Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2009. Macam tahun2 lepas gak, acara yang membosankan mesti akan diadakan untuk sambut Tahun Baru. Kumpul ramai2, tunggu detik 12 tengah malam, then bila dah pukul 12, semua shout "Happy New Year!" kuat2, ada fireworks, then happy2 sampai ke awal pagi. Aduh.. membosankan! Tak ada perkara lain selain benda2 tu kan?

Sebab tu la dari dulu aku tak pernah sambut Tahun Baru. Buat apa? Sama je macam hari2 biasa. Cuma tahun yang berlainan.

Bila dah masuk tahun baru ni, ada jela yang pasang azam macam2 bagai! Nak je aku cakap "bodoh la korang!". Kalau ye pun nak pasang azam, tak payah tunggu tahun depan ke, dua tahun depan.. sekarang pun boleh buat! Asal ada semangat dan usaha je. Kalau tak ada usaha, jangan cakap tahun depan, sepuluh tahun depan pun tak buat2 lagi, ye tak?

Aku bukan nak kutuk ke apa.. cuma kadang2 aku berfikir secara logik. Ikutkan setiap hari yang kita lalui tu semua sama. Cuma hari, masa, tahun, dan perkara yang kita nak buat je yang membuatkan satu hari tu lain dari yang lain. Tapi kita kena ingat. Jangan buat yang bukan2 kalau nak sambut perayaan semua ni. Yelah.. setiap kali perayaan yang kita sambut ada je benda tak best yang jadi. So aku harap, korang beringat la. Yelah.. korang nak sambut New Year lagi tahun depan en.. so be alive ok!

Haha!

Tuesday, December 29, 2009

Wargh....

Hari ni aku tak ada paper. Gila boring!! Nak baca buku, malas! Adeyh.. esok paper Java. Habis la aku. Sok pagi lak tu.. wish me luck ya!

Saturday, December 26, 2009

Exam dah..

Sedar tak sedar, aku dah kembali menduduki mid-term exam. Belajar pun macam tak belajar je selama dua bulan dalam semester 4 ni. Maw jawab apa nanti? Belasah saja..

Ni list jadual aku untuk exam kali ni. Harap berjaya and dapat result yang cambest la weyh! Mengharap jela.


28 Disember 2009 - Presentation Skills
30 Disember 2009 - Java Programming
31 Disember 2009 - Media Digital
04 Januari 2010 - Database System



So
kat semua budak2 PTPL tak kisah la branch mana pun, GOOD LUCK semua!

Tuesday, December 22, 2009

Telur satu!

Yeargh akhirnya video Telur aku siap!! Layan la kat YouTube aku haha! Aku dah link tu.. ada lima siri.


p/s: Thanks kat Easy sebab telah menyumbangkan suara untuk Telur. Eez dan Brado yang banyak gelak dalam video tu. Dan aku sebab dah bakar rambut Telur tu. We're GILA FREAK!

Monday, December 21, 2009

Oh telur...

Haha! Kali ni aku nak bagitau something sikit! Tadi disebabkan kelas yang memanjang cancel, kitorang pun dah naik bosan. Dan kebetulan masa kelas Presentation Skills tadi, kitorang ada buat presentation round ketiga untuk assignment yang pertama. Kawan aku ni ada buat puppet yang diperbuat dari telur. Tengok ah.. haha! Kelakar + kreatif en.

Bosan punya pasal, kitorang pun main-main la dengan puppet ni. Tiba-tiba Easy minta handphone Brado, nak rakam katanya. Baru first video, rasa macam best lak. So kitorang pun further kan lagi video ni, ada dalam lima video kot, aku pun tak ingat lak.

Ni la empunya suara yang menyumbangkan suasana video tu. Nanti la kitorang upload eh sebab video tu ada kat Brado. Aku tak ada copy nye lagi. So.. chill guys!

Monday, December 07, 2009

Tak ada kelas la weyh!!

Penat je aku datang kolej hari ni. Kelas semua tak jalan! Kelas Presentation Skills tadi pun just nak jumpa siapa yang tak settle bagi idea untuk demonstration nanti je. So aku, Syam, Easy, Paic & Capik pun gi la Sunway Pyramid. Sampai sana, nak layan movie tapi tak tau nak layan movie apa. Semua dah tengok. Last2 tengok cerita Senario bangang tu. Tapi ok la.. tension kelas tak ada so layan lawak bodoh pun jadi la.

