Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama puasa | Dapat RM50

Kat kolej aku ada program Get Fit SISE. Ada macam-macam aktiviti la jugak, antaranya Kuiz IT, Pengaturcaraan Web, Multimedia, Ilustrasi, Pengaturcaraan C++, permainan Counter Strike, dan yang pasti, cabutan bertuah, serta beberapa mini-games macam Cubic Puzzle dan Kira Mouse.

Kawan aku ramai yang masuk Counter Strike. Tapi ada jugak yang masuk kuiz dan pertandingan yang lain. Aku ada masuk gak. Aku join multimedia, dengan Ezza. Tapi macam tak ada sambutan sangat la aktiviti ni. Mungkin sebab first day puasa so orang tak larat kot.

Sesiapa yang masuk multimedia kena buat iklan untuk kolej. Kononnya nak tarik orang untuk masuk ke kolej, terutamanya masuk ke SISE. SISE ni kalau korang baca blog aku dari dulu lagi, aku ada gitau yang SISE ni stands for 'School of Information and Science Engineering'. So nak kena tarik orang untuk meramaikan lagi untuk menceburi bidang ni la.

Ada la jugak kawan-kawan aku yang menang. Aku? Haish! Aku dah buat seburuk yang mungkin tapi still menang! Mungkin sebab empat orang je yang masuk bahagian multimedia, so antara kitorang jela yang menang.
So tahniah la kat semua yang menang. Lain kali boleh la buat lagi. Kasi tarik ramai student SISE untuk join aktiviti macam ni. Bukan senang kan.

No comments:

This is Hani