Monday, August 23, 2010

Sekor lagi nak kena belasah ramai-ramai!

Salam semua!

Aku baru je lepas baca satu post dari Oh! Media kat Facebook. Diorang post satu gambar printscreen satu makhluk yang mengancam umat Islam terutamanya di Malaysia. Yalah.. kalau kita tengok profile Facebook dia, asal Malaysia, cuma current location dia je di Singapura. Tak tahu la betul atau tak tapi itulah yang terpampang di profile minah tu. Nama dia Sing Yee Chin. Jom kita baca!
Nak lagi? Meh sambung baca lagi.
Memang macam celaka tapi tu la manusia sekarang. Tak hormat agama lain. Tak sedar kita hormat diorang jugak kan! Kita azan sikit dah bising macam tu. Habis tu diorang dok bakar colok sampai sakit mata, PLUS bau busuk tu diorang tak fikir? Apa jela korang kan..

Saturday, August 21, 2010

Satu hari download games je?

Salam semua!

Hari ni dah 11 hari kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Happy tak? Mesti la happy kan sebab dah separuh jalan kita menjalani ibadah puasa ni. Bukan senang nak bertemu dengan bulan yang mulia ni. Setahun cuma sebulan je kan.

Hmm.. hari ni aku duduk rumah je. Dari semalam dok download games je. Aku ni memang gila PSP sikit. Agak lambat la juga sebab satu game ada yang 400MB, ada yang cecah 1GB lebih. Kalau orang yang upload game tu buat banyak-banyak part memang senang la. Ada yang tak buat part tu memang agak bengang sebab satu fail je dah berat. Lepas tu ada yang tiba-tiba hang macam tu je. Memang hampeh!
Sekarang dah pukul 5.55 petang, aku masih menunggu game Dante's Inferno untuk habis download. Overall je dah 850MB. Guna wireless lak tu. Haish! Lambat la... esok dah Ahad. Nak balik Shah Alam lagi. Sempat ke ni? Hmm.....

Thursday, August 19, 2010

Kawan S.E.G.A.L.A.N.Y.A!

Salam semua!

Baru la minggu ni aku start bergaul balik dengan kawan-kawan kat rumah aku. Tu pun selepas aku kumpul semua kekuatan dan kudrat aku untuk aku 'kembali' kat diorang. Sebenarnya kalau diikutkan hati, memang aku tak nak langsung berdepan dengan diorang selepas aku tau yang aku takkan lagi 'bersama' dengan diorang satu hari nanti. Tapi aku fikir, sementara masa masih ada, aku kena hargai setiap detik yang ada untuk aku.
Sepanjang minggu ni je, aku selalu keluar dengan Ejat dan Yan ke bazaar or anywhere else yang kami mampu jejak. Memang rasa aku sihat sangat bila dengan diorang! Thanks sangat-sangat sebab buat aku rasa kuat untuk hadapi hidup aku ni.

Tapi... dengan budak-budak lain, especially Eva, Fatin dan Jijah, aku rasa aku tak kuat lagi nak berdepan dengan diorang. Diorang terlalu baik, sampai aku tak sampai hati nak bagitau apa situasi aku yang sebenar. Aku takut.. dan aku tak nak diorang risau SIKIT pun. Tapi kenapa aku pilih Yan dan Ejat? Sebab diorang kawan aku since secondary school lagi dan diorang MUNGKIN dah faham aku. Aku harap sangat, one day, aku dapat bagitau apa yang terjadi kat aku since last two months. I wish I could.

Walau apapun, terima kasih kawan. Aku tak ready nak bercakap, tapi bila dengan korang, aku rasa aku hidup sihat sangat. Rasa macam dalam heaven! Miss to hang-out with you all again. But I'm really sorry 'coz I can't do that 'til I regain this strength again.

