Thursday, September 30, 2010

Part 5 : Lelaki Idaman?

Salam semua!

Seperti yang dijanjikan, aku akan sambung semula cerita yang berepisod kat blog aku ni. Kali ni, aku nak story pasal lelaki yang aku suka dan idamkan sangat-sangat!

Macam orang lain jugak, ada kriteria tertentu pada seorang lelaki yang boleh membuatkan aku rasa 'wow'! Tapi ni cuma apa yang diidamkan jela. Okay? Firstly, aku nak story pasal internal side dulu. Apa ada pada dalaman? Spender? Eh bukan yang tu! Ni perangai dan sifat seseorang, okay!?

Aku ni suka kalau laki tu jenis yang ROMANTIK. Kalau leh, biar la MANJA dengan aku, BUKAN MENGGEDIK dengan perempuan lain. Tu memang stok kena tampar laju-laju je. Mereka perlulah SABAR sebab aku ni suka buat perangai bila datang mood tak betul sikit. Lagi suka kalau laki tu jenis TAK MENGUNGKIT sebab sakit bila laki dok ungkit balik apa yang kita buat, walaupun benda kecik ni. Lagi bagus kalau laki tu TAK HIPOKRIT dengan diri dia. TAK CAKAP BESAR kalau bercakap dengan orang lain. Macam diri tu besar sangat kan. Lepas tu, aku memerlukan lelaki yang JUJUR dengan setiap perbuatan dia. Dan ditambah dengan SUKA BERTERUS-TERANG, semua tu insya-Allah aku lagi suka kat laki. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang ada kat hati korang. Jangan sampai aku baca hati korang tu, okay?

Macam perempuan lain jugak, aku suka kalau laki tu MENGHARGAI KITA. Sebab pengalaman mengajar kita. Dan aku rasa sakit sangat bila laki tak menghargai sikit pun apa yang kita buat kat dia. Dia gak janganlah jenis kalau marah nak mencarut. CAKAP BAIK-BAIK boleh? Tak perlu nak mencarut panggil kita ni macam-macam. Dan aku jenis tak kisah laki nak berkawan ramai mana pun. Laki, perempuan, pengkid, maknyah, gay, or what so-ever people. Tapi tolonglah JAGA HATI aku. Takkan layan kawan perempuan macam layan special girlfriend lak kan... ke nak aku layan ko macam kawan je? Haha! So sebagai hiburan, aku suka kalau laki tu PANDAI BUAT LAWAK. Tak kisah la lawak bodoh ke pandai, aku layan je. Tapi jangan terlalu bodoh sangat lawak tu boleh? Rasa macam nak kena sepak je. Sabar Hani! Kalau diikutkan, banyak lagi sifat laki yang aku admire sangat. Ni cuma antaranya jela.

Dah habis cakap pasal sifat dan perangai, now aku nak bagitau lak penampilan, rupa, dan apa yang luaran laki yang aku suka, from top to toe. Penampilan ni aku tak kisah.. asalkan KEMAS dan smart. Aku bukannya jenis yang demand sampai nak kena pakai seluar Levi's original, kasut kulit, sapu gel sampai rambut berkilat, tak! Asal sedap mata memandang dah la. Rambut? Aku tak kisah kalau nak botak tapi better berambut. Aku suka kalau laki tu HIDUP SEDERHANA, asal korang dapat isi perut sendiri dah la. BERDIKARI sendiri tu bagus, jangan mengharap kat parents ke apa-apa.

Ni antaranya yang pelik, yang pernah aku demand. Aku suka tengok lelaki yang BERGIGI LAPIS. Suka sangat tengok bila diorang senyum kahkah! Suka yang ada iras CHINESE-LOOK. Lepas tu, laki tu for sure kena lagi TINGGI, BERISI dari aku.

