Wednesday, September 26, 2012

Sebagai Seorang Kawan [Cerpen]

Dulu, aku ada seorang kawan. Nama dia Jamil. Selalu juga berbual di telefon, bersembang di YM, dan kerap berjumpa selepas dia habis kerja pejabat, tak pun ketika hujung minggu selepas dia selesai kelas.

Dulu aku seorang yang carefree, ceria. Dia pula seorang yang yakin, bekerjaya. Aku dengan dia, sangat jauh berbeza. Dia pun tak kisah dengan aku, aku okay jela.

Dah setahun berkawan, aku mula rasa something kat dia. Dia buat cool, aku pun buat cool. Sampai satu masa, dia bagitau juga. Aku blur kejap, tapi still berkawan macam biasa. Dia pun okay je, aku pun okay jela.

Lama-kelamaan, dia bosan mungkin. Dia mahukan jawapan. Aku diam dan mula rimas. Aku mula biarkan segala panggilan, segala chatting, segala SMS. Walaupun rindu nak lepak dengan dia, aku buat-buat okay je sepanjang masa. Aku nak hubungan kami sekadar kawan. Maafkan aku.

Sampai satu masa, dia dah tak SMS, dah tak call, dah tak chat lagi dengan aku. Rasa lega, tapi risau. 'Eh, dia tak ajak aku lepak lagi ke?' ' Dia dah tak nak bergurau dengan aku lagi ke?' Haih~ entahlah.

Dua tahun berlalu, aku masih ingat hubungan persahabatan kami. Aku tak tau apa khabar dia. Aku tak tau dia masih guna nombor telefon yang sama ataupun tak. Aku... takut nak tegur dia kat YM setiap kali aku online. Dua tahun ni juga la aku simpan rasa bersalah aku kat dia.

Sebagai seorang kawan, aku rindukan dia.
Sebagai seorang kawan, aku bersalah kat dia.
Sebagai seorang kawan, aku cuma mahu dia gembira.
Walaupun tanpa aku.

Thursday, September 20, 2012

Book Review: Buku Cerpen Nadia Khan

Khas untuk cik direktor kesayangan aku, Nadia Khan (cewaaah~).

Penulis: Nadia Khan
Harga: RM 18.90
Halaman: 263 mukasurat
Cetakan Pertama: September 2012
Sinopsis: Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011.
Cerita-cerita dalam kumpulan ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat, dan kerjaya. Turut diselitkan cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.

Senarai penuh kandungan buku Cerpen Nadia Khan: 
- Mana Dia Pergi?
- Puaka Pak Jaha
- Pinjam Masamu, Kak
- Lara Di Hati
- Cikgu Din
- Teleportasi
- Janji Kak Long
- Nasi Putih Daging Cincang
- Epilod Damak
- Anak Dinihari
- Cili
- Kopi Tiga Suku
- Budak Baru
- PWTC
- Kopi Kola
- Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
- Cinta Sekeping Tisu
- Ada Apa Dengan Kina
- Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel
- Nakahari

Aku malas nak cerita panjang la pasal penulis Nadia Khan ni sebab dia ni dah capai tahap retis kat Buku Fixi. Even kalau aku jumpa kawan-kawan yang tau aku bekerja dengan Fixi pun mesti tanya aku "ada buku Kelabu free tak?", ek-eh~ banyak la cekadak free. Aku pun beli sendiri buku tu and sampai sekarang buku tu ada orang buat harta tak reti nak pulangkan balik kat aku.

Okay, lupakan pasal buku Kelabu. Aku nak promote la buku Cerpen ni pulak. Seperti yang tertera kat sinopsis di atas, buku ni mengandungi 17 cerita pendek dan 3 skrip filem pendek. Tapi penulis dia tak pendek la haha! Overall, aku suka dengan gaya penulisan penulis. Kekuatan dia ada kat jalan cerita dan dialog. Sempoi, menarik, santai... SMS gitu short-form nya~

Antara banyak-banyak cerpen dalam buku ni, cerpen PINJAM MASAMU, KAK ada buat aku termenangis masa tengah buat proofread buku ni. Hati ni tersentuh kejap masa baca perenggan dalam mukasurat 42, masa dia kata nak pinjam masa tu. Pastu cerpen ANAK DINIHARI lak, aku suka mungkin sebab ceritanya di mana watak utamanya yang mahu buat sesuatu pekerjaan yang dia sendiri minat, tanpa kita fikir pekerjaan tu high-class, mid-class or low-class sekalipun, asalkan ia halal.