Lepas layan movie, kitorang gi Geng's Corner lak. Layan nasi campur. Pergh! Selama ni aku lalu je, tak pernah makan sana. Tadi aku makan nasi dengan lauk ikan tauchu, teringat lak masakan Mama. Rindu lak kat Mama. Haha!

Overall, aku memang enjoy lepak dengan diorang! Lagi ramai lagi best kot. Tapi tak apa. Ni first time aku lepak tengok wayang dengan kawan2 kelas aku setelah lebih 1 tahun kawan. Thanks guys!

Sunday, December 06, 2009

Akhirnya!

Dapat gak gambar2 aku kat Finas. Baru2 ni aku gi Finas ngan geng. Tapi ada yang tak dapat lagi ni! Banyak sangat kamera masa tu. Aduyai.. sape lagi yang bawa kamera masa tu eh? Maw cilok gambar la! Haha! Ni dari kamera Amirul .. layan!


p/s: nak tengok gambar penuh, kat MySpace dan Facebook ok!

Saturday, December 05, 2009

Kebanjiran!

Masuk je hari ni, dah nak masuk sebulan aku belajar untuk semester empat. Setakat ni, aku ada dua assignments yang tak siap lagi. Subjek Media Digital dan Sistem Pangkalan Data punya kerja. Aku dok pikir ni.. aku tak tau nak buat mana satu dulu sebab kemalasan sedang melanda dalam diri aku nih!!

Musim sekarang ni selalu hujan je. Minggu ni gak, dah dua kali kolej aku banjir. Lepas aku and geng habis kelas Java, Rabu hari tu, turun je dari blok A, AMEK KO!! Banjir! Esoknya lepas kelas Database, nasib aku baik sebab aku redah je sebelum hujan turun lebat. Kolej aku banjir lagi da...

Memang kelakar la. Macam2 kawan aku cakap pasal banjir ni. Siap ada yang bau air banjir tu lagi!? Aduyai.. main sampan tu kira ok lagi la.

Well guys.. nak sambung buat assignments! Next time aku update lagi ya! Daa~

Friday, November 27, 2009

Selamat Berkorban!

Malam Raya Aidil Adha..

Tiba2 aku rasa sayu. Sedih.. fikir apa yang nak jadi dengan aku ni!? Aku tak tau apa yang aku buat ni betul atau tak. Pengorbanan yang aku buat selama ni betul atau tak. Berbaloi ke semua tu?

Entah la.. mungkin orang tak tau apa yang bersarang dalam hati aku ni. Tapi apa yang jadi selama aku start belajar ni, sedikit sebanyak buat aku banyak berfikir. Tentang pengorbanan. Berbaloi ke? Buat aku rasa bersalah lagi ada la.. tapi aku tak patut fikir semua tu. Tapi.. aku kena fikir. Ni masa depan aku. Mungkin diri aku boleh rosak kalau aku tak berjaga-jaga.

Kadang2 aku cuba lawan semua tu. Tapi kenapa selalu tak jadi? Lemah sangat ke aku ni? Aku tak boleh fikir sangat. Mungkin akan kehilangan dia. Tapi aku tak boleh nak diam diri je. Adui! Jammed otak ni!

Bila otak dah start masuk pasal kolej, aku terfikir lain lak. Study aku untuk semester ni. Aku kena yakin. Tapi semakin lama aku yakin, semakin aku tenggelam. Gila babi nye down! Aku tak tau kenapa. Stres? Mungkin. Harap ok jela.

p/s: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca Muslim!

Sunday, November 22, 2009

Malam ni ada Twilight kat Astro, tapi...

Banyak betul kerja! Aku tak tau mana nak siapkan dulu sebab semuanya nak kena tengok esok. Dah la kerja handwriting je. Tak apa.. nanti ok la satu hari nanti en.

Esok kena hantar:
- 10 jenis perkakasan komputer
- Sejarah / Generasi komputer
- Presentation suatu benda yang berteknologi yang unik.

