Wednesday, October 28, 2009

Jom Countdown!

Kalau kita lihat pada tarikh hari ni, 28hb Oktober 2009, ada lagi 9 hari lagi kolej aku nak keluar result exam. Dan selepas dua hari result aku kuar, aku akan start belajar balik macam biasa. Bermula la semester baru.

Cuak?
Takut?
Gementar?
Gembira?
Rileks?
Cakap je apa.. semua aku rasa.

Memandangkan result mid-term yang kurang memberangsangkan, aku hanya berharap pointer aku tak jatuh mendadak. Nak jatuh pun, sikit sudahlah... haha!

Untuk budak2 SISE PTPL Shah Alam, all the best la eh! Especially kat budak2 aku, DTMM Jun 2008 tak kisah la intake ke berapa pun..

Jumpa nanti!

Thursday, October 22, 2009

Makanan Besar Melanda di Pawagam!!

Sekarang aku berada di... Alamanda Putrajaya! Kat McDonald, makan sepuas-puasnya selepas aku layan kartun ni, Cloudy With A Chance of Meatballs.


Dari pertengahan cerita, sampai la habis cerita ni, aku lapar gila! Nak kuar gi beli pop corn, kang terlepas part yang best lak en. So stay jela sampai habis.

Best layan cerita ni, nak lak kalau lapar en. Peringatan untuk anda! Kalau tak larat nak tahan lapar, JANGAN TENGOK! Haha! Baik korang gi layan kartun ni...

So minggu depan layan cerita apa, and kat mana pulak? Aku pun tak taw.. sebab aku akan pergi mana je yang rasa aku nak pergi. So... see ya!

Tuesday, October 20, 2009

Jadi hantu raya jap..

Hari ni parents aku gi Pahang. Ada amek amende tah diorang cakap. Aku pun tak faham. Sunyi gila rumah aku. Memang la kejap je diorang gi sana. Mungkin esok atau lusa balik. Harap ok la en.

Kebosanan hari ini dah sampai tahap gaban! Dengan kredit handphone dah kong. Duit lak yang tinggal berapa ringgit je. Memang tak leh survive la dalam masa 3-4 hari. Tapi takpe kot.. nanti aku selongkar la barang kat dapur. Mana taw ada yang ley di masak en.

DOI!! BUSAN! Tido la jap... Zzz...

Saturday, October 17, 2009

Dating dengan kawan lama...

Tadi aku gi rumah Muchi kat Semenyih. Parents aku gi Tanjung Karang, gi rumah Ibu. Dah la teksi datang lambat! Kesian Azrin dok tunggu kat Plaza Metro Kajang. Nasib la dia cakap dia lepak kat kedai mak dia kat sana, so takde la dok bosan tunggu aku en..

Sampai je sana, aku cam biasa la ngan Azrin, pulun makanan yang ada la. Tapi aku tak banyak makan la.. mungkin sebab banyak minum kot. Ramai gak yang datang rumah dia. Kawan abang dia pun dah berapa ramai. Kawan dia lagi, adik-adik dia lagi. Aduyai.. nak bersembang ngan Muchi kejap pun susah! Tapi dapat sembang kejap pun jadi la...

Lepas tu kitorang balik. Rancang nak tengok wayang ngan Azrin pulak. Kitorang tengok... 'Surrogates'!


Ok la.. bukan selalu layan wayang ngan Azrin. Gempak la gak cerita tu. Baru sekarang ni aku tau... Azrin kuat gak bershopping eh! Aku pun bershopping gak, tapi takde la sehebat dia haha! Jauh dia round sampai aku nak cari dia punya susah! Tapi tak takpe la.. kita ada hobi yang sama rupanya! Leh la join sama nanti.. hehe!

