Sunday, November 01, 2009

Bermula episod baru...

Dear Blog,

Hari ni aku sangat sedih. Seiring dengan langit yang sedang hujan. Lebat. Tapi aku kena kuat! Kuat untuk mengharungi hidup yang bergelora. Gelora dengan pelbagai insan di sekeliling kita.

Aku tahu.. ini adalah percaturan hidup yang aku buat. Pencaturan yang mungkin mendatangkan faedah bagi aku. Mungkin sebaliknya. Bagaimana aku harus kuat? Dapat ke aku mengharungi gelora yang melanda diri aku?

Aku sedar.. mungkin ini salah aku. Kesalahan yang mungkin tak dapat ditebus oleh sesiapa. Hanya aku yang mampu. Tapi aku tak mampu... sebab kekuatan itu hilang seiring dengan kesalahan yang aku buat. Aku salah.. dan mahu ke dia maafkan aku?

Ini pilihan aku. Tapi pilihan ni.. membuatkan aku kehilangan seseorang. Seseorang yang banyak menceriakan hari-hari aku selama perkenalan kami. Kini dia pergi.. setelah yang lain datang mengisi tempat yang selama ini aku diamkan. Aku takut. Tapi aku perlu bertahan. Ini kehendak dia. Aku hormati keputusan dia. Dan aku relakan dia pergi dari hubungan persahabatan yang selama ni utuh buat aku.

Terima kasih dari aku. Jenaka kau, senyuman kau.. aku takkan lupa. Aku harap kau dapat apa yang kau mahu selama ini. Aku pasti.. kau akan dapat yang lebih baik dari aku. Aku takkan lupakan persahabatan kita. Dan maafkan aku... atas segalanya.

3 comments:

Anonymous said...

hani..
i have my own reasons.
n i still waiting 4 u.
don't worry dear.

please come back to me.
i sngja pergi supaya u berlari untuk i.
1 ari nnt.

Dill Azahar said...

gile mcm dlm drama plak

Hani Suraya said...

tu la.. drama realiti.. nak wat cmne en

This is Hani