Sunday, January 31, 2010

Give Up Lagi!?

Aduyai.. aku ni terlalu banyak fikir yang bukan-bukan sangat minggu ni. Yalah.. sebab terlalu pressure dengan masalah yang melanda baru-baru ni, buat aku rasa give up, lepas tu rasa diri aku ni tak ada function dalam hidup orang lain.

Terus terang aku cakap.. aku pressure dalam masa dua tiga hari ni. Masa aku ada masalah dengan rumah sewa hari tu, aku SMS classmate aku, Syam. Masa tu aku tak dapat datang untuk discuss pasal assignment. Bukan sekali! Tapi dua kali aku tak datang. Then aku saja nak tanya dia, bila lagi ada discussion. Bila dah tanya, and dia pun dah jawab, aku pun cakap la yang aku rasa give up sangat. Apa yang aku fikir masa tu, mesti Beyla, Eez, Meo, and Syam bengang dengan aku. Discussion entah berapa kali aku skip. Syam pun dah marah gila babi kat aku masa tu. Bagi dia, kita kawan so kena faham antara satu dengan yang lain. Aku tau aku tak patut fikir macam tu. Tapi aku tau, mesti ada yang terlintas dalam fikiran diorang dengan apa yang aku fikir selama ni. Am I just a burden to them?

Tu study.. kerja pula! Nak kena kejar due date! Tapi alhamdulillah.. semuanya dah kembali normal walaupun pada awalnya aku agak give up nak handle semua kerja. Thanks to my Mom sebab tanpa sokongan Mama, mungkin aku akan jadi makin give up dan give up lagi.

My love story -- hoyeah! Aku tak tau la macam mana nak cerita. Dah lama kitorang tak jumpa, dan akhirnya aku dapat gak jumpa setelah hampir tiga minggu tak jumpa. Yelah.. dia pergi Johor. Takkan la aku nak ikut. Aku busy dengan kelas lagi kat sini. Bila dia dah balik ni, apa lagi.. redeem rindu la! Jumpa puas-puas. Sebab lepas ni aku kembali busy dengan projek Media Digital yang masih in progress.

Ha! Minggu depan, Jumaat sampai Ahad aku kena pergi Perak. Tapi tak tau lagi jadi ke tak. Sebab ramai yang ada masalah duit. So kita tunggu jela nanti. Kalau jadi, aku story la kat korang ok!

Don't worry about me okay!? Aku dah kembali normal, dah hilang rasa give up tu. Just tinggal penat je. Banyak sangat benda nak kena siapkan dalam minggu ni. Nak buat kerja last minit? No way! Aku tak nak buat kerja last minit lagi. Penat woooo....

Friday, January 29, 2010

Rumah Manis Rumah

Setelah dua malam aku bertarung emosi, stay kat hostel, akhirnya aku kembali kat rumah sewa aku. Pergh! Gila happy! Tapi yang tak best nya, aku kena tukar bilik pulak! Dari dulu lagi aku tak suka bilik yang untuk dua orang tu. Even masa budak-budak lama nak bagi bilik tu kat aku, aku siap reject macam tu je. Tengok sekarang apa dah jadi!?

Aku kalau boleh nak je cakap kat Datin, aku nak remain kat bilik aku tu je. Tapi dari hari tu lagi dia dah cakap yang aku and the others kena rombak bilik. So nak tak nak, kena la stay kat bilik yang Datin bagi tu.

But aku still tertanya-tanya.. macam mana dengan kawan rumah aku yang lain? Aduyai.. gila sunyi tak ada diorang! Tak ada teman nak ketawa and lepak lagi, tengok TV sama-sama. Malam semalam pun tengok TV sorang-sorang je lepas settle kemas bilik. Tapi nasib aku ada program lain malam tu. So tak ada la bosan ke apa.

Sepatutnya tahun ni adalah tahun terakhir aku stay kat rumah tu. Tapi tengok la pada jadual subjek aku untuk semester seterusnya. Risau juga kalau ada yang kena extend, macam kes semester dua dulu. Sampai sekarang subjek tu tak dapat ambil lagi. Kalau macam tu, bila mau grade!?

Erm.. dan sepatutnya minggu depan aku and the classmates kena gi Perak. Ada tugasan dan kuiz kat sana. Kira belajar sambil makan angin la kat sana. Huhu! Boleh la nak rileks kan otak walaupun tengah beban dengan assignments and project yang belambak ni!

Tuesday, January 26, 2010

Keluar semua!

