Thursday, April 25, 2013

Book Review: #Dajjal Sebuah Antologi

Ini bukan buku keagamaan atau buku untuk memesongkan akidah ye, kawan-kawan. Ini adalah sebuah buku antologi cerpen Dajjal.

Halaman: 132 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: 2013

Senarai 10 cerpen:
- Tasik Galilee (Mohd Azmen)
- Filem (Salleh Razak)
- Gadis Dan Gigi (Walid Ali)
- f 5.6 (Nik Adam Ahmad)
- Serigala, Revolver Dan Gadis Berambut Oren (Azrin Fauzi)
- Pengembaraan Jal Di Tanah Melayu (Rayza MukMin)
- Diari Ahmad Fasilion (Syahmi Fadzil)
- Migraine (Raisya Nordin)
- 40 Hari Membunuh Dajjal (Fairul Nizam Ablah)
- Adam (Shafiz Mahmod)

Buku cerpen Dajjal Sebuah Antologi ni menghimpunkan 10 penulis yang membawa cerita mengenai Dajjal atau... boleh dikatakan Dajjal itu menjadi subjek atau perspektif tersendiri dalam penceritaan masing-masing (sebab ada yang tak ada kena-mengena dengan kewujudan Dajjal itu sendiri, jangan terpesong!).

Ada beberapa penulis yang aku pernah baca hasil karya mereka sebelum ni. Tak mengecewakan la sebab ada turun-naik bila baca cerpen-cerpen yang disediakan dalam naskah ni.

Meh aku review beberapa cerpen yang aku mampu. Cerpen Serigala, Revolver Dan Gadis Berambut Oren karya Azrin Fauzi. Tengok pada tajuknya, "Wow, macam familiar je stail tajuk dia ni! Takpe, baca dulu." Hasilnya membuatkan aku tersenyum lebar pasal aku suka stail cerita yang sebegitu. Kronologi yang bermain dengan minda kita. Yang penting, kreativiti penulis dengan bermain dengan imaginasi watak tu. Ada yang kepala tikus la, kepala gajah la, buaya bagai... tu semua kalau difikir semula, ada sub-text dan simbolik kat situ.

Cerpen Pengembaraan Jal Di Tanah Melayu hasil tulisan Rayza MukMin juga menarik perhatian aku di mana penulis menggunakan cerita/asal-usul Dajjal, berlatartempatkan di Tanah Melayu (yakni Malaysia la...), pastu ada pulak cameo dari cerita hikayat Melayu seperti Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan ramai lagi dan diselit sekali dengan unsur jenaka atau komedi dalam perbualan atau perkara yang berlaku sepanjang pengembaraan Jal bersama Ahmad Syafiq. Kreatif!

40 Hari Membunuh Dajjal oleh Fairul Nizam Ablah pula mengingatkan aku pada siri TV Dexter, tapi Dexter versi perempuan la (Dexteriah?). Kenapa? Sebab main character dalam cerpen ni memburu dan membunuh orang yang telah dicop sebagai 'kafir'. Selepas dia bunuh, dia kerat daging mangsa dia and bungkus dalam plastik hitam, campak dalam sungai. Aku suka dengan cerita dia.

Disebabkan cerpen-cerpen yang ada dalam antologi Dajjal ni telah dipilih dalam banyak-banyak cerpen yang dihantar, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua yang terpilih! Semoga korang dapat menghasilkan karya yang bagus lagi nanti.

Book Review: Antologi Cerpen #KLCC

Sempena ulangtahun KLCC yang ke-15, Fixi telah menerbitkan sebuah lagi buku Antologi Cerpen KLCC dan seperti biasa, buku ini adalah limited. Tiada ulang cetak.

Editor: Nur Atiqah Jalaludin
Halaman: 192 mukasurat
Harga: RM 15
Cetakan Tunggal: April 2013
Info: KLCC ialah antologi 19 cerpen yang diterbitkan untuk meraikan ulangtahun ke-15 bangunan KLCC sebagai pusat destinasi femes untuk warga kota dan pengunjung.
Buku ini dicetak hanya sekali pada April 2013 dan 1500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online dan di events seperti pesta buku.
Kalau/bila buku ini habis dijual, kami harap ia akan masuk pasaran gelap.

