Sunday, August 15, 2010

Berbuka secara mewah (lah sangat!)

Salam ! 

Dah selesai pun hari ke-5 berpuasa. Lega? Biasa jela. Macam hari-hari biasa jugak, cuma tak dapat makan jela. Yang best nya tadi petang hujan. Tidur la kejap. Dalam pukul 6.30 petang, aku terjaga, terus siap-siap gi bazar Ramadhan dengan Yan. 

Ada la dalam setengah jam round satu bazar sebelum beli apa yang berkenan di hati ni. Aku beli cendawan goreng, roti john, dan air tembikai susu. Pergh memang heaven! Selalu makan apa yang ada je kat rumah ni. Kali ni aku makan mewah sikit la dari hari sebelum ni. Rasa kenyang sangat! 

Dah habis berbuka, dah kenyang, lepak la dengan Yan, ditemani dengan Erna, Sera dan Hana kat area bilik aku ni. Rasa cambest pulak lepak camni. Without a louder noise. 

Ha.. Sera dan Hana ada tanya pasal hamsters. Hmm.. nak jual yang mana eh? Aku ingat kalau diorang jadi beli, aku nak hulur diorang yang baru ni. Aku ada nama kan hamsters yang baru ni dengan nama sementara. Ada Stripy, Reno, Hero dan Snowball. Aku nak simpan Snowball sebab bulu dia gebu sangat! Comel! 
Yang tengah minum tu Hero. Dok sedap tidur tu Reno. 
Snowball tengah tidur kat wheel. Stripy lak kebosanan sebab semua dok tidur je. 


1 comment:

cacingpanas said...

comelnya hamster... tapi macam mana nak tau jantan ke betina??

This is Hani