P/S: Sekarang aku dah masuk stage two untuk penyakit ni. Harap dapat baik balik macam dulu. Tapi bila doc kata peratus untuk aku ke stage three agak tinggi, aku rasa... give up. Macam Eva pesan kat aku masa first day puasa, aku kena kuatkan semangat! Ya! Aku... kena... kuat!

Sunday, August 15, 2010

Berbuka secara mewah (lah sangat!)

Salam ! 

Dah selesai pun hari ke-5 berpuasa. Lega? Biasa jela. Macam hari-hari biasa jugak, cuma tak dapat makan jela. Yang best nya tadi petang hujan. Tidur la kejap. Dalam pukul 6.30 petang, aku terjaga, terus siap-siap gi bazar Ramadhan dengan Yan. 

Ada la dalam setengah jam round satu bazar sebelum beli apa yang berkenan di hati ni. Aku beli cendawan goreng, roti john, dan air tembikai susu. Pergh memang heaven! Selalu makan apa yang ada je kat rumah ni. Kali ni aku makan mewah sikit la dari hari sebelum ni. Rasa kenyang sangat! 

Dah habis berbuka, dah kenyang, lepak la dengan Yan, ditemani dengan Erna, Sera dan Hana kat area bilik aku ni. Rasa cambest pulak lepak camni. Without a louder noise. 

Ha.. Sera dan Hana ada tanya pasal hamsters. Hmm.. nak jual yang mana eh? Aku ingat kalau diorang jadi beli, aku nak hulur diorang yang baru ni. Aku ada nama kan hamsters yang baru ni dengan nama sementara. Ada Stripy, Reno, Hero dan Snowball. Aku nak simpan Snowball sebab bulu dia gebu sangat! Comel! 
Yang tengah minum tu Hero. Dok sedap tidur tu Reno. 
Snowball tengah tidur kat wheel. Stripy lak kebosanan sebab semua dok tidur je. 


Saturday, August 14, 2010

Happy Birthday, Hani!

Salam semua!

Sekali lagi umur aku meningkat setahun weh! Haiya... makin tua la aku. Bangun tidur tadi pun dah ada mesej masuk kat inbox. Mula-mula mesej Kak Lisa. Lepas tu Mama lak. Lepas tu satu per satu kawan dan famili lain wish aku 'Happy Birthday!'.
Actually aku ni jenis tak suka orang wish birthday. Tapi dah diorang wish, so terima jela. Say thanks kat semua!

Dalam sebulan lagi, aku akan menjalani final exams. Lepas raya Aidilfitri. Sekarang ni pun aku dah start study. Entah la.. selalu nya aku akan study dalam seminggu sebelum exam aku start. Kali ni aku rasa nak prepare awal-awal. Mungkin sebab azam baru kot! Kah kah!

So, pada semua yang wish aku, terima kasih banyak-banyak! Tak kisah la yang SMS, e-mel, komen yang Facebook ke apa, terima kasih banyak-banyak! Sekurang-kurangnya ada orang yang ingat aku walaupun cuma satu hari ni je.

P/S: Aku dah check-up untuk kali terakhir untuk tempoh 3 bulan berturut-turut. Lepas ni, tak ada check-up lagi dalam tempoh 6 bulan. Harap semuanya okay.

Friday, August 13, 2010

Mimpi yang berulang

Salam semua!

Aku yakin ramai yang mungkin pernah melalui mimpi yang sama, berulang kali. Bila korang bangun je tidur, korang rasa bingung dan akhirnya korang biarkan je mimpi tu. Sampailah satu masa, mimpi tu berulang lagi dan lagi, dan korang akhirnya rasa tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut.

Sebenarnya aku kadang-kadang nak gak tau apa isi mimpi tu tapi malas nak fikir sangat. Tapi ni la satu kisah mimpi aku yang kerap kali berulang. Kali terakhir aku dapat mimpi ni, pada malam tadi.