Skrip filem pendek lak aku suka CILI. Ia sebuah skrip yang simple, dan diselitkan lawak di mana cili itu sendiri menjadi subjek utama dalam skrip. Masa baca tu, aku dah mula bayangkan Mamu dok cari cili. Kenapa Mamu? Aku pun tak tau...

Bagi yang tak sempat beli buku cerpen KOPI, tulisan Nadia Khan dalam buku tersebut yang bertajuk KOPI KOLA juga diselitkan bersama dalam buku Cerpen ni.

Dan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih untuk Nedd sebab letak nama aku dan kawan-kawan Idebewe kat kredit untuk cerpen NAKAHARI. Nice to meet you and be a lovely editor for your book and the production house =)
- ni kat muka depan -

- ni lak kat page Nakahari - 

Bagi yang nak beli buku Cerpen Nadia Khan secara online, bolehlah klik kat link bawah ni untuk membuat tempahan.
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-cerpen-nadia-khan/

Saturday, September 15, 2012

Book Review: #Ketakutan

Dalam banyak-banyak buku keluaran Lejen Press yang pernah aku baca, ini yang paling aku suka. Mungkin sebab genre horror dan thriller yang ada dalam buku ni. Sebati dengan jiwa dan minat dalam pembacaan aku.

Penulis: Various
Harga: RM 19.90
Halaman: 177 mukasurat
Sinopsis: Ia satu lumrah dan fitrah. Daripada ketakutan muncul semangat dan keberanian. Malah ego, marah, benci, dendam, cinta juga boleh beranak membiak dari ketakutan. Baik ia tampak jelas di mata kasar mahupun terselindung di sebalik hijab, seru sebuah ketakutan itu bungkus dalam buku ini.

Buku ni mengandungi cerita daripada 15 orang penulis yang disauk dari pelbagai ceruk. Ada yang buat cerita misteri, ada gak cerita seram. Bawah ni adalah list tajuk bagi setiap penulis:
- PESAN LISA (Aisa Linglung)
- ROSE & LAILA (Izwan Hafifi)
- TILAM (Hazrul Rizwan)
- PARANORMAL (Amal Hamsan)
- REBORN ALYA (Wan Shafiq)
- CORO (Gaban Morka)
- TEDDY BEAR KUNING (Amirul Bozu)
- SKETSA MAYA RUMAH KEDAI NYONYA JUN (Ophan Bunjos)
- FREEDOM (The Bent Pencil)
- JIPEZ KERIPEZ (Nash Azly)
- CUAK (Shafiq Helmi)
- KORBAN JUDAS (Fikri Misti)
- PISANG (Razman)
- SERIAU DI SEBALIK PULAU (Syahid Abdullah)
- DESTINASI TERAKHIR (KHRLHSYM)

Antara 15 cerita dalam buku ni, aku paling suka SKETSA MAYA RUMAH KEDAI NYONYA JUN karya Ophan Bunjos. Jalan ceritanya memang menarik. Juga ada twist pada akhir cerita. Kita dah expect benda lain, lain pulak cerita yang jadi, itu yang aku suka. Cara penyampaian cerita pun jelas, itu yang buat aku faham, sekaligus otak aku ni terus interpret macam mana kalau cerita ni dijadikan short-film... ha~ sampai ke situ aku terbayang!

Cerita CORO juga menarik, tapi mungkin ada yang geli la kot. Nak pulak yang spesis takut lipas macam Raja Faisal, hikhik! Haritu aku bagi dia tengok gambar depan cerpen tu pun dah marah aku.... acane?

Bagi cerpen yang lain pun, tak kurang hebat gak la. Mungkin ada yang menulis dari pengalaman dan idea mereka. Mungkin juga dari cerita orang lain dan digarap dengan cara dan style sendiri. Overall, aku suka dengan cerita dalam buku ni. Memang tak rugi kalau korang beli buku ni. Bukan selalu korang baca buku camni, kan~

Bagi yang mahu membeli buku ni secara online, boleh la klik ke link kat bawah ni:
http://shop.lejenpress.com/shop/ketakutan/

Sunday, September 09, 2012

Teater #KawanKawanYangKitaSuka

Salam semua!