Lagi dapat bonus marks if laki tu PANDAI MAIN INSTRUMENTS. Tak kisah la gitar, drums, even caklempong sekali pun! Haha! Lagi best kalau laki tu ada BELAJAR SELF-DEFENSE. Bukan nak belagak, tapi aku suka tengok orang yang ada seni camtu.
Ni antara hero yang aku minat la kot (haha!)
Dari kiri: Farid Kamil, Johnny Depp, Jared Leto

 Kalau diikutkan, banyak lagi yang perlu ditaip tapi ni je pun dah cukup panjang kan? So aku stop sampai sini jela. Haa.. ada yang bertanya, ada ke laki yang aku idamkan tu? Sebenarnya tak ada pun. Nak cari yang perfect macam kita nak memang harapan la kan! Tapi now, ada la jugak minat kat seseorang. Cukup la sekadar minat, sebab aku tak mampu jadi lebih dari tu. Dia... lain! Thanks kat Yan dan Ejat. Tanpa diorang, aku tak kuat nak harung hubungan persahabatan aku dengan orang tu. Diorang la yang selalu jadi tempat aku nak menangis ke apa. Thanks buddy!

P/S: So lepas ni? Apa? Pets! Apa binatang yang aku suka? Yang aku bela? Hmm.. ada yang tau tu diam jela. Yang tak tau, just tunggu jela, okay? 


Sunday, September 26, 2010

Gembira lalu 'tewowong'!

Salam semua!

Hari ni aku terlalu stress sangat! Lepas je aku balik dari beli barang dapur petang tadi, aku dok lepak dengan kawan-kawan rumah. Then aku bagitau something kat diorang. Masa tu, yang ada kat hall just Eva, Fatin, Yan dan Ejat. Terima kasih banyak-banyak sebab dengar masalah aku. Aku kuatkan semangat semata-mata nak bagitau problems aku tu. Alhamdulillah semuanya settle. Apa yang diorang cakap tu betul jugak. Aku tak boleh fikir yang bukan-bukan. Kalau betul benda tu salah, aku kena buang jauh-jauh. Jangan buat atau layan lagi. Aku rasa kalau tak ada korang tadi, dah lama aku tak ada lagi sekarang ni. Haha jokes!

Lewat petang tu pulak, kawan aku time sekolah dulu datang rumah. Lepak-lepak, tiba-tiba Yan ajak keluar makan. Aku pun fikir perut tengah kosong, set jela. Malam tu pulak, keluar dengan Yan dan Ejat. Makan kat Singgahan Rasa. Kawan kitorang pun ada join, yang datang petang tadi. Tiba-tiba ajak keluar lepak mana-mana around KL. Lagi la aku set je! Bosan kot duduk rumah!

Masa on the way ke KL, ada la kena lalu kat terowong ni. Entah macam mana Yan sebut perkataan terowong, tapi yang keluar kat mulut dia 'TEWOWONG'. Aku ingat dia tersasul, rupanya memang dia sebut macam tu. Ejat dengan aku lak jahat, mengenakan Yan. Jom layan klip video ni. Terbaik!





Sampai kat KLCC, lepak jap kat situ. Rileks kan kepala otak masing-masing yang tengah serabut ni. Sekurang-kurangnya aku dapat buang sikit-sikit masalah dalam fikiran aku ni. Alhamdulillah sangat! Aku harap sangat dapat hang-out macam ni. Tapi cukuplah kan.. nak exam Isnin nanti.
Malam ni je dah berapa ramai dapat kawan baru. Lalu kat Zouk, ada dapat kawan walaupun just say 'hi'. Lalu deret club Aloha, Beach, tu semua pun sempat dapat kawan lagi. Just friends for a night jela. Gila aku nak berkawan dengan diorang? Rosak aku nanti!

Dah bosan kat KL, tembak gi Cheras lak. Gi uptown kat sana. Jalan-jalan. Hmm.. bosan sangat tapi kitorang nampak satay ikan! Terbaik lah sangat! Aku beli RM3. Kalau RM1 dapat 4 cucuk, korang kali la sendiri. Heaven! Rupanya abang yang jual tu orang Kajang jugak. Patut la macam pernah nampak!
 satay ikan!!
Yan dan Ejat dah tak sabar nak makan satay ikan.

Papahal, aku enjoy sangat malam ni. Korang memang the best! Next time kita shoot tempat lain lak weh!

Saturday, September 25, 2010

Kenapa aku nak deactivate Facebook?

Salam semua!

