, semua nya? Best~


Terima kasih kat semua yang masih setia melayan blog Hani ;) kepada semua yang minat habis kat Grey Sky Morning ni, jom like page ni GREYERS. Kami nak kumpul seberapa banyak supporters GSM di sana!! Jom meramaikan majlis! 

This is Hani