Monday, May 31, 2010

Here goes Dissidia: Final Fantasy

At last! I've got Dissidia: Final Fantasy game for my PSP. Although it takes time about..... 7 hours non-stop I downloaded that game. Can't wait to extract that files and play the game. I've already watched the demo clips for this game and it's totally AWESOME! Thanks to Mohd Syafiq for sending me the links for this game. Bravo to this guy!

Monday, May 24, 2010

Oh Dissidia: Final Fantasy --

Hari ni aku berhempas-pulas tenaga dan bil elektrik untuk download games baru untuk PSP aku ni. Macam-macam la jugak aku amek. Tapi dari dulu lagi aku cari game ni, Dissidia: Final Fantasy. Banyak kali jugak aku download game ni. Mesti dapat dalam versi Jepun. Kalau dapat versi Inggeris lak, mesti system crash!

Aduyai.. pening kepala. Best kot game tu. Aku sempat main kejap je sebelum system game tu crash. Dah macam-macam website aku masuk, sama jela yang jadi kat game tu. Ada website yang broken link tu memang tak dapat la nak tolong. Harapan jela ye..

Sekarang ni just satu tempat jela yang aku leh gi untuk dapatkan game tu. KEDAI GAMES! Yeah! Terpaksa la leburkan duit sikit. Bukan selalu. Haish.. hari tu beli UMD games dari US guna Paypal boleh pulak kan.. USD$3 lagi. Beli 3 keping lak tu! Kalau convert Ringgit Malaysia dah berapa la pulak kan.. haish! Duit duit duit!

Yang pasti.....  DISSIDIA: FINAL FANTASY dalam PSP ku!

Saturday, May 22, 2010

Minggu ni terhebat!

Agak best minggu ni walaupun tak setiap hari aku ni indah. Hmm... apa yang aku buat satu minggu ni ye?

Isnin -17 Mei 2010
Aku dengan budak-budak satu rumah buat makan besar. Nak kata BBQ, bukan. Sate pun bukan juga! Habis tu apa? Kitorang pun tak tau. Memang sedap! Kitorang memang resipi pakai hantam je malam tu.Pastu ada strawberi cicah coklat! Yummy!


Selasa - 18 Mei 2010
Ada exam Tekcom, jam 2.30 petang. Study? Sudah... tapi agak blur sikit sebab otak penat sangat. tidur pun tak cukup. Banyak lepak je dengan kawan. Bila masuk exam, rest kejap dalam 2, 3 minit. Relax Hani! Jangan tertidur lak!

Rabu - 19 Mei 2010
Exam lagi! Last paper, Pendidikan Islam. Walaupun agak macam tak dapat jawab, tapi aku try la juga sampai otak ni penat nak fikir. Akhirnya... siap! Habis jawab exam, lepak jap makan dengan kawan-kawan kat Sajazz. Lepas tu, apa lagi? KARAOKE! Agak enjoy la sebab baru habis exams. Lepas tu dengan bosan lagi. So buat bising la kat tempat karaoke.





Khamis - 20 Mei 2010
Keluar gi bantai dua movies. 'Nightmare of the Elm Street' (kalau tak silap la tajuk ni) & 'Robin Hood'. Boleh tahan! Layan la cerita macam ni.

Jumaat - 21 Mei 2010
Anak hamster aku tu umur dia baru je masuk 20 hari. Tapi dah dapat adik baru. Hmm... banyak la pulak tu! Lima ekor sekali keluar! So.. parents dia dua ekor, anak hamster yang lama ada tiga, yang baru lima.

2 + 3 + 5 = 10 ekor!

Tak apa la.. aku happy bila tengok hamsters banyak-banyak ni. Tapi duit la nak kena cekau banyak-banyak, beli makanan untuk diorang. Cukup la kot... yang penting, diorang buat aku release tension aku ni. Thank you my chubby hamsters!

Monday, May 10, 2010

Kesibukan kembali!!

Haish dah lama tak update blog ni. (Lama ke?) Actually malas nak update sebab tak ada benda nak di-update-kan pun. So overall untuk minggu lepas, memang sibuk! Banyak kerja kena disiapkan. Assignment, laporan projek, anak hamsters, projek video, hari ibu... haish!

Lepas settle je presentation projek Tekcom tadi, aku rasa ringan la sikit kepala otak aku ni. Rasa macam nak terbang je haha!

Tapi ada lagi yang mengganggu! Final exam! Study lagi~

Tak ada hal kot.. sebab ada masa lagi nak study. Kena study betul-betul! Jangan main-main Hani!!

Saturday, May 01, 2010

Dua campur lima

Dua campur lima? Apa benda ni? Dua kali lima ada la! Actually ni la bilangan hamster aku sekarang. Yang betina, Bibi tu dah pun beranak time aku tengah dok sental badan dalam bilik air hari ni.

"Mira.. hamster ko tu dah beranak tu..", Abah macam happy je. Maklumlah.. dapat 'cicit' haha!

Mula-mula tengok ada 4 je. Ok la 4 ekor.. esok lusa aku beli la cage baru. Buat sementara ni, lepak dulu dalam cage kecik ni. Tak lama lepas tu, keluar lagi sekor. Walaoweyh!!

Adeyh.. mana aku nak letak hamster jantan aku ni? Takut kalau dia makan lak anak hamster ni. Aku pun cari la bekas yang besar sikit. "Ha.. tupperware Mama. Cilok jap la!" 


P/S: Happy birthday to Muhsinah Yacob yang ke-20. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin! Yang paling penting, tarikh birthday Muci and hamster baru Hani ni adalah SAMA. Leh celebrate sama-sama tahun depan haha!

This is Hani