Macam mana tu? Aduyai.. dah la presentation tu kena ada bukti dari majalah SAHAJA. Memang masak la aku nanti. Aku just jumpa kereta yang diubahsuai menjadi sesuatu yang baru je. Tu pun teknologi gak maaa.... tapi tengok la macam mana en.

Berserah saja!

Thursday, November 19, 2009

Aku pun dah tak tau la...

Dah seminggu aku tak tegur dia. Mungkin salah aku.. diamkan diri macam tu je. Tapi dalam masa yang sama, aku terlalu marah kat dia. Rasa macam nak tinggalkan dia. Tapi hati aku still sayangkan dia.

Dalam hati aku masih sayangkan dia, muncul orang lain pulak. Aku jadi makin blur. Apa aku nak buat sekarang ni?

Tapi aku harap pilihan aku ni adalah satu keputusan yang tepat. Semuanya aku biarkan tanpa sebarang kata putus. Biarlah.. mana yang datang dulu dalam hidup aku, itu lah yang aku pilih untuk selamanya.

Maafkan aku, semua...

Saturday, November 14, 2009

Konflik

Start je sem baru ni, ada je perkara yang tak best berlaku. Masalah perhubungan dengan seseorang, study, kawan.. macam2! Aduyai.. minggu pertama belajar ni memang lemau sikit. Ada je kelas cancel la.. pe la.. bosan! Tapi nasib ada kawan, leh hang out sama2 en.

Tapi nasib ada gak subjek yang jalan, Java. Aku baru nak rileks dari belajar coding. Masa nak pre-register subjek masa semester lepas, aku nampak subjek ni dalam list subjek yang aku kena ambil. Sudah! Tapi harap dapat bawa la subjek ni. Kena hafal coding lagi! Malasnya!

Masalah relationship? Aku malas nak fikir lagi. Sekarang ni aku duduk diam, buat bodoh je ngan orang yang berkenaan. Bukan benci.. tapi aku nak rileks dulu. Tak nak fikir apa2 sangat. Boleh tension nanti. Tapi harap diorang tak fikir yang bukan2 pasal aku je. Sebab aku bukan nak putuskan relation yang kitorang buat selama ni. Tapi aku cuma nak jauhkan diri untuk tenangkan fikiran yang berserabut ni je. Satu hari nanti, aku ok la ni..

SYAM BACA SINI!!
Terima kasih sebab tanya aku pasal problems ni. Lepas aku bagitau ko hal tu, otak aku terus rasa luas gila! Luas nak fikir macam2. Haha! Dah banyak aku susahkan ko ngan problem aku en.. cian ko.. nanti kau belanja ko ice-cream Mat Kool.. haha!

Tuesday, November 10, 2009

Kelas Pertama

Yeah! Kelas pertama dah pun bermula. Tapi semangat aku nak belajar tak pun mula2 lagi. Bosan sebab Dash tak ada kot (haha!). Tapi dia datang lepas kelas Media Digital tadi. Datang kejap jela, nak settle kan hal extend dia. Tapi tu dah cukup nak lepas rindu kat dia (sayang Dash!).

Dengan bermulanya kelas pertama tadi, aku dah tak leh nak aktif main game lagi. Farmville, Mafia Wars, & Cafe World. Menjadi seorang peladang maya, mafia tak bertauliah, dan seorang chef yang tak tau apa2 memang susah! Haha!

Minggu pertama camni memang lecturer ramai yang tak masuk kelas untuk mengajar. Ada je.. yang outstation, meeting.. macam2! Tapi ok la.. tak ada la terus hardcore belajar en.

Tapi masa kelas Presentation Skills tadi, lecturer ada bagi tajuk pembentangan. Kitorang kena buat demo, tak kisah la pasal apa pun. Memang tak tau nak buat apa. Tapi guessed what? Aku dah ada idea! Nak taw apa? Kena la tunggu time pembentangan tu nanti, ok!?

Peace!

Sunday, November 08, 2009

Pulun Belajar!!

Esok adalah hari baru buat semester baru. Yup! Hari pertama untuk semester ke-4. Happy giler sebab aku dah pun dalam pertengahan jalan untuk habis belajar. Insya-ALLAH kalau tak ada apa2, lagi dua semester habis la.

Semester ni, aku ambil subjek Presentation Skills, Pengenalan Java, Media Digital, dan Sistem Pangkalan Data. Berat sikit la.. tapi ni jela yang tinggal. Subjek hardcore. Yang senang semua dah kena pulun.

