Muzik takkan pernah lari dari kehidupan kita. Dengan muzik, ia bagaikan terapi untuk kita bila stres. Ia juga bagaikan roh yang meniup semangat dalam diri kita. Tapi lagi seronok kalau kita pandai bermain alat muzik itu sendiri.
Dalam kebanyakan semua yang baca blog ni mesti ada antara korang yang mahu menjadi yang terbaik dalam bermain gitar, khususnya gitar elektrik. Ada yang mahu jadi seperti Slash, Joe Satriani, dan paling tidak pun Man Kidal. Jom kita baca tips yang dikongsi oleh rakan-rakan untuk korang semua.
#1 Sebelum start bermain, make sure korang check gitar korang tu dalam keadaan yang baik untuk bermain. Jangan lupa tune gitar dan check tali tu berkarat atau tidak.
#2 Periksa kelengkapan seperti amplifier, kabel jack, pick gitar, effect gitar, dan sebagainya berfungsi dengan baik atau tidak.
#3 Kuasai dulu setiap pola nada. Berusahalah untuk menghafal setiap pola yang ada dalam tiap tangga nada.
#4 Bagi yang baru nak mencuba tu, perlulah buat latihan yang mudah dahulu sebelum melangkah lebih maju. Tak ada apa yang datang bergolek depan mata.
#5 Berlatih dengan metronome. Apa itu metronome? Ia adalah sejenis peranti elektronik yang menghasilkan rentak untuk tempo sesuatu muzik. Dengan metronome ni, korang boleh berlatih berpandukan tempo yang dapat anda mainkan secara baik.
#6 Mulakan setiap latihan dengan bunyi gitar yang clean, bukan dengan overdrive.
#7 Jangan pernah paksa kemampuan otot tangan dan jari anda! Kalau dah terasa penat, hentikan latihan dan berehatlah.
#8 Berlatihlah setiap hari dalam 3-4 jam untuk sehari. Dengan cara ni korang boleh berikan hasil yang lebih optimum berbanding berlatih seminggu sekali.
#9 Enjoy pada waktu latihan korang. Dengan cara ni korang boleh elak rasa stres yang disebabkan oleh latihan yang sukar dan sulit.
#10 Buat latihan secara interaktif dan menarik, contohnya dengan latihan jamm session bersama kawan-kawan, atau pun guna minus one atau instrumental yang sekarang ni banyak kat YouTube.
#11 Buat penilaian kemampuan korang secara berkala.
#12 Ini penting! Jangan pernah takut mencuba benda baru untuk mengembangkan teknik permainan korang.
2 comments:
wah mesti pro main kan...ajarkan boleh..teringin pegang,main...wahh~~dreammsss
sbnr nye hani tak reti main gitar..tau basic kord ja..ni pon mmbr2 share tips n hani kumpul2 n publish sni :) n hani pon tringin nk main pro gak~
Post a Comment