Friday, October 16, 2009

Photo Session

Macam biasa la.. kalau dah lepak ngan kawan yang 24 jam dok pegang kamera ni, aku la jadi mangsa sesi fotografinya. Tapi best gak jadi bahan fotografi dak ni. Ada je benda dia ni. Tajuk sesi hari ini adalah 'Emotion of the Day'. Aku ni bukanlah jenis seorang yang fotogenik. Tapi layan jela kawan aku sorang ni. Sebab dia ni jenis enjoy dengan bergambar.


Ni la yang terjadi pada aku seharian! Macam2 emosi yang aku buat, last2 yang ni je yang terbaik (haha!) gila en! Enjoy la sikit hari ni. Sekurang-kurangnya, hari ni aku tak ada la bosan cam kemarin.

Esok! Aku nak gi jamuan raya kat rumah kawan aku. Somewhere in Semenyih. Tapi tak tau la aku dapat gi ke tak sebab clashing lak ngan aktiviti keluarga. Ibu dan Pak Ngah Jamil nak pergi ke Mekkah. So diorang nak buat kenduri sikit la. Harap mereka selamat pergi dan selamat pulang. Sampai gak ke Tanah Suci eh...

Harap esok adalah hari yang gembira! Walaupun selalu bosan kalau keluar dengan kawan sekolah, tapi aku gembira sebab bukan selalu dapat jumpa diorang en! Jom pulun kat rumah Muchi sok!!

Wednesday, October 14, 2009

Kebosanan . . .

Rasa bosan yang teramat sangat sekarang ni! Cuti sem kalau tak panjang memang tak sah! Membuatkan aku bertambah bosan!! Adui.. apa aku maw buat ni ar?

Nak pergi gig, macam malas sebab semua orang busy! Nak keluar dengan kawan lagi la! Diorang ramai yang nak exam STPM. Kalau ada yang free pun macam diorang nak keluar.

Keluar jalan sorang2? Best tapi agak bosan bila dah lama2. Tengok wayang? Tak ada teman... aduh! Takkan nak tengok wayang sorang mcam dulu? Gila bosan camtu!

Tengok la.. kalau dia balik dari JB nanti, ada la kot masa nak keluar. Hilangkan bosan... tapi aku dah bosan gila nih!!!!

Wednesday, October 07, 2009

Jamuan Raya

6hb Oktober 2009 - Keluarga aku ada buat jamuan makan sempena Hari Raya tahun ni. Wow.. diorang ley lak nyanyi eh.. layan beb!

Kawan aku tak ada la ramai sangat yang datang.. tapi cukup untuk meriahkan majlis! Kuatnya diorang makan! Huhu--

Terima kasih semua yang sudi hadir. Well.. dah jumpa sekarang. Ada lagi sebulan je lagi nak reunite! Semester baru! Happy holidays ya guys!

Tuesday, October 06, 2009

Tentang Dash

Ni hanya suka-suka je. Kami pun dah berkawan, dalam setahun. Dia kawan yang banyak cakap, havoc gila! Dia gak seorang kawan yang best! Dash! Nanti kita buat tentang orang lain pulak! Haha!

Friday, October 02, 2009

Lupa la kot..

Dah lama aku tak online kat sini. Macam dah lupa lak aku ada blog ni. Yelah.. busy dengan exam, banyak gila projek kena siapkan. Tu yang malas nak sentuh blog ni. Kat MySpace & Facebook pun jarang online.
-
Tapi sekarang semua tu dah habis. Siap dah sambut Aidilfitri lagi. Sekarang ni tinggal nak memperabihkan beras kat rumah jela. Semester baru lambat lagi. Bosan gila! Tapi aku still risau dengan result semester baru2 ni. Ada dua subjek yang teruk aku kena tibai! Dapat C+ lak tu! Kalau nak cover balik, harapkan aku nya final exam je. Aku harap ok la.
-
Sempena Aidilfitri ni, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kat semua yang membaca. Mungkin agak terlewat, tapi ok la dari aku tak wish en.. ;)

This is Hani