Saturday, May 22, 2010

Minggu ni terhebat!

Agak best minggu ni walaupun tak setiap hari aku ni indah. Hmm... apa yang aku buat satu minggu ni ye?

Isnin -17 Mei 2010
Aku dengan budak-budak satu rumah buat makan besar. Nak kata BBQ, bukan. Sate pun bukan juga! Habis tu apa? Kitorang pun tak tau. Memang sedap! Kitorang memang resipi pakai hantam je malam tu.Pastu ada strawberi cicah coklat! Yummy!


Selasa - 18 Mei 2010
Ada exam Tekcom, jam 2.30 petang. Study? Sudah... tapi agak blur sikit sebab otak penat sangat. tidur pun tak cukup. Banyak lepak je dengan kawan. Bila masuk exam, rest kejap dalam 2, 3 minit. Relax Hani! Jangan tertidur lak!

Rabu - 19 Mei 2010
Exam lagi! Last paper, Pendidikan Islam. Walaupun agak macam tak dapat jawab, tapi aku try la juga sampai otak ni penat nak fikir. Akhirnya... siap! Habis jawab exam, lepak jap makan dengan kawan-kawan kat Sajazz. Lepas tu, apa lagi? KARAOKE! Agak enjoy la sebab baru habis exams. Lepas tu dengan bosan lagi. So buat bising la kat tempat karaoke.





Khamis - 20 Mei 2010
Keluar gi bantai dua movies. 'Nightmare of the Elm Street' (kalau tak silap la tajuk ni) & 'Robin Hood'. Boleh tahan! Layan la cerita macam ni.

Jumaat - 21 Mei 2010
Anak hamster aku tu umur dia baru je masuk 20 hari. Tapi dah dapat adik baru. Hmm... banyak la pulak tu! Lima ekor sekali keluar! So.. parents dia dua ekor, anak hamster yang lama ada tiga, yang baru lima.

2 + 3 + 5 = 10 ekor!

Tak apa la.. aku happy bila tengok hamsters banyak-banyak ni. Tapi duit la nak kena cekau banyak-banyak, beli makanan untuk diorang. Cukup la kot... yang penting, diorang buat aku release tension aku ni. Thank you my chubby hamsters!

No comments:

This is Hani