Lepas je aku balik dari lepak dengan kawan-kawan malam tadi, aku post status kat Facebook pada jam 3 pagi berkenaan aku nak deactivate akaun FB aku. Actually aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Marah, kecewa, cemburu, semua ada! Aku tak nak fikir semua tu sebab SETIAP KALI aku online je mesti aku akan rasa semua tu. Aku tahu aku tak hak nak rasa semua tu sebab semua orang dalam FB tu KAWAN aku sendiri. Ada yang kenal, ada yang tak. Sekarang ni, aku cuma harap, persahabatan aku dengan korang semua tak putus macam tu je. Sekali korang jadi kawan, sampai bila-bila korang jadi kawan aku. Tapi bila sekali korang putuskan, aku akan tinggalkan persahabatan tu buat selamanya.
Ada juga yang bertanya, sebab apa aku perlu deactivate FB? "Tak kan la sebab dia, kau nak deactivate FB?" Sebenarnya tu salah satu sebab jugak. Aku penat la. Penat sangat! Rasa macam diri ni tak ada apa! Nothing! Sekarang ni, seorang adalah sama, KAWAN! Tak ada yang dapat status 'wanna-be', 'bakal', or what so-ever panggilan. Just friends!

Aku minta maaf sebab lari dari masalah ni. Aku tak dapat nak bagitau sebab sebenar kat beberapa orang yang aku text malam tadi. Ye memang aku jeles sangat-sangat! Kehidupan korang.. pergaulan korang.. percakapan korang dengan kawan-kawan.. aku tak tahu kenapa. Aku sayang kau okay? Sayang sangat-sangat! Tapi tak nak mengharap apa-apa lagi sebab aku penat sangat. Aku cuma harap kau happy la dengan kehidupan kau sekarang. Aku ni cuma seorang budak perempuan yang bersembunyi di sebalik dinding, tengok kau gembira kat sana. Semua tu tak penting.. dan aku tak hebat mana untuk berkawan dengan orang macam kau. Minta maaf sangat... minta maaf kat semua.

Friday, September 24, 2010

Part 4 : Gajet Bajet

Salam!

Entri kali ni... gajet? Hmm.. aku tak tau nak taip apa ni. Otak blank! Banyak sangat benda fikir. Tapi gagahkah jugak nak update blog ni haha!

Kalau korang semua satu rumah dengan aku, sure korang pening dengan aku. Macam-macam yang melekat kat aku ni. Yang terjuntai, sangkut-sangkut kat aku. Haha! Jangan fikir yang bukan-bukan okay? Maksud aku, MP3 player. Aku pakai Sony Walkman NW-E013F. Entahlah.. tak ada menatang ni rasa sunyi gak la. Kadang-kadang sampai tah berapa kali aku cas MP3 ni. Tapi dalam banyak-banyak MP3 player aku, aku paling sayang kat MP3 yang pernah Abah hadiahkan kat aku. Walaupun cuma 1GB, tapi kalau hilang MP3 tu, aku rasa macam nak menangis je! Mungkin sebab pemberian orang. Ada satu lagi, aku lupa model apa tapi Sony Walkman jugak aku beli yang 8GB punya, aku jarang sangat guna. Macam tak berminat je tapi still layan gak la lagu dalam tu. Gila kalau tak guna! Buat apa aku beli kan?

Tapi kalau MP3 tu tengah cas, handphone still ada kan? Haha! Thanks kat Abang Romi sebab bagi handphone ni. Sayang Abang lebih la! Kasi buat anak cepat sikit! Saya tak sabar nak dapat anak buah ni haha! Aku pakai Sony Ericsson W595, warna white. Aku ni gila muzik sikit. Sebab tu semua nak bajet walkman je haha! Entahlah.. even kalau nak gi mandi pun pasang lagu kuat-kuat. Kesian house-mates aku, terpaksa tahan pekak dengar aku memekak dengan lagu yang mungkin diorang tak suka dengar.

Selain muzik, aku gak suka layan games. Tak habis-habis dengan PSP. Tu la yang kawan aku selalu cakap. "Hani ni kalau time exam lagi kuat dia main PSP dia tu. Gi la baca buku tu, esok ada paper pagi kan". Haha kesian gak bila dengar kawan aku marah sampai macam tu. Terima kasih la sebab caring kat aku tapi aku tak suka study la. Nasib jawab exam okay hehe! Tapi nak buat macam mana kalau habit aku macam tu kan. Thanks jugak kat Abang Romi sebab banyak share games dengan aku.
Selain semua tu, aku ada gak layan Wii, PS2, XBox 360.. thanks banyak-banyak kat Abang Romi sebab selalu ajak aku datang rumah dia semata-mata nak fight games sama. And sorry to Kak Maria kalau Abang Romi ni macam budak-budak sikit. Kami memang gamers, so kena faham la okay? Kawan-kawan pun kena la faham yang aku ni tak boleh nak berenggang dengan MP3 aku. So next time, jangan la sembunyi kan MP3 aku. Sampai ada yang sanggup sembunyi kat dalam sofa lagi. Aduyai!