Perkara ni macam cepat je berlaku. Baru je malam tadi aku tidur atas katil kat rumah sewa aku, sekarang ni aku and the geng kena halau dari rumah tu. Ada hal peribadi sikit yang berlaku antara orang dalam rumah aku malam tadi. Nak tau? Tak yah la.. agak sensitif.

Budak rumah aku semua kena halau, termasuk aku. Tak ada sesiapa pun yang terselamat. Siang tadi pun dah macam AFUNDI KELUAR je. Semua orang syok packing barang. Dengan barang & beg besar-besar. Barang aku of course la sikit, tapi banyak dengan kotak. Yala.. masa aku mula-mula masuk rumah tu pun aku masukkan barang-barang aku dalam kotak.

Erm.. aku tak tau la budak-budak aku tu macam mana sekarang ni. Aku sekarang masuk hostel untuk sementara waktu. Yang ada dengan aku sekarang pun just sorang kawan dari bilik aku je. Yang lain ada yang give up, ulang-alik dari rumah saudara ke kolej. Ada yang tompang kat rumah kawan. Ada yang stay kat rumah family. Aku memang terpaksa ambil risiko la, duduk kat hostel. My parents sure tak bagi aku ulang-alik, memandangkan rumah aku kat Kajang, kolej lak kat Shah Alam. Naik tren je pergi balik dah spend RM10, ke kolej naik teksi dah RM20 pergi balik, and another RM10 untuk balik ke rumah dari stesen Kajang. So total dah RM40, tak masuk duit makan lunch lagi. Kelas aku dari pagi sampai petang, dan ada gap pada tengah hari. RM40 dalam masa satu hari? Memang tak berbaloi lebih-lebih lagi kalau tak ada kelas!

Entah la... benda dah jadi. Aku tak nak salahkan sesiapa. Lagipun, masing-masing pernah buat silap. Mungkin ni salah diorang, buat perkara yang bukan-bukan. Aku ni pun bukan baik sangat pun. Balik kalau dah 'awal pagi' tu memang baik la sangat! Masing-masing dah besar kan.. pandai fikir, pandai buat, pandai sorok. Sorry if my words too harsh.

Wednesday, January 20, 2010

Anugerah Presiden PTPL Shah Alam 2008/09

Hari ni aku bangun je dari tidur, aku tengok kat luar tingkap, HUJAN! Pergh! Sedap ni kalau dapat tidur lama sikit. Tapi aku ada event lak kat kolej. Aku kena datang untuk Anugerah Presiden 2008/09. Dengan malasnya, aku berjalan dari tingkap, terus ke almari baju. Cari baju kemeja and seluar slack. Dah siap iron, terus mandi. Sejuk!

Dah settle mandi, aku pun bersiap la. Lepas tu, turun bawah, sarapan dulu. Perut aku ni bukannya betul.. kang ada je yang lapar lak. Siap makan terus jalan gi kolej. Pukul 8 lebih gak la sampai kolej, siap jalan-jalan cari makan lagi kat cafe. Then baru masuk Theater Hall. Gi cari tempat nombor 31. Tu la aku!


Dalam Theater Hall tu dah la sejuk! Kalau ada tilam + bantal = tidur dah aku. Tapi aku bertahan jela, sambil dengar MP3 Player. Lama gak la tunggu Datuk sampai, masuk dewan. Hampir dua jam gak la Datuk lewat dari masa yang ditetapkan dalam masa program. Tapi.. rileks jela en..

Alhamdulillah la semuanya berjalan lancar. Walaupun agak last minute majlis ni, tapi overall ok la kot. Sama je macam anugerah tahun lepas. Last minute preparations, lambat.. tu perkara biasa bagi orang ramai kat PTPL ni (haha!).

Tapi apa yang penting.. TAHNIAH la kat semua students yang berjaya dapat President's List. Harap dapat lagi untuk semester depan lagi.


Kalau parents aku tau, aku gak nak say thanks kat Mama Abah. Walaupun aku sekarang ni macam jarang berjumpa + berbual + lepak dengan parents aku, aku tetap perlu berterima kasih kat mereka sebab mereka dah bagi sepenuh kepercayaan kat aku. Dan alhamdulillah, aku masih berpegang dengan apa yang aku janjikan.

Tak lupa jugak! Kawan-kawan pun banyak yang membantu. Yang sekadar extra dalam hidup aku pun, ada gak yang membantu. So thanks banyak-banyak yang tak terhingga kat korang semua!

Sunday, January 17, 2010

Submit Diary?

Haha! Kelakar lak bila dapat assignment yang pelik camni. Esok kitorang satu kelas kena hantar assignment 'Diari Saya'. Nak tak nak kena hantar gak. Ni kira markah bonus untuk kitorang sebab Mid-Term Exam hari tu agak teruk. So lecturer nak tolong carry marks kitorang. Adui.. habis la lecturer tau apa yang aku buat selama satu minggu hari tu.