Senarai 19 cerpen KLCC:
- Jangan Terjun (Nadia Khan)
- Ground Zero (Khairul Nizam Khairani)
- Mata (Shaz Johar)
- Nyawa (Raja Faisal)
- Ripuk (Hasrul Rizwan)
- Warisan (Julie Anne)
- Dalam Tangan Papa (Adib Zaini)
- Takdir (Hani Amira Suraya)
- Gadis Dan Dua Menara (Faratira Aimiza)
- Empat (Mim Jamil)
- Kalau Lapar Cari Chomet (Syaihan Syafiq)
- 2 Tiang, 1 Menara (Shafaza Zara Syed Yusof)
- Penjaga (Dayang Noor)
- Izzaq (Faizal Sulaiman)
- Serikandi Malaysia (Arif Zulkifli)
- Koc Lampau Capai Cakerawala (Azura Mustafa)
- Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg (Azrin Fauzi)
- Jemput Makan (Zulaikha Sizarifalina Ali)
- Gerbang Neraka (Ridhwan Saidi)

Bila dah habis baca semua cerpen dalam antologi kali ni, boleh ke aku rumuskan; ramai penulis yang macam suka je kalau KLCC ni dimusnahkan? Haha! Overall, aku suka antologi ni berbanding antologi yang sebelum ni.

Ada beberapa penulis yang aku nampak membuat 'comeback', ada juga yang improve dari antologi lepas. Aku sebut beberapa la... antaranya Faizal Sulaiman menerusi cerpen Izzaq. Sebuah cerita tentang pengorbanan seorang abang terhadap seorang adik yang sakit. Hasil garapan yang menarik, siap ada prolog gitu. Selain itu juga, improvement dari penulis Zulaikha Sizarifalina Ali menerusi cerpen Jemput Makan, di mana penulis bermain dengan twist, memang tak expect langsung tu.

Bagi kipas-susah-mati Nadia Khan, mungkin korang nak tau spin-off dari novel Kelabu? Cepat-cepat la dapatkan naskah Antologi Cerpen KLCC ni dan baca cerpen Jangan Terjun, sebelum habis stok.

Secara peribadi, aku suka cerpen Gerbang Neraka tulisan Ridhwan Saidi. Cerita yang lain dari yang lain dalam antologi ni dan cebisan dari cerpen ini telah diadaptasi menjadi teater Gadis Dan 2 Menara yang diarahkan oleh Aloy Paradoks pada 17-21 April yang lepas.

Bagi yang terlepas teater tu, korang baca cerpen Izzaq dengan Gerbang Neraka, pastu imagine la kalau cerita tu bergabung. Lebih kurang gitu la, haha! Hanya tu je yang aku boleh bagi gambaran kasar untuk korang yang tak berkesempatan untuk ke teater Gadis Dan 2 Menara tu.

Bagi yang dah dapatkan naskah KLCC ni, tahniah yo!

Tuesday, April 23, 2013

Book Review: #Sarsaparilla by Hasrul Rizwan

Agak lama jugak review ni dalam draft, elok la aku post je. Kali ni kita review buku Selut Press dari penulis yang telah 'Murtad' dari Fixi.

Penulis: Hasrul Rizwan
Harga: RM 10
Halaman: 113 mukasurat
Cetakan Pertama: Januari 2013

Senarai 9 tajuk cerpen dalam buku Sarsaparilla:
- Jelma
- Kisahnya
- Manekin
- Pelaq
- Unfriend
- Zulmat
- Filateli
- Sakhti
- Sarsaparilla

Buku koleksi Selut Saku memang betul-betul muat dalam saku seluar jeans korang. Mudah nak dibawa, mudah juga untuk diseludup masuk ke dalam kelas.

Bila habis je baca buku ni, aku rasa Hasrul Rizwan a.k.a Brader MG ni memang bagus bila buat cerpen kalau nak dibandingkan dengan menulis novel (pendapat aku la... pendapat korang aku tatau). Macam bercerita bedtime-story kat anak-anak sebelum tidur, gaya Brader MG menulis sangat bersahaja, sempoi gitu. Mesra pembaca.

Secara peribadi, aku suka cerpen Manekin dan Unfriend. Cerpen lain pun best, tapi takleh lawan la dengan dua cerpen feberet aku tu (nak menang jugak!). Kreativiti Brader MG dalam buku cerpen ni memang nampak lain berbanding time baca novel Murtad tu. Genre pun lain-lain... kan! Cuma loghat Kedah tu memang payah nak dipisahkan dengan Brader MG ni. Tu yang buat lagi menarik (kot?). Haaa~

Oh ya! Ada cameo Puan Ainon dalam cerpen Unfriend. Haha okbai!

Thursday, April 11, 2013

Book Review: #Mangsa by Gina Yap Lai Yoong

Masih ingat pada Ngeri? Mungkin Mangsa adalah 'mangsa' yang sesuai untuk anda seterusnya.

Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Halaman: 245 mukasurat
Harga: RM 17.90
Cetakan Pertama: November 2012
Sinopsis: Nazwan dan Natalia merupakan BFF. Dan juga FWB.
Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka. Detektif Hema masih obses dengan kes Ngeri yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri.
Gadis-gadis mula hilang dari seluruh pelosok negara. Inspektor Rashid mengetuai Pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya turut ghaib...
Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi MANGSA seorang pembunuh bersiri yang kejam?

Boleh dikatakan buku ini adalah kesinambungan kepada buku Ngeri.

Sedikit flashback, Ngeri mengisahkan sekumpulan pelajar yang dihantui dengan skrip ngeri yang ditulis oleh mereka sendiri dan cerita yang ditulis menjadi realiti. Maksudnya, berlaku secara real, betul-betul kejadian, bukan cobaan~ haaa gitu. Dan kes Ngeri ni telah dihandle oleh Detektif Hema.

Berbalik pada Mangsa, secara peribadi, kalau nak dibandingkan antara Ngeri dengan Mangsa, buku ni adalah satu peningkatan yang bagus dari penulis (tepuk tangan la weh!). Pengisian, gaya bahasa yang simple, tapi diberikan sentuhan yang padat. Congrats!

Pada mulanya, aku ingat jalan cerita Mangsa ni guna POV Natalia 100% since first chapter tu penulis menggunakan 'aku' sebagai naratif. But then, aku silap. Sebab bila masuk scene watak lain, naratif berubah. The truth is, aku suka stail dan gaya penulis menulis naratif time scene Natalia. Rasa ayat dalam scene Natalia lebih ringan dan mudah untuk aku dalami apa watak tu buat, rasa, etc etc.

Kalau korang tanya aku Mangsa ni mengenai apa, senang cerita kau pernah tengok cerita Anaconda tak? 20%-25% cerita adalah mengenai ular pemangsa tu. Kenapa dan bagaimana semua tu berlaku, tu korang pi beli Mangsa dan baca.

Kat mana nak beli? Selain kat kedai buku, korang boleh beli online. Klik je kat SINI untuk order.

#KLCC: Antara Cerpen dan Teater

Hey there, guys! Lama sangat hibernate blog ni. Yeah, I'm fine ;)

Now, aku nak promote berita terbaru tentang buku Antologi Cerpen KLCC. Buku cerpen ni diterbitkan untuk meraikan ulangtahun ke-15 bangunan KLCC sebagai pusat destinasi yang fofuler bagi pengunjung luar juga warga kota tempatan. Seperti KOPI dan BOLA, buku cerpen ini juga hanya dicetak sekali saja dan takkan dijual di mana-mana kedai buku tapi hanya dijual online dan di events. Once buku ni sold out, ia takkan dicetak lagi. Korang cuma bergantung harap kat black market jela nanti.

Dalam buku KLCC ni, aku mempertaruhkan percubaan kedua aku dalam penulisan aku yang tak seberapa ni. Cerpen yang bertajuk Takdir, mungkin aku boleh klafikasikan cerpen aku tu sebagai... romantic tragedy? Apa-apa la. Bagi korang yang dah baca KLCC, feel free to comment. Dengan komen-komen korang tu, aku harap aku boleh perbaiki apa kekurangan aku, mungkin dari segi penulisan, gaya aku mengolah cerita, etc etc.

Thanks to Adib yang push aku untuk bikin cerpen Takdir tu. Geng Idebewe pun banyak beri tunjuk ajar (walau tanpa sedar/random).

Main event! --- Teater GADIS DAN DUA MENARA !!!


Sempena pelancaran buku KLCC ni juga, Buku Fixi mempersembahkan sebuah teater yang diarahkan oleh Aloy Paradoks bertajuk Gadis Dan Dua Menara (@GadisDan2Menara).

Pementasan akan berlangsung bermula 17-21 April 2013 pada jam 8:30 malam di Stor Teater DBP, KL. Barisan pelakonnya? Fazleena Hishamuddin, Sofian Bujang, Aznah Mohamad, dan Fathi Shafie.

Bagi yang mahu menempah tiket teater, boleh la klik DI SINI untuk info lebih lanjut.

Pada malam pembukaan teater tersebut juga akan ditayangkan filem pendek Barah yang diarahkan oleh Nadia Khan sempena ulangtahun Buku Fixi yang kedua. So, marilah kita beramai-ramai mengelik butang 'Going' kat SINI.

This is Hani