FYI, aku memang gila dengan top 3 gadjet tu. Sampai nak gi mana-mana, mesti bawa sama. Rasa pelik kalau tak bawa sama. Kurang sangat. Tu la 'boyfriend' aku selama ni. Selalu teman aku time aku susah senang. 

P/S: Korang nak tahu tak lelaki macam mana yang aku suka dan idam kan sangat? So nanti kan jela okay? Sayonara for now! 


Monday, September 20, 2010

Part 3 : Aku dan Muzik

Salam semua!

Seperti yang semua orang tahu, muzik ni banyak beri kita pengaruh dalam kehidupan. Ada yang sebab trend, ikutan semata-mata. Ada yang sebab pengaruh orang sekeliling. Tapi apa-apa hal, muzik tu sedikit sebanyak dapat beri kita satu 'jiwa' yang lain dari diri kita.

Kalau orang tanya aku apa yang aku minat, sebenarnya aku suka muzik rock. Tapi sebelum tu, meh dengar cerita aliran muzik yang aku ada la jugak layan selama ni. ;)

Sejak dari kecik lagi, Abah suka dengar lagu berulang-ulang. Sampai kadang-kadang aku boleh hafal lirik lagu sendiri. Lagu-lagu dia sure la jenis Oldies kan. Frank Sinatra, Neil Sedaka, Elvis Presley, etc etc. Siap ajak gi karaoke lagi. Dulu parents aku suka karaoke. Sampai berjangkit hobi diorang kat kitorang ni haha! Kalau penyanyi sini, Abah suka Broery Marantika dan Ruth Sahanaya. Tu memang all-time favorite dia. Sekali dengan aku sekali terminat lagu macam tu. Aku suka sebab melodi lagu macam tu, best sangat dengar. Abah pun suka lagu rentak jazz. Ada penyanyi yang aku tak tahu nama, so aku tak tahu la nak cari mana lagu tu. Hmm..
Bila lepak dengan Abang Romi, kalau tak dengar rock kapak dia tu, sure dengar lagu rentak R&B. Kat dia la aku selalu dengar lagu macam Rihanna, Black-Eyed Peas, etc etc. Actually aku kurang sikit lagu macam ni sebab tak membesar dengan lagu macam tu. Tapi still boleh dengar lagi. Tak ada la bila dengar je lagu macam tu terus bernanah telinga ni kan haha! Dah Abang Romi minat lagu macam tu, so aku kena sesuaikan diri dengan lagu macam tu. I'm trying to be a universal music listener.
Masuk pulak dunia Kak Lisa masa zaman sekolah dulu, selalu pergi gig dengan dia. Gig masa tu banyak buat area KL, dalam tahun 2002 sampai 2005. Lepas tu aku dah slow sikit dengan gig ni. Sekolah lagi time tu tapi still ikut Kak Lisa kalau ada masa free. Sekarang ni still ada pergi tapi boleh kira la berapa kali aku pergi dalam setahun. Malas dah nak pergi tempat macam tu. Tapi still ambil tahu gak info baru music underground scene ni. Setakat ni yang paling aku minat, band macam Seven Collar T-Shirt, Bittersweet, Estrella, dan Disagree. Yang lain tu ada gak yang best. Boleh lah... sekarang ni pun ada yang buat solo performance macam Yuna dan Zee Avi. Memang terbaik la sekarang ni. Teringat dulu kawan aku pernah bagi aku pinjam EP Yuna. Masa tu aku sekolah menengah lagi. Yuna pun masa tu buat akustik je. Sekarang? Yuna dah hebat! She's my favorite underground singer.
From Top-Left to Bottom-Right: Seven Collar T-Shirt, Bittersweet, Disagree, Estrella. 



Yuna and Zee Avi.