Aku berada di satu padang rumput yang agak luas. Hujung padang tu ada satu cahaya yang terang sangat. Ada angin sepoi-sepoi bahasa. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang rupanya aku tak tahu nak gambarkan betapa handsome nya dia. Dia hulurkan tangannya dan berkata, "Marilah.. semuanya dah selesai."
Tiba-tiba aku terdengar suara-suara yang memanggil aku. Aku toleh ke belakang. Aku kenal diorang tu. Semua tu kawan-kawan aku. Kemudian, aku tanya, "Mereka akan merindui aku kan?" dan aku memandang lelaki tersebut.

Lelaki tu tersenyum dan berkata, "Semua tu dusta. Mereka bukan sahabat kau yang akan merindui kau. Tapi mereka akan mengambil kesempatan atas kau kerana kau terlalu istimewa dalam kerja harian mereka."

Aku pandang lelaki tu. Dia masih tersenyum. Dia genggam erat tangan aku. Dia pimpin tangan aku ke arah cahaya tu. Telinga aku masih terdengar suara kawan-kawan yang memanggil aku kat belakang tu. Aku toleh kepala ke arah mereka. Aku tak patut tinggalkan mereka. Langkah aku terhenti. Lalu, lelaki tu bertanya, "Kenapa?"

Tanpa toleh ke arah lelaki tu, "Mereka perlukan aku, walaupun aku tak perlukan mereka. Aku perlu ada pada mereka."

Kemudian, lelaki itu bertanya lagi, "Kau pasti kau akan dihargai selepas itu?"

Aku jawab, "Mereka tak akan menghargai aku, tapi sekurang-kurangnya, aku dapat tinggalkan memori dalam hidup mereka."

"Kau mahu pulang?" tanya lelaki tu lagi.

"Ya.. tapi kau tunggu aku bila masa aku sampai, ya?" aku senyum.

"Baiklah.. kalau itu yang kau mahu." lelaki tu masih senyum. Lalu melepaskan genggaman tangannya. Dan memeluk aku. "Aku akan tunggu kau di sini. Aku sayang kau, Hani Amira."

Ketika tu, aku tersedar. Bangun secara mengejut. Jantung aku berdegup laju setiap kali mimpi tu berakhir. Berpeluh dahi ni. Nafas pulak pendek je. Nak kena cekau oksigen banyak-banyak.

Itulah mimpi yang kerap datang dalam mimpi aku. Perbuatan, percakapan, dan situasi yang sama. Aku tau.. dengan keadaan kesihatan aku yang tak berapa bagus, dan apa yang doktor bagitau kat aku sebulan lepas, sedikit sebanyak buat aku takut dengan mimpi tu. Tapi aku kena kuat! Aku tak boleh lemah macam ni. Aku... akan cuba sedaya aku boleh.

Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama puasa | Dapat RM50

Kat kolej aku ada program Get Fit SISE. Ada macam-macam aktiviti la jugak, antaranya Kuiz IT, Pengaturcaraan Web, Multimedia, Ilustrasi, Pengaturcaraan C++, permainan Counter Strike, dan yang pasti, cabutan bertuah, serta beberapa mini-games macam Cubic Puzzle dan Kira Mouse.

Kawan aku ramai yang masuk Counter Strike. Tapi ada jugak yang masuk kuiz dan pertandingan yang lain. Aku ada masuk gak. Aku join multimedia, dengan Ezza. Tapi macam tak ada sambutan sangat la aktiviti ni. Mungkin sebab first day puasa so orang tak larat kot.

Sesiapa yang masuk multimedia kena buat iklan untuk kolej. Kononnya nak tarik orang untuk masuk ke kolej, terutamanya masuk ke SISE. SISE ni kalau korang baca blog aku dari dulu lagi, aku ada gitau yang SISE ni stands for 'School of Information and Science Engineering'. So nak kena tarik orang untuk meramaikan lagi untuk menceburi bidang ni la.