Aduyai.. jadual macam biasa la. Penuh! Dah la start awal pagi, then habis lak lewat petang! Padahal tengah hari bukannya ada kelas pun. Boleh lak ada gap dua jam. Bazir masa betul...

Harap semester ni tak ada lagi kena buat assignments kat luar. Penat lak maw jalan2 lagi (walaupun best!). So guys, get ready to struggle harder for this semester! Banzai!!

Friday, November 06, 2009

Result? Oh tidak!

Bangun pagi je nak kena terus bersiap nak ke kolej. Amek result nye pasal. Terpaksa la aku gagahkan gak diri aku yang tak cukup tidur malam tadi. Dah siap mandi, pakai baju, make-up sikit (cewah!), terus drive ke kolej. Tapi aku kena gi office agent rumah sewa aku dulu. Aku tak bayar duit sewa bulan lepas la beb.. aduyai!

Lepas tu, gi rumah sewa aku dulu. Amek ID aku. Kang tak lepas lak aku nak amek result en. Dah settle semua tu, aku pun gi la kolej aku. Aduh! Aku dapat angka giliran E1131 la beb! Lambatnya! Nasib ada Fik, Syam, Syiqah & Eira masa tu. Lepak dengan diorang dulu. Dah sampai giliran aku, apa lagi.. SERBU!!

Bila diorang hulur slip result aku, aku rasa cam gembira pun ada, rasa cam tak percaya pun ada.. macam2 la! 'Ni ke result yang aku dapat? Apsal banyak sangat!?' Tapi aku buat bodoh jela. Pointer turun tu biasa la bila dah pertengahan belajar ni en (haha!). Tapi aku tetap happy sebab aku masih dalam kategori President List.

Semester ni aku kena pulun study habis2! 'Hani kena dapatkan semua A untuk subjek semester ni. Baru boleh naikkan pointer tu jadi power!' Terngiang-ngiang suara Cik Nhizmah kat telinga aku ni lagi taw! Aduyai.. penangan Cik Nhizmah ni memang kuat betul la.. haha!

Dah lepas tension menunggu result & register, aku pun terus tembak ke Jusco Balakong. Aku beli tiket wayang, tengok cerita Ninja Assassin. Pergh! Terbaik! I like the crossblade and blood effects! Ala2 game gitu haha! Aku memang suka tengok martial arts dari Jepun. Ninjutsu, Kenjutsu, Kendo, Karate.. macam2 lagi la en Jepun ni. Tapi cerita ni of course la untuk Ninjutsu je..

Dah habis layan movie, aku pun balik. Penat! Dan aku mahu rehat sebentar...

p/s: Sekali lagi, tahniah kat budak2 aku yang amek result tadi. Cuak en.. tapi papehal, aku harap korang enjoy la semester baru ni. Keep on rocking! Yeah!

Bright Future Awaits Us There!

Aduyai.. susah gak eh nak pujuk kawan yang tengah tension, banyak masalah ni. Akhirnya aku dapat gak la rasa pujuk-memujuk ni (haha bangang betul!). Selama ni aku je selalu kena pujuk, ni turn aku lak nak pujuk orang! The target is Dash!

Aku memang tak faham betul dengan dia ni. Tapi kali ni, aku faham! (Haha! Sorry la aku nak melawak sikit..) Aku faham masalah keluarga dia. Ayah dia sakit. I know that Dash! Dari semester dua lagi ko cerita kat aku pasal sakit ayah ko. Aku bersimpati. Tapi aku tak nak tengok ko give up camni. Kalau ikutkan hati, aku pun nak extend or berhenti je dari belajar kalau aku fikir pasal masalah keluarga aku ni. Tapi semua tu tak bagi apa2 benefit pun untuk aku. Untuk apa? Bukan boleh pulihkan masalah pun. And dah tentu parents aku sedih sebab aku tak habiskan study aku.

Hari ni, parents aku still gaduh. Aku dengar semua yang diorang hambur. Aku tension! Tapi nasib aku baik sebab aku tak duduk dengan family aku bila start semester. So aku akan tenang untuk study (walaupun dalam hati hanya Tuhan je tau seksanya).

