Monday, September 20, 2010

Part 3 : Aku dan Muzik

Salam semua!

Seperti yang semua orang tahu, muzik ni banyak beri kita pengaruh dalam kehidupan. Ada yang sebab trend, ikutan semata-mata. Ada yang sebab pengaruh orang sekeliling. Tapi apa-apa hal, muzik tu sedikit sebanyak dapat beri kita satu 'jiwa' yang lain dari diri kita.

Kalau orang tanya aku apa yang aku minat, sebenarnya aku suka muzik rock. Tapi sebelum tu, meh dengar cerita aliran muzik yang aku ada la jugak layan selama ni. ;)

Sejak dari kecik lagi, Abah suka dengar lagu berulang-ulang. Sampai kadang-kadang aku boleh hafal lirik lagu sendiri. Lagu-lagu dia sure la jenis Oldies kan. Frank Sinatra, Neil Sedaka, Elvis Presley, etc etc. Siap ajak gi karaoke lagi. Dulu parents aku suka karaoke. Sampai berjangkit hobi diorang kat kitorang ni haha! Kalau penyanyi sini, Abah suka Broery Marantika dan Ruth Sahanaya. Tu memang all-time favorite dia. Sekali dengan aku sekali terminat lagu macam tu. Aku suka sebab melodi lagu macam tu, best sangat dengar. Abah pun suka lagu rentak jazz. Ada penyanyi yang aku tak tahu nama, so aku tak tahu la nak cari mana lagu tu. Hmm..
Bila lepak dengan Abang Romi, kalau tak dengar rock kapak dia tu, sure dengar lagu rentak R&B. Kat dia la aku selalu dengar lagu macam Rihanna, Black-Eyed Peas, etc etc. Actually aku kurang sikit lagu macam ni sebab tak membesar dengan lagu macam tu. Tapi still boleh dengar lagi. Tak ada la bila dengar je lagu macam tu terus bernanah telinga ni kan haha! Dah Abang Romi minat lagu macam tu, so aku kena sesuaikan diri dengan lagu macam tu. I'm trying to be a universal music listener.
Masuk pulak dunia Kak Lisa masa zaman sekolah dulu, selalu pergi gig dengan dia. Gig masa tu banyak buat area KL, dalam tahun 2002 sampai 2005. Lepas tu aku dah slow sikit dengan gig ni. Sekolah lagi time tu tapi still ikut Kak Lisa kalau ada masa free. Sekarang ni still ada pergi tapi boleh kira la berapa kali aku pergi dalam setahun. Malas dah nak pergi tempat macam tu. Tapi still ambil tahu gak info baru music underground scene ni. Setakat ni yang paling aku minat, band macam Seven Collar T-Shirt, Bittersweet, Estrella, dan Disagree. Yang lain tu ada gak yang best. Boleh lah... sekarang ni pun ada yang buat solo performance macam Yuna dan Zee Avi. Memang terbaik la sekarang ni. Teringat dulu kawan aku pernah bagi aku pinjam EP Yuna. Masa tu aku sekolah menengah lagi. Yuna pun masa tu buat akustik je. Sekarang? Yuna dah hebat! She's my favorite underground singer.
From Top-Left to Bottom-Right: Seven Collar T-Shirt, Bittersweet, Disagree, Estrella. 



Yuna and Zee Avi.

Lepak dengan kawan-kawan pulak, memang lagi ramai la yang bawa pengaruh lain! Ada yang layan metal hardcore tu siap suruh aku dengar lagi lagu diorang. Dengar jela, buat sedap hati. Sakit kepala dengar sebenarnya! Ada yang hip-hop lak, lagi la tak boleh masuk sangat. Kalau Eminem tu boleh lagi, ada yang melalut tu, pfftt! Ada yang minat lagu Japanese, Korean.. suka melodi lagu dia. Tapi sepatah haram aku tak faham! Ada yang suka lagu Malaysia tu, baguslah. Tapi kadang-kadang lagu artis Malaysia ni aku boleh dengar je, nak minat memang susah sangat. Bukan tak nak sokong Malaysia, tapi buat lagu tu kalau boleh buat yang bagus-bagus sikit la. Huhu sudah-sudah! Nanti ada kena banned lak :p
From Top-Left: Maroon 5, Sum 41, Paramore.

Kalau aku pulak, aku jenis yang suka searching band-band dari luar Malaysia. Banyak la jugak yang aku minat. Antaranya macam yang popular kat Malaysia such as Paramore, Maroon 5, Sum 41, Green Day, Goo Goo Dolls, Nirvana, Muse, etc etc. Solo performance lak macam Avril Lavigne, Pink, Jason Mraz... Demi Lovato? Haha! Macam tak percaya kan? Tapi tu la.. aku ni sebenarnya tak kisah nak dengar lagu apa pun, asal best je bila dengar.
Avril Lavigne and Pink. 

Walau apapun, muzik tu tak melambangkan sikap dan perangai sesiapa. Jangan nanti aku layan genre ni, korang kata aku macam ni. Layan genre yang tu lak, lain korang cakap lak kan. Kalau tak ada muzik, memang bosan hidup ni. Macam tak ada yang menghiburkan kita. Sekurang-kurangnya boleh release tension tu kan?

P/S: Dah tau genre apa aku layan kan? Lepas leh hu-ha sama, okay? Haha! Next blog! I'll tell you about my gadgets. Apa yang aku suka? Gajet dari handphone, MP3, semua la yang aku suka layan selama ni. You all just wait there!


1 comment:

zulhelmiazam said...

hani....
blog kamoo semakin cantek...
huhu...
tahniah...!!

but apsal gmbr kaki kt depan??
xsenonoh...
ahahahha....
anyway...
keep bloging...
will be ur reader forever...!!

This is Hani