Saturday, February 19, 2011

Evening Denim Hi-Tea

Salam semua!

Maaf sebab lambat sangat update pasal aktiviti minggu ni. Rabu lepas (16hb Februari 2011), aku ada attend satu event  kat kolej, namanya Evening Denim Hi-Tea. Kena la dengan tema nya, aku pakat kemeja putih lengan panjang dengan jeans warna denim atau biru. Event tu khas untuk pelajar tahun akhir untuk School of Information and Science Engineering atau SISE. Dalam SISE tu pulak, ada pelajar yang ambil bidang grafik, multimedia, dan IT.

Dalam event tu gak, ada sesi pertukaran hadiah. Macam-macam jenis bungkusan la yang ada kat situ. Terima kasih la kepada sesiapa yang bagi hadiah tu.

Tak lupa juga kepada yang bertuah, yang dapat penganugerahan dari tenaga pengajar kolej. Terima kasih kat lecturers semua sebab tanpa mereka, kita tak dapat semua tu dan tak dapat buat yang terbaik. So seniors, TAHNIAH!


Syed dan Azri si penakut belon
 dengan Sir Vinod 'Versatile' 
SISE Final Project's Students

So, jumpa lagi nanti!

No comments:

This is Hani