Ni adalah aktiviti terbaru aku dengan kengkawan #idebewe aku pada malam tadi. Mungkin ada yang dah tengok awal dari kami, itu kami tak kisah. Yang penting, kami pun dah tengok teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka ni jugak~


Sinopsis: 
Mengisahkan empat sekawan yang sangat akrab. Agus mendapat berita gembira untuk menjalankan tugas di luar negara. Walau bagaimanapun, dia perlu menyelesaikan hutang PTPTN terlebih dahulu. Dengan meminjam daripada keluarganya yang berada, dia akan membayar sebahagian daripada hutangnya untuk membolehkan dia ke luar negara.
Berita gembira ini disambut oleh tiga rakannya yang lain iaitu Anuar, Fara, dan Huda. Mereka semuanya gembira dan menggunakan sebahagian wang yang dipinjamkan oleh keluarga Agus untuk mengadakan sedikit jamuan meraikan berita gembira ini.
Pada hari untuk membayar hutang, Agus kehilangan duitnya. Dia tidak pasti di mana dia meletakkan duitnya itu. Duitnya disyaki hilang. Masing-masing mula menuduh. Nuar, Fara dan Huda mula menunjukkan perangai masing-masing. Persahabatan mereka mula terjejas akibat salah sangka di antara mereka.
Apakah yang akan berlaku pada mereka? Dapatkah Agus membayar hutang PTPTNnya? Dapatkah dia keluar negara demi cita-citanya? Saksikanlah Kawan-Kawan Yang Kita Suka.


Teater ni dilakonkan oleh empat orang anak muda yang berbakat. Ya, sangat berbakat kerana mereka memainkan peranan masing-masing dengan berkesan sekali. Tak ada awkward feelings atau terover-acting. Mereka berlakon secara neutral seolah-olah mereka menjadi diri mereka sendiri di atas pentas tu. Mereka adalah Karl Shafek, Anas Ridzuan, Fazleena Hishamuddin, dan Ameera Ramly.

Pengisian teater tu pula penuh dengan gelak ketawa, perasaan sangsi, keliru, marah... ia menghiburkan. Senang cerita, ia menceritakan apa yang berlaku di sekeliling kita bersama kawan sekolej yang rapat dengan kita. Dengan isu tentang PTPTN ni, ia memang dekat la dengan golongan anak muda especially pelajar IPTA/IPTS. Jadi ia mudah untuk kita blend teater ni dengan pemahaman kita.

-maaf aku terlebih ambil gula malam tu jadi aku sugar-rushed-
[sumber gambar: neddo khan]

Okay, itu cerita tentang teater. Cerita tentang luar teater pulak, aku datang dengan geng #idebewe aku (macam biasa). Sementara nak tunggu pintu buka, kitorang tunggu la dulu kat luar dengan semua yang hadir. Tiba-tiba, aku jumpa kawan sekolej yang aku rapat dulu.

"Faiz! Weh, Faiz!"

Faiz pun toleh. Kami sembang-sembang kejap lepas dia beli tiket. Tanya khabar, tukar-tukar berita terkini. Macam-macam. Happy! Kawan lama dengan kawan baru, bergabung kat teater tentang kawan (pergh... story!). Memang pergi tengok teater ni, aku pi dengan kawan-kawan yang aku suka la kan? Hehe!

Time masuk ruangan teater tu memang full-house. Ya... dari hari yang pertama (aku dengar cerita) memang tiket habis, sold-out. Full-house, penuh! Most of the people yang hadir (aku rasa semua orang) kata best, kudos, thumbs-up... senang cerita, cambest gila (yang ni komen overall aku, haha!).

Tahniah bagi semua pelakon, ahli produksi yang terlibat dengan pentas, lighting, marketing, audio, etc etc. Tahniah paling besar dah tentu la kat pengarah teater ni; Fasyali Fadzly.

Harap next time, ada dapat tengok lagi teater yang 'cambest gila' camni lagi yaw!

Thursday, September 06, 2012

Novel Review: #Suami & #Isteri by S. Mara GD

Dua novel ini diterjemahkan dari novel Indonesia yang bertajuk Misteri Rahasia Seorang Suami (SUAMI) dan Misteri Dendam Seorang Istri (ISTERI). Dan kedua-dua novel diterbitkan semula oleh Buku Fixi dalam Bahasa Melayu.

