Tuesday, September 14, 2010

Part 1 : Satu Kehidupan

Salam!

Setiap satu kejadian tu pasti ada hikmahnya. Begitu juga kejadian diri aku ni.

Tepat jam 7.02 petang 14hb Ogos 1990, aku dilahirkan di Hospital Kajang. Apa yang aku tau masa tu cuma menangis. Siapa aku tu? Parents bagi nama Hani Amira Suraya binti Shahbudin, tapi yang masuk surat beranak cuma Hani Amira je. Suraya dah tercicir kat mana pun tak tau.
Aku lahir je doktor dapat detect aku ni ada penyakit. Selain tu, ada ketumbuhan kat bawah pinggang aku. Kesian kat Mama, dia dah banyak berkorban untuk bagi aku bernyawa. Dah lahirkan aku pun aku still susahkan Mama. Dengan penyakit yang entah bila nak sembuh. Aku ditahan kat wad kanak-kanak, agak lama la juga. Aku jarang sangat balik ke rumah. Sebab aku sakit.

Banyak sangat wayar dan tiub berselirat kat badan aku masa tu. Sampai la aku umur 2 tahun, baru aku boleh buat operation. Buang ketumbuhan yang ada kat dalam badan aku. Tapi aku tak boleh keluar wad lagi lepas tu. Lelah aku terlalu teruk. Tong oksigen dah macam tong gas dapur kat rumah tu. So kena stay lagi dalam beberapa minggu or bulan, aku tak ingat.

Selama aku sakit, dengan tiub oksigen masih terlekat kat badan masa tu, aku selalu nak main kat taman permainan. "Mama, Bibi nak gi main kat sana, boleh?" Lepas tu Mama mesti jawab, "Bibi tak boleh main kat sana nanti Bibi sakit." Kemudian Mama menangis. Aku tak tau apa-apa masa tu, cuma aku pandang kat luar, tengok budak-budak lain main kat taman permainan tu. Mama banyak temankan aku masa aku sakit dulu. Abah sibuk, cari nafkah untuk kami semua. Abang Kakak semua sekolah lagi masa tu.
Kalau diingatkan balik, kehidupan aku masa kecik dulu tak sama macam korang semua. Aku nak gi main kat park pun tak boleh. Nak berlari main kejar-kejar pun tak boleh. Nak pegang kucing tak boleh. Semua tak boleh. Nanti sakit.. tapi aku rasa cukup bersyukur sebab aku masih ada keluarga yang sanggup jaga aku. Sampai sekarang, mereka masih menjaga aku. Walaupun kadang-kadang aku tak bagitau mereka yang aku sakit.

Baru-baru ni, aku kerap nose-bleeding, batuk keluar darah. Tapi hari ni, tak pulak. Aku pelik sangat. Entah la.. nak gi check-up, takut tak ada apa-apa jadi. Tak pergi nanti melarat. Mama Abah tak tahu hal ni. Aku kena tahan dengan sakit aku ni. Aku tak nak mereka risau, lebih-lebih lagi Mama. Apa yang perlu aku buat? Ada seorang insan ni tau apa yang jadi kat aku malam tadi pun dah risau sangat. Siap call, tanya aku okay ke tak. Rasa bersalah sangat kalau aku tak pergi check-up. Tapi korang semua tak payah la risau sebab aku akan okay nanti. Sure!
Dah la.. tak boleh cerita panjang-panjang bab sakit ni. Terlalu banyak nanti korang risau. Yang penting, kita hidup dalam satu kehidupan yang penuh gembira dan kita perlu bersyukur pada Allah sebab dia bagi kita kesihatan yang bagus.

P/S: Apa pulak kisah selepas ni? Apa yang Hani buat time sekolah dulu? Tunggu blog seterusnya, okay?


No comments:

This is Hani