Kawan2 semua support ko Dash! Kalau kitorang tak support, siapa lagi nak support ko, bagi ko semangat setiap kali kita nak pulun study sama2. Kita dah gi jalan sama2, gi Pangkor, gi Kedah, Zoo Negara.. enjoy sama2, buat assignments sama2. Semua tu penat lelah kita, takkan ko nak lepaskan camtu je?

Parents ko mesti happy bila ko study sama. Aku tau ko ada tanggungjawab dalam family ko. Bukan ko je, aku pun ada tanggungjawab aku dalam family, semua ada tanggungjawab. Aku, Syam, Syiqah, Beyla, Easy, semua.. support ko dari belakang! Don't give up Dash!

p/s: to all SISE PTPL, selamat mengambil result ya! And congrates kat semua budak2 SCHA, SBMP, SHS & SISE yang dapat Dean List tak kisah la untuk kali ke berapa pun. Bright future awaits us!

Tuesday, November 03, 2009

Hujan memang feel!

Dalam beberapa hari ni asyik hujan je. Lebat pulak tu! Best! Tidur time hujan camni. Feel je. Tapi aku rasa cam takde mood sangat kebelakangan ni. Dengan masalah keluarga yang menjerat aku kat tengah2 ni. Tambah lak dengan masalah kawan yang tak habis2. Macam tak pernah bagi aku ruang untuk aku rasa lega.

Nak hilangkan bosan, aku baca novel. Novel oleh Zyra Safiya - Rasuk, beli bulan lepas tapi tak habis2 baca lagi. Sekarang ni dah sampai muka surat 466. Ada lagi 133 muka surat yang aku perlu habiskan. Haish! Banyak gak aku dah baca. Mungkin habis baca novel ni, habis la cuti semester aku.

Ya.. hari Jumaat dah dekat. Hari yang mencuakkan budak2 aku. Aku pun risau gak. Aku saja je cakap tak risau pasal result semester lepas. Sebab kalau aku cakap aku risau, aku jadi kelam-kabut. Tengok jela masa paper Animasi 2D, 3D hari tu. Risau nye pasal, sampai apa yang aku baca semua lenyap! Tapi nasib still boleh jawab.

Kawan2! Jangan risau eh. Nanti kita minum, lepak2 dulu. Baru amek result. Cam lepas2 haha! Jumpa nanti!

Monday, November 02, 2009

jiwa celaru selepas kehilangan

Tadi aku ter-'on' lagu Loser Lullaby dari MP3 aku ni. Lagu dari band Lucy In The Loo, pemberian kakak aku, kalau tak silap masa tu aku Form 3. Walaupun lagu ni dalam versi demo biasa je, tapi cukup untuk tarik minat aku dengan lagu ni.

Tapi kali ni, lagu tu macam ada makna lain. Makna lain? Kalau ikutkan lirik lagu, macam ada sesuatu.

'Days go by, and I still remain the same..'

Entahlah... dah lama aku tak jamm lagu ni. Tapi bait lirik lagu ni, buat aku teringat kat seseorang. Sampai ke bait yang seterusnya.

'I know I've done you wrong,
but I've told you that I'm sorry'


Ya.. sejak kejadian tu, aku tak habis2 meminta maaf kat dia. Tapi tak tau la kalau dia maafkan aku.

'I guees this is the end, there's no use of crying
and I'll try to forget all the things that ever happened
but still I love you so, I wish I could let go...'


Aku tak tau nak buat macam mana. Rasa bersalah, sedih.. masih lagi menyelubungi aku (ayat baik je eh..). Tapi ini la yang aku rasa. Macam bait lagu ni gak la.. 'I wish I could let go'.. Aku harap aku kuat selepas ni. Dan aku harap dengan blog ni, dia dapat tau cerita2 terbaru aku, tanpa dia perlu tanya aku. Sebab aku tau.. keputusan dia adalah muktamad. Dan dia takkan berhubung dengan aku lagi selagi aku tak 'bebas'.

'So I'll wave you goodbye and my only friend,
is this lullaby...'


Terima kasih...


Sunday, November 01, 2009

Bermula episod baru...

Dear Blog,

Hari ni aku sangat sedih. Seiring dengan langit yang sedang hujan. Lebat. Tapi aku kena kuat! Kuat untuk mengharungi hidup yang bergelora. Gelora dengan pelbagai insan di sekeliling kita.