Penulis: S. Mara GD
Diterjemahkan Oleh: Nabila Najwa
Harga: RM 19.90 (dapat 20% diskaun jika beli bersama novel ISTERI)
Halaman: 313 mukasurat
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Sinopsis: Maryati rasa seperti Cinderella setelah berjaya menakluk hati Supriyadi Cokronegoro - lelaki bangsawan kaya dan tampan yang banyak dikejar perempuan lain. Status Supriyadi yang duda bukanlah masalah utama, sebelum timbul soal bagaimanakah isteri pertamanya dulu meninggal!
Mengapa Supriyadi selalu mahu merahsiakan kehidupan perkahwinannya dengan Lili Hadoko? Mengapa setiap kali Maryati bertanya, dia marah? Maryati tiba-tiba menghadapi banyak hal yang mencurigakan. Salah satu di antaranya adalah perempuan jelita yang bernama Ester Rumilah. Betulkah dia cuma salah seorang pekerja di kilang milik Supriyadi, atau dia didorong oleh agenda lain? Begitu banyak pertanyaan sampai jatuh korban pembunuhan berikutnya...
Kapten Polis Kosasih dan sahabatnya, bekas penjenayah Gozali, kemudian tampil untuk mencungkil rahsia yang cuba disorok oleh si SUAMI...



Penulis: S. Mara GD
Diterjemahkan Oleh: Nabila Najwa
Harga: RM 19.90 (dapat 20% diskaun jika beli bersama novel SUAMI)
Halaman: 309 mukasurat
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Sinopsis: Kapten Kosasih dan sahabatnya dengan latar belakang yang gelap, Gozali berhadapan degan tubuh kaku Alma Dolores di biliknya sendiri dengan tangan terhiris.
Yanis Sumbaga, usahawan maju dan lelaki yang dinikahi Alma dengan mengorbankan kerjaya sebagai model terkenal (dan status sebagai dara) telah tertangkap basah bermain cinta dengan perempuan lain. Bekas playboy terkenal itu mengaku bermain kayu tiga, tetapi mempunyai alibi kukuh tak berada di tempat kejadian.
Apakah peranan yang mungkin dimainkan oleh Pandu Lukas, yang pernah merasakan dirinya sebagai teman lelaki sang bekas model; atau Debi Malonda, yang tergila-gila dengan bosnya Yanis?
Adakah kematian Alma padah cinta banyak segi, atau hanya luapan dendamnya sebagai seorang ISTERI?



Untuk kedua-dua novel ni, aku baca guna tone Detektif Conan. Pelik? Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab dialog dalam novel ni yang penuh dengan info berkenaan dengan kes pembunuhan yang berlaku. Ala-ala Gerak Khas pun ada, tapi nasib jalan cerita novel ni tak cliche.

Masa pertengahan cerita kedua-dua novel ni, aku ada la jugak target beberapa karakter yang berkaitan dengan pembunuhan tu. Ada yang target tak kena pulak~ tapi untuk novel ISTERI, yeay aku dapat target yang betul! Okay... aku memang camni bila baca novel bunuh-bunuh ni. Suka target siapa pembunuh, siapa yang dibunuh, tapi bila sampai habis cerita je mesti aku cakap "cis!" kalau tak kena target.

Ramai yang beranggapan yang novel SUAMI dan ISTERI ni berkaitan jalan cerita. Sebenarnya jalan ceritanya tak berkaitan langsung pun, cuma dua watak penyiasat tu je yang sama; Kosasih dan Gozali. Tak kisah la korang baca ISTERI dulu atau SUAMI dulu, tak menjejaskan pembacaan korang pun.

Dalam kedua-dua novel ni, aku suka twist dalam story-line novel SUAMI. Walaupun sebab-musabab dia macam "hek-eleh... pasai tu je ke?" tapi cara penulis pusing pembaca siapa pembunuh yang sebenar tu, aku tabik spring 30 harkat la.

Apa-apa pun, ini pendapat aku la. Lain orang, lain la cerita yang dia suka. Kalau aku kata aku suka Zombijaya, ada yang kata suka Invasi... ada yang kata suka Kelabu, ye dak? Apa-apa hal, selamat membaca kalian semua!