Tak pe! Demi markah aku yang teruk masa Mid-Term, aku buat jela diari tu. Haha! Puan Mas.. maafkan kami!

Saturday, January 16, 2010

Bersama Mamee Monster

Hari ni aku tak tau nak makan apa. Bangun pagi, pergi mandi, then perut lapar. buka je peti sejuk, aku nampak coklat Cadbury Mixed Nuts. Bawa gi ruang tamu, on TV, terus layan TV.


Sampai la tengah hari. Parents aku baru la balik dari Maktab Polis Cheras. Siap bawa balik hamper lagi. Sekali aku nampak pek Mamee Monster dalam hamper tu. Selera aku tiba-tiba nak makan benda tu! Oh tidak.. ia kembali menghantui hidup aku!


Terus aku koyakkan plastik yang membaluti hamper tu. Dengan rakusnya, aku leraikan segala isi hamper tu! Pergh! Cerita mau gempak je eh.. hehe! Lepas tu apa lagi, amek la Mamee Monster tu!

Wah! Dah la satu pek ni ada 10 paket. Mau habis kat aku je ni! Tong sampah pun dah banyak plastik Mamee je. Mau botak kepala aku kalau makan banyak-banyak ni! Haha!



Monday, January 11, 2010

Mari tulis diari ramai-ramai!

Bangun je pagi tadi, aku dapat SMS dari classmate aku, Syam. Dia bagitau yang kelas Presentation Skills tak ada, cancel! So aku pun dengan rasa happy nya, sambung la tidur balik. Tak lama lepas tu, Syam tiba-tiba bagi SMS lagi. Kelas Media Digital pun tak ada, lagi la aku happy! Tapi kejap je happy tu, sebab aku dapat SMS yang kelas tu ada pulak.. So aku pun bangun la nak siap-siap pergi kolej. Sampai sana, order makan minum, dapat SMS dari Beyla yang kelas Media Digital tak ada, cancel. Aduh! Apa nak buat ni ar? Masa tu baru pukul 12.30 tengah hari.

Aku nampak Eez nak naik ke dorm dia. So aku pun panggil dia, suruh dia join sekali dengan kitorang. Sementara nak habiskan masa yang terlebih masa ni en.. maklumlah.. kelas Database start pukul 3 petang.

Eez ajak lepak luar kolej, kat entrance tu. Dia & Syam nak sedut asap dulu. Tiba-tiba lak ada orang mengamuk depan tu. Aduyai.. Eez & Syam apa lagi.. buat dialog main-main la. Kononnya apa yang orang mengamuk tu cakap la en. Macam-macam!

Dah penat sedut asap, kitorang lepak kat Theater Hall. Nak air-cond la! Huhu! Lepak jela sampai budak-budak kelas sampai. Dah tu.. masuk je kelas, belajar bab 4, then lecturer nak buat 'sesi suai kenal' dengan kitorang satu kelas. Yelah.. mid-term nya result agak tak memberangsangkan. So nak tau la apa masalah kitorang.

Dah tanya macam-macam, then kitorang kena buat satu tugasan. Tugasan yang dia bagi mungkin senang, tapi agak malas nak buat. Kitorang kena buat ala-ala diari. Tulis masa dari pukul berapa sampai pukul berapa, buat apa, kalau keluar, kat mana dan buat apa, etc etc. Wah! Habislah jadual harian aku lecturer tau.. huhu! Tapi tak apa, lecturer punya pasal, kami buat jela ye...

So next time kalau exams tak leh main-main sangat la. Nanti ada je yang kena buat diari lagi..

P/S: DTMM (Mac & Jun 2008).. selamat membuat diari tau! Isnin depan jangan lupa binding comb, pastu hantar kat Puas Mas. Haha! Aku pun kena!!!

Saturday, January 02, 2010

Assignment + Exam = Kelam Kabut!

Exam kali ni memang agak susah! Yala.. dengan nota tak ada. Dapat exam paper terus meraban, jawab yang bukan2. Isnin ni ada last paper, Database System.

Dan sepatutnya kitorang kena hantar assignment poster kolaj Isnin ni jugak.. ha!? Aku tak usik apa2 lagi. Cari bahan untuk tema poster tu pun tak ada. Just a rough sketch je. Haha! Ntah2 budak2 aku pun tak usik apa2 lagi poster tu kot.. rileks jela. Habis exam aku buat la.. ngeh ngeh!

So good luck guys!

This is Hani