Ada la jugak kawan-kawan aku yang menang. Aku? Haish! Aku dah buat seburuk yang mungkin tapi still menang! Mungkin sebab empat orang je yang masuk bahagian multimedia, so antara kitorang jela yang menang.
So tahniah la kat semua yang menang. Lain kali boleh la buat lagi. Kasi tarik ramai student SISE untuk join aktiviti macam ni. Bukan senang kan.

Ramadhan datang lagi

Salam semua..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat berpuasa kat semua umat Islam tak kira di mana saja anda berada. Semoga puasa kali ini memberi korang semua rahmat yang melimpah dalam hidup korang. Yala.. Allah membuka semua pintu-pintu syurga-Nya dalam bulan ni, dan menurunkan rezeki dan pahala yang berlipat ganda dalam bulan ni. Memang special bulan Ramadhan ni.

Macam tak percaya je kan kita sekarang berada dalam bulan Ramadhan. Aku rasa macam baru je new year hari tu. Tiba-tiba je masuk pertengahan tahun. Sekarang je dah masuk bulan puasa. Haish.. cepat masa berlalu. Tak tinggal satu detik pun untuk kita merenung apa yang terbaik dalam hidup kita ni.

Adik sepupu aku yang baru nak masuk tadika ada yang tak sabar sangat nak berpuasa. Bukan main happy diorang bila dapat tau hari ni puasa. Macam-macam soalan diorang tanya. "Kentut boleh tak?" "Korek hidung boleh tak?" "Berak boleh tak?" Haha! Macam aku masa kecik gak la. Biasa la budak-budak baru nak belajar. Kita kena bagitau la sebab diorang ni baru lagi.
So kawan-kawan kat luar sana, puasa biar penuh. Sembahyang kena konsisten. Baru puasa lulus!

P/S: Baru lepas habis sahur. Makan roti sapu dengan planta dan minum air kotak Justea white grape. Cukup la untuk tahan satu hari di bulan puasa. Tak nak jadi macam orang lain yang makan bukan main mewah tapi tak tahan godaan puasa. 

Monday, August 09, 2010

Lepas beban | Rindu semua!

Aku baru je sampai rumah dalam pukul 3 pagi tadi. Sempat tidur kejap dalam pukul 5 lebih. Tapi kejap jela sebab aku nak kena rushing ke Kajang.

Pukul 12 lebih tadi baru je sampai rumah Kajang. Penat gila sebab tidur kejap je tadi. Rasa macam nak tumbang je dalam train tadi. Nasib la ada MP3. Leh dengar lagu sementara tu. Tapi bila sampai rumah ni, aku rasa penat tu semua hilang sebab aku dapat kembali bersama hamsters aku semua. Yang baby ham hams tu semua dah besar! Comel, gebu, gemuk-gemuk semua! Sayang ham hams!

Papahal, aku memang enjoy la kat Terengganu tu walaupun dah tau apa yang akan jadi kat sana, I mean pertandingan tu. Seriously aku cakap diorang memang terbaik! Tahniah la kat yang menang. Yang aku ingat, UiTM Pahang, UiTM Shah Alam, dan UTeM yang dapat rangkul hadiah semalam. Kalau ada yang tercicir tu, minta maaf ye.. saya tak fokus masa penyampaian hadiah sebab saya tengah main PSP haha!

So nak lagi ceria, ni sebahagian yang aku mampu tunjuk kat korang. Nak lagi ceria, jom tengok gambar yang kitorang ambil kat sana kat Facebook aku. Harap korang enjoy ya!


Sunday, August 08, 2010

Berjuang di sini, Terengganu

Sekarang dah hampir pukul 12 tengah hari. Budak-budak programming dok tengah berjuang kat UiTM Dungun, Terengganu. Petang nanti ada penyampaian sijil kat sana, melibatkan kami yang dah berjuang semalam kat tempat yang sama.