Aku tahu.. ini adalah percaturan hidup yang aku buat. Pencaturan yang mungkin mendatangkan faedah bagi aku. Mungkin sebaliknya. Bagaimana aku harus kuat? Dapat ke aku mengharungi gelora yang melanda diri aku?

Aku sedar.. mungkin ini salah aku. Kesalahan yang mungkin tak dapat ditebus oleh sesiapa. Hanya aku yang mampu. Tapi aku tak mampu... sebab kekuatan itu hilang seiring dengan kesalahan yang aku buat. Aku salah.. dan mahu ke dia maafkan aku?

Ini pilihan aku. Tapi pilihan ni.. membuatkan aku kehilangan seseorang. Seseorang yang banyak menceriakan hari-hari aku selama perkenalan kami. Kini dia pergi.. setelah yang lain datang mengisi tempat yang selama ini aku diamkan. Aku takut. Tapi aku perlu bertahan. Ini kehendak dia. Aku hormati keputusan dia. Dan aku relakan dia pergi dari hubungan persahabatan yang selama ni utuh buat aku.

Terima kasih dari aku. Jenaka kau, senyuman kau.. aku takkan lupa. Aku harap kau dapat apa yang kau mahu selama ini. Aku pasti.. kau akan dapat yang lebih baik dari aku. Aku takkan lupakan persahabatan kita. Dan maafkan aku... atas segalanya.

Wednesday, October 28, 2009

Jom Countdown!

Kalau kita lihat pada tarikh hari ni, 28hb Oktober 2009, ada lagi 9 hari lagi kolej aku nak keluar result exam. Dan selepas dua hari result aku kuar, aku akan start belajar balik macam biasa. Bermula la semester baru.

Cuak?
Takut?
Gementar?
Gembira?
Rileks?
Cakap je apa.. semua aku rasa.

Memandangkan result mid-term yang kurang memberangsangkan, aku hanya berharap pointer aku tak jatuh mendadak. Nak jatuh pun, sikit sudahlah... haha!

Untuk budak2 SISE PTPL Shah Alam, all the best la eh! Especially kat budak2 aku, DTMM Jun 2008 tak kisah la intake ke berapa pun..

Jumpa nanti!

Thursday, October 22, 2009

Makanan Besar Melanda di Pawagam!!

Sekarang aku berada di... Alamanda Putrajaya! Kat McDonald, makan sepuas-puasnya selepas aku layan kartun ni, Cloudy With A Chance of Meatballs.


Dari pertengahan cerita, sampai la habis cerita ni, aku lapar gila! Nak kuar gi beli pop corn, kang terlepas part yang best lak en. So stay jela sampai habis.

Best layan cerita ni, nak lak kalau lapar en. Peringatan untuk anda! Kalau tak larat nak tahan lapar, JANGAN TENGOK! Haha! Baik korang gi layan kartun ni...

So minggu depan layan cerita apa, and kat mana pulak? Aku pun tak taw.. sebab aku akan pergi mana je yang rasa aku nak pergi. So... see ya!

Tuesday, October 20, 2009

Jadi hantu raya jap..

Hari ni parents aku gi Pahang. Ada amek amende tah diorang cakap. Aku pun tak faham. Sunyi gila rumah aku. Memang la kejap je diorang gi sana. Mungkin esok atau lusa balik. Harap ok la en.

Kebosanan hari ini dah sampai tahap gaban! Dengan kredit handphone dah kong. Duit lak yang tinggal berapa ringgit je. Memang tak leh survive la dalam masa 3-4 hari. Tapi takpe kot.. nanti aku selongkar la barang kat dapur. Mana taw ada yang ley di masak en.

DOI!! BUSAN! Tido la jap... Zzz...

Saturday, October 17, 2009

Dating dengan kawan lama...

Tadi aku gi rumah Muchi kat Semenyih. Parents aku gi Tanjung Karang, gi rumah Ibu. Dah la teksi datang lambat! Kesian Azrin dok tunggu kat Plaza Metro Kajang. Nasib la dia cakap dia lepak kat kedai mak dia kat sana, so takde la dok bosan tunggu aku en..

