Sunday, October 14, 2012

Bola - Sebuah Antologi Cerpen Fixi

Buat pertama kali, aku tak akan buat review atau komen mengenai buku keluaran Fixi kali ini. Nanti ada yang kata bias. Nanti ada yang kata syok sendiri. Jadi, aku hanya mahu mempromote buku cerpen yang kecil dan comel ni kat anda semua.

Editor: Iqbal Aku Bakar
Halaman: 188 mukasurat
Harga: RM 15 (online/events)
Cetakan Tunggal: Oktober 2012
Sinopsis: BOLA ialah kumpulan cerpen Fixi yang diilhamkan oleh permainan yang adiktif ini. Ada hantaran lambung yang cantik, ada larian solo yang menggamit memori, dan sudah pasti ada bentesan keras yang layak dilayangkan kad merah. Buku ini dicetak hanya sekali pada Oktober 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online dan di events sepanjang Oktober-Disember 2012.

Senarai penuh penulis dan tajuk cerpen: 
- 10 LANGKAH (Adib Zaini) 
- RODONG (Hasrul Rizwan)
- LIGA MANDREM (Dayang Noor) 
- DIARI (Raja Faisal) 
- SESAAT KE GAWANG (Faizal Sulaiman)
- BOLA API (Arif Zulkifli)
- SATU SAMA (Asyraf Bakti)
- MENJADI TUHAN (Fikri Misti)
- BURGER BOLA SPECIAL (Hani Amira Suraya)
- RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING (Mim Jamil) 
- KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK(Zulaikha Sizarafalina Ali)
- AKU BOOKIE BOLASEPAK (Nama Nami) 
- JERSI BOLA 7(Shafaza Zara Syed Yusof)
- OLEH BIR DAN BOLA (Mohd Azmen) 
- MISI BOLA GILA  (Julie Anne)
- BUKAN SEBAB BOLA (Nadia Khan) 
- AKU YANG KEGERSANGAN (Syaihan Syafiq)
- SEPAK BOLA (Ridhwan Saidi)
- BAHLUL vs BEAUTIFUL (Shaz Johar) 

Pertama sekali, aku nak berterima kasih pada Amir Muhammad sebab bagi peluang kat aku dan penulis-penulis yang lain untuk menjayakan projek buku cerpen Bola ni. Kemudian, terima kasih pada Adib Zaini sebab cabar aku untuk buat satu cerpen untuk dimuatkan dalam buku ni. Kawan-kawan Idebewe yang selalu support aku yang selalu kurang keyakinan ni. Dan tak lupa pada Mama Abah yang selalu mendoakan kejayaan dalam hidup aku.

Seperti yang ditulis pada sinopsis di atas, buku cerpen Bola ini TAKKAN dijual di mana-mana kedai buku. HANYA DIJUAL DI EVENTS ATAU ORDER SECARA ONLINE SAHAJA. Buku ni juga LIMITED. Hanya ada 1, 500 keping. Dan ya, buku ni menampilkan koleksi cerita pendek. Kadang-kadang aku kesian pihak Fixi dok jawab soalan yang sama, berulang-ulang kali. Tapi dah kerja punya pasal, layan je. Buku cerpen Bola ni juga adalah sama nasibnya dengan buku cerpen Kopi.

Aku juga nak menampilkan petikan dialog, berserta dengan petikan mukasurat pertama untuk cerpen aku iaitu Burger Bola Special di bawah ni. Kenapa Burger Bola Special? Sebab ada tiga perkataan dalam satu ayat di situ, bersamaan dengan mempunyai tiga kejadian yang berlaku dalam satu hari tu. Plus, aku suka makan burger ayam special, tapi aku tak suka bola, jadi aku replace jela yang suka jadi tak suka. Ia datang secara random. Maafkan la aku kalau tak sedap.

Untuk order buku cerpen Bola ni, boleh la korang pi kat link bawah ni. Itu pun kalau stok online masih ada.
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-bola/

Thursday, October 11, 2012

Di Sini Ada Damai [Cerpen]

Dua hari selepas aku turun dari kapal terbang itu.
Dua hari selepas aku keluar dari lapangan terbang itu.
Dua hari itu jugalah aku berasa bebas berterbangan.

Pada mulanya, aku keliru. Aku tak tahu nak buat apa di sini. Awalnya, aku hanya tempah dan beli tiket ke sini. Kemudian, jejak saja kaki ke sini, aku melangkah ke hotel murah yang ada di pinggir bandar. Dan kemudian... aku lupa apa yang aku buat. Sehinggalah aku ingat balik yang aku mahu merehatkan minda. Omputih Melayu kata, release tension.

Aku bangun.
Aku berjalan.
Dan berjalan lagi.
Sehinggalah aku terjumpa satu sungai.
Sekitarnya ada rumput yang tumbuh menghijau.
Dan...
Ada bunga dandelion!

Apabila angin bertiup, bunga-bunga kecil berwarna putih yang merupakan benih-benih bunga itu pun ikut terbang bersama. Aku lihat ia bagaikan masalah-masalah yang berserabut di kepala ku ini, pun ikut pergi bersama angin dan benih bunga tersebut. Ringan! Kalau boleh, aku mahu seperti tadi, hari-hari, setiap masa!

Aku suka tempat ini.
Aku tak mahu pulang lagi.
Aku mahu tinggal di sini.
Sebab...
Di sini ada damai.

Dua hari kemudian aku kembali ke bilik ini.
Dua hari kemudian aku baring menelentang di atas tilam.
Dua hari itu jugalah aku termenung memandang siling.

Akhirnya, aku pulang ke neraka dunia milik ku. Perlu menghadap boss yang cengeh. Perlu menghadap kawan-kawan palsu. Perlu menghadap kerja harian yang sikitpun tak mendatangkan untung. Tapi aku perlu mencari jalan agar aku dapat merubah segala di sekelilingi aku. Agar aku dapat merasakan... di sini juga ada damai.



This is Hani