Untuk sesiapa yang nak membeli buku SUAMI & ISTERI secara combo set (apa ingat KFC je ada combo set? Fixi pun ada laaaa~), boleh la klik link kat bawah ni:
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-suami-isteri/

Tuesday, September 04, 2012

Sempurna [Cerpen]

Semua orang nak jadi sempurna. 
Sempurna dari segi kecantikan diri. 
Sempurna dari segi kebersihan diri. 
Sempurna dari segi hati nurani. 
Sempurna dari segi cara kerja. 
Dan macam-macam lagi... 
Tapi tak ada siapa yang mampu sempurna dari semua segi. 
Kenapa? 
Macam biasa, ayat cliche manusia;
"Nobody is perfect".

Dalam hidup kita, ramai yang mahu kelihatan sempurna di mata pasangan masing-masing. Boleh dikatakan hampir 90% dalam diri kita, bila dah berpunya, mesti nak buat sehabis baik untuk menjadi sempurna. Dan pada ketika aku berfikir untuk menjadi sempurna, otak aku melayang pada kejadian setahun yang lepas.

Waktu tu, aku masih bekerja di Giant Shah Alam. Kerja sebagai seorang penjual di sebuah kiosk. Masa tu aku tak ada teman. Jadi aku banyak mengelamun memandang orang ramai yang datang berkunjung di situ. Ada yang gatal tangan sekadar mengusik barang-barang yang terdapat di kiosk. Tak kurang juga yang datang membeli dengan banyaknya.

Sudah sebulan lebih aku bekerja di situ, aku baru perasan... setiap hari dalam sekitar jam 10 pagi, pasti ada sepasang suami-isteri yang berumur lingkungan 60-an, yang aku tak tahu dari mana mereka datang, akan berjalan sekeliling dalam Giant Shah Alam sambil berpegangan tangan dan kerap berbual bersama.

'Sweet nya diorang...', getus hati kecil aku.

Ya, mereka sangat sweet. Bukan aku seorang saja yang kata begitu. Malah, pekerja di kiosk yang lain juga berkata begitu. Ramai yang mencemburui mereka.

Satu hari, mereka menghampiri aku. Sekadar bertanya tentang barangan yang aku jual. Aku perhati saja pasangan itu. Dari slanga English mereka, aku rasa mereka datang dari UK. Dan ya... mereka menetap di Malaysia sudah hampir setahun lebih kerana mereka merasakan Malaysia sempurna di mata mereka. Makanan, budaya, pergaulan pelbagai bangsa... kenapa aku tak rasa seperti apa yang mereka rasa? ......... Jadi aku hanya tersenyum mendengar jawapan jujur mereka.

Esoknya, mereka menghampiri aku lagi. Sekadar berbual kosong. Kata mereka, aku ni tak macam pekerja kiosk yang lain, selalu ada di kiosk dan selalu layan pelanggan dengan baik. Mereka hanya nampak luaran aku, dalaman aku? Aku tak sempurna sepertimana yang mereka nampak. Aku mengeluh, dan aku senyum. Mereka tergelak kecil, dan mereka berpegangan tangan. Erat. Aku cemburu.

'Bila aku akan dapat pasangan yang sebegitu gembira dengan aku... dan sanggup menerima aku seadanya? Yang memandang aku sempurna walaupun aku terlalu banyak kekurangan?' 

Selama hampir 40 tahun mereka bersama, aku nampak mereka masih seperti di kala mereka muda dahulu. Masih tersenyum ketika berbual bersama, ketawa bersama, berjalan menempuh hari tua bersama sambil berpegangan tangan seerat yang boleh.

Ketika ini, aku merindui Mama dan Abah. Kemanisan berumahtangga pasangan UK itu hampir sama dengan kemanisan rumahtangga Mama Abah. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain agar ia kelihatan sempurna. Apa yang aku harapkan, pasangan aku mampu melengkapi diri aku agar kami saling sempurna...

Dan pada ketika aku berhenti mengelamun tentang kesempurnaan, aku kerling pada jam tepi meja. Dah pukul 8.00 malam dan aku masih tak mengerjakan solat Maghrib. Haih... macam mana aku nak jadi sempurna kalau solat pun tunggang-langgang?

This is Hani