Tuesday, June 29, 2010

Nak jaga hati orang, tapi hati sendiri?

Malam tadi, aku call Mama. Aku tak tau kenapa aku jadi orang yang cepat sangat nak marah orang semalam. Banyak kemungkinan, tapi aku tau... aku terlalu banyak menjaga hati orang di sekeliling aku ni. Biarkan jela. Tak penting kot, tu yang aku fikirkan.

Masa tu, aku bagitau Mama, aku stres sangat. Aku menangis puas-puas kat Mama, biarlah kredit aku habis, asal aku dapat luahkan apa yang aku rasa masa tu. Aku cerita dari A sampai Z. Lepas tu boleh lak kena marah dengan Mama.

"Ko jaga hati orang, tapi hati ko? Ko letak kat mana!?"

Tu la yang aku dapat bila aku dah settle luahkan semua masalah aku. Aku rasa macam down gila! Menangis sampai hingus-hingus meleleh (haha!). Lepas tu Mama gi pas handphone kat Abah, lagi dapat ceramah free.

"Ko kalau ada orang cari pasal dengan ko, ko balas je 2, 3 kali ganda kalau ko tak suka dengan orang tu!"

Memang aku akan buat macam tu kalau aku tak fikir pasal hubungan antara sesama kawan. Tapi selama ni aku fikir sebab KAWAN la aku pijak maruah aku sendiri! Bodoh punya KAWAN! Kalau la aku jahat, dah lama aku taip nama KAWAN tu. BARU PUAS, BIAR ORANG KENAL BETAPA BURUKNYA PERANGAI & SIKAP KO TUH!

Buat masa ni, biar jela aku lepak sorang-sorang dulu. Asingkan diri buat sementara waktu. Kalau aku fikir sangat pun, macam aku boleh cool down. Aku harap Allah berikan dia hidayah, ubah diri tu. Aku ingat aku sorang je tak suka dengan dia, rupanya ramai gak yang tak suka dia tapi still nak jaga hati budak tu. Hmm.. entahlah. Baik aku fikir diri aku je sekarang ni kan :)

7 comments:

edda(",) said...

hati kita pon kengkadang kena jaga jugak.. leks.. moga sidia yg dimaksudkan dpt belasan yg sepatutnye..

Hani Shah said...

:) hrp mcm tu la.. kne byk sbr hidup ni en..

Khairunnisa' said...

Well, saya masih berpegang pada kata-kata ayah.

"Jangan sesekali berbuat buruk kepada musuh (walaupun dia buat buruk pada kita) sebab itu sudah menjadikan kita SEPERTI dia".

(faham tak maksud di atas? I suck in writing & explaining)

So, kalau ada orang buat buruk pada kita, berterus-terang pd dia dan beri nasihat supaya dia tak buat benda yang sama lagi. Jangan simpan. Kalau dia tak boleh nak terima, then let it go.

Kita solat pada yang Satu, minta dijauhkan kesusahan di dunia dan di akhirat. Kalau awak ada pada pihak yang benar, insha'Allah, Allah SWT akan membantu.

Hani Shah said...

yup, sbb tu hani x bls apa2 kat budak tu.. simpan dalam hati jela slalu. . .

hani penah gak trus terang kat dia tapi agak cover sket la ayat hani tu.. takot dia terasa or mrh, then putus kwn ke pe kan...

pe leh buat :(

miss anne said...

banyakkan bersabar k..jgn terlalu menjaga hati orang, gati sendiri pun perlu dijaga..klu awak xjaga hati awak, sapa lagi nak jaga...

xazryx said...

nape aku leh terasa nih ?huahuahua !

Hani Shah said...

jgn trase azry.. ;)

This is Hani