Lepak dengan kawan-kawan pulak, memang lagi ramai la yang bawa pengaruh lain! Ada yang layan metal hardcore tu siap suruh aku dengar lagi lagu diorang. Dengar jela, buat sedap hati. Sakit kepala dengar sebenarnya! Ada yang hip-hop lak, lagi la tak boleh masuk sangat. Kalau Eminem tu boleh lagi, ada yang melalut tu, pfftt! Ada yang minat lagu Japanese, Korean.. suka melodi lagu dia. Tapi sepatah haram aku tak faham! Ada yang suka lagu Malaysia tu, baguslah. Tapi kadang-kadang lagu artis Malaysia ni aku boleh dengar je, nak minat memang susah sangat. Bukan tak nak sokong Malaysia, tapi buat lagu tu kalau boleh buat yang bagus-bagus sikit la. Huhu sudah-sudah! Nanti ada kena banned lak :p
From Top-Left: Maroon 5, Sum 41, Paramore.

Kalau aku pulak, aku jenis yang suka searching band-band dari luar Malaysia. Banyak la jugak yang aku minat. Antaranya macam yang popular kat Malaysia such as Paramore, Maroon 5, Sum 41, Green Day, Goo Goo Dolls, Nirvana, Muse, etc etc. Solo performance lak macam Avril Lavigne, Pink, Jason Mraz... Demi Lovato? Haha! Macam tak percaya kan? Tapi tu la.. aku ni sebenarnya tak kisah nak dengar lagu apa pun, asal best je bila dengar.
Avril Lavigne and Pink. 

Walau apapun, muzik tu tak melambangkan sikap dan perangai sesiapa. Jangan nanti aku layan genre ni, korang kata aku macam ni. Layan genre yang tu lak, lain korang cakap lak kan. Kalau tak ada muzik, memang bosan hidup ni. Macam tak ada yang menghiburkan kita. Sekurang-kurangnya boleh release tension tu kan?

P/S: Dah tau genre apa aku layan kan? Lepas leh hu-ha sama, okay? Haha! Next blog! I'll tell you about my gadgets. Apa yang aku suka? Gajet dari handphone, MP3, semua la yang aku suka layan selama ni. You all just wait there!


Thursday, September 16, 2010

Part 2 : Sekolah Bosan

Salam semua!

Seperti yang dijanjikan dalam blog sebelum ni, aku nak tulis pasal.. sekolah! Pfftt!

Aku seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan semasa Darjah 1-6. Dan bila naik Form 1, aku sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang. Aku ni bukanlah seorang pelajar yang skema semasa sekolah dulu. Nak ponteng kelas, ponteng sekolah.. tu dah biasa. Tapi alhamdulillah la tak pernah kena potong markah demerit masa tu.

Kalau cakap bab pelajaran, aku paling minat subjek Matematik. Kalau kelas Matematik, sure kedatangan aku full punya. Kalau tak datang tu, sure tanya kawan-kawan, belajar apa hari ni. Subjek lain? Go to hell jauh-jauh! Paling aku benci, subjek Sejarah. Masa naik Form 4, subjek Biology buat aku rasa nak termuntah darah! Benci gila la subjek tu. Bila masuk Form 5, aku drop subjek Biology, ganti dengan Tasawwur Islam. Cikgu Halimah (cikgu Biology aku) bukan main marah lagi budak-budak yang drop subjek dia. Kah kah! Dah dia mengajar macam nak tak nak je. Tau la kita ni bodoh, bebal. Tak yah la nak berat sebelah sangat kalau mengajar students tu.
Classmates on 2006 - 4 Setia

Aku tak ada la study kaw-kaw macam kawan-kawan kelas aku yang lain. Yelah.. aku kelas Setia a.k.a kelas Sains Tulen 1. Kelas pertama tu.. tapi study tak pertama pun hahah! Baca buku sampai buku lunyai tu bukan cara aku. Tapi alhamdulillah, result SPM aku cantik. Dari 10 subjek yang aku ambil, tak ada satu pun yang tak kredit. Nasib kot. Tapi bersyukur gila la masa tu! Thank you Allah!
Ko-kurikulum? Aku seorang yang aktif dalam aktiviti kawad. Aku masuk Kadet Remaja Sekolah (KRS). Zaman 'kegemilangan' kami sure la masa kami Form 5. Buat formasi kaw-kaw punya hebat! Ni pun atas kerjasama rakan-rakan yang lain juga. Kalau tak, sure formation tu berterabur punya! Aku jugak aktif bila datang hari sukan. Bab lari-lari balapan, rejam-rejam lembing ni aku suka!
together with Aqilah, Muchi, Marz and Azrin on Sport's Day 

with Marz, Ejat and Seha

Squad KRS 2007, congrats to Muchi coz be a cool commander on that time.