Sampai je sana, aku cam biasa la ngan Azrin, pulun makanan yang ada la. Tapi aku tak banyak makan la.. mungkin sebab banyak minum kot. Ramai gak yang datang rumah dia. Kawan abang dia pun dah berapa ramai. Kawan dia lagi, adik-adik dia lagi. Aduyai.. nak bersembang ngan Muchi kejap pun susah! Tapi dapat sembang kejap pun jadi la...

Lepas tu kitorang balik. Rancang nak tengok wayang ngan Azrin pulak. Kitorang tengok... 'Surrogates'!


Ok la.. bukan selalu layan wayang ngan Azrin. Gempak la gak cerita tu. Baru sekarang ni aku tau... Azrin kuat gak bershopping eh! Aku pun bershopping gak, tapi takde la sehebat dia haha! Jauh dia round sampai aku nak cari dia punya susah! Tapi tak takpe la.. kita ada hobi yang sama rupanya! Leh la join sama nanti.. hehe!

Friday, October 16, 2009

Photo Session

Macam biasa la.. kalau dah lepak ngan kawan yang 24 jam dok pegang kamera ni, aku la jadi mangsa sesi fotografinya. Tapi best gak jadi bahan fotografi dak ni. Ada je benda dia ni. Tajuk sesi hari ini adalah 'Emotion of the Day'. Aku ni bukanlah jenis seorang yang fotogenik. Tapi layan jela kawan aku sorang ni. Sebab dia ni jenis enjoy dengan bergambar.


Ni la yang terjadi pada aku seharian! Macam2 emosi yang aku buat, last2 yang ni je yang terbaik (haha!) gila en! Enjoy la sikit hari ni. Sekurang-kurangnya, hari ni aku tak ada la bosan cam kemarin.

Esok! Aku nak gi jamuan raya kat rumah kawan aku. Somewhere in Semenyih. Tapi tak tau la aku dapat gi ke tak sebab clashing lak ngan aktiviti keluarga. Ibu dan Pak Ngah Jamil nak pergi ke Mekkah. So diorang nak buat kenduri sikit la. Harap mereka selamat pergi dan selamat pulang. Sampai gak ke Tanah Suci eh...

Harap esok adalah hari yang gembira! Walaupun selalu bosan kalau keluar dengan kawan sekolah, tapi aku gembira sebab bukan selalu dapat jumpa diorang en! Jom pulun kat rumah Muchi sok!!

Wednesday, October 14, 2009

Kebosanan . . .

Rasa bosan yang teramat sangat sekarang ni! Cuti sem kalau tak panjang memang tak sah! Membuatkan aku bertambah bosan!! Adui.. apa aku maw buat ni ar?

Nak pergi gig, macam malas sebab semua orang busy! Nak keluar dengan kawan lagi la! Diorang ramai yang nak exam STPM. Kalau ada yang free pun macam diorang nak keluar.

Keluar jalan sorang2? Best tapi agak bosan bila dah lama2. Tengok wayang? Tak ada teman... aduh! Takkan nak tengok wayang sorang mcam dulu? Gila bosan camtu!

Tengok la.. kalau dia balik dari JB nanti, ada la kot masa nak keluar. Hilangkan bosan... tapi aku dah bosan gila nih!!!!

Wednesday, October 07, 2009

Jamuan Raya

6hb Oktober 2009 - Keluarga aku ada buat jamuan makan sempena Hari Raya tahun ni. Wow.. diorang ley lak nyanyi eh.. layan beb!

Kawan aku tak ada la ramai sangat yang datang.. tapi cukup untuk meriahkan majlis! Kuatnya diorang makan! Huhu--

Terima kasih semua yang sudi hadir. Well.. dah jumpa sekarang. Ada lagi sebulan je lagi nak reunite! Semester baru! Happy holidays ya guys!

Tuesday, October 06, 2009

Tentang Dash

Ni hanya suka-suka je. Kami pun dah berkawan, dalam setahun. Dia kawan yang banyak cakap, havoc gila! Dia gak seorang kawan yang best! Dash! Nanti kita buat tentang orang lain pulak! Haha!

Friday, October 02, 2009

Lupa la kot..

