Wednesday, September 26, 2012

Sebagai Seorang Kawan [Cerpen]

Dulu, aku ada seorang kawan. Nama dia Jamil. Selalu juga berbual di telefon, bersembang di YM, dan kerap berjumpa selepas dia habis kerja pejabat, tak pun ketika hujung minggu selepas dia selesai kelas.

Dulu aku seorang yang carefree, ceria. Dia pula seorang yang yakin, bekerjaya. Aku dengan dia, sangat jauh berbeza. Dia pun tak kisah dengan aku, aku okay jela.

Dah setahun berkawan, aku mula rasa something kat dia. Dia buat cool, aku pun buat cool. Sampai satu masa, dia bagitau juga. Aku blur kejap, tapi still berkawan macam biasa. Dia pun okay je, aku pun okay jela.

Lama-kelamaan, dia bosan mungkin. Dia mahukan jawapan. Aku diam dan mula rimas. Aku mula biarkan segala panggilan, segala chatting, segala SMS. Walaupun rindu nak lepak dengan dia, aku buat-buat okay je sepanjang masa. Aku nak hubungan kami sekadar kawan. Maafkan aku.

Sampai satu masa, dia dah tak SMS, dah tak call, dah tak chat lagi dengan aku. Rasa lega, tapi risau. 'Eh, dia tak ajak aku lepak lagi ke?' ' Dia dah tak nak bergurau dengan aku lagi ke?' Haih~ entahlah.

Dua tahun berlalu, aku masih ingat hubungan persahabatan kami. Aku tak tau apa khabar dia. Aku tak tau dia masih guna nombor telefon yang sama ataupun tak. Aku... takut nak tegur dia kat YM setiap kali aku online. Dua tahun ni juga la aku simpan rasa bersalah aku kat dia.

Sebagai seorang kawan, aku rindukan dia.
Sebagai seorang kawan, aku bersalah kat dia.
Sebagai seorang kawan, aku cuma mahu dia gembira.
Walaupun tanpa aku.

No comments:

This is Hani