Tapi sebelum tu, kami nak berjalan dulu kat sini. Yala.. bukan selalu kat sini. Aku dengan kawan-kawan aku sempat la bersosial kat sini lepas habis pertandingan tu semalam.

Lepas ni, kami nak berjalan-jalan lagi kat pantai. Apa lagi nak buat kat sini? Dah tak tau nak buat apa weyh!! Nanti-nantilah aku update lagi okay! Kumpul gambar dulu.

Friday, August 06, 2010

Jom ke Terengganu!

Kalau tak ada apa-apa yang jadi, malam ni, insya-Allah, kami akan gerak ke Terengganu. Tu semua seperti yang dirancang oleh pihak kolej. Hmm... tension gak bila fikir pasal competition tu.

Aku dah try buat aplikasi tu, seperti yang kitorang rancang selama ni. Memang jadi! Tapi bila bab nak cari lagu dan buat animasi, aku jadi pening gila! Dah tak tau nak pilih lagu apa, then animasi lak bila aku buat kat Flash, nak masuk kat Premiere tak boleh pula. So aku guna animasi yang aku buat kat Photoshop je.

Dok tengah buat kerja, edit video, tiba-tiba laptop aku hang. *BANGANG!* Aduyai.. punya la jauh aku buat. Takat save project tu ada la.. tapi save movie memang aku tak buat lagi. Aku dah malas punya pasal, aku off laptop aku then tidur! Tapi sekurang-kurangnya, aku dah tau sikit-sikit apa yang perlu dibuang dan diubah semua. Animasi tu... tak apa la. Nanti kita try sama-sama kat sana.

So kawan-kawan semua, wish us all good luck, okay? Cuak gak sebab tak pernah jadi wakil kolej untuk mana-mana competition. Selalu jadi wakil mentor or wakil course je. Haha!

Thursday, August 05, 2010

Berpisah dengan hamsters | Berjuang di Terengganu

Hari Jumaat ni aku dan kawan-kawan akan bertolak ke Terengganu untuk join satu competition yang akan diadakan di UiTM di sana. Perasaan? Gementar, bangga, cuak, semua ada! Tapi yang tak bestnya, aku kena berpisah sementara dengan hamsters aku. Esok pagi, Abang Romi akan datang ke rumah sewa aku untuk ambil semua hamsters aku. Kak Lisa akan jaga hamsters tu sampai la aku balik hari Ahad nanti. Tapi aku tak tau la sampai Shah Alam nanti pukul berapa.

Kami ada competition tu hari Sabtu. Tapi kitorang kena stay kat sana sampai Ahad sebab budak-budak programming ada competition pada hari Ahad pula. So nak tak nak, kena la tunggu diorang sampai habis sebelum bertolak balik ke Shah Alam.
Kami dah buat semua shooting, rangka kerja, dan storyboard. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun kami dapat semua info tu last minute. Kepada semua yang seangkatan aku; Beyla, Ezza, Addy, Faiz dan Syed; buat yang terbaik! Buat budak-budak programming, erm.. good luck jela!

Ok la.. mau beristirehat dan bergurau dengan hamsters puas-puas sebab lepas ni ada la dalam lima hari aku tak dapat jumpa budak-budak comel tu. Wish us will be okay there, okay?

Monday, August 02, 2010

Asyik fikir pasal problem | Jom bersenam!

Salam semua!

Selama ni aku agak stress dengan masalah yang datang kat aku. Even aku sendiri tak bertegur lagi dengan housemates aku. Marah? Masih.. tapi diorang dah besar kan. Lantak diorang la. Aku pun bukannya lama lagi pun kat situ.

So kali ni, aku tak nak tulis blog yang agak mengguris perasaan orang. Ada terguris ke sebelum ni? Padan muka korang, siapa suruh terguris kan!? Haha.. jom kita exercise! Just ambil masa tujuh minit je ni. Tak lama pun. Ikut betul-betul okay?

