Sunday, September 26, 2010

Gembira lalu 'tewowong'!

Salam semua!

Hari ni aku terlalu stress sangat! Lepas je aku balik dari beli barang dapur petang tadi, aku dok lepak dengan kawan-kawan rumah. Then aku bagitau something kat diorang. Masa tu, yang ada kat hall just Eva, Fatin, Yan dan Ejat. Terima kasih banyak-banyak sebab dengar masalah aku. Aku kuatkan semangat semata-mata nak bagitau problems aku tu. Alhamdulillah semuanya settle. Apa yang diorang cakap tu betul jugak. Aku tak boleh fikir yang bukan-bukan. Kalau betul benda tu salah, aku kena buang jauh-jauh. Jangan buat atau layan lagi. Aku rasa kalau tak ada korang tadi, dah lama aku tak ada lagi sekarang ni. Haha jokes!

Lewat petang tu pulak, kawan aku time sekolah dulu datang rumah. Lepak-lepak, tiba-tiba Yan ajak keluar makan. Aku pun fikir perut tengah kosong, set jela. Malam tu pulak, keluar dengan Yan dan Ejat. Makan kat Singgahan Rasa. Kawan kitorang pun ada join, yang datang petang tadi. Tiba-tiba ajak keluar lepak mana-mana around KL. Lagi la aku set je! Bosan kot duduk rumah!

Masa on the way ke KL, ada la kena lalu kat terowong ni. Entah macam mana Yan sebut perkataan terowong, tapi yang keluar kat mulut dia 'TEWOWONG'. Aku ingat dia tersasul, rupanya memang dia sebut macam tu. Ejat dengan aku lak jahat, mengenakan Yan. Jom layan klip video ni. Terbaik!





Sampai kat KLCC, lepak jap kat situ. Rileks kan kepala otak masing-masing yang tengah serabut ni. Sekurang-kurangnya aku dapat buang sikit-sikit masalah dalam fikiran aku ni. Alhamdulillah sangat! Aku harap sangat dapat hang-out macam ni. Tapi cukuplah kan.. nak exam Isnin nanti.
Malam ni je dah berapa ramai dapat kawan baru. Lalu kat Zouk, ada dapat kawan walaupun just say 'hi'. Lalu deret club Aloha, Beach, tu semua pun sempat dapat kawan lagi. Just friends for a night jela. Gila aku nak berkawan dengan diorang? Rosak aku nanti!

Dah bosan kat KL, tembak gi Cheras lak. Gi uptown kat sana. Jalan-jalan. Hmm.. bosan sangat tapi kitorang nampak satay ikan! Terbaik lah sangat! Aku beli RM3. Kalau RM1 dapat 4 cucuk, korang kali la sendiri. Heaven! Rupanya abang yang jual tu orang Kajang jugak. Patut la macam pernah nampak!
 satay ikan!!
Yan dan Ejat dah tak sabar nak makan satay ikan.

Papahal, aku enjoy sangat malam ni. Korang memang the best! Next time kita shoot tempat lain lak weh!

1 comment:

Anonymous said...

It is certainly interesting for me to read that post. Thanks for it. I like such topics and everything connected to them. I would like to read more soon. BTW, pretty nice design you have here, but don’t you think it should be changed from time to time?

Mary Trider
escort girl london

This is Hani