My juniors; Hazreen, Zana, Dayah, Eika, and Wan. 

Aku serius rindu kawan-kawan aku time sekolah dulu. Ada yang dah lost contact. Aku gak yang nak semua tu, lost contact dengan semua. Tapi nasib ada Facebook. Sekurang-kurangnya kalau aku nak tanya khabar, tanya kat situ je. Termasuklah cikgu-cikgu aku yang pernah mengajar aku kat sekolah dulu. Facebook aku tu pun dah macam jejak kasih. Ramai sangat kawan and cikgu time sekolah dulu. Terima kasih la kat korang sebab still contact dengan aku. Puas aku mengelak tapi.. terima kasih sangat-sangat! Korang terbaik sebenarnya.

Aku ni bukanlah seorang yang 'popular' time sekolah dulu. Just a low-profile student. Tapi kadang-kadang aku pelik sebab ada gak junior yang beza 3, 4 tahun dari aku, yang kenal dengan aku. Hmm.. mana la diorang kenal aku ni eh? Sebab aku pernah handle sesi fotografi ke apa? Entahlah! Banyak event dah buat kat sekolah tu. Tak ingat la!

Apa-apa hal, aku still ingat muka korang sekor-sekor, sorang-sorang tau! Haha! Semoga korang berjaya la dalam apa saja yang korang ceburi. Ada yang dah berjaya tu jangan nak bongkak sangat! Haha!

P/S: Next topic! It will be my influence in musics ♫♪ Apa genre musik yang Hani minat sebenarnya ni? Korang tunggu jela blog seterusnya okay? Love you all! ♫♪ 


Tuesday, September 14, 2010

Part 1 : Satu Kehidupan

Salam!

Setiap satu kejadian tu pasti ada hikmahnya. Begitu juga kejadian diri aku ni.

Tepat jam 7.02 petang 14hb Ogos 1990, aku dilahirkan di Hospital Kajang. Apa yang aku tau masa tu cuma menangis. Siapa aku tu? Parents bagi nama Hani Amira Suraya binti Shahbudin, tapi yang masuk surat beranak cuma Hani Amira je. Suraya dah tercicir kat mana pun tak tau.
Aku lahir je doktor dapat detect aku ni ada penyakit. Selain tu, ada ketumbuhan kat bawah pinggang aku. Kesian kat Mama, dia dah banyak berkorban untuk bagi aku bernyawa. Dah lahirkan aku pun aku still susahkan Mama. Dengan penyakit yang entah bila nak sembuh. Aku ditahan kat wad kanak-kanak, agak lama la juga. Aku jarang sangat balik ke rumah. Sebab aku sakit.

Banyak sangat wayar dan tiub berselirat kat badan aku masa tu. Sampai la aku umur 2 tahun, baru aku boleh buat operation. Buang ketumbuhan yang ada kat dalam badan aku. Tapi aku tak boleh keluar wad lagi lepas tu. Lelah aku terlalu teruk. Tong oksigen dah macam tong gas dapur kat rumah tu. So kena stay lagi dalam beberapa minggu or bulan, aku tak ingat.

Selama aku sakit, dengan tiub oksigen masih terlekat kat badan masa tu, aku selalu nak main kat taman permainan. "Mama, Bibi nak gi main kat sana, boleh?" Lepas tu Mama mesti jawab, "Bibi tak boleh main kat sana nanti Bibi sakit." Kemudian Mama menangis. Aku tak tau apa-apa masa tu, cuma aku pandang kat luar, tengok budak-budak lain main kat taman permainan tu. Mama banyak temankan aku masa aku sakit dulu. Abah sibuk, cari nafkah untuk kami semua. Abang Kakak semua sekolah lagi masa tu.
Kalau diingatkan balik, kehidupan aku masa kecik dulu tak sama macam korang semua. Aku nak gi main kat park pun tak boleh. Nak berlari main kejar-kejar pun tak boleh. Nak pegang kucing tak boleh. Semua tak boleh. Nanti sakit.. tapi aku rasa cukup bersyukur sebab aku masih ada keluarga yang sanggup jaga aku. Sampai sekarang, mereka masih menjaga aku. Walaupun kadang-kadang aku tak bagitau mereka yang aku sakit.