Ni gaya taichi sikit la. Sebagai intro warm up kita kali ni. 
Lepas tu, ikut gaya ni pula. Ni mujarab untuk melegakan bahu dan leher. 
Wo.. wo.. wo.. ACTION KAMEN!! 
Gerak dari kanan ke kiri. 
Tukar pulak! Gerak dari kiri ke kanan. 
Ikut je. Pusing kepala sampai habis. 
Ambil la apa-apa yang patut, ketuk kuat-kuat kat kepala tu. Bagi hilang mengantuk. 
Kemudian, buat gerakan badan dan tangan. Buat macam tak ada masalah. Happy je. 
Lepas tu, gerak macam ni pulak. Ala-ala gerudi gitu. 
Kita agresif sikit. Biaq pi apa orang nak kata apa. 
Gi kat depan cermin, buat gaya ni pula. Tengok la muka korang yang hensem dan comel tu. 

Selamat mencuba semua! Harap korang happy je walaupun ada masalah dalam kepala otak tu. Aku pun dah okay sikit walaupun bila tengok muka yang tak sepatutnya tu aku rasa macam nak hentak je muka diorang kat dinding kuat-kuat. Tapi, just leave them be. Tak ada apa-apa yang selesai pun kan. So, enjoy! 

Sunday, August 01, 2010

Dapat award dah lama | Baru nak buat

Haha actually dah lama aku dapat award yang blog tu. Tapi baru malam ni aku buat sebab selama ni aku agak busy dan malas nak buat. So aku hold je benda ni. So malam ni aku akan tagged siapa-siapa je yang bertuah, okay?

Write 5 interesting fact about the person who gave you award
** nama dia Azri ** 
** dia kawan kolej, classmates! ** 
** dia suka genre metal ** 
** dia gelap! **
** tapi dia gak seorang yang lawak **

Write down 10 interesting about yourself and your hobby
** seorang yang pendiam ** 
** tak suka marah orang, tapi orang suka buat saya marah ** 
** terlalu caring, maybe ** 
** PSP maniac! ** 
** suka tengok battle of the band ** 
** i'm a videographer ** 
** i like hamsters! ** 
** suka jalan sorang-sorang **
** suka jogging, sambil dengar MP3 **
** suka berkawan dengan maknyah ;) **

Pick your most 10 deserving recipient and describe them 
(1) Azri
(4) Nabila
(5) Mr. K

p/s: ni jela yang aku mampu tagged sebab yang ni antara blog yang rapat. thanks kat Azri dan Nabila yang bagi award ni.

Terima kasih banyak-banyak, kawan!

Satu hari tanpa sahabat, agak okay. Bukan nak jadi 'katak di bawah tempurung' ye.. tapi aku nak mengasingkan diri buat sementara waktu atas sebab aku nak fikir apa yang terbaik untuk aku.

Otak aku pun dah bertambah luas dan kurangnya kuman-kuman serta bakteria merbahaya. Kiranya satu hari ni aku macam meditasi la. Hmm.. dapat layan TV dengan aman, main PSP tanpa stress. Everything looks great! Cuma... tekak aku ni je yang still sakit, perit sangat nak bercakap. Batuk sampai berdarah. Ah tu biasa jela! Tak ada nak dirisaukan sangat.
Kepada kawan-kawan yang agak-agak satu rumah dengan aku tu... aku dah okay. Lepas ni korang nak bising sampai pecah anak tekak pun, dipersilakan! Aku nak marah ke tak, tu biar aku simpan dalam hati.


p/s: aku tau aku tak patut post blog ni. tapi aku tak sampai hati nak tegur perangai korang tu. hati korang tu terlalu cepat touching. dan bila dah touching, ada yang merajuk lak. kalau ada yang merajuk memang aku tak ada masa nak pujuk. so ni baru intro je, yang lain korang pandai-pandai la fikir apa yang terbaik. korang dah besar kan...

 

This is Hani