Dah lama aku tak online kat sini. Macam dah lupa lak aku ada blog ni. Yelah.. busy dengan exam, banyak gila projek kena siapkan. Tu yang malas nak sentuh blog ni. Kat MySpace & Facebook pun jarang online.
-
Tapi sekarang semua tu dah habis. Siap dah sambut Aidilfitri lagi. Sekarang ni tinggal nak memperabihkan beras kat rumah jela. Semester baru lambat lagi. Bosan gila! Tapi aku still risau dengan result semester baru2 ni. Ada dua subjek yang teruk aku kena tibai! Dapat C+ lak tu! Kalau nak cover balik, harapkan aku nya final exam je. Aku harap ok la.
-
Sempena Aidilfitri ni, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kat semua yang membaca. Mungkin agak terlewat, tapi ok la dari aku tak wish en.. ;)

Saturday, August 01, 2009

H1N1!? Tidak~

Aku pun tak tau la camne nak gitaw nih! Lepas habis exam Sabtu lepas, ramai pulak budak2 aku yang kena disyaki H1N1.
=
Actually, sebelum exam, aku memang dah kena disyaki kena virus tu. Tapi alhamdulillah.. doktor kata tak ada apa2 yang jadi lepas seminggu aku buat check-up. Tapi aku kena berhati-hati gak sebab virus tu leh berjangkit tak kira siapa kita.
=
Aku doakan kawan2 aku yang dah terkena virus tu atau disyaki (macam aku nih...), harap korang cepat sihat! Boleh gelak2, happy2 lagi ngan kitorang yang sihat ni , ok!?

Sunday, July 19, 2009

Exam Pulak~

Hari ni hari Ahad. ESok hari Isnin. Aku ada mid-term pulak~ study? Mana ada.. tu yang agak risau sikit. Yela.. dah la banyak assignments ngan projek yang still tertangguh ni. Tapi papehal, malam ni kena study gak, kalau tak abeh aku!
=
Isnin - Pengarangan Multimedia
Rabu - Digital Video
Khamis - Digital Audio
Jumaat - Rekabentuk dan Pembangunan Aplikasi Web
Sabtu - Asas Grafik Animasi 2D dan 3D
=
Wish me luck!

Sunday, July 12, 2009

Rombongan ke Bukit Hijau

Baru2 ni, aku dan budak2 kena pergi ke Bukit Hijau kat Kedah. Kena buat assignments kat sana. Walaupun demam, tapi aku kuatkan diri gak. Semangat nak mandi sungai sebenarnya.. haha!
=
Tapi aku ngan budak2 aku (Beyla, Nana, & Eez) selalu sangat hilang. Bukan hilang apa pun, cuma kitorang suka buat hal kitorang masing2. Ikut suka la nak balik dorm bila sume en. Yang penting enjoy.
=
=
Masa hari terakhir, aku pulun mandi sungai habis2an! Dah lama tak masuk sungai en.. so nak lepas gian. Bukan selalu beb!
=

=
Then sebelum balik kitorang main game 'kecut perut'. Nasib takde video. Kalau tak, boleh la aku letak kat sini en.. aduyai.. tapi gambar ada!
=




Friday, June 19, 2009

Tentang Hani

Nama Sebenar
- Hani Amira Shahbudin -

Nama Samaran
- Hani, Amy -

Tarikh Lahir
- 14hb Ogos 1990 -

Pendidikan
- SK Leftenan Adnan (1997-2002) -
- SMK Jalan Bukit (2003-2007) -
- Institut Mutiara MOPAR - Sijil Kursus Web Design (Jan-Apr 2008) -
- Kolej PTPL Shah Alam - Diploma Teknologi Multimedia (Jun 2008 - ???) -

Aku seorang pengguna . . .
- Nokia 5200 -
- Fujitsu Lifebook A Series A6020 -
- Sony Handycam DCR-SR47E -
- Sony MP3 Player NW-E013F -
- Canon Power Shot A400 -
- Adobe Photoshop/Illustrator/Flash CS3 -

Saturday, June 13, 2009

Blog Baru

Adeyh... aku tak taw la ni blog ke berapa yang aku buat. Yang semestinya, ni la blog terbaru aku selain blog kat MySpace dan Friendster.

Walau apapun, aku happy buat blog sebab kalau ada apa2 yang tak puas hati, kat sini la aku BOOM semua. Apapun, selamat datang semua!

This is Hani