Baru-baru ni, aku kerap nose-bleeding, batuk keluar darah. Tapi hari ni, tak pulak. Aku pelik sangat. Entah la.. nak gi check-up, takut tak ada apa-apa jadi. Tak pergi nanti melarat. Mama Abah tak tahu hal ni. Aku kena tahan dengan sakit aku ni. Aku tak nak mereka risau, lebih-lebih lagi Mama. Apa yang perlu aku buat? Ada seorang insan ni tau apa yang jadi kat aku malam tadi pun dah risau sangat. Siap call, tanya aku okay ke tak. Rasa bersalah sangat kalau aku tak pergi check-up. Tapi korang semua tak payah la risau sebab aku akan okay nanti. Sure!
Dah la.. tak boleh cerita panjang-panjang bab sakit ni. Terlalu banyak nanti korang risau. Yang penting, kita hidup dalam satu kehidupan yang penuh gembira dan kita perlu bersyukur pada Allah sebab dia bagi kita kesihatan yang bagus.

P/S: Apa pulak kisah selepas ni? Apa yang Hani buat time sekolah dulu? Tunggu blog seterusnya, okay?


Wednesday, September 08, 2010

Raya kembali lagi, tapi jangan terlalu gembira

Salam semua!

Seperti yang korang tengok kat TV tadi, raya aidilfitri akan kembali tahun ni. Tapi harap korang tak lupa pada yang dah tak ada dengan kita sekarang ni. Dalam hidup aku, ramai kawan-kawan aku yang dah pergi. Raya tahun ni adalah raya ke-4 tanpa mereka. Tak lupa kat ahli keluarga yang dah lama pergi, harap mereka ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah dan dikalangan orang yang beriman, Amiin.

Kembali pada topik raya ni, macam biasa la manusia ni kan. Bila dah perayaan tu, time tu la semua nak baru. Baju baru, kain langsir baru, alas meja baru, penat aku tengok dorang shopping ni. Tadi aku keluar dengan Kak Lisa. Dia ajak ke Bangi, nak beli tudung. Okay jela, aku pun bosan dok rumah je. Dah beli tudung, aku ajak dia ke bandar Kajang. Aduyai gila ramai orang! Nak cari parking pun sampai lenguh kaki. Turun sana ingat nak bayar bil broadband, settle kan semua hutang-hutang yang patut dibayar. Dah lama kot tak bayar bil, kang tak pasal-pasal lak kena potong kan.

Pastu dah alang-alang sampai sana, beli la barang apa-apa yang tak ada kat rumah. Mula-mula gi Giant, Kak Lisa nak beli refill pewangi kereta. Lepas tu, naik Parkson lak. Biasa la Kak Lisa tu, nampak handbag memang gila la dia. Bagi dia layan gila dia kat handbag tu dulu, aku dok la jalan-jalan, mana tau ada yang berkenan. Hari tu aku nak cari kemeja, beli jela. Jumpa yang berkenan haha! Kemeja putih, ada line merah. Aku tak ada lagi kemeja kaler ni so amek saje! Lepas tu beli seluar jeans, plain black. Ingat nak amek putih, tapi korang tau jela aku ni, lasak sangat. Mau kotor nanti.

Sebelum nak bayar tu, Kak Lisa suruh aku pilih mana handbag yang cantik. Aku serius buta and tak reti bab ni. Aku main pakat tunjuk jela mana yang okay kat mata aku ni. Haha minta maaf ye Kak Lisa! Tapi not bad la handbag tu, pinjam nanti! Haha!

Tu la yang jadi hari ni. Penat nak harung tempat yang ramai orang ni. Nasib hidup lagi haha! Papahal, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kat semua umat Islam seluruh dunia, terutama yang sudi baca blog ni. Setakat ni ada yang dari US, UK, Brunei, Indonesia, Jerman, dan yang paling aku sayang, Malaysia! Terima kasih banyak-banyak! Happy Eid-ul Fitr!
P/S: Lama tak dengar lagu kat playlist dalam laptop ni, tiba-tiba keluar lagu Nirvana - Heart-Shaped Box. Sebelum tu lagu Shania Twain - You Got Away With Me. Wah.. lagu lama je eh playlist! Terbaik! 


Sunday, September 05, 2010

Step Up 3 terbaik!

Salam semua!

Hari Jumaat lepas aku keluar dengan kawan kolej aku, Dome. Thanks banyak-banyak kat dia sebab tak ada la aku dok keras membeku kat rumah malam tu haha! Aku ingat just keluar macam tu jela. Tanya nak gi area mana.. aku tak tau nak gi mana. Tengok jam masa dia pick up aku tu, pukul 9 lebih. Window shopping? Bukan cara aku tapi why not kan. Aku pun tak pernah keluar dengan dia and that was the first time.

A few minutes after he asked me where to go, and some hot spot locations, we decided to go to The Curve. Mula-mula memang a bit kekok la. Maybe tak biasa keluar dengan dia sebelum ni tapi buat tak tau jela. Nanti lama-lama okay la ni, tu jela hati aku dok bebel kat aku. Then time nak choose movie pun aku agak blur nak tengok cerita apa. Some friends kata cerita Piranha best, ada yang suruh tengok cerita lain. Tapi dalam fikiran aku, top list movie is.. Step Up 3.
Memang best. Just like the way when they started to dance. Kalau tengok 2D nya pun dah terbaik, ni apa lagi dapat tengok yang 3D nya kan. Aku rate movie ni leh dapat 4 1/2 stars dari 5 stars. Macam Ija selalu cakap, "TERBAIK!". Memang tak rugi la tengok, especially kat korang yang suka dengan dance. Their moves pun gempak, walaupun ada yang letak effect, but quite nice la. Aku pun ada tengok video latihan diorang dance, memang awesome!
Rasa macam nak tengok lagi movie ni, tapi cukup la Hani. Duit tu jangan nak bazir sangat. Ko tak kerja sekarang ni. Job pun tak masuk sebab ko mengada sangat nak amek cuti puasa kan. Rasakan tak ada duit! Haish jahat betul setan aku ni. Mana malaikat aku, tak back-up aku langsung ni hahaha!

Friday, September 03, 2010

Sepanjang minggu ni...

Salam semua!

Dah agak lama aku tak update blog ni. Malas sangat! Tapi tengah hari ni aku merajinkan diri nak update-kan blog ni. Haish macam-macam dah jadi dalam masa minggu ni je. Aku rasa macam nak pecah kepala otak ni kalau tak boleh nak handle. Tapi alhamdulillah semuanya okay. Lagipun semua tu dah lepas kan. Tapi sebagai manusia biasa, aku tak akan lupa apa yang dah jadi kat aku. Sebab semua tu pengajaran dan pelajaran bagi aku.

Dalam masa yang sama, ada banyak komplikasi sikit dengan kawan-kawan. Tu tak payah nak cakap la kan. Yang kuat touching je dah berapa ramai. Tu sepak diorang jauh-jauh la, malas nak layan. Yang tikam belakang pun ada, tu lagi la. Rasa macam nak bunuh je kalau jumpa. Yang putar belit cerita lagi aku rasa macam 'lesing' je diorang tu, macam Tuan Haji Bakhil selalu cakap, "aku lesing baru tau!". Haha! Whatever it is, diorang still kawan. Kawan jela.. bukan sahabat! 
Tapi dalam banyak-banyak kawan tu, aku jumpa yang mampu bagi aku ketenangan. Aku suka cara dia. Tapi tak lama pun semua tu. Dalam seminggu je semua tu. Lepas tu, hilang. Salah aku juga sebab ada satu malam ni aku agak moody dan termarah dia. Cakap dia tak faham situasi aku. Tapi memang dia tak tau apa-apa pasal hal tu. Tapi tak tau lak jadi macam ni. Biar jela. Kalau betul nak berkawan cara ikhlas, kawan jela. Kalau sebaliknya, terpulang. 

Semalam lak, mentor aku, Cik Nhizmah, ajak berbuka bersama kat KFC Extreme Park Shah Alam. Pergh kenyang gila! Tapi tak ramai kawan aku yang join event tu. Just ada 8 orang je. Tak apa la janji kitorang kenyang. Terima kasih banyak la kat Cik sebab belanja kami. Banyak kot... moga rezeki Cik bertambah, amiin!

Takat ni, ni jela yang mampu aku update. Next time aku update lagi. Take care semua!

P/S: Aidilfitri dah dekat. Aku sikit semangat pun tak ada. Dah tak ada feel dah weh. 

This is Hani