Thursday, September 30, 2010

Part 5 : Lelaki Idaman?

Salam semua!

Seperti yang dijanjikan, aku akan sambung semula cerita yang berepisod kat blog aku ni. Kali ni, aku nak story pasal lelaki yang aku suka dan idamkan sangat-sangat!

Macam orang lain jugak, ada kriteria tertentu pada seorang lelaki yang boleh membuatkan aku rasa 'wow'! Tapi ni cuma apa yang diidamkan jela. Okay? Firstly, aku nak story pasal internal side dulu. Apa ada pada dalaman? Spender? Eh bukan yang tu! Ni perangai dan sifat seseorang, okay!?

Aku ni suka kalau laki tu jenis yang ROMANTIK. Kalau leh, biar la MANJA dengan aku, BUKAN MENGGEDIK dengan perempuan lain. Tu memang stok kena tampar laju-laju je. Mereka perlulah SABAR sebab aku ni suka buat perangai bila datang mood tak betul sikit. Lagi suka kalau laki tu jenis TAK MENGUNGKIT sebab sakit bila laki dok ungkit balik apa yang kita buat, walaupun benda kecik ni. Lagi bagus kalau laki tu TAK HIPOKRIT dengan diri dia. TAK CAKAP BESAR kalau bercakap dengan orang lain. Macam diri tu besar sangat kan. Lepas tu, aku memerlukan lelaki yang JUJUR dengan setiap perbuatan dia. Dan ditambah dengan SUKA BERTERUS-TERANG, semua tu insya-Allah aku lagi suka kat laki. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang ada kat hati korang. Jangan sampai aku baca hati korang tu, okay?

Macam perempuan lain jugak, aku suka kalau laki tu MENGHARGAI KITA. Sebab pengalaman mengajar kita. Dan aku rasa sakit sangat bila laki tak menghargai sikit pun apa yang kita buat kat dia. Dia gak janganlah jenis kalau marah nak mencarut. CAKAP BAIK-BAIK boleh? Tak perlu nak mencarut panggil kita ni macam-macam. Dan aku jenis tak kisah laki nak berkawan ramai mana pun. Laki, perempuan, pengkid, maknyah, gay, or what so-ever people. Tapi tolonglah JAGA HATI aku. Takkan layan kawan perempuan macam layan special girlfriend lak kan... ke nak aku layan ko macam kawan je? Haha! So sebagai hiburan, aku suka kalau laki tu PANDAI BUAT LAWAK. Tak kisah la lawak bodoh ke pandai, aku layan je. Tapi jangan terlalu bodoh sangat lawak tu boleh? Rasa macam nak kena sepak je. Sabar Hani! Kalau diikutkan, banyak lagi sifat laki yang aku admire sangat. Ni cuma antaranya jela.

Dah habis cakap pasal sifat dan perangai, now aku nak bagitau lak penampilan, rupa, dan apa yang luaran laki yang aku suka, from top to toe. Penampilan ni aku tak kisah.. asalkan KEMAS dan smart. Aku bukannya jenis yang demand sampai nak kena pakai seluar Levi's original, kasut kulit, sapu gel sampai rambut berkilat, tak! Asal sedap mata memandang dah la. Rambut? Aku tak kisah kalau nak botak tapi better berambut. Aku suka kalau laki tu HIDUP SEDERHANA, asal korang dapat isi perut sendiri dah la. BERDIKARI sendiri tu bagus, jangan mengharap kat parents ke apa-apa.

Ni antaranya yang pelik, yang pernah aku demand. Aku suka tengok lelaki yang BERGIGI LAPIS. Suka sangat tengok bila diorang senyum kahkah! Suka yang ada iras CHINESE-LOOK. Lepas tu, laki tu for sure kena lagi TINGGI, BERISI dari aku.

Lagi dapat bonus marks if laki tu PANDAI MAIN INSTRUMENTS. Tak kisah la gitar, drums, even caklempong sekali pun! Haha! Lagi best kalau laki tu ada BELAJAR SELF-DEFENSE. Bukan nak belagak, tapi aku suka tengok orang yang ada seni camtu.
Ni antara hero yang aku minat la kot (haha!)
Dari kiri: Farid Kamil, Johnny Depp, Jared Leto

 Kalau diikutkan, banyak lagi yang perlu ditaip tapi ni je pun dah cukup panjang kan? So aku stop sampai sini jela. Haa.. ada yang bertanya, ada ke laki yang aku idamkan tu? Sebenarnya tak ada pun. Nak cari yang perfect macam kita nak memang harapan la kan! Tapi now, ada la jugak minat kat seseorang. Cukup la sekadar minat, sebab aku tak mampu jadi lebih dari tu. Dia... lain! Thanks kat Yan dan Ejat. Tanpa diorang, aku tak kuat nak harung hubungan persahabatan aku dengan orang tu. Diorang la yang selalu jadi tempat aku nak menangis ke apa. Thanks buddy!

P/S: So lepas ni? Apa? Pets! Apa binatang yang aku suka? Yang aku bela? Hmm.. ada yang tau tu diam jela. Yang tak tau, just tunggu jela, okay? 


3 comments:

Dill Azahar said...

**cough2
sape plak sebut name aku ni.
dill a.k.a johnny depp.

Hani Shah said...

owh terbatuk ye tersebut nama dia
hahahah!
sorry ye XD

••¤(`×[¤DAMAI SEPI¤]×′)¤•• said...

adesss.. tergigit lidah nih... saper lak yang mcm panggil hero kite nih
?? (johnny deep) eheeem.. eheemm

This is Hani