Friday, August 13, 2010

Mimpi yang berulang

Salam semua!

Aku yakin ramai yang mungkin pernah melalui mimpi yang sama, berulang kali. Bila korang bangun je tidur, korang rasa bingung dan akhirnya korang biarkan je mimpi tu. Sampailah satu masa, mimpi tu berulang lagi dan lagi, dan korang akhirnya rasa tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut.

Sebenarnya aku kadang-kadang nak gak tau apa isi mimpi tu tapi malas nak fikir sangat. Tapi ni la satu kisah mimpi aku yang kerap kali berulang. Kali terakhir aku dapat mimpi ni, pada malam tadi.

Aku berada di satu padang rumput yang agak luas. Hujung padang tu ada satu cahaya yang terang sangat. Ada angin sepoi-sepoi bahasa. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang rupanya aku tak tahu nak gambarkan betapa handsome nya dia. Dia hulurkan tangannya dan berkata, "Marilah.. semuanya dah selesai."
Tiba-tiba aku terdengar suara-suara yang memanggil aku. Aku toleh ke belakang. Aku kenal diorang tu. Semua tu kawan-kawan aku. Kemudian, aku tanya, "Mereka akan merindui aku kan?" dan aku memandang lelaki tersebut.

Lelaki tu tersenyum dan berkata, "Semua tu dusta. Mereka bukan sahabat kau yang akan merindui kau. Tapi mereka akan mengambil kesempatan atas kau kerana kau terlalu istimewa dalam kerja harian mereka."

Aku pandang lelaki tu. Dia masih tersenyum. Dia genggam erat tangan aku. Dia pimpin tangan aku ke arah cahaya tu. Telinga aku masih terdengar suara kawan-kawan yang memanggil aku kat belakang tu. Aku toleh kepala ke arah mereka. Aku tak patut tinggalkan mereka. Langkah aku terhenti. Lalu, lelaki tu bertanya, "Kenapa?"

Tanpa toleh ke arah lelaki tu, "Mereka perlukan aku, walaupun aku tak perlukan mereka. Aku perlu ada pada mereka."

Kemudian, lelaki itu bertanya lagi, "Kau pasti kau akan dihargai selepas itu?"

Aku jawab, "Mereka tak akan menghargai aku, tapi sekurang-kurangnya, aku dapat tinggalkan memori dalam hidup mereka."

"Kau mahu pulang?" tanya lelaki tu lagi.

"Ya.. tapi kau tunggu aku bila masa aku sampai, ya?" aku senyum.

"Baiklah.. kalau itu yang kau mahu." lelaki tu masih senyum. Lalu melepaskan genggaman tangannya. Dan memeluk aku. "Aku akan tunggu kau di sini. Aku sayang kau, Hani Amira."

Ketika tu, aku tersedar. Bangun secara mengejut. Jantung aku berdegup laju setiap kali mimpi tu berakhir. Berpeluh dahi ni. Nafas pulak pendek je. Nak kena cekau oksigen banyak-banyak.

Itulah mimpi yang kerap datang dalam mimpi aku. Perbuatan, percakapan, dan situasi yang sama. Aku tau.. dengan keadaan kesihatan aku yang tak berapa bagus, dan apa yang doktor bagitau kat aku sebulan lepas, sedikit sebanyak buat aku takut dengan mimpi tu. Tapi aku kena kuat! Aku tak boleh lemah macam ni. Aku... akan cuba sedaya aku boleh.

No comments:

This is Hani