Friday, November 06, 2009

Result? Oh tidak!

Bangun pagi je nak kena terus bersiap nak ke kolej. Amek result nye pasal. Terpaksa la aku gagahkan gak diri aku yang tak cukup tidur malam tadi. Dah siap mandi, pakai baju, make-up sikit (cewah!), terus drive ke kolej. Tapi aku kena gi office agent rumah sewa aku dulu. Aku tak bayar duit sewa bulan lepas la beb.. aduyai!

Lepas tu, gi rumah sewa aku dulu. Amek ID aku. Kang tak lepas lak aku nak amek result en. Dah settle semua tu, aku pun gi la kolej aku. Aduh! Aku dapat angka giliran E1131 la beb! Lambatnya! Nasib ada Fik, Syam, Syiqah & Eira masa tu. Lepak dengan diorang dulu. Dah sampai giliran aku, apa lagi.. SERBU!!

Bila diorang hulur slip result aku, aku rasa cam gembira pun ada, rasa cam tak percaya pun ada.. macam2 la! 'Ni ke result yang aku dapat? Apsal banyak sangat!?' Tapi aku buat bodoh jela. Pointer turun tu biasa la bila dah pertengahan belajar ni en (haha!). Tapi aku tetap happy sebab aku masih dalam kategori President List.

Semester ni aku kena pulun study habis2! 'Hani kena dapatkan semua A untuk subjek semester ni. Baru boleh naikkan pointer tu jadi power!' Terngiang-ngiang suara Cik Nhizmah kat telinga aku ni lagi taw! Aduyai.. penangan Cik Nhizmah ni memang kuat betul la.. haha!

Dah lepas tension menunggu result & register, aku pun terus tembak ke Jusco Balakong. Aku beli tiket wayang, tengok cerita Ninja Assassin. Pergh! Terbaik! I like the crossblade and blood effects! Ala2 game gitu haha! Aku memang suka tengok martial arts dari Jepun. Ninjutsu, Kenjutsu, Kendo, Karate.. macam2 lagi la en Jepun ni. Tapi cerita ni of course la untuk Ninjutsu je..

Dah habis layan movie, aku pun balik. Penat! Dan aku mahu rehat sebentar...

p/s: Sekali lagi, tahniah kat budak2 aku yang amek result tadi. Cuak en.. tapi papehal, aku harap korang enjoy la semester baru ni. Keep on rocking! Yeah!

No comments:

This is Hani