Thursday, October 14, 2010

Teka Teki Tekuk!

Salam semua!

Semestinya korang mesti selalu pernah dengar teki-teki kan. Tapi kali ni, aku saja nak bagi satu teki-teki yang sering kali aku on Facebook je, sure benda ni orang tanya. Kadang-kala benda tu buat kita bengang sebab tak dapat nak pasti jawapan dia macam mana nak jawab.

Meh semua, duduk depan laptop dan PC anda masing-masing, baca teka-teki ni dengan betul. Macam ni masalahnya;


Ada tiga orang kawan sewa hotel yang berharga RM30
Setiap seorang keluar RM10
Tapi masa tu ada offer, jadi sewa hotel hanya RM25 je. 
Sewa tu pulak ada baki RM5. Budak reception tu mahu kasi balik RM5 kepada budak tiga orang kawan tadi, tapi tak tahu macam mana nak bahagikan duit tu. 
RM5 / 3 orang = ??? 
Jadi fikir punya fikir, setiap seorang dikembalikan RM1, dan lebih RM2 sebagai tips budak reception tu. 
Jadi, sewa hotel mula-mula RM30, setiap seorang keluar RM10, dan RM1 dikembalikan pada setiap seorang. 
RM10 - RM1 (wang yang dikembalikan) = RM9 
RM9 x 3 orang = RM27 
RM27 + RM2 (tips) = RM 29 
Mana pergi RM1? 


Dalam perkiraan aku, sebenarnya duit tu cukup je. Orang yang buat soalan ni je tak reti kira, atau mungkin saja nak bagi kita berfikir dengan lebih tajam dan peka dengan situasi. Ni apa yang aku nampak jela, kalau salah tu aku say sorry la ye!


Okay, setiap seorang bawa RM10, jadi RM10 x 3 orang = RM30
Bayaran sewa hotel = RM25
Seorang kena bayar, RM10 - RM1 (wang yang dikembalikan) = RM9
Jumlah yang dibayar, RM9 x 3 orang = RM27
Sebenarnya, RM27 tu dah dicampur dengan duit tips untuk receptionist tu. 
Jadi, RM27 (jumlah yang dibayar) - RM2 (tips receptionist) = RM25 (sewa hotel). 


Kesimpulannya, duit RM1 tu tak hilang ke mana pun. Korang la kalut sangat kira benda-benda kecil macam tu. So, lain kali sebelum nak bayar, kira betul-betul. Ni semua taktik je, okay? Logik kan kiraan aku tu?
Lepas ni, kalau ada orang tanya korang soalan macam ni lagi, korang buat kira-kira macam aku buat tu. Tak salah untuk berfikir benda bodoh macam tu, kan?

Bye! 


1 comment:

xazryx said...

japgi aku jwb .pening pale aku .HAHA .

This is Hani