Thursday, October 11, 2012

Di Sini Ada Damai [Cerpen]

Dua hari selepas aku turun dari kapal terbang itu.
Dua hari selepas aku keluar dari lapangan terbang itu.
Dua hari itu jugalah aku berasa bebas berterbangan.

Pada mulanya, aku keliru. Aku tak tahu nak buat apa di sini. Awalnya, aku hanya tempah dan beli tiket ke sini. Kemudian, jejak saja kaki ke sini, aku melangkah ke hotel murah yang ada di pinggir bandar. Dan kemudian... aku lupa apa yang aku buat. Sehinggalah aku ingat balik yang aku mahu merehatkan minda. Omputih Melayu kata, release tension.

Aku bangun.
Aku berjalan.
Dan berjalan lagi.
Sehinggalah aku terjumpa satu sungai.
Sekitarnya ada rumput yang tumbuh menghijau.
Dan...
Ada bunga dandelion!

Apabila angin bertiup, bunga-bunga kecil berwarna putih yang merupakan benih-benih bunga itu pun ikut terbang bersama. Aku lihat ia bagaikan masalah-masalah yang berserabut di kepala ku ini, pun ikut pergi bersama angin dan benih bunga tersebut. Ringan! Kalau boleh, aku mahu seperti tadi, hari-hari, setiap masa!

Aku suka tempat ini.
Aku tak mahu pulang lagi.
Aku mahu tinggal di sini.
Sebab...
Di sini ada damai.

Dua hari kemudian aku kembali ke bilik ini.
Dua hari kemudian aku baring menelentang di atas tilam.
Dua hari itu jugalah aku termenung memandang siling.

Akhirnya, aku pulang ke neraka dunia milik ku. Perlu menghadap boss yang cengeh. Perlu menghadap kawan-kawan palsu. Perlu menghadap kerja harian yang sikitpun tak mendatangkan untung. Tapi aku perlu mencari jalan agar aku dapat merubah segala di sekelilingi aku. Agar aku dapat merasakan... di sini juga ada damai.



1 comment:

Unknown said...

kedamamaian